Showing posts with label SOKONG PENIAGA PEMBAYAR ZAKAT. Show all posts
Showing posts with label SOKONG PENIAGA PEMBAYAR ZAKAT. Show all posts

Thursday, September 5, 2019

5236) KALAU NAK BOIKOT, SAYA TIDAK BOLEH BUAT APA-APA - NADZIM - UTUSAN MALAYSIA - 05/09/2019

KUALA LUMPUR - "Kempen ini sebenarnya mudah sahaja. Sokong peniaga yang bayar zakat." Itu pandangan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan yang diundang sebagai tetamu segmen bual pagi, Mornink Blues yang disiarkan secara live di Facebook Utusan Online 8.30 pagi tadi.

Mengupas topik "Salahkah Sokong Produk Keluaran Muslim?", Nadzim berkata, tidak ada salahnya menyokong produk yang dikeluarkan atau dihasilkan oleh orang Islam.

Apabila kempen Beli Produk Muslim Dulu atau Buy Muslim First #BMF digerakkan, kata Nadzim, ada pihak yang menurunkan harga barangan sehingga separuh harga yang sebelum ini, dijual pada harga yang tingggi.

"Kempen #BMF ini, tidak ada boikot pun produk yang dihasilkan oleh kalangan bukan Islam tetapi kalau ada yang nak memboikot, saya tidak boleh nak kata apa-apa.

"Kalau kita tengok, punca tercetusnya kempen Beli Produk Muslim Dulu adalah daripada kumpulan keluarga askar yang terkesan dengan kumpulan yang mengatakan askar hanya makan dan tidur.

"Mungkin anak-anak yang ayahnya seorang askar, ahli keluarga lain terkilan apabila perjuangan dan pengorbanan askar-askar ini tidak dihargai. Jadi, tercetus rasa geram dan tidak puas hati apabila dihina sebegitu.

"Mungkin juga kempen #BMF ini wujud selepas cadangan mengajar tulisan Jawi di sekolah-sekolah menjadi satu isu. Apabila diri kita merasakan terus dihina, kita perlu bangkit dan kempen Beli Produk Muslim Dulu adalah penyatuan orang-orang Islam," katanya.

Menurut Nadzim lagi, perjalanan kita telah jauh dan kesabaran orang yang dihina pun telah lama. Kenapa kita dihina? Sebenarnya kempen ini antaranya untuk membawa keharmonian dalam negara.

"Kalau dalam negara yang kaum -kaum yang ada mempunyai jurang pendapatan yang jauh, hubungan itu tidak mungkin baik. Jadi, keadaan itu membuatkan kita terkesan dan sudah tiba masanya, kita tidak lagi membenarkan kumpulan tertentu terus-terusan mengambil kesempatan ke atas kita.

"Kalau orang buat tak baik, kita perlu lakukan sesuatu untuk membaikkan keadaan dan kempen #BMF ini adalah kempen yang boleh membawa keharmonian kepada negara, bukan memecah belahkan perpaduan rakyat," jelasnya.

Beliau berkata, kuasa beli pengguna yang ada di tangan pengguna tidak mungkin boleh dipaksa untuk membeli produk yang mereka kehendaki dan samalah seperti mereka yang menyokong kempen #BMF ini akan terus menyokong kempen ini.

"Ini bukan sekadar kempen hangat-hangat tahi ayam sebaliknya kempen ini harus disokong. Bangsa yang berjaya akan menyokong kempen ini, Beli Produk Muslim Dulu dan bukannya marah," katanya. - UTUSAN ONLINE

Artikel oleh: Utusan Malaysia

KALAU NAK BOIKOT, SAYA TIDAK BOLEH BUAT APA-APA

Wednesday, August 28, 2019

5214) PPIM BANTAH TINDAKAN PENIAGA YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB - PPIM - 28/08/2019

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) membantah tindakan peniaga yang tidak bertanggungjawab dan mahu pengguna terus sokong peniaga Muslim demi menjaga kebersihan dan kualiti semua produk dan perkhidmatan.

PPIM mahu pengusaha tidak kira agama dan bangsa sedar bahawa kuasa membeli adalah di tangan pengguna. Mereka tidak seharusnya mengambil mudah perkara yang melibatkan sensitiviti agama seperti ini.

Pengguna harus bertindak dan tidak lagi dipergunakan oleh sesetengah pihak demi mengaut keuntungan.

PPIM mahu pengguna terus menyokong peniaga pembayar zakat dan jangan merisikokan amalan ibadah kita dengan produk yang dibekalkan oleh orang bukan Islam yang tidak faham Islam.



Artikel oleh: Sinar Harian

Wednesday, March 7, 2018

4398) KOLABORASI PPZ MAIWP DAN PPIM – THE SUNDAILY – 7/3/18


KUALA LUMPUR: The Zakat Collection Centre of the Federal Territories Islamic Religious Council (PPZ-MAIWP) is organising the Business Zakat Payee Support Campaign (SPPZ) 2018 to encourage Muslim traders and companies to pay zakat (tithe).
PPZ-MAIWP chairman Datuk Che Mat Che Ali said the three-month campaign ending this May 15, was initiated in collaboration with the Malaysian Muslim Consumers Association (PPIM).
” We will go from door to door to meet the traders and business community in order to create awareness of their obligation to fulfil the fourth pillar of Islam.
“This campaign is also to remind traders the wisdom of paying zakat for the purification of their property,” he told reporters after visiting traders around Jalan Tuanku Abdul Rahman and Wisma Yakin in conjunction with the campaign here today.
Also present were PPZ-MAIWP acting chief executive officer Abdul Hakim Amir Osman and PPIM head Datuk Nadzim Johan.
Che Mat said the campaign also aimed to increase PPZ-MAIWP’s zakat collection as well as to bring the agency closer to the traders and business community so as to prevent them from going to unauthorised zakat collectors or agents.
For more information, the public can contact the agency at 1-300-88-5757 or visit its website www.zakat.com.my. — Bernama

Artikel Oleh : Bernama
PPZ-MAIWP, PPIM ORGANISE CAMPAIGN TO ENCOURAGE PAYING OF ZAKAT

Tuesday, March 6, 2018

4394) KEMPEN SOKONG PENIAGA PEMBAYAR ZAKAT PERNIAGAAN 2018 (SPPZ) – JALAN MASJID INDIA – 6/3/18

Kempen Ziarah Zakat Siri 1
Kuala Lumpur 6 Mac – Kempen Ziarah Zakat Siri 1 kolaborasi strategik diantara Pusat Pungutan Zakat (PPZ) MAIWP bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) memilih lebih 36 premis di sekitar Jalan Masjid India, Kuala Lumpur sebagai kunjungan perasmian bagi kempen ini.


Kempen Sokong Peniaga Pembayar Zakat Perniagaan 2018 (SPPZ) yang dijalankan oleh PPIM dilihat mampu menjadi platform hebahan zakat kepada umum dan menggalakkan pembayaran zakat terutamanya Zakat Perniagaan khususnya oleh pemilik syarikat dan premis perniagaan atau persatuan.


Malahan umum mengetahui bahawa menunaikan zakat merupakan tanggungjawab yang dituntut dalam rukun Islam. Justeru kempen ini diharapkan dapat menggalakkan penambahan jumlah pembayaran zakat dan mendekatkan masyarakat umum dengan PPZ-MAIWP yang merupakan pengutip zakat di Wilayah Persekutuan.









Turut hadir bagi merasmikan kempen SPPZ dan seterusnya menziarah premis yang terpilih di sekitar lot kedai bazar Masjid Jamek adalah Pengerusi PPZ-MAIWP, Datuk Haji Che Mat dan Ketua Aktivis PPIM, Toqqi dan beberapa wakil Baitulmal.




PPZ-MAIWP menyarankan pemilik premis dan perniagaan agar menunaikan Zakat Perniagaan mereka bagi menjamin keberkatan dalam perniagaan.
#PPIM#PPZ#Toqqi#GTZ#SPPZ @ Kuala Lumpur, Malaysia

Friday, March 2, 2018

4389) MAJLIS PERUNDINGAN ISLAM KEBANGSAAN 2018 – 1/3/18


Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang diwakili oleh Ketua Aktivis, Toqqi merupakan antara NGO yang turut serta dalam Majlis Perundingan Islam Kebangsaan 2018 yang juga dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.


Toqqi turut mengambil kesempatan ini bagi memperkenalkan Sokong Peniaga Pembayar Zakat (SPPZ) yang telah dilancarkan dan akan diteruskan dengan beberapa program lain gabungan bersama Pusat Pungutan Zakat (PPZ-MAIWP). @ Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).






PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL