Showing posts with label SUKARELAWAN PPIM. Show all posts
Showing posts with label SUKARELAWAN PPIM. Show all posts

Sunday, October 13, 2019

5388) PROGRAM GOTONG-ROYONG “JOM BERSIH BUKIT BINTANG” - PPIM - 12/10/2019

Terima kasih kepada Sukarelawan PPIM yang hadir menyumbang tenaga ke Program Gotong-Royong “Jom Bersih Bukit Bintang” melalui projek Blueprint Kebersihan Bukit Bintang pada hari ini.
.
.
Program tersebut dirasmikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, YB. Tuan Haji Khalid bin Abdul Samad, turut dihadiri oleh Timbalan Pengerusi PPIM, YBhg. Dato’ Noorazman bin Idris.

.
Selain daripada gotong-royong, para hadirin juga diberikan taklimat serta bengkel yang berkaitan dengan kitar semula, e-wasting, dan penjagaan sungai.
.
Jika anda turut berminat untuk menyertai program-program khidmat komuniti yang akan datang, boleh hantarkan Nama, No. MyKad, No. Tel & Emel ke 013-2262444 untuk mendaftar sebagai Sukarelawan PPIM atau klik pautan WhatsApp ini:
👉🏽 https://SukarelawanPPIM.wasap.my



Saturday, September 14, 2019

4282) TANYA DULU APA SUMBANGAN, SEBELUM MEMINTA - TV. PPIM - 13/09/2019


Jom Hijrah! Kita Sokong Produk Muslim, Demi Fardhu Kifayah, Kerana Allah. Assalamualaikum semua. Seperti semua sedia maklum, PPIM dan UMMAH telah melancarkan kempen Sokong Produk Muslim pada 2 April 2019. Alhamdulillah atas penglibatan ramai kini kesan dan penerimaan pengguna Islam amat luar biasa. Untuk makluman, kami di PPIM pernah wujudkan laman web direktori peniaga & produk Muslim pada tahun 2012 tetapi tidak mendapat sambutan dan sokongan walaupun direktori telah siap sepenuhnya. Lebih mengecewakan pembentangan direktori tersebut kepada beberapa agensi kerajaan hanya dilihat sebelah mata. Akhirnya direktori terpaksa ditutup atas masalah kewangan untuk mengekalkan laman web terus berfungsi. Alhamdulillah kami yakin ini adalah masa yang sesuai untuk menghidupkan kembali direktori peniaga & produk Muslim. Kini PPIM sedang dalam usaha mewujudkan Direktori Peniaga Muslim yang lengkap. Sementara direktori siap, kami sedang mengumpul maklumat (database) peniaga Muslim di seluruh Malaysia di https://hijrah.com.my/. Para peniaga Muslim boleh melengkapkan borang di bahagian pendaftaran https://hijrah.com.my/ agar maklumat syarikat anda direkodkan untuk tindakan selanjutnya. Kepada sesiapa yang ingin membantu usaha mewujudkan semula direktori peniaga & produk Muslim bolehlah memberi sumbangan kewangan melalui https://sumbangan.ppim.org.my/ atau menyumbang ke akaun PPIM Keahlian (CIMB: 8600204006). Maklumat berkaitan Tabung Perjuangan PPIM & Sukarelawan PPIM boleh didapati melalui: Laman Web: https://sumbangan.ppim.org.my/ https://www.ppim.org.my/ Whatsapp: https://PerjuanganPPIM.wasap.my Hotline: 013-2262 444 "Perjuangan Bersama Demi Pengguna"


Artikel oleh: TV. PPIM

TANYA DULU APA SUMBANGAN, SEBELUM MEMINTA 



Friday, July 26, 2019

5108) PROGRAM ZIARAH MAHABBAH PPIM KE KG MORTEN - PPIM - 25/07/2019

Alhamdulillah, Program Ziarah Mahabbah PPIM pada kali ini adalah ke Kg Morten, Melaka. Selain daripada menziarah sambil menyatuni warga emas, Sukarelawan PPIM turut menjalankan aktiviti pembersihan Sungai Melaka bersama-sama dengan pelajar-pelajar dari Kelab Sukarelawan Politeknik Melaka.
.
Program pada kali ini adalah bertujuan untuk memperkasakan lagi semangat kesukarelawanan dikalangan pelajar dan ia merupakan hasil kerjasama di antara Universiti Malaysia Pahang (UMP) dengan Universitas Andalas Indonesia dimana Yayasan Patriot Negara Malaysia (YPNM) sebagai Rakan Strategik kepada Sukarelawan PPIM.
.
Berminat untuk menjadi Sukarelawan PPIM? Hubungi 013-2262444 untuk mendaftar sebagai Sukarelawan kami!

Thursday, July 5, 2018

4532) PELANCARAN GERAI LEMANG SUKARELAWAN PPIM – SIDANG MEDIA – 3/7/18

Telah berlangsungnya pelancaran gerai lemang sukarelawan PPIM di gerai Lemang Rakyat, MRR 2, hadapan Ukay Boulevard, Jalan Hulu Kelang.
Jualan lemang yang bermula sejak awal Ramadhan dan akan berterusan sepanjang Syawal bertujuan memberi pengguna peluang menikmati juadah tradisional yang sinonim dengan perayaan di negara ini dengan harga lebih murah.
Insha Allah kualitinya juga dijamin. Pembeli lemang juga tidak perlu menunggu. Boleh buat pesanan melalui whatsapp. Turut dijual lemang dibungkus untuk siap di makan dengan rendang serendah rm6.











PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL