Friday, January 3, 2020

5625) APLIKASI ‘PERJUANGAN PPIM’ KINI SEMUANYA DI HUJUNG JARI!

Istimewa Buat Pengguna!
Aplikasi ‘Perjuangan PPIM’ Kini Semuanya di Hujung Jari!
.
Klik link: perjuangan.ppim.org.my untuk memuat turun aplikasi ‘Perjuangan PPIM'
.
Dengan semangat dan nafas baru melangkah ke tahun 2020, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah melancarkan sebuah aplikasi ‘Perjuangan PPIM’ yang diprogram khas buat para pengguna di Malaysia untuk merasai sendiri pengalaman berjuang bersama PPIM di atas talian dengan pelbagai ciri-ciri menarik.
.
Aplikasi ini merupakan usaha dalam mendekati dan memudahkan masyarakat dalam membantu PPIM memperjuangkan isu-isu kepenggunaan. Ianya juga diwujudkan bagi menarik minat lebih ramai pengguna untuk berkomunikasi dengan PPIM.
.
Aplikasi ini boleh dimuat turun dan digunakan sepenuhnya mulai 3 Januari 2020 oleh para pengguna yang serius dan komited dalam memperjuangkan hak kepenggunaan bersama PPIM.


#PPIM #aplikasperjuanganPPIM


5624) "DAH 2020, PENGGUNA MALAYSIA MASIH HAPRAK" - PPIM - 02/01/2020

Kerajaan telah melaksanakan inisiatif bagi memupuk kesedaran kebersihan dikalangan pengguna seperti Dasar Kebersihan Negara yang berkuatkuasa pada tahun ini. Sedihnya, ambang tahun baru 2020 masih disambut dengan sikap masyarakat mentaliti kelas ketiga. Mengejutkan apabila sembilan tan sampah sarap dikutip selama lapan jam oleh 100 orang pekerja Alam Flora Sdn Bhd bagi membersihkan lokasi sambutan tahun baru di ibu kota.

(SUMBER: My Metro)

“Saya berasa terhina dengan rakyat Malaysia yang memegang status yang sama, namun masih mempunyai mentaliti negara ketiga. Sampah itu bukan milik kerajaan atau Alam Flora untuk dibersihkan. Itu merupakan tanggung jawab pengguna itu sendiri,” kata Setiausaha Kerja PPIM, Zharif Johor.

Menurutnya lagi, pengguna perlu memikirkan kesan daripada perlakuan mereka yang akan mempengaruhi mentaliti generasi akan datang. Kanak-kanak didedahkan dengan budaya membuang sampah merata-rata dan ia akan diulangi oleh mereka kerana sikap anak-anak adalah cerminan ibu bapa.

“Isu ini sangat mendukacitakan kerana kerajaan gagal mendidik dan melaksanakan perlaksanaan undang-undang untuk tindakan mereka. Bila masyarakat melakukan kesalahan tapi tiada hukuman, maka dasar atau undang-undang itu menjadi bahan jenaka. Dasar negara ini sangat bagus, namun adakah undang-undang itu dilaksanakan bersungguh-sungguh atau ia hanya merupakan satu sistem ‘syok sendiri’?” tambahnya.


PPIM menggesa agar PBT melaksanakan hukuman sedia ada bagi mereka yang melakukan kesalahan atau memberi ganjaran kepada golongan pemantau yang berusaha untuk memastikan perlaksanaan ini dijalankan.



Thursday, January 2, 2020

5623) RAKYAT MALAYSIA RUGI RM1.8 BILION - HARIAN METRO - 02/01/2020


PERSATUAN Pengguna Islam Malaysia (PPIM) merekodkan kerugian dialami rakyat Malaysia mencecah RM1.8 bilion membabitkan kes ceti haram, keldai akaun dan ‘scam’.
Ketua Aktivisnya Datuk Nadzim Johan berkata, faktor sikap menjadi punca utama mengapa masih ada mangsa bagi kes berkenaan termasuk mereka yang terperangkap dengan kes berulang dalam tempoh beberapa tahun sebelum ini.
Katanya, secara purata, sebanyak 30 kes along diterima pihaknya setiap hari dengan nilai minimum pinjaman RM20,000 dengan sebahagian besarnya sudah diselesaikan secara rundingan bersama ceti haram terbabit.
"Untuk keldai akaun, kita ada beratus-ratus mangsa dengan nilai kerugian RM1 bilion dan jumlah itu semakin bertambah setiap hari. Saya yakin, lebih ramai lagi mangsa akan tampil selepas ini kerana mereka mula nampak jalan penyelesaian.
"Paling tidak, tempat untuk mengadu kerana sebelum ini, mereka tidak tahu kepada siapa hendak dirujuk. Ikutkan laporan polis, memang banyak dan kes seperti ini agak mengambil masa untuk diselesaikan. Ada juga kes yang sudah berjalan di mahkamah," katanya kepada Harian Metro.
Nadzim berkata, pihaknya juga menerima aduan mengenai pelbagai jenis penipuan terutama mereka yang berurusan secara online dan media sosial.
Katanya, semua aduan yang direkodkan akan dirujuk kepada pihak berwajib untuk tindakan selanjutnya bagi memastikan kes itu dapat diselesaikan dan pengguna mendapat pembelaan sewajarnya.
"Untuk tahun ini (2020), kita akan pelbagaikan bentuk kempen kepenggunaan iaitu memastikan agar pengguna peduli dengan hak mereka dan tahu apa tindakan perlu diambil sekiranya berdepan masalah.
"Di Malaysia, tahap kesedaran juga satu isu, ada yang tahu berdepan masalah tidak mahu buat laporan. Ada juga yang buat laporan beberapa kali, tapi tiada tindakan. Jadi saya rasa penting untuk kita semua tahu hak dan peranan masing-masing demi kebaikan bersama," katanya.

Artikel oleh: Harian Metro

RAKYAT MALAYSIA RUGI RM1.8 BILION


5622) “SAYA MELANGKAH JE MASUK SAYA DAH RASA SELAMAT.”- MANGSA AHLONG - TV.PPIM - 02/01/2020


“Saya Melangkah Je Masuk Saya Dah Rasa Selamat. Saya Nampak Mereka One Of The Best La Untuk Yang Tersepit Macam Saya”- Mangsa Ahlong Terjerat Ahlong? Jangan Tangguh, Dapatkan Bantuan SATRIA INTELLIGENCE AGENCY (Panel Yang Dilantik PPIM Bagi Menguruskan Aduan Ceti Haram). Alhamdullilah SATRIA Telah Berjaya Menyelesaikan Ribuan Kes Yang Melibatkan Jutaan Ringgit. Bantuan Diberikan Tidak Mengira Bangsa & Agama. Bagi Mendapatkan Bantuan, Hubungi: Satria Intelligence Agency / Persatuan Pengguna Islam Malaysia 70X, Jalan Keramat Hujung, Bukit Keramat 54000 Kuala Lumpur Whatsapp: http://wasap.my/60133071999 http://wasap.my/60193458444 013-3071 999 / 019-3458 444 03-4257 7222 / 03-4256 6618 Bagi melaporkan aduan & menetapkan temujanji, layari: www.ahlong.ppim.org.my Ayuh bersama Jauhi Ahlong! Sebarkan maklumat ini kepada kenalan anda atau mangsa Ahlong. #BendaBolehSettle #Share #JanganSalahPinjam #NoToAhlong #NasihatDariPPIM #JanganPinjamAhlong #PPIMPeduli #AhlongMusuhNegara

Artikel oleh: TV.PPIM

“SAYA MELANGKAH JE MASUK SAYA DAH RASA SELAMAT.”- MANGSA AHLONG


5621) KUEY TEOW CHEF YANG JAMIL SEDAP - TVPPIM - 01/01/2020

5620) PASARAYA ANGKASA SUMBANG DANA - TVPPIM - 01/01/2020

5619) PASARAYA ANGKASA LANCAR BIZ ONLINE - TVPPIM - 01/01/2020

5618) TOKKI LANCAR KEMPEN BMF - TVPPIM - 01/01/2020

5617) “ANDAI ESOK REBAH, BIARLAH REBAH INI BERMARUAH” - TOQQI - TV.PPIM - 31/12/2019


“Andai esok rebah, biarlah rebah ini bermaruah” “Andai kami hilang dari sejarah, pastikan sejarah ini terlahir semula” - Toqqi Lebih 20 tahun berjuang demi pengguna sehingga segala kutukan dan kata-kata yang mematikan semangat juang bukan lagi penyebab untuk PPIM mengalah dan berhenti dari terus membantu. Terima kasih kepada anda yang sentiasa bersama kami dalam perjuangan ini. "Perjuangan Bersama Demi Pengguna

Artikel oleh: TV.PPIM

“ANDAI ESOK REBAH, BIARLAH REBAH INI BERMARUAH”


5616) AKTIVITI | JEMPUTAN PERASMIAN PELANCARAN BIZ ONLINE & DELIVERY SERTA PERASMIAN KEMPEN BMF 2020 PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN - PPIM - 01/01/2019

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi dijemput bagi merasmikan Majlis Pelancaran Biz Online & Delivery Pasaraya Angkasa Halal Hub Serta Perasmian Kempen BMF 2020 Peringkat Wilayah Persekutuan.  


PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL