Showing posts with label PROGRAM ZIARAH MAHABBAH PPIM. Show all posts
Showing posts with label PROGRAM ZIARAH MAHABBAH PPIM. Show all posts

Friday, July 26, 2019

5108) PROGRAM ZIARAH MAHABBAH PPIM KE KG MORTEN - PPIM - 25/07/2019

Alhamdulillah, Program Ziarah Mahabbah PPIM pada kali ini adalah ke Kg Morten, Melaka. Selain daripada menziarah sambil menyatuni warga emas, Sukarelawan PPIM turut menjalankan aktiviti pembersihan Sungai Melaka bersama-sama dengan pelajar-pelajar dari Kelab Sukarelawan Politeknik Melaka.
.
Program pada kali ini adalah bertujuan untuk memperkasakan lagi semangat kesukarelawanan dikalangan pelajar dan ia merupakan hasil kerjasama di antara Universiti Malaysia Pahang (UMP) dengan Universitas Andalas Indonesia dimana Yayasan Patriot Negara Malaysia (YPNM) sebagai Rakan Strategik kepada Sukarelawan PPIM.
.
Berminat untuk menjadi Sukarelawan PPIM? Hubungi 013-2262444 untuk mendaftar sebagai Sukarelawan kami!

Friday, July 12, 2019

5072) AKTIVITI-AKTIVITI SUKARELAWAN PPIM BERSAMA PELATIH-PELATIH OKU PDK SEMENYIH - PPIM - 12/07/2019

Antara aktiviti-aktiviti Sukarelawan PPIM bersama dengan pelatih-pelatih OKU PDK Semenyih dalam Program Ziarah Mahabbah PPIM di Pertubuhan Pemulihan OKU Dalam Komuniti, Semenyih (PDK Semenyih) pada 6 Julai 2019 yang lalu.



5071) PROGRAM ZIARAH MAHABBAH PPIM - PPIM - 12/07/2019

Pada 6 Julai 2019 yang lalu, PPIM telah memperkenalkan Program Ziarah Mahabbah PPIM untuk Sukarelawan PPIM bersempena dengan kempen "Perjuangan Bersama Demi Pengguna" yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Ini merupakan program pertama yang akan dianjurkan oleh Biro Sukarelawan PPIM, di mana ianya bertujuan untuk menyatukan dan memperkasakan semangat kesukarelawanan diantara Sukarelawan PPIM sekaligus menanam nilai tanggungjawab sosial ke atas masyarakat.



Ketua Aktivis PPIM, toqqi turut mengambil peluang ini untuk bertemu dan beramah-mesra dengan Sukarelawan PPIM dan pelatih-pelatih PDK Semenyih, serta menyumbang sedikit bantuan untuk Bengkel Kraftangan dan Bengkel Jahitan Pertubuhan Pemulihan OKU Dalam Komuniti Semenyih (PDK Semenyih).

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL