Showing posts with label SEMANGAT PATRIOTIK. Show all posts
Showing posts with label SEMANGAT PATRIOTIK. Show all posts

Thursday, July 7, 2022

PPIM SERU SEMUA KAUM DI MALAYSIA BERSATU BUANG SIFAT DENDAM, DENGKI - MALAKAT TRIBUNE - 07/07/2022

 

KUALA LUMPUR – Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk bersatu mengatasi masalah perpecahan kaum di negara ini.

Menurut beliau, penyatuan kaum itu boleh dilakukan melalui industri perfileman seperti filem Mat Kilau yang telah membangkitkan semangat cinta kepada negara.

“Tidak kira apa kaum, bangsa atau agama di negara ini, seluruh rakyat Malaysia boleh memgambil iktibar daripada cerita yang diketengahkan di dalam filem Mat Kilau.

“Sudah tiba masanya rakyat Malaysia bangkit bersama dan bersuara menentang segala jenis cubaan yang mencetuskan perpecahan di kalangan kaum seluruh rakyat Malaysia.

“Buang sifat dendam dan dengki sesama sendiri kerana sifat itu hanya akan merugikan kita semua,” katanya di sini, malam tadi.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan bersama Kingsz Motosikal Group sempena Program Tayangan Filem Mat Kilau di Sunway Putra Mall, malam tadi. Kredit foto: Farid Jananuddin.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan bersama Kingsz Motosikal Group sempena Program Tayangan Filem Mat Kilau di Sunway Putra Mall, malam tadi. Kredit foto: Farid Jananuddin.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Program Tayangan Perdana filem Mat Kilau anjuran PPIM bersama badan-badan bukan kerajaan (NGO) serta pengamal media yang diadakan di Sunway Putra Mall malam tadi.

Dalam pada itu, beliau juga memuji Pengarah filem Mat Kilau, Syamsul Yusof dan menyifatkan perlu lebih ramai lagi anak muda untuk menghasilkan filem sedemikian.

“Kita perlu lebih ramai anak muda seperti Syamsul untuk sama-sama menaikkan industri perfileman yang menjadi antara aset dan platform menaikkan semangat patriotik, cintakan negara dan bangsa,” ujarnya lagi.

Selain itu, beliau juga menggalakkan kerajaan agar membantu pembikinan filem yang dapat membina semangat ke arah perpaduan dan patriostisme.


Artikel oleh: Malakat Tribune

PPIM SERU SEMUA KAUM DI MALAYSIA BERSATU BUANG SIFAT DENDAM, DENGKI

https://www.malakattribunenews.com/2022/07/ppim-seru-semua-kaum-di-malaysia-bersatu-buang-sifat-dendam-dengki/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=ppim-seru-semua-kaum-di-malaysia-bersatu-buang-sifat-dendam-dengki

'TAYANGAN FILEM MAT KILAU: KEBANGKITAN PAHLAWAN TEPAT PADA MASANYA' - PPIM - UMMAH TODAY - 07/07/2022

 

KUALA LUMPUR : Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) memandang serius isu perpecahan kaum dalam kalangan rakyat Malaysia terutama ketika negara menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran masa kini.

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan atau lebih dikenali sebagai Toqqi dalam satu kenyataan memuji karya terbaru Syamsul Yusof, Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan yang mendorong masyarakat bangkit bersama dan bersuara menentang segala jenis cubaan yang mencetuskan perpecahan di kalangan kaum seluruh rakyat Malaysia.

“Tayangan filem Mat Kilau adalah tepat pada masanya, tarikan aura daripada filem hasil sentuhan pengarah muda Syamsul Yusof berjaya menarik perhatian jutaan rakyat Malaysia untuk menonton dan mendalami jalan cerita yang menarik.

“Tidak kira apa kaum, bangsa atau agama di negara ini, seluruh rakyat Malaysia boleh mengambil iktibar dari cerita yang diketengahkan di dalam filem Mat Kilau,” katanya.

Tambahnya lagi, sungguhpun filem tersebut bukanlah sebuah dokumentari sejarah namun kisah yang dihidangkan untuk penonton cukup membangkitkan semangat cintakan negara, bangsa dan agama.

Menurutnya, dengan penghasilan karya kreatif seperti Mat Kilau, penggiat seni tanah air mampu berkongsi pengajaran dari kejadian sejarah untuk tatapan penonton sesuai dengan perubahan zaman.

Dalam pada itu, Nadzim turut mengambil kesempatan untuk menyeru pihak kerajaan agar menggalakkan pembikinan filem yang dapat membina semangat dan kesedaran yang mampu membuka minda ke arah perpaduan dan patriotisme.

“Kita perlu lebih ramai anak muda seperti Syamsul untuk sama-sama menaikkan industri perfileman yang menjadi antara aset dan platform menaikkan semangat patriotik, cintakan negara dan bangsa,” katanya.


Artikel oleh: Ummah Today

'TAYANGAN FILEM MAT KILAU: KEBANGKITAN PAHLAWAN TEPAT PADA MASANYA' - PPIM

https://ummahtoday.com.my/tayangan-filem-mat-kilau-kebangkitan-pahlawan-tepat-pada-masanya-ppim/

MAT KILAU TEMBUSI DINDING PERPECAHAN KAUM - KENYATAAN MEDIA PPIM - 07/07/2022

Mengumpulkan seribu orang dalam satu tempat tidak sukar namun, menyatukan seribu hati itu adalah cabaran yang sebenar.

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) memandang serius masalah perpecahan kaum dikalangan rakyat Malaysia terutama ketika negara menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran masa kini.

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@Toqqi berkata sudah tiba masanya rakyat Malaysia bangkit bersama dan bersuara menentang segala jenis cubaan yang mencetuskan perpecahan dikalangan kaum seluruh rakyat Malaysia.

"Tayangan filem Mat Kilau adalah tepat pada masanya. Samada dirancang atau tidak, kita harus akui tarikan aura dari filem hasil sentuhan pengarah muda Shamsul Yusof berjaya menarik perhatian jutaan rakyat Malaysia untuk menonton dan mendalami jalan cerita yang menarik," katanya.

Sungguhpun filem Mat Kilau yang mula disiarkan di pawagam seluruh negara sejak 23 Jun lalu bukanlah sebuah dokumentari sejarah namun kisah yang dihidangkan untuk penonton cukup membangkitkan semangat cintakan negara, bangsa dan agama.

"Tidak kira apa kaum, bangsa atau agama di negara ini, seluruh rakyat Malaysia boleh memgambil iktibar dari cerita yang diketengahkan di dalam filem Mat Kilau," katanya.

Nadzim mengingatkan semua masyarakat agar membuang sifat dendam dan dengki sesama sendiri kerana sifat itu hanya akan merugikan kita semua.

"Selain itu, dari filem Mat Kilau kita boleh lihat bagaimana seorang ketua membuat keputusan dengan memikirkan kesan terhadap semua orang dan bukan dirinya sendiri, sifat terpuji ini harus ada dalam semua pemimpin tidak kira diperingkat negara atau pemimpin keluarga. Buanglah ego dan sifat pentingkan diri dalam usaha kita mencapai kejayaan, bertindak dengan bijak dan gunakan akal fikiran tanpa menyusahkan orang lain," katanya.

Nadzim turut memuji kejayaan Syamsul, walaupun dalam usia muda hanya 38 tahun, beliau mampu menghasilkan karya berkualiti yang boleh ditonton oleh seluruh lapisan masyarakat.

"Kita perlu lebih ramai anak muda seperti Syamsul untuk sama-sama menaikkan industri perfileman yang menjadi antara aset dan platform menaikkan semangat patriotik, cintakan negara dan bangsa," katanya.

Kerajaan juga harus menggalakkan pembikinan filem yang dapat membina semangat dan kesedaran yang mampu membuka minda ke arah perpaduan dan patriostisme. Akhir ini menurut Nadzim, masyarakat tidak lagi berminat membaca buku sejarah, atau kitab lama namun dengan penghasilan karya kreatif seperti Mat Kilau, penggiat seni tanah air mampu berkongsi pengajaran dari kejadian sejarah untuk tatapan penonton sesuai dengan perubahan zaman.    

Monday, September 11, 2017

4019) MEMAHAT SEMANGAT PATRIOTIK - TV9 - 10/9/2017

Snapshot

Menzahirkan dan menyemarakkan semangat cintakan negara bukan sekadar mengibarkan jalur gemilang dan menyanyikan lagu patriotik.

 Bagi membetulkan tanggapan itu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), menawarkan subjek elektif iaitu 'Kursus Citra Belia Patriot' yang pertama seumpamanya di universiti tempatan bertujuan memperkasa jati diri mahasiswa melalui aktiviti kesukarelaan berkonsepkan patriotik

WhatsApp Image 2017-09-11 at 11.05.50 (1) WhatsApp Image 2017-09-11 at 11.05.50 (2) WhatsApp Image 2017-09-11 at 11.05.50

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL