Thursday, November 6, 2025

AKTIVITI | SESI PODCAST: MEMBERI RAWATAN ALTERNATIF SERTA PELUANG PEKERJAAN BAHARU KEPADA GRADUAN - PPIM - 06/11/2025

PPIM melalui segmen Podcast PPIM menampilkan Pengamal Perubatan Homeopati, Prof. Ir Dr Zainal Aripin Zakariah sebagai tetamu jemputan bagi membincangkan tajuk “Memberi Peluang Kepada Rawatan Alternatif yang Berkesan serta Peluang Pekerjaan Baharu kepada Graduan.”

Perbincangan dalam segmen ini memberi tumpuan kepada isu kesihatan awam dan sosial, termasuk peningkatan masalah kesihatan mental, keselamatan makanan, serta pengaruh media terhadap kanak-kanak.

Selain itu, perbincangan turut menekankan potensi rawatan alternatif dalam membantu masyarakat mendapatkan pilihan kesihatan yang lebih menyeluruh, di samping membuka peluang kerjaya baharu kepada graduan tempatan dalam bidang berasaskan kesihatan dan kesejahteraan.

Prof. Zainal turut berkongsi pandangan mengenai potensi rawatan homeopati sebagai alternatif yang berkesan dalam menangani pelbagai penyakit, termasuk kanser dan gangguan mental. Beliau menekankan kepentingan gaya hidup sihat serta kesedaran masyarakat terhadap faktor dalaman dan luaran yang mempengaruhi kesihatan.

Wednesday, November 5, 2025

AKTIVITI | MAJLIS APRESIASI HIGH TEA RAKAN STRATEGIK AIR SELANGOR - PPIM - 05/11/2025

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi menghadiri Majlis Apresiasi High Tea Rakan Strategik Air Selangor yang berlangsung di Glenmarie Ballroom, Glenmarie Hotel & Golf Resort, Shah Alam.

Majlis anjuran Air Selangor ini diadakan sebagai tanda penghargaan kepada semua rakan strategik atas sokongan dan kerjasama berterusan dalam menambah baik mutu perkhidmatan kepada pengguna.

Tuesday, November 4, 2025

AKTIVITI | PPIM ADAKAN PERTEMUAN BERSAMA PENGURUSAN TERTINGGI TEKUN NASIONAL - PPIM - 04/11/2025

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan (Toqqi), telah mengadakan pertemuan bersama Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional, Dato' Adam Abd Ghani, di Menara TEKUN, Kuala Lumpur.

PPIM BANTAH TINDAKAN 'MUSLIM FRIENDLY WATCH' KELUARKAN SIJIL 'MUSLIM CHOICE' YANG MENGELIRUKAN - KENYATAAN MEDIA PPIM - 04/11/2025

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dengan ini membantah sekeras-kerasnya kegiatan yang dilakukan oleh pihak Muslim Friendly Watch yang mengeluarkan perakuan 'Muslim Choice' kepada peniaga, yang seolah-olah bertindak sebagai suatu tanda atau sijil Halal.

Tindakan ini adalah jelas suatu percubaan untuk mengelirukan orang ramai dan dilihat sebagai menyalahi Akta Perihal Dagangan 2011. Akta tersebut dengan nyatanya memperuntukkan bahawa pihak yang diberi kuasa untuk mengeluarkan pensijilan Halal di Malaysia hanyalah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN). Mana-mana pihak lain yang mengeluarkan sebarang bentuk perakuan, label atau logo yang menyerupai sijil Halal adalah melakukan suatu kesalahan di sisi undang-undang.

PPIM mendapati kegiatan Muslim Friendly Watch ini amat berbahaya dan boleh menghakis kepercayaan serta keyakinan pengguna Islam di negara ini. Kewujudan dua 'autoriti' yang berbeza dalam hal pensijilan Halal hanya akan menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pengguna, peniaga, malah badan-badan pensijilan luar negara yang selama ini telah mempercayai dan mengiktiraf JAKIM sebagai satu-satunya badan pensijilan Halal yang sah di Malaysia.

Kami ingin menegaskan bahawa isu Halal adalah isu yang sangat sensitif dan melibatkan akidah serta keyakinan umat Islam. Segala bentuk komersialisasi dan main-main dalam urusan ini perlu dibendung segera.

Oleh itu, PPIM menggesa:

  1. Kepada Muslim Friendly Watch: Agar serta-merta menghentikan semua kegiatan mengeluarkan perakuan 'Muslim Choice' yang boleh disalahertikan sebagai sijil Halal.
  2. Kepada Penguatkuasa Akta Perihal Dagangan 2011: Agar mengambil tindakan tegas dan segera terhadap pihak yang melanggar akta ini bagi melindungi kepentingan pengguna Islam dan mengekalkan integriti pensijilan Halal Malaysia.
  3. Kepada Semua Pengguna Islam: Agar sentiasa berwaspada dan hanya merujuk kepada Logo Halal Malaysia yang dikeluarkan oleh JAKIM/MAIN sebagai satu-satunya tanda yang sah dan diyakini.

Kita semua perlu bersatu dalam mempertahankan kredibiliti dan integriti pensijilan Halal di negara ini yang telah diiktiraf di peringkat antarabangsa. Jangan biarkan sebarang pihak mempersenda dan mempermainkan isu yang menjadi teras kehidupan umat Islam.

“Bersama Kembalikan Hak & Maruah Dengan Bijaksana”

nadzimjohan@toqqi
Ketua Aktivis
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)

PPIM URGES PROBE INTO GROUP BEHIND 'MUSLIM CHOICE' LABEL OVER PUBLIC CONFUSION - THE VIBES - 03/11/2025

THE Muslim Consumers Association of Malaysia (PPIM) has called on the authorities to investigate the Muslim Friendly Watch (MFW) group for introducing terms such as ‘Muslim choice’ and ‘Muslim friendly’, which it said could confuse the public, particularly Muslim consumers.

PPIM’s Chief Activist, Datuk Nadzim Johan, said the move by the group was “clearly misleading” and could compromise the integrity of Malaysia’s internationally recognised halal certification system.

“The halal recognition of any product or premises is extremely important and cannot be compromised. If everyone were allowed to freely issue their own Muslim-friendly endorsements that imply halal status, PPIM could have done so long ago,” he said when contacted by Harian Metro.

“Instead, halal certification must be overseen by one authority, namely the Department of Islamic Development Malaysia (JAKIM). What MFW has done could damage the reputation and integrity of Malaysia’s Halal Certification System, which is internationally recognised,” he added.

His remarks followed social media posts showing ‘Muslim friendly’ and ‘Muslim choice’ logos allegedly issued by a non-governmental organisation, which have caused confusion among consumers.

Nadzim warned that the use of such logos not only misleads the public but could also be exploited by irresponsible parties.

“If this issue is not addressed seriously, it will continue and lead to negative consequences. The public must be educated on the importance of ensuring that premises or products have valid halal certificates,” he said.

He urged the government, through JAKIM and the Ministry of Domestic Trade and Cost of Living (KPDN), to take firm action against those responsible.

Yesterday, JAKIM issued a statement clarifying that terms such as ‘Muslim choice’ introduced by any organisation do not constitute an officially recognised halal certification.

Its Director-General, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee, said the labelling initiative by MFW could mislead the public regarding the halal status of products or premises.

He explained that MFW claimed its ‘Muslim choice’ rating aimed to assure Muslim consumers that listed products or establishments were “quality, clean, safe and in line with Islamic principles.”

Sirajuddin said JAKIM had previously met MFW on 23 August last year and informed the organisation that its endorsement could create public confusion.

“During that meeting, JAKIM also requested that MFW cease such activities,” he said. - November 3, 2025

Article by: The Vibes

PPIM URGES PROBE INTO GROUP BEHIND 'MUSLIM CHOICE' LABEL OVER PUBLIC CONFUSION

https://www.thevibes.com/articles/news/114991/ppim-urges-probe-into-group-behind-muslim-choice-label-over-public-confusion 

AKTIVITI | SESI TAKLIMAT KHAS: KESAN RECIPROCOL TRADE AGREEMENT US-MALAYSIA - PPIM - 03/11/2025

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi menghadiri Sesi Taklimat Khas "Kesan Reciprocol Trade Agreement US-Malaysia" oleh Third World Network di Dewan Serbaguna, Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya.

PPIM GESA SIASAT MFW ISU ISTILAH 'MUSLIM CHOICE' - HARIAN METRO - 03/11/2025

 

Kuala Lumpur: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa pihak berkuasa menjalankan siasatan terhadap Pasukan Pemantau Mesra Muslim (MFW) yang memperkenalkan istilah 'muslim choice' atau seumpamanya.

Ketua Aktivisnya Datuk Nadzim Johan berkata, tindakan pihak terbabit jelas menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat terutama pengguna Islam.

Katanya, pengiktirafan halal bagi sesuatu produk atau premis amat penting dan ia tidak boleh dikompromi.

"Sekiranya semua pihak boleh sewenang-wenangnya mengeluarkan pengiktirafan mesra Muslim yang memberi gambaran halal, sudah lama kita (PPIM) pun buat. Sebaliknya pengiktirafan halal itu harus dikawal satu badan iaitu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

"Apa yang dilakukan MFW itu boleh menjejaskan reputasi dan integriti Sistem Pensijilan Halal Malaysia yang diiktiraf peringkat antarabangsa," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Beliau berkata demikian susulan tular di media sosial logo 'muslim friendly' dan 'muslim choice' yang dikeluarkan pertubuhan bukan kerajaan yang menimbulkan kekeliruan masyarakat.

Menurut Nadzim, pengeluaran logo terbabit bukan hanya mengelirukan masyarakat tetapi turut boleh disalah guna pihak lain.

"Andai perkara ini tidak ditangani dengan serius, ia akan berterusan dan memberi implikasi buruk. Masyarakat perlu dididik berkenaan kepentingan memastikan premis atau produk mempunyai sijil halal yang sah," katanya.

Justeru, beliau berharap kerajaan melalui JAKIM serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengambil tindakan terhadap pihak yang bertanggungjawab.

Semalam, JAKIM menerusi satu kenyataan menegaskan penggunaan istilah muslim choice atau seumpamanya yang diperkenalkan mana-mana pihak, bukan perakuan atau penandaan halal yang diiktiraf pihak berkuasa.

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee dilapor berkata, istilah diperkenalkan MFW itu antara lain boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat berhubung status halal sesuatu produk atau premis.

Katanya, tujuan MFW membuat penarafan itu didakwa untuk memberi keyakinan kepada pengguna Muslim berkenaan produk atau premis yang diiktiraf pertubuhan berkenaan sebagai berkualiti, bersih, selamat serta selari prinsip Islam.

Sirajuddin turut berkata, JAKIM pernah bertemu MFW pada 23 Ogos tahun lalu, memaklumkan pengiktirafan muslim choice dijalankan pertubuhan terbabit boleh mendatangkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

Pada pertemuan itu, katanya, JAKIM turut meminta MFW menghentikan tindakan berkenaan.

Artikel oleh: Harian Metro

PPIM GESA SIASAT MFW ISU ISTILAH 'MUSLIM CHOICE'

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/11/1283216/ppim-gesa-siasat-mfw-isu-istilah-muslim-choice

Monday, November 3, 2025

AKTIVITI | LAWATAN KE PUSAT RAUDHOH TAHFIZ AL-QURAN - PPIM - 02/11/2025

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Toqqi, telah mengadakan lawatan ke Pusat Raudhoh Tahfiz Al-Quran yang terletak di Hulu Langat.

BNPL NIKMAT BERBELANJA KE HUTANG ‘SENYAP’ TAK JANGKA (B9) - BULETIN TV9 - 04/10/2025

 

Banyak syarikat kini menawarkan kemudahan 'beli dulu bayar kemudian' atau BNPL yang terus mencatatkan peningkatan transaksi.

Pun begitu, tawaran sedemikian tiada beza berbanding konsep ansuran lain gagal urus! tingkat komitmen bulanan.

Aslina Abu bakar merungkai sisi gelap BNPL yang menjerat pengguna kepada hutang senyap.

Sumber: Buletin TV9

BNPL NIKMAT BERBELANJA KE HUTANG ‘SENYAP’ TAK JANGKA (B9)

AKTIVITI | PERJUMPAAN KETUA AKTIVIS PPIM BERSAMA PENGERUSI MAIS - PPIM - 28/10/2025

Perjumpaan Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi bersama Pengerusi Majlis Agama Islam Malaysia (MAIS),  YAD Senator Dato' Setia Hj Salehuddin Saidin di MAIS, Shah Alam.

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL