Showing posts with label ZULKARNAIN ABD RAHMAN. Show all posts
Showing posts with label ZULKARNAIN ABD RAHMAN. Show all posts

Wednesday, March 20, 2019

4847) EKSPEDISI AMPHIBIOUS CRAFT MELAKA KE LANGKAWI - PPIM - 20/3/19


Ketua Aktivis PPIM, toqqi dan Penasihat PPIM, Datuk Seri Amir Hamzah menghadiri Majlis Sambutan Hari Ulang Tahun ke-67 Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.








Saturday, October 20, 2018

4690) HARI KE-ENAM BANTUAN KEMANUSIAAN UNTUK MANGSA GEMPA DAN TSUNAMI PALU, SULAWESI– PPIM – 20/10/18

20 Okt, PALU – Hasil kerjasama antara sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Dan Badan SAR Nasional Indonesia (BASARNAS) telah menemui tujuh mayat dari beribu mangsa yang ditenggelami lumpur akibat bencana gempa aliran bawah tanah pada penghujung september lalu.



Aktivis PPIM Zulkarnain Abdul Rahman yang merupakan Sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia berkata, kalobrasi sukarelawan APM Dan BASARNAS ke lokasi serta membuat ‘Search and Rescue’ mengambil masa dan risiko kerana keadaan tanah yg lembut amat menyukarkan operasi. Excavator juga digunakan bagi membuat laluan dan pembersihan kawasan. Pergerakan operasi amat merumitkan kerana perlu bekerjasama dengan bahagian kesihatan. Proses semburan anti virus dilakukan terlebih dahulu menggunakan helikopter.



Telaga tiub di diilhamkan Oleh MAPIM dan sukarelawan dari Malaysia membantu menyalurkan sumber air bersih kepada mangsa bencana. Telaga yang dinamakan Pompa Malaysia dibina bagi sumber keperluan air sehingga boleh menampung lingkungan 5000 keluarga sehari. Pompa Malaysia ini di buat dengan kos 30 ribu setiap satu (kerja-kerja Telaga utama, tiga silinder tapisan, satu silinder basmi kuman, dan dua cubic tanking air bersih. Projek ini akan berterusan dalam usaha mengumpul dana bantuan dan dipantau dari semasa ke semasa.
Dr. Mohamad Syarif Abd Wahab Dari El’Medina klinik Batu Pahat berkata, ujian tahap pencapaian piawaian kebersihan air adalah tahap yang terbaikk iaitu 7.3ph iaitu tahap air alkali yang amat sesuai untuk kesihatan.












Manakala di sebelah tengahari khutbah Jumaat disampaikan Oleh Hj Kamarudin,Presiden Islamic propagation Society (IPSI) tajuk khutbah “Taubat dan Kasih Sayang Allah” membuatkan kebanyakan Jemaah solat jumaat mengalirkan air mata.

Oleh Zulkarnain Abd Rahman

Thursday, October 18, 2018

4687) HARI KE-EMPAT MISI BANTUAN KECEMASAN SULAWESI TENGAH – PPIM – 17/10/18

17 Okt, Palu — Misi Bantuan Kecemasan Sulawesi Tengah anjuran Majlis Perundingan Pertubuhan Islam (Mapim) kini masuk hari ke-empat.
Sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang turut mengikuti misi tersebut giat membantu mengagihkan bantuan berupa barangan keperluan harian serta makanan kepada mangsa.



Lebih membanggakan, pasukan sukarelawan APM yang turut melibatkan aktivis PPIM itu telah mendapat pengiktirafan oleh Badan Sar Nasional (BASARNAS) dalam misi kali ini.
Pengarah bahagian operasi dan bencana APM, Abdul Wahab Rahim berkata, hari ini (18 Okt) pasukannya akan memulakan tugas mencari mangsa didalam kawasan Gempa Aliran Bawah Tanah di Patebo.






” Susulan aduan oleh orang awam yang mendakwa telah menjumpai satu mayat didalam lumpur, pihak kami bersama BASARNAS akan memulakan kerja pencarian esok,” katanya.
Pada hari ketiga misi, delagasi Mapim yang melibatkan 41 orang sukarelawan telah mengagihkan bantuan bekalan pek makanan, pek kebersihan diri, serta kelengkapan solat di lima kawasan bencana.
















Antara kawasan yang dilawati mereka ialah daerah Petobo dan Dongala yang merupakan kawasan yang terputus hubungan jalan raya akibat kejadian gempa itu.
Gempa bumi dan tsunami yang melanda Palu pada 28 September lalu telah mencatatkan kematian lebih 2,000 orang dengan lebih 30,000 lagi dilaporkan menjadi mangsa bencana alam itu.

“Oleh Zulkarnain Abd Rahman”

Tuesday, October 16, 2018

4680) MISI BANTUAN BENCANA PALU SULAWESI, INDONESIA – PPIM – 15/10/18

15 Okt, Palu – Delegasi sukarelawan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) selamat tiba di Palu, Sulawesi seawal 6.30 pagi.
Delagasi sukarelawan Mapim bersama media dan beberapa NGO serta agensi lain ini akan berkampung di rumah tinggalan gempa yang terletak di Jalan Tomampe.
Sejurus tiba di Palu awal pagi tadi, mereka menempuh perjalanan beberapa jam sebelum tiba ke lokasi dan terus menjalankan kerja bergotong royong membersihkan kawasan yang bakal mereka jadikan pusat operasi sementara mereka sepanjang berada disana.





Wakil PPIM yang menyertai misi dimaklumkan mereka tidak dapat melawat kawasan tempat berlakunya gempa aliran bawah tanah kerana kawasan itu dipercayai tercemar dengan wabak yang kini aktif.
Kawasan yang dinamakan Balaroa itu tidak dapat dimasuki oleh sukarelawan dan semalam pihak kerajaan Indonesia telah membuat semburan anti bacteria di tempat tersebut.

Misi Bantuan Kecemasan Sulawesi Tengah Mapim yang melibatkan 41 orang sukarelawan termasuk media diketuai oleh Dr Ahmad Sani Araby Al-Kahery.
Selepas kurang 24 jam tiba di Palu, mereka telah melawati kawasan Patebo dan sepanjang pantai Palu termasuk jambatan kuning yang musnah dalam bencana alam itu.



Kawasan ini asalnya kawasan perumaham atau perkampungan dikenali Patebo di Palu, Sulawesi.
Kawasan ini dilaporkan tempat dimana berlaku gempa aliran bawah tanah. Tanah disitu terangkat setinggi 8-10 meter dan tenggelam semula.


Antara bantuan yang dibawa delagasi ini ialah 3,000 pek makanan, 2,000 pek alat kebersihan (hygiene pack), 2 ribu pek keperluan solat mengandungi sejadah dan telekung selain susu bayi, susu untuk ibu (mengandung), lampin bayi dan tuala wanita.
Mereka juga akan menggali 10 perigi yang digelar ‘perigi Malaysia’ bagi menyediakan bekalan air bersih kepada mangsa-mangsa di sana yang kekurangan keperluan asas itu.
Sukarelawan lain yang turut serta ialah dari Angkatan Pertahanan Awam (APM), Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim dan petugas perubatan Persatuan Amal, Kebajikan dan Perubatan Malaysia (MediCom).
Gempa bumi dan tsunami yang melanda Palu pada 28 September lalu telah mengorbankan lebih 2,000 nyawa dengan lebih 30,000 lagi penduduk terkesan dengan tragedi berkenaan.

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL