Wednesday, October 10, 2018

4662) NGO HARAP AGIHAN ADIL, TIDAK BEBAN – UTUSAN MALAYSIA – 10/10/18

KUALA LUMPUR 9 Okt. – Kerajaan perlu memberi jaminan bahawa pelaksanaan cukai baharu yang diperkenalkan kelak tidak membebankan rakyat sekali gus mengagihkan kutipan secara adil dan saksama terutama kepada golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40).
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, cukai baharu yang bakal diperkenalkan perlu ada kaedah lebih progresif bagi mengelakkan bebanan cukai.
“Jika cukai baharu diperkenalkan nanti, ia hendaklah tidak membebankan rakyat. Kita harap cukai baharu tersebut dapat menjana ekonomi negara.
“Kewujudan cukai ini diharap dapat menambah merancakkan ekonomi negara dan kita bersetuju jika cukai ini tidak memberi tekanan kepada rakyat kerana sekarang kos sara hidup makin tinggi,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi Bumiputera (MTEM), Ahmad Yazid Othman berkata, cukai baharu tersebut diharap mampu menggalakkan pengagihan kekayaan dengan lebih adil dan saksama.
Katanya, cadangan memperkenalkan cukai itu bukan bertujuan menyerang golongankaya, sebaliknya disebabkan keadaan ekonomi mencabar dan isu ketidaksamaan ekonomi di negara ini.
Dalam pembentangan bajet 2018, MTEM pernah menyarankan kerajaan memperkenalkan cukai baharu iaitu cukai kekayaan dan warisan. Salah satu yang kami cadangkan ialah mencukai orang yang boleh dicukai dan takkan papa kedana kalau dicukai,” katanya.
Timbalan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd. Jaafar Abdul Majid pula berkata, sekiranya ada cukai baharu, ia perlu adil dan tidak memberi tekanan kepada golongan pekerja.
Beliau berkata, golongan B40 akan menerima kesan memandangkan kos sara hidup semakin meningkat.

Artikel Oleh : Utusan Malaysia
NGO HARAP AGIHAN ADIL, TIDAK BEBAN

4661) PPIM MENERIMA SUMBANGAN BERBENTUK MAKANAN SEDIA MAKAN DARI SYED BISTRO UNTUK MISI BANTUAN KE PALU SULAWESI – PPIM – 10/10/18

PPIM sukacita menerima sumbangan berbentuk makanan sedia makan dari pihak Syed Bistro untuk misi bantuan ke Palu, Sulawesi.

Aktivis PPIM Zulkarnain Abd Rahman bakal menyertai misi bantuan tersebut bersama Angkatan Pertahanan Awam yang dijadualkan berlepas isnin depan.












Monday, October 8, 2018

4658) KPDNHEP GESA PENGGUNA BUAT ADUAN - UTUSAN MALAYSIA - 7/10/18



KUALA LUMPUR 7 Okt. – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menggesa orang ramai membuat laporan bagi membolehkan tindakan penguatkuasaan dikenakan ke atas peniaga dan premis yang menjual barangan tiruan khususnya telefon pintar dan komputer riba.

Saranan itu dibuat Timbalan Pengarah Penguat Kuasa KPDNHEP, Datuk Iskandar Halim Sulaiman selepas pihaknya hanya menerima laporan dan aduan daripada syarikat cap dagangan walhal barangan elektronik tiruan itu dijual secara berleluasa kepada pengguna.

“Selepas menerima aduan, siasatan lanjut akan dilakukan sebelum tindakan tegas termasuk kompaun dan pendakwaan dikenakan ke atas peniaga yang didapati melakukan kesalahan, manakala barangan tiruan akan dirampas,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian susulan pendedahan Mingguan Malaysia berhubung penjualan gajet tiruan secara berleluasa di sekitar ibu negara selepas peranti itu diseludup masuk melalui beberapa pintu sempadan negara me­libatkan transaksi lebih RM200,000.

Mengulas lanjut, Iskandar Halim turut menasihatkan pengguna supaya berhati-hati dan membeli barang elektronik di premis yang sah bagi mengelak ditipu serta mengalami kerugian.

Dalam pada itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan menyarankan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) melakukan pemantauan dan pemeriksaan secara berkala di premis-premis penjualan elektronik dan meminta justifikasi belian barangan yang diimport.

Timbalan Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Mohd. Yusof Abdul Rahman menggesa kerajaan mengkaji semula Akta Perihal Dagangan 2011 supaya hukuman lebih berat dapat dikenakan kepada pesalah.

‘‘Hukuman ringan berbanding keuntungan tinggi adalah antara punca peniaga berani menjual gajet tiruan secara terbuka,’’ katanya.

Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA) Datuk Dr. Jacob George pula berpandangan, sindiket penyeludupan gajet membuktikan sempadan utara negara ini begitu terdedah kepada kegiatan kartel dan aktiviti jenayah antarabangsa.

Artikel Oleh : Utusan Malaysia
KPDNHEP GESA PENGGUNA BUAT ADUAN

4657) SEMBANG SANTAI "MINGGU MENABUNG SSPN" - PTPTN - 7/10/18

Bersama Ketua Aktivis PPIM toqqi dan Dr. Rubayah dalam sembang santai "Minggu Menabung SSPN". Banyak ilmu telah dikongsikan sepanjang 1 jam program ini.






4656) PROGRAM JUALAN JIMAT RAKYAT DI PPR BERINGIN - 7/10/18








Thursday, October 4, 2018

4655) JENAYAH DI DOBI LAYAN DIRI – TV3 – 2/10/18


Program yang memaparkan kegiatan jenayah, aktiviti menyalahi undang-undang dan kecekapan PDRM dalam menanganinya. Saksikan bagaimana pihak berkuasa menangani dan mencegah pelbagai jenayah dan salah laku yang sering terjadi di dalam negara.

Tuesday, October 2, 2018

4654) GAJI HABIS BERJUDI – HARIAN METRO – 2/10/18

Tidak tahan dengan anaknya yang menjadi tahi judi atas talian sejak empat tahun lalu, seorang bapa mengambil keputusan membawanya ke Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) untuk diberikan motivasi dan kaunseling.
Selama tempoh itu jugalah, si bapa tidak mengetahui anaknya yang meminta wang sebanyak RM2,000 setiap bulan sebenarnya menggunakan wang terbabit untuk membayar hutang kalah judi.
Perbuatan itu terbongkar selepas dia mendesak anaknya yang berusia 25 tahun itu menceritakan perkara sebenar kerana hampir setiap bulan gaji yang diterima habis begitu saja.
Dia yang mahu dikenali sebagal Md Aris, 52 berkata, anaknya itu berkelulusan diploma kejuruteraan sebuah institusi pengajian tinggi awam dan mula bekerja sebagai penyelia projek sejak empat tahun lalu.
“Sejak mula bekerja sampailah minggu lepas, setiap bulan saya perlu berikan dia RM2,000 kerana kehabisan wang belanja sedangkan dia dapat saji sebanyak RM2,400 sebulan.
“Dia juga ada meminjam dengan kawan-kawan dan tujuh along yang keseluruhannya berjumlah lebih RM50.000,” katanya ketika ditemui di pejabat PPIM di sini, semalam.

Artikel Oleh : Harian Metro
GAJI HABIS BERJUDI

4653) SELAMAT PAGI MALAYSIA ( MACAU SCAM ) - RTM - 2/10/18






PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL