Usahawan Muda, Izzat Hazim, dari Agro Gold Industries telah berjaya mengeluarkan hasil tanaman ‘rock melon’ yang bermutu tinggi untuk pasaran tempatan. Ladang seluas 3 ekar yang terletak di Ulu Langat, Selangor menjadi tumpuan penggemar ‘rock melon’ yang dahulunya hanya ditanam di negara Jepun, China dan Australia.
Bagaimanapun masih ramai masyarakat Malaysia tidak mengenali buah ‘rock melon’ kerana tanaman ini tidak dikomersialkan seperti durian.
Sehubungan dengan itu, satu Jualan Amal Patriot ‘Rock Melon’ akan diadakan bagi menjana dana untuk disalurkan kepada pusat tahfiz, rumah amal dan beberapa Program Patriotik. Tambahan lagi, hasil jualan juga akan disumbangkan kepada Kutipan Tabung Harapan Malaysia (Tabung Harapan) yang mula dilancarkan sejak 30 Mei 2018 yang lalu.
Program ini juga akan dilancarkan oleh ADUN Dusun Tua, YB Edry Faizal, Ketua Aktivis PPIM, Dato’ Nadzim Johan dan Ahli Parlimen, Hasanuddin Mohd Yunus. @ Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)
Flag Off Kayuhan Amal Chefs Funride Kuala Lumpur 2018
Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan @ Toqqi menghadiri jemputan Program Flagoff Chefs Funride yang berlangsung di Dataran Merdeka.
Turut hadir dalam program ini adalah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Program flagoff ini menerima sumbangan sebanyak 10 nombor plat yang disumbangkan oleh Yayasan Patriot Negara Malaysia (YPNM) sebagai hadiah cabutan bertuah.
Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang diketuai oleh Professor Madya Dr. Mazura Mastura telah mengadakan Program Mutawwif dan Mutawwifah Professional Certificate 2018 siri yang kedua baru-baru ini dengan kerjasama dari Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM). Program yang ditaja khas oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) ini melibatkan dua universiti iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan UPSI dengan penyertaan seramai 107 orang siswa dalam bidang Pendidikan Islam dan Bahasa Arab.
Program ini diadakan bagi memartabatkan kerjaya Mutawwif dan membuka minda graduan lepasan universiti agar melihat kerjaya Mutawwif sebagai satu kerjaya yang mulia bukan sahaja di dunia malah di akhirat.
Program ini berlangsung selama enam hari bermula 1 Julai 2018 dengan perlaksanaan pelbagai aktiviti yang melatih Mutawwif untuk sentiasa bersedia dalam apa jua keadaan, terutamanya dari segi menguruskan jemaah umrah di masa akan datang. Program ini diuruskan oleh Manhajj Jejak Mutawwif Global Sdn. Bhd. dan dihadiri oleh barisan pensyarah dan penceramah yang mempunyai pelbagai latar belakang serta pengalaman dalam menguruskan jemaah umrah.
Kerajaan perlu memberi penekanan terhadap pendidikan kepenggunaan kepada orang ramai dalam usaha memperkasakan pengguna agar menjadi lebih bijak dalam melindungi hak-hak mereka.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, kuasa pengguna memainkan peranan utama bagi memastikan mereka tidak terpengaruh dengan manipulasi harga dimainkan di pasaran
Katanya, pengguna banyak tertipu ketika berurusan dengan peniaga atau penyedia perkhidmatan dalam kehidupan seharian.
“Dengan memperkasakan pendidikan kepenggunaan, katakan jika pengguna bijak, apa yang hendak dilakukan peniaga pun tiada kesannya. Contohnya macam di Jepun, tidak perlu kawal harga pun. Kerajaan kena wujudkan kaedah bagaimana pengguna boleh dididik supaya pengguna pandai melindungi diri mereka. Hari ini, pengguna bukan lagi pengguna, sebaliknya dipergunakan.
Jadi kita perlu lihat dari satu sudut yang baharu. Pengguna kena bijak dan produktif. Pengguna pun berdosa juga dalam banyak isu walaupun banyak kena tipu sebab dia pun tidak melindungi dirinya. Tak kan hendak harapkan orang saja, mana hendak jadi.
Selepas sebulan GST sifar, aduan pasal harga tidak banyak diterima. Ia merupakan manifestasi kejahilan pengguna. Tidak sedar enam peratus banyak mana turun.
Kita melalui beberapa pengalaman, contohnya, musim raya antara benda yang mesti ada adalah cili dan kacang panjang. Kalau tak ada ini, tak jadi raya sebab mereka hendak buat lodeh dan soto yang mesti ada dua benda ini. Kacang panjang biasanya katakan berharga RM2 bila naik jadi RM3, orang beli juga. Bila naik RM10 pun orang tetap beli.
Kelemahan pengguna ini susah hendak diajar dan kita sebenarnya menghadapi masalah bagaimana hendak mendidik pengguna menjadi bijak.
Mereka hanya duduk di takuk itu sahaja, sedangkan negara hendak maju ke depan. Kalau kita tengok negara maju seperti Eropah, barang naik tidak usah beli. Namun, kita ini harga naik beli juga. Jadi buat apa peniaga hendak turunkan harga? Tiada sebab kerana ini bukan barang kawalan. Pengguna kurang bijak.
Pengguna pun perlu dipersalahkan kerana ada tanah berekar, tetapi cili pun kena beli, sedangkan boleh ditanam di pasu. Ini perlu diubah supaya kita boleh jadi lebih produktif dan tidak risau sangat apabila harga naik. Kita risau sebab pendapatan tak naik, jadi inilah cara untuk mendidik kita.
Dalam masa sama, kerajaan kena ada ‘listening pool’ sendiri dan dengar aduan serta maklum balas diterima daripada rakyat.
Selain itu, pemberian subsidi juga perlu disasarkan kepada golongan tertentu. Tidak rasional ia diberikan kepada semua orang. Kenapa yang tidak minta (subsidi) pun dapat juga, seolah-olah dipaksa terima.
Kenapa tidak diberi pada mereka yang meminta dan benar-benar memerlukan? Kita hidup dengan perbuatan yang tidak masuk akal.
Kita harap subsidi ini disasarkan sebab tidak mahu orang ambil kesempatan. Keraiaan perlu lihat semula perkara ini dan ubahlah sistemnya,” katanya.
KUALA LUMPUR 3 Julai – Kenaikan bersih tarif elektrik seperti yang diumumkan kerajaan dilihat akan menyebabkan harga barang meningkat sekali gus membebankan rakyat.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, keputusan kerajaan berhubung kenaikan itu dilihat tidak sesuai dilaksanakan sekarang memandangkan rakyat ketika ini sedang menghadapi masalah kenaikan harga barang walaupun kadar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) disifarkan pada 1 Jun lalu.
“Sepatutnya kerajaan perlu mengambil langkah untuk menurunkan harga barang terlebih dahulu selepas kadar GST disifarkan supaya tekanan ekonomi yang dihadapi rakyat dapat dikurangkan.
“Kita berharap kerajaan akan mengkaji semula mekanisme yang sesuai untuk menyerap kenaikan bersih tarif elektrik ini dengan melakukan perbincangan bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB),” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan majlis pelancaran gerai lemang sukarelawan PPIM di Ukay Boulevard, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE
Artikel Oleh : Utusan Malaysia
TARIF ELEKTRIK NAIK, SEBABKAN HARGA BARANG NAIK, RAKYAT TERBEBAN
Telah berlangsungnya pelancaran gerai lemang sukarelawan PPIM di gerai Lemang Rakyat, MRR 2, hadapan Ukay Boulevard, Jalan Hulu Kelang.
Jualan lemang yang bermula sejak awal Ramadhan dan akan berterusan sepanjang Syawal bertujuan memberi pengguna peluang menikmati juadah tradisional yang sinonim dengan perayaan di negara ini dengan harga lebih murah.
Insha Allah kualitinya juga dijamin. Pembeli lemang juga tidak perlu menunggu. Boleh buat pesanan melalui whatsapp. Turut dijual lemang dibungkus untuk siap di makan dengan rendang serendah rm6.
Kursus Induksi Aktivis dan Sukarelawan di bahagian Pejabat Ketua Aktivis.
Kursus ini diketuai oleh Pengarah Latihan dan Penyelidikan PPIM, Cikgu Izham Nayan, dihadiri oleh 22 orang Aktivis PPIM. @ Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)