Tuesday, January 22, 2019

4785) SEMUA RESTORAN DISARAN HENTI JUAL ROKOK – UTUSAN MALAYSIA – 20/1/19


KUALA LUMPUR 19 Jan. – Peng­usaha restoran di negara ini disaran menghentikan penjualan rokok bagi menyahut seruan kerajaan yang menguatkuasakan larangan me­rokok di premis makanan ber­mula 1 Januari lepas.
Ketua Aktivis Persatuan Peng­guna Islam Malaysia (PP­IM), Datuk Nadzim Johan ber­kata, inisiatif itu yang diambil Restoran Pelita Samudra Pertama (M) Sdn. Bhd. (Pelita) perlu disokong dan wajar dicontohi pengusaha restoran lain.
 “Jika kita lihat di United Kingdom, rokok biasanya tidak dijual secara umum, sebaliknya dijual di tempat khas,” katanya ketika ditemui di sini.

Saranan itu turut disokong Presiden Persatuan Pengusaha Makanan Melayu Islam Wilayah Persekutuan, Selangor (Permas), Ayob Abd. Majid yang berkata, pengusaha boleh menjana pendapatan sampingan dengan menjual produk lain yang lebih bermanfaat kepada pelanggan.
“Lagipun jika kita lihat penjualan rokok di kaunter restoran tidaklah memberi mar­gin keuntu­ngan yang besar, jadi saya yakin tiada masalah jika setiap restoran menghentikan penjualannya dan mencari inisiatif lain yang boleh membantu beri keuntungan kepada restoran,” katanya ketika ditemui Bernama.
Restoran Pelita baru-baru ini dilapor menghentikan penjualan rokok di kesemua 28 restorannya di seluruh negara berkuat kuasa 16 Jan lepas. – BERNAMA

Artikel oleh : Utusan Malaysia
SEMUA RESTORAN DISARAN HENTI JUAL ROKOK

4784) MAS IKLAN MASAKAN BABI SENSITIVITI UMAT ISLAM – UTUSAN MALAYSIA – 21/1/19



KUALA LUMPUR 20 Jan. – Pertubuhan Pribumi Per­kasa Malaysia (Perkasa) membantah promosi makanan dan gambar daging babi yang diterbitkan dalam iklan majalah Going Places dalam pesawat Malaysia Airlines (MAS) keluaran Januari 2019.
Naib Presiden merangkap Pe­ngerusi Biro Hal Ehwal Agama Perkasa, Dr. Amini Amir Abdullah mendakwa, iklan yang disiarkan dalam ruangan Restaurant Openings itu jelas menyentuh sensitiviti umat Islam yang merupakan antara pelanggan utama syarikat tersebut.
“Apakah MAS yang meru­pa­kan syarikat milik penuh kera­jaan Malaysia tidak lagi mempunyai sumber-sumber lain untuk menjana pendapatan?
“Pihak MAS perlu prihatin dan peka dengan sensitiviti umat Islam, paparan gambar daging stik babi dalam iklan tersebut amatlah menggusarkan umat Islam. Apakah tiada lagi makanan lain yang boleh diiklankan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Sehubungan itu, jelas Dr. Amini Amir, MAS perlu memin­ta maaf kepada umat Islam dan perlu memastikan perkara ter­sebut tidak lagi berulang.
Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Mala­ysia (PPIM), Datuk Nadzim Jo­han berkata, semua pihak khu­susnya rakyat Malaysia sendiri per­lu prihatin de­ngan keadaan persekitaran di ne­ga­ra ini termasuk akur dan meng­hormati bahawa Islam merupakan agama Persekutuan.
“Apa ertinya agama Islam sebagai agama Persekutuan jika tidak terlaksana, ia ada makna­nya supaya dihormati. Apa juga yang terjadi kita kena sensitif dengan perasaan orang lain, cukup penting untuk memahami antara sa­tu sama lain jika tidak akan timbul perselisihan.
“Sekiranya per­ka­ra sebegini dibiar berlarutan ten­tu­nya tidak akan mem­bawa kebaikan kepada negara kita, masing-masing perlu menasihati antara satu sama lain dan saling faham-memahami. Saya amat berha­rap supaya perkara sebegini tidak diulangi lagi,” katanya.
Presiden Ikatan Muslimin Ma­laysia (Isma), Aminuddin Yahaya juga berkata, pihak pe­ngurusan MAS wajar mengambil tindakan segera dan lebih sensitif pada masa hadapan supaya isu seperti itu tidak berulang.
“Sebagai sebuah syarikat pe­­­nerbangan nasional, isu-isu sen­­sitif seperti ini mesti di­singkirkan. Janganlah hanya meng­utamakan kepentingan penumpang-pe­num­pang ba­rat dan bukan Islam sahaja sedang­kan penumpang dari Ma­laysia yang beragama Islam lebih ramai.
“MAS wajar mengambil con­­­­toh beberapa syarikat pe­nerbangan dari negara-negara lain yang sentiasa mengutamakan budaya negara mereka, kita sahaja yang berlebih-lebih,” katanya.

Artikel oleh : Utusan Malaysia
MAS IKLAN MASAKAN BABI SENSITIVITI UMAT ISLAM

Saturday, January 19, 2019

4783) PROGRAM JALINAN KASIH BACK TO SCHOOL BERSAMA PERTUBUHAN KEBAJIKAN ANAK-ANAK YATIM & ASNAF QASEF IBU - AMPANG - 19/1/19

Ketua Aktivis PPIM, toqqi menghadiri Program Jalinan Kasih 'Back To School' Pertubuhan Kebajikan Anak2 Yatim dan Asnaf Qaseh Ibu di Ampang.






4782) TIPU CAJ PEMPROSESAN SERIUS – UTUSAN MALAYSIA – 19/1/19



KUALA LUMPUR 18 Jan. – Bilangan kes penipuan caj pemprosesan pinjaman pembelian motosikal khususnya dalam kalangan pemohon tidak cukup syarat dianggap semakin serius di negara ini.
Ini berikutan ribuan permohonan dihantar kepada institusi pemberi kemudahan kredit pada setiap bulan di seluruh negara bagi pembiayaan membeli motosikal.
Angka itu menunjukkan bahawa, berkemungkinan bakal pembeli yang mempunyai masalah kelayakan juga telah menjadi mangsa kedai-kedai menjual motosikal tidak bertanggungjawab yang bertindak memanipulasi caj pemprosesan.
Perkara ini disahkan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan yang menyifatkan penipuan terselindung itu kurang diberikan perhatian masyarakat di negara ini sedangkan ia serius.
Jelasnya, ia kerana pengguna di negara ini dilihat masih tidak mempunyai ilmu kepenggunaan secukupnya sehingga sering menjadi mangsa dieksploitasi peniaga tamak.
Menurut beliau, isu sedemikian turut menghantui urusan jual-beli yang memerlukan pembiayaan lain antaranya seperti pembelian kereta dan rumah.
“Jadi mereka (peniaga) ambil untung pada perkara yang tidak perlu mengeluarkan modal pun. Ini juga berlaku pada sesetengah urusan pembelian rumah. Deposit atau caj pemprosesan rumah ini banyak bukannya sikit. Pembeli kena bagi dua peratus dahulu dan sebagainya.
“Penipu (peniaga tidak bertanggungjawab) ini memang enggan untuk pulangkan duit jadi mereka akan bagi alasan sehingga pengguna putus asa. Kerajaan kena gubal satu polisi supaya perkara seperti ini tidak dijadikan sebab untuk mereka mendapat keuntungan percuma,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.
Dalam pada itu, Nadzim turut mengingatkan orang ramai agar membuat semakan harga motosikal terlebih dahulu melalui laman web pengeluar sebelum membuat permohonan pembiayaan. Jelasnya, ini kerana PPIM turut mengesan trend ‘main harga’ jualan atas jalan sesebuah motosikal.
“Tidak ada beza antara harga on the road sama ada dibeli secara tunai atau hutang. Ingin saya tekankan bahawa ia sama sahaja. Kalau tunai RM7,000 jadi hutang pun sama RM7,000,” katanya.

Artikel Oleh : Utusan Malaysia
TIPU CAJ PEMPROSESAN SERIUS

Friday, January 18, 2019

4781) STABILKAN DAHULU HARGA BARANG KEPERLUAN – UTUSAN MALAYSIA – 18/1/19


PULAU PINANG 17 Jan. – KERAJAAN negeri seharusnya menstabilkan dahulu harga barangan keperluan rakyat yang mengalami kenaikan secara mendadak sebelum mencadangkan kenaikan tarif air sehingga 20 peratus lebih tinggi.
Pengerusi Persatuan Kebajikan Insan Mulia (PKIM), Siti Aminah Abdullah berkata, cadangan kenaikan tarif air itu ternyata meresahkan rakyat yang kini terbeban dengan kenaikan harga barangan termasuk makanan serta minuman dijual penjaja kecil.
“Sepatutnya kerajaan ne­geri stabilkan harga barangan keperluan dahulu sebelum naikkan tarif air. Kerajaan negeri dan kerajaan Pusat di pihak yang sama tentunya tiada masalah untuk laksanakannya,” kata­nya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Menurut Siti Aminah, tidak mustahil harga makanan dan minuman akan dinaikkan jika tarif air di negeri ini dinaikkan.
Pandangan serupa disuarakan Ketua Aktivis Persa­tuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan yang percaya kenaikan tarif air tidak sesuai dilaksanakan pada masa kini kerana pengguna sudah terbeban dengan pelbagai kenaikan sedia ada.
“Sebelum ini jika berlaku apa-apa kenaikan pastinya pengusaha kedai makan akan menaikkan harga makanan dan minuman di premis mereka.
“Pastinya selepas ini mereka menggunakan alasan sama untuk menaikkan harga makanan dan minuman jika tarif air dinaikkan,” ujar beliau.
Dalam pada itu, Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr. Jacob George pula menzahirkan rasa kesal de­ngan tindakan kerajaan dan mahu mereka berhenti membebankan rakyat.
“Baru lapan bulan jadi ke­rajaan mereka sudah buat pelbagai keputusan yang menyusahkan rakyat, tidak tahu apa lagi yang akan dinaikkan selepas ini.
“Ada yang keluarkan kenya­taan kenaikan tarif air tidak akan membebankan rakyat, sedarlah itu kenyataan ‘syok sendiri’,” tegas beliau.

Artikel Penuh : Utusan Malaysia
STABILKAN DAHULU HARGA BARANG KEPERLUAN

Thursday, January 17, 2019

4780) PPIM NAFI TERIMA SOGOKAN DUIT TUTUP ADUAN – SINAR HARIAN – 17/1/19


KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menafikan menerima wang sogokan daripada sebuah syarikat gergasi makanan segera untuk menutup aduan berhubung dakwaan diskriminasi francais yang melanggari Akta Francais 1998.
Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, pihaknya ada menerima aduan daripada seorang pemilik francais syarikat terbabit pada Julai tahun lalu. Menurutnya, namun ada seorang blogger mengaitkan isu tersebut dengan PPIM dan menerusi videonya mengatakan pihaknya gagal untuk membuat tindakan seolah-olah diberi sogokan.
“Saya tegaskan, kita tidak ada ambil duit. Bagi kita itu tidak memberi apa-apa kebaikan.
“PPIM tidak pernah, tidak akan dan tidak mungkin akan ambil wang tersebut. Bila pengadu datang jumpa kita, kita ambil aduan itu dan telah berjumpa dengan pihak syarikat makanan segera itu dan kes ini masih dalam proses di mahkamah,” katanya dalam sidang media, di sini, hari ini.
Nadzim berkata, ini adalah isu besar dan memerlukan tindakan pihak kementerian untuk menyiasat.
Katanya, kementerian perlu ambil perhatian dan lihat apa kelemahan dengan apa yang berlaku kerana masa kini banyak isu berkaitan francais dilaporkan.
“Kita akan cuba bantu sebaiknya dan saya nafikan kita ada terima wang sogokan seperti didakwa,” katanya.
Ketika ditanya berkenaan blogger terbabit yang bertanggungjawab menyebar dakwaan tersebut, Nadzim berkata, surat peguam akan diserahkan kepada blogger itu dalam masa terdekat untuk dia tarik semula tuduhan tersebut.
“Jika enggan, tindakan saman akan dibuat,” katanya.
Terdahulu, tular sebuah video di laman sosial Facebook tentang kesalahan dilakukan syarikat makanan segera tersebut dan pemilik video itu telah mengaitkan PPIM menerima wang sogokan untuk menutup aduan yang diterima.

Artikel Oleh : Sinar Harian
PPIM NAFI TERIMA SOGOKAN DUIT TUTUP ADUAN

4779) PPIM NAFI DAKWAAN ‘KAWTIM’, TERIMA WANG SOGOKAN – UTUSAN MALAYSIA – 17/1/19



KUALA LUMPUR 17 Jan.- Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menafikan dakwaan sebuah blog yang mendakwa pihaknya menerima wang sogokan daripada syarikat makanan segera terkemuka di negara ini .
Menerusi blog tersebut, penulis mendakwa PPIM menerima wang sebagai balasan untuk tidak menyelesaikan aduan daripada pengusaha   francais makanan tersebut.
 Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan menegaskan pihaknya tidak pernah mengambil wang sogokan malah menyifatkan dakwaan tersebut sebagai tidak berasas.

“Kami pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang kecil, tiada duit tetapi tidak pernah menerima wang sogokan, meminta wang dan tidak mungkin akan melakukan perbuatan yang tidak bermoral.
“Kita ada menerima aduan daripada mangsa (francaisor) berkaitan masalah dengan syarikat makanan tersebut dan telah berjumpa pihak terbabit namun tidak mengambil kes ini kerana ini ia kes besar dan perlu diselesaikan oleh kementerian berkaitan,” katanya ketika sidang akhbar di sini hari ini . – UTUSAN ONLINE –
Artikel Oleh : Utusan Malaysia
PPIM NAFI DAKWAAN ‘KAWTIM’, TERIMA WANG SOGOKAN

4778) “TH BUKAN UNTUK DAPATKAN HIBAH TINGGI” – BERITA HARIAN – 16/1/19



Penyimpan perlu sedar tujuan utama deposit wang dalam Lembaga Tabung Haji (TH) adalah untuk melaksanakan ibadah haji, bukan semata-mata mahu mendapatkan hibah tinggi.
Pengurus Pembangunan Perniagaan Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, pengurusan haji adalah tugas utama TH yang dikenali dan mendapat pujian seluruh dunia.
“Jangan keluarkan deposit jika TH alami kerugian kerana ini adalah satu-satunya institusi agama Islam yang boleh dibanggakan dan menjadi rujukan seluruh dunia.
“Seeloknya beberapa syarat tambahan diletakkan bagi pendeposit untuk pastikan TH tidak terjejas oleh tindakan mereka yang mengeluarkan wang serta-merta (dengan alasan dividen rendah),” katanya yang menjangkakan dividen 2018 ialah antara lima ke enam peratus.
Beliau berkata TH masih belum mengumumkan kadar hibah kepada pendeposit menunjukkan agensi itu menghadapi pelbagai cabaran pada masa ini untuk menunaikan jangkaan penyimpan.
Katanya, langkah TH beralih daripada pelaburan ekuiti ke pelaburan berpendapatan tetap bertujuan menjamin kemampanan jangka panjang dan juga disebabkan oleh beberapa cabaran dihadapi oleh agensi berkenaan.
Katanya, apabila pelaburan ekuiti mengalami kerugian akibat terkesan dengan faktor global yang menyebabkan pulangan tidak menentu, cabarannya ialah pendeposit bertindak mengeluarkan deposit dan TH menghadapi tahap kecairan yang serius.
“Jangkaan hibah yang tinggi setiap tahun juga menjadi dilema kepada TH dan agensi itu perlu memastikan pulangan itu tinggi supaya pendeposit tidak mengeluarkan deposit mereka.
“Selain itu TH juga perlu mengutamakan urusan haji dan setiap tahun hampir RM300 juta subsidi diberikan kepada mereka yang menunaikan haji. Jadi ini antara cabaran untuk memastikan TH dapat memberikan perkhidmatan terbaik kepada pendeposit,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.
Beliau mengulas kenyataan Pengarah Urusan Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Seri Zukri Samat, yang mengingatkan pendeposit supaya tidak meletakkan harapan terlalu tinggi untuk pemberian hibah bagi tahun kewangan 2018.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, berkata dalam perniagaan memang tiada jaminan keuntungan boleh diberikan, namun ia boleh diatasi menerusi pengurusan yang bijak supaya semua pihak yang terbabit secara tidak langsung memperoleh manfaatnya.
Katanya, keuntungan yang ada perlulah dibelanja sebaik mungkin bukannya disalurkan dengan melakukan projek pelik yang mungkin sukar untuk menjana keuntungan.
“Semua pendeposit TH mengharapkan dividen sebagaimana sebelum ini, namun dalam masa yang sama perlu bersikap rasional jika sesuatu kadar itu saja yang mampu diberikan oleh TH.
“Nak paksa pun tidak boleh lagi. Jadi apa yang boleh kita harapkan ialah pengurusan lebih elok dan cekap pada masa akan datang supaya keuntungan dapat dijana dengan sebaik mungkin.
“Pada masa akan datang TH perlu memberi keutamaan kepada penggunanya daripada memikirkan perkara yang tidak menguntungkan,” katanya.
Lembaga Tabung Haji (TH) akan lebih memberikan tumpuan kepada pelaburannya dalam aset pendapatan tetap, berbanding pelaburan dalam pasaran saham.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Zukri Samat, berkata peralihan tumpuan itu adalah disebabkan TH bukan sebuah pengurus dana tetapi sebaliknya adalah pengurus operasi haji.
“Justeru, fokus pelaburan kami seharusnya berubah. Saya fikir fokus kami kini akan lebih kepada pendapatan tetap daripada saham.
Keseimbangan pelaburan
“Ini bukan bermaksud kami tidak mahu melabur di dalam ekuiti, tetapi keseimbangan pelaburan itu akan lebih terarah kepada pendapatan tetap,” katanya pada taklimat media mengenai prestasi semasa TH di Kuala Lumpur, semalam.
Mengulas lanjut, Zukri berkata pada 2016, 55 peratus aset TH dilaburkan di dalam pasaran saham yang kemudian dikurangkan kepada 50 peratus pada 2017.
Katanya, kadar pelaburan itu bagaimanapun dilihat terlalu tinggi memandangkan TH adalah pengurus operasi haji dan bukannya pengurus dana.
“TH kini merancang untuk melaksanakan penempatan aset baharu. Bukannya kami mahu abaikan pelaburan di dalam saham, tetapi saya fikir fokus TH selepas ini akan lebih terarah kepada pendapatan tetap, yang menawarkan pulangan yang lebih stabil.
“Kami belum membentangkan cadangan penempatan aset baharu ini kepada Lembaga Pengarah, tetapi secara peribadi saya fikir kami perlu memperuntukkan 60 hingga 70 peratus aset pelaburan ke dalam pendapatan tetap, bergantung kepada saiz dana yang kami miliki (selepas hibah diagihkan),” katanya.
Dalam pada itu, Zukri berkata, pihaknya telah mengambil seorang pegawai kanan dari Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mengetuai bahagian pengurusan risiko yang baru ditubuhkan di TH.
“Ketika ini, pengurusan risiko adalah antara bidang paling penting di TH yang perlu ditingkatkan kerana dalam setiap pelaburan yang mahu dibuat, kami perlu pertimbangkan kedua-dua perkara iaitu risiko dan ganjaran,” katanya.
Pelaburan TH di dalam sekuriti pendapatan tetap termasuk pelaburan di dalam Terbitan Pelaburan Kerajaan (GII), sukuk korporat, kertas komersial, instrumen boleh runding Islamik, instrumen pasaran wang Islamik jangka sederhana dan pendek serta pembiayaan kepada subsidiari.
Ini bukan bermaksud kami tidak mahu melabur di dalam ekuiti, tetapi keseimbangan pelaburan itu akan lebih terarah kepada pendapatan tetap” Zukri Samat, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH.
Artikel Oleh : Berita Harian
“TH BUKAN UNTUK DAPATKAN HIBAH TINGGI”

Wednesday, January 16, 2019

4777) TINDAKAN DRASTIK BURU SINDIKET JENAYAH KELDAI AKAUN – HARIAN METRO – 16/1/19



Kuala Lumpur: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyarankan agar agensi penguat kuasa di negara ini melaksanakan tindakan lebih drastik untuk memburu sindiket yang mendalangi jenayah keldai akaun.
Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, jenayah keldai akaun di negara ini kini berada di peringkat serius memandangkan semakin ramai rakyat Malaysia terjebak dan ada yang dikenakan tindakan mengikut undang-undang meskipun ti- dak terbabit secara langsung.
Katanya, pihak persatuan sendiri menerima aduan hingga 60 ke 70 kes sejak kebelakangan ini daripada mangsa yang dipergunakan dan kebanyakan mereka tidak sedar terbabit dengan aktiviti jenayah itu.
“Pihak penguatkuasa seperti polis, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta Pejabat Timbalan Pendakwa Raya (DPP) termasuk Peguam Negara perlu melihat isu dengan lebih serius kerana ketika ini, mereka yang ditahan kebanyakannya adalah pemilik akaun saja.
“Bagaimanapun, pihak yang mendalangi jenayah itu masih ramai yang bebas dan menggunakan pelbagai cara untuk memperdayakan mangsa. Mereka yang ditangkap biasanya tidak tahu akaun bank mereka disalah guna dan itu tidak membuktikan mereka terbabit,” katanya di sini semalam.
Nadzim berkata, agensi penguat kuasa mempunyai pelbagai kaedah yang mampu dilakukan untuk mengesan sindiket dan tidak harus memberikan fokus kepada pemilik akaun bank sahaja.
“Sudah tentu mereka boleh cari mereka yang terbabit kerana ATM (mesin pengeluaran wang automatik) sendiri mempunyai kamera. Cari orang yang mengeluarkan wang menerusi akaun itu kerana dia adalah sebahagian daripada sindiket berkenaan,” katanya.
Beliau mendakwa, jenayah membabitkan ‘keldai akaun’ kini didalangi orang tempatan dan bukan sahaja warga Nigeria seperti sebelum ini.
Artikel Oleh : Harian Metro
TINDAKAN DRASTIK BURU SINDIKET JENAYAH KELDAI AKAUN

4776) SAKSI BERSUMPAH DENGAN AL-QURAN, DAKWA LIHAT PESAWAT MH370 – SINAR HARIAN – 16/1/19




PETALING JAYA- Saksi yang mendakwa bahawa melihat sendiri pesawat MH370 terhempas di lautan Sumatera membuat akuan sumpah dengan al-Quran pagi ini.
Akuan sumpah itu dibuat bagi membuktikan bahawa dakwaan itu benar, bukan bersifat dakwaan semata-mata.
Menurut saksi itu, dia yang berada di tempat kejadian pada pagi 8 Mac 2014 menyaksikan pesawat itu rosak, asap hitam dan bau busuk asid dari pesawat berkenaan.
“Saya melihat sendiri pesawat itu bergerak dari kiri ke kanan seperti layang-layang yang patah, tiada bunyi hanya asap hitam seperti berpunca daripada kebakaran sebelum terhempas ke dalam air,” kata saksi itu yang dikenali sebagai Rosli yang diterbangkan khas dari Indonesia, dalam sidang media yang diadakan di Lake View Club, di sini, hari ini.
Turut menyaksikan akuan sumpah itu Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan.

Artikel Oleh : Sinar Harian
SAKSI BERSUMPAH DENGAN AL-QURAN, DAKWA LIHAT PESAWAT MH370

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL