Thursday, July 12, 2018

4545) TINDAKAN TEGAS PERLU TERHADAP PENCETUS KEBENCIAN : PPIM – KENYATAAN MEDIA PPIM – 11/7/18

KUALA LUMPUR 11 Jul – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mahu kerajaan mengambil tindakan terhadap individu-individu yang secara terang cuba mencetuskan provokasi kaum dan agama di negara ini.
Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata sejak akhir-akhir ini kenyataan yang seolah-olah mencabar kesabaran orang Melayu dan umat Islam di negara ini semakin menjadi-jadi.
“Setakat ini tiada tindakan lagi diambil keatas perbuatan yang jelas salah disisi agama Islam, iaitu LGBT, kini timbul pula kenyataan yang mencabar kedudukan Institusi Di Raja Negara ini dan menghasut kebencian terhadap agama Islam dengan memfitnah institusi pendidikan tahfiz sebagai mengamalkan agama jumud” katanya disini hari ini.
Nadzim berkata tindakan harus diambil bagi menghentikan penghinaan tersebut kerana ia boleh mencetuskan kemarahan dan tindakbalas diluar jangkaan oleh umat Islam di negara ini.
“Hari ini kita lihat seolah-olah semua orang mahu menjadi wira ‘Malaysia Baru’ dan pelbagai kenyataan yang berbaur dendam, hasutan serta kebencian mula tular”
“Kita tidak mahu perkara ini berlanjutan sehingga diluar kawalan, tindakan harus diambil, tidak kira apa agama dan bangsa mereka” katanya.
Nadzim mempersoalkan apa tujuan peguam dan aktivis Pakatan Harapan (PH), Fadiah Nadwa Fikri yang mendakwa sistem Raja Berpelembagaan tidak lagi relevan didalam institusi demokrasi negara berikutan kewujudan monarki dianggap ketinggalan zaman dikebanyakan negara di dunia.
“Apakah dia tidak tahu rukun negara yang kedua, iaitu Kesetiaan kepada Raja dan Negara. Itu merupakan asas pembentukan negara kita Malaysia, adakah Fadiah Nadwa ini sedar kesan atas kenyataannya itu?” tanya Nadzim.
“Mungkin apa yang rakyat Malaysia perlukan ialah institusi diraja yang lebih terbuka dan mesra dengan rakyat, rakyat memerlukan raja yang menjadi payung rakyat dan mengasihi rakyat, namun cadangan menghapuskan institusi Diraja adalah tidak masuk akal” katanya.
Nadzim menasihati rakyat Malaysia supaya fokus kepada membawa Malaysia ke arah yang maju tanpa melupakan asal usul terbentuknya negara ini.
“Bukan tidak boleh ada perubahan tetapi perlukah sehingga menidakkan asas pembentukan negara kita yang tercinta ini, adakah sehingga perlu menggadaikan agama sendiri?” Kata Nadzim lagi.
Nadzim menegaskan walaupun politik di negara ini telah berubah namun sikap sesetengah pengamal politik dan rakyat masih tidak berubah.
“Apa gunanya kita minta perubahan tetapi kita masih menyuntik rasa kebencian terhadap satu sama lain, yang salah biarlah mahkamah yang menghukum, tidak perlu kita menyemai kebencian dan memecahbelahkan rakyat Malaysia,” katanya.
Ketika dihubungi oleh Media PPIM, Pakar Sejarah, Professor Tan Sri Khoo Kay Kim berkata amat menyedihkan apabila generasi muda negara ini tidak faham sejarah pembentukan negara dan sewenang-wenangnya mahu menghapuskan sebahagian penting sejarah negara dan dunia.
“Pihak British datang ke Tanah Melayu dan mengakui kaum Melayu adalah lelaki budiman yang sejati namun tanpa institusi Diraja, kaum Melayu tidak punya apa-apa,” katanya.
Khoo berkata Malaysia tidak perlu melihat jauh, jiran terdekat negara ini seperti Thailand dan Brunei masih mengamalkan institusi Diraja sedangkan Thailand sudah beberapa kali bertukar kerajaan.
“Ia amat menyedihkan apabila generasi kita kini tidak tahu dan tidak ambil tahu tentang pentingnya peristiwa-peristiwa lampau yang membawa kepada pembentukan negara yang kita kenali sebagai Malaysia kini,” katanya.
Khoo berkata Institusi Diraja, sekolah-sekolah pondok, agama Islam, dan Komunis antara perkara penting yang berlaku di tanah melayu sebelum pembentukan negara ini jadi mana mungkin semua ini dihapuskan setelah pertukaran kerajaan berlaku kerana semua perkara tersebut merupakan asas pembetukan negara Malaysia.
Minggu lalu bekas menteri UMNO, Tan Sri Zainuddin Maidin meminta menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mujahid Yusof Rawa menutup sekolah tahfiz sebagai usaha membawa keluar umat Islam daripada “amalan agama jumud”.
Selain berkata sunnah Nabi SAW telah dimodenkan menjadi komersialisme, Zainuddin turut menegur UMNO yang mempertahankan anak bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak yang dilaporkan dilihat di Taiwan bersama aktres negara itu. – MEDIA PPIM
Sebarang pertanyaan, hubungi Hotline Unit Media PPIM di talian +60137990032. Terima Kasih. [TAMAT]

4544) LEMANG UNTUK RAKYAT HARGA RENDAH – METRO – 10/7/18




Kuala Lumpur: Lemang untuk rakyat. Itu inisiatif seorang peniaga lemang di Hulu Klang yang menawarkan makanan tradisional itu pada harga rendah tanpa terlalu memikirkan soal keuntungan.
Bagi Zulkifli Mohd Yatim, ada sesetengah peniaga yang menaikkan harga lemang sehingga dua kali ganda pada musim perayaan hingga membebankan pelanggan.
Dia berpendapat, sebagai hidangan wajib setiap kali menyambut 1 Syawal, lemang sepatutnya dijual pada harga berpatutan agar dapat dinikmati oleh semua.

Katanya, inisiatif itu diambil selepas berbincang dengan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan mengenai aduan sesetengah pihak mengenakan harga terlalu tinggi untuk sebatang lemang.
Menurutnya, selepas pelaksanaan sifar peratus Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), harga makanan tidak juga turun sebaliknya kekal seperti sebelum ini.
Zulkifli berkata, berikutan itu usaha kerajaan untuk meringankan beban rakyat tidak mencapai matlamat kerana masih ada peniaga enggan memberikan kerjasama.
“Berikutan itu tidak boleh harapkan kerajaan untuk meringankan beban rakyat tidak mencapai matlamat kerana masih ada peniaga enggan memberikan kerjasama.
“Jadi saya ambil inisiatif perkenalkan Lemang Rakyat ini dan alhamdulillah, sambutan diterima amat menggalakkan,” katanya.

Artikel Oleh : Harian Metro
LEMANG UNTUK RAKYAT HARGA RENDAH

4543) LAPORAN TIDAK BOLEH DITERIMA – NGO – 8/7/18





KUALA LUMPUR 7 Julai – Laporan bahawa 70 peratus barangan pengguna mengalami penurunan harga sejak pelaksanaan kadar sifar cukai barangan dan perkhidmatan (GST) 1 Jun lepas, tidak boleh diterima.
Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA) Prof. Datuk Dr. Jacob George berkata, ini kerana hasil siasatan pihaknya di empat negeri iaitu Perak, Pulau Pinang, Perlis dan Kedah mendapati bukan semua barangan mengalami penurunan harga yang drastik sepertimana didakwa.
“Jika laporan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) adalah kajian yang dilakukan secara teliti dan hasil siasatan terperinci, maka saya mengalu-alukannya, namun setelah mengadakan perbincangan dengan akar umbi di empat negeri tersebut, saya diberitahu harga masih kekal dan hanya beberapa harga barangan sahaja telah turun.
“Jadi, kami mahu tahu apa cara yang telah digunakan oleh KPDNHEP. Penjelasan ini amat penting memandangkan ia telah memberi dua gambaran berbeza kepada pengguna,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Dalam pada itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan pula berkata, harga penurunan barangan bergantung kepada tiga aspek penting lokasi, masa dan keadaan.
“Penurunan harga barangan ini bergantung kepada masa tertentu seperti potongan harga terhadap barang-barangan keperluan pengguna.
“Keadaan semasa juga menjadi faktor utama di mana penurunan harga ini berlaku di lokasi-lokasi tertentu yang melibatkan jumlah pengguna yang ramai,” katanya.

Artikel Oleh : Utusan Malaysia
LAPORAN TIDAK BOLEH DITERIMA

4542) KAYUHAN AMAL BANTU CEF – TV1 – 8/7/18



Lebih seribu peserta menyertai program Kayuhan Amal Chefs Funride Kuala Lumpur (KL) 2018. Program anjuran Yayasan Generasi Malaysia (YGM) itu menghimpunkan cef-cef daripada seluruh negara.

https://www.youtube.com/watch?v=a-q_4FXDAYc&feature=youtu.be

4541) JUALAN AMAL ROCK MELON : UNTUK ISI TABUNG HARAPAN – TV1 – 8/7/18


4540) JUALAN AMAL PATRIOT “ROCK MELON” – AGRO GOLD INDUSTRIES, HULU LANGAT – 7/7/18

Usahawan Muda, Izzat Hazim, dari Agro Gold Industries telah berjaya mengeluarkan hasil tanaman ‘rock melon’ yang bermutu tinggi untuk pasaran tempatan. Ladang seluas 3 ekar yang terletak di Ulu Langat, Selangor menjadi tumpuan penggemar ‘rock melon’ yang dahulunya hanya ditanam di negara Jepun, China dan Australia.
Bagaimanapun masih ramai masyarakat Malaysia tidak mengenali buah ‘rock melon’ kerana tanaman ini tidak dikomersialkan seperti durian.
Sehubungan dengan itu, satu Jualan Amal Patriot ‘Rock Melon’ akan diadakan bagi menjana dana untuk disalurkan kepada pusat tahfiz, rumah amal dan beberapa Program Patriotik. Tambahan lagi, hasil jualan juga akan disumbangkan kepada Kutipan Tabung Harapan Malaysia (Tabung Harapan) yang mula dilancarkan sejak 30 Mei 2018 yang lalu.
Program ini juga akan dilancarkan oleh ADUN Dusun Tua, YB Edry Faizal, Ketua Aktivis PPIM, Dato’ Nadzim Johan dan Ahli Parlimen, Hasanuddin Mohd Yunus. @ Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)

















4539) FLAG OFF KAYUHAN AMAL CHEFS FUNRIDE KUALA LUMPUR – 7/7/18

Flag Off Kayuhan Amal Chefs Funride Kuala Lumpur 2018
Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan @ Toqqi menghadiri jemputan Program Flagoff Chefs Funride yang berlangsung di Dataran Merdeka.
Turut hadir dalam program ini adalah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Program flagoff ini menerima sumbangan sebanyak 10 nombor plat yang disumbangkan oleh Yayasan Patriot Negara Malaysia (YPNM) sebagai hadiah cabutan bertuah.




4538) JEMPUTAN MAJLIS AIDILFITRI IPD DANG WANGI – 9/7/18

Ketua Aktivis PPIM, Toqqi semasa menghadiri Jemputan Majlis Aidilfitri IPD Dang Wangi.




4537) MAJLIS AIDILFITRI JABATAN BOMBA KUALA LUMPUR – PPIM – 6/7/18

Ketua Aktivis PPIM, Toqqi semasa menghadiri jemputan Majlis Aidilfitri Jabatan Bomba Kuala Lumpur







4536) KERJAYA MUTAWWIF KERJAYA MULIA – PPIM – 6/7/18

KERJAYA MUTAWWIF KERJAYA MULIA
Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang diketuai oleh Professor Madya Dr. Mazura Mastura telah mengadakan Program Mutawwif dan Mutawwifah Professional Certificate 2018 siri yang kedua baru-baru ini dengan kerjasama dari Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM). Program yang ditaja khas oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) ini melibatkan dua universiti iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan UPSI dengan penyertaan seramai 107 orang siswa dalam bidang Pendidikan Islam dan Bahasa Arab.
Program ini diadakan bagi memartabatkan kerjaya Mutawwif dan membuka minda graduan lepasan universiti agar melihat kerjaya Mutawwif sebagai satu kerjaya yang mulia bukan sahaja di dunia malah di akhirat.





Program ini berlangsung selama enam hari bermula 1 Julai 2018 dengan perlaksanaan pelbagai aktiviti yang melatih Mutawwif untuk sentiasa bersedia dalam apa jua keadaan, terutamanya dari segi menguruskan jemaah umrah di masa akan datang. Program ini diuruskan oleh Manhajj Jejak Mutawwif Global Sdn. Bhd. dan dihadiri oleh barisan pensyarah dan penceramah yang mempunyai pelbagai latar belakang serta pengalaman dalam menguruskan jemaah umrah.

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL