Showing posts with label REMAJA OKU DIDERA. Show all posts
Showing posts with label REMAJA OKU DIDERA. Show all posts

Saturday, September 11, 2021

5931) INTERVENSI KES BELLA SELARAS AKTA YANG BERKUAT KUASA - RINA HARUN - ASTRO AWANI - 10/09/2021

KUALA LUMPUR: Intervensi yang dilakukan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam kes remaja perempuan sindrom Down berusia 13 tahun dikenali sebagai Bella, adalah selaras dengan akta yang berkuat kuasa.

Menterinya Datuk Seri Rina Mohd Harun dalam kenyataan berkata ia termasuk menyelamatkan mangsa, menempatkannya di tempat selamat dan memberikan perlindungan, penjagaan serta pemulihan selaras dengan Akta Kanak-Kanak 2001 dan Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak.

Selain itu, menyita pusat jagaan serta membantu pihak berkuasa dalam penyediaan laporan sosial mangsa dan memberi keterangan diperlukan.

Laporan Khas | Dakwaan Bella didera, saksi tampil berkongsi kisah hitam

Dalam pada itu, Rina berkata beliau telah mengadakan pertemuan dengan wakil Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan nasib Bella antaranya Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Persatuan Wanita Ikon Malaysia dan Persatuan Helping Shoulder, semalam.

"Pertemuan ini menjadi platform bagi mendengar pandangan dan suara NGO berkenaan," katanya.
Rina juga berharap kes Bella itu dapat diadili mengikut lunas perundangan.

"Saya sentiasa mengikuti perkembangan kes adik Bella yang kini berada di bawah perlindungan, penjagaan dan pengawasan JKM. Alhamdulillah, berdasarkan pemantauan saya, adik Bella kini kembali ceria," katanya.

Kisah Bella tular di laman sosial selepas seorang wanita dikenali sebagai Mona Din mendedahkan penderitaan remaja itu yang mengalami kesan lecur dan luka pada anggota badan dipercayai didera. Ekoran pendedahan itu, JKM bertindak menyita Rumah Bonda di Wangsa Maju di sini yang dikaitkan dengan kes terbabit.

Sementara itu, Rina menyeru rakyat Malaysia supaya terus menanamkan rasa cintakan keluarga dan menghargai anak-anak terutamanya golongan orang kurang upaya (OKU).

Katanya masyarakat juga perlu melaporkan kepada PDRM atau Talian Kasih 15999 dan talian WhatsApp 019-2615999 yang beroperasi 24 jam apabila mengetahui atau mengesyaki kes pengabaian dan penganiayaan kanak-kanak.
-- BERNAMA


Artikel oleh: Astro Awani

INTERVENSI KES BELLA SELARAS AKTA YANG BERKUAT KUASA - RINA HARUN

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/intervensi-kes-bella-selaras-akta-yang-berkuat-kuasa-rina-harun-319023

5930) RINA: INTERVENSI KES BELLA SELARAS AKTA BERKUAT KUASA - MALAYSIA KINI - 10/09/2021

 

Intervensi yang dilakukan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam kes kanak-kanak perempuan sindrom down berusia 13 tahun dikenali sebagai Bella, adalah selaras dengan akta yang berkuat kuasa.

Menterinya Rina Mohd Harun dalam kenyataan berkata ia termasuk menyelamatkan kanak-kanak, menempatkannya di tempat selamat dan memberikan perlindungan, penjagaan serta pemulihan selaras dengan Akta Kanak-Kanak 2001 dan Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak.

Selain itu, menyita pusat jagaan serta membantu pihak berkuasa dalam penyediaan laporan sosial kanak-kanak dan memberi keterangan diperlukan.

Dalam pada itu, Rina berkata dia telah mengadakan pertemuan dengan wakil polis dan NGO yang memperjuangkan nasib Bella antaranya Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Persatuan Wanita Ikon Malaysia dan Persatuan Helping Shoulder, semalam.

“Pertemuan ini menjadi platform bagi mendengar pandangan dan suara NGO berkenaan,” katanya.

Rina juga berharap kes kanak-kanak itu dapat diadili mengikut lunas perundangan.

“Saya sentiasa mengikuti perkembangan kes adik Bella yang kini berada di bawah perlindungan, penjagaan dan pengawasan JKM. Alhamdulillah, berdasarkan pemantauan saya, adik Bella kini kembali ceria,” katanya.

Kisah Bella tular di laman sosial selepas seorang wanita dikenali sebagai Mona Din mendedahkan penderitaan kanak-kanak itu yang mengalami kesan lecur dan luka pada anggota badan dipercayai didera. Ekoran pendedahan itu, JKM bertindak menyita Rumah Bonda di Wangsa Maju di Kuala Lumpur yang dikaitkan dengan kes terbabit.

Sementara itu, Rina menyeru rakyat Malaysia supaya terus menanamkan rasa cintakan keluarga dan menghargai anak-anak terutamanya golongan orang kelainan upaya (OKU).

Katanya masyarakat juga perlu melaporkan kepada polis atau Talian Kasih 15999 dan talian WhatsApp 019-2615999 yang beroperasi 24 jam apabila mengetahui atau mengesyaki kes pengabaian dan penganiayaan kanak-kanak.-Bernama


Artikel oleh: Malaysia Kini

RINA: INTERVENSI KES BELLA SELARAS AKTA BERKUAT KUASA

https://www.malaysiakini.com/news/590809

5929) INTERVENSI KES BELLA SELARAS DENGAN AKTA YANG SEDANG BERKUAT KUASA - HARIAN METRO - 10/09/2021

 

Kuala Lumpur: Intervensi dilaksanakan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam kes kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) sindrom down dikenali sebagai Bella selaras dengan akta yang sedang berkuatkuasa.

Menterinya, Datuk Seri Rina Harun berkata, antaranya, ia adalah bagi menyelamatkan kanak-kanak dan menempatkannya di tempat selamat serta memberi perlindungan, memberi penjagaan dan perlindungan selaras Akta Kanak-kanak 2001 dan Konvensyen Mengenai Hak kanak-kanak, menyita pusat jagaan dan membantu pihak berkuasa dalam penyediaan laporan sosial kanak-kanak.

Rina berkata, pada 9 September lalu, beliau mengadakan pertemuan dengan Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan nasib Bella.

Beliau berkata, antara NGO yang terbabit dalam pertemuan itu adalah Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Persatuan Wanita Ikon Malaysia, Persatuan Helping Shoulder, Pertubuhan Anti Diskriminasi & Salah Laku serta Persatuan Penguna Semboyan 1Malaysia.

"Sebagai menteri yang bertanggungjawab menjaga kebajikan dan kesejahteraan kanak-kanak dan OKU, saya sentiasa mengikuti perkembangan kes adik Bella yang kini berada di bawah perlindungan, penjagaan dan pengawasan JKM.

"Alhamdulillah, berdasarkan pemantauan saya, adik Bella kini kembali ceria, dan menjalani kehidupan seperti kanak-kanak biasa. Saya berharap pertemuan ini menjadi satu platform bagi mendengar pandangan dan suara NGO berkenaan.

"Wakil PDRM dan JKM juga sudah menjelaskan intervensi yang dilaksanakan dalam mengendalikan kes ini dan saya berharap supaya kes adik Bella dapat diadili mengikut lunas perundangan," katanya pada kenyataan semalam.

Rina juga memohon orang ramai untuk segera membuat laporan kepada PDRM, talian Kasih 15999 dan aplikasi WhatsApp 019-2615999 yang beroperasi 24 jam jika mengetahui atau mengesyaki kes pengabaian serta penganiayaan kanak-kanak.

Sementara itu, penggerak #JusticeforBella, Mona Din berkata, pihaknya menyerahkan memorandum kepada Pejabat Peguam Negara untuk menyemak pertuduhan membabitkan kes Bella.

Mona berkata, tujuan semakan adalah untuk menambah pertuduhan kepada penganiayaan atau penderaan.

Beliau berkata, memorandum itu turut diserahkan kepada beberapa pihak lain termasuk Ketua Polis Negara, Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

"Saya secara peribadi merasakan Bella adalah anak Rina dan beliau memang memantau kes ini malah turut melawat Bella.

"Pada pertemuan itu, Rina bersetuju dan mahukan keadilan dicapai melalui saluran undang-undang," katanya kepada BH.

Pada 20 Ogos lalu, pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, atas tuduhan mengabaikan seorang kanak-kanak perempuan sindrom down berusia 13 tahun sehingga mengalami kecederaan fizikal dan emosi.

Siti Bainun didakwa sebagai orang yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga seorang kanak-kanak perempuan berusia 13 tahun, mengabaikan mangsa sehingga mengalami kecederaan fizikal dan emosi.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.


Artikel oleh: Harian Metro

INTERVENSI KES BELLA SELARAS DENGAN AKTA YANG SEDANG BERKUAT KUASA

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/09/753284/intervensi-kes-bella-selaras-dengan-akta-yang-sedang-berkuat-kuasa

5927) INTERVENSI KES BELLA SELARAS AKTA YANG BERKUAT KUASA - RINA - BERNAMA - 10/09/2021

 

KUALA LUMPUR, 10 Sept — Intervensi yang dilakukan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam kes kanak-kanak perempuan sindrom down berusia 13 tahun dikenali sebagai Bella, adalah selaras dengan akta yang berkuat kuasa.

Menterinya Datuk Seri Rina Mohd Harun dalam kenyataan berkata ia termasuk menyelamatkan kanak-kanak, menempatkannya di tempat selamat dan memberikan perlindungan, penjagaan serta pemulihan selaras dengan Akta Kanak-Kanak 2001 dan Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak.

Selain itu, menyita pusat jagaan serta membantu pihak berkuasa dalam penyediaan laporan sosial kanak-kanak dan memberi keterangan diperlukan.

Dalam pada itu, Rina berkata beliau telah mengadakan pertemuan dengan wakil Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan nasib Bella antaranya Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Persatuan Wanita lkon Malaysia dan Persatuan Helping Shoulder, semalam.

"Pertemuan ini menjadi platform bagi mendengar pandangan dan suara NGO berkenaan," katanya.

Rina juga berharap kes kanak-kanak itu dapat diadili mengikut lunas perundangan.

"Saya sentiasa mengikuti perkembangan kes adik Bella yang kini berada di bawah perlindungan, penjagaan dan pengawasan JKM. Alhamdulillah, berdasarkan pemantauan saya, adik Bella kini kembali ceria," katanya.

Kisah Bella tular di laman sosial selepas seorang wanita dikenali sebagai Mona Din mendedahkan penderitaan kanak-kanak itu yang mengalami kesan lecur dan luka pada anggota badan dipercayai didera. Ekoran pendedahan itu, JKM bertindak menyita Rumah Bonda di Wangsa Maju di sini yang dikaitkan dengan kes terbabit.

Sementara itu, Rina menyeru rakyat Malaysia supaya terus menanamkan rasa cintakan keluarga dan menghargai anak-anak terutamanya golongan orang kurang upaya (OKU).

Katanya masyarakat juga perlu melaporkan kepada PDRM atau Talian Kasih 15999 dan talian WhatsApp 019-2615999 yang beroperasi 24 jam apabila mengetahui atau mengesyaki kes pengabaian dan penganiayaan kanak-kanak.


Artikel oleh: Bernama

INTERVENSI KES BELLA SELARAS AKTA YANG BERKUAT KUASA - RINA

https://bernama.com/bm/am/news.php?id=2001923

Friday, September 10, 2021

5926) INTERVENSI KES BELLA SELARAS AKTA YANG BERKUAT KUASA: RINA - SINAR HARIAN - 10/09/2021

 

KUALA LUMPUR - Intervensi yang dilakukan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam kes kanak-kanak perempuan sindrom down berusia 13 tahun dikenali sebagai Bella, adalah selaras dengan akta yang berkuat kuasa.

Menterinya, Datuk Seri Rina Mohd Harun dalam kenyataan berkata, ia termasuk menyelamatkan kanak-kanak, menempatkannya di tempat selamat dan memberikan perlindungan, penjagaan serta pemulihan selaras dengan Akta Kanak-Kanak 2001 dan Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak.

Selain itu, menyita pusat jagaan serta membantu pihak berkuasa dalam penyediaan laporan sosial kanak-kanak dan memberi keterangan diperlukan.

Dalam pada itu, Rina berkata, beliau telah mengadakan pertemuan dengan wakil Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan nasib Bella antaranya Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Persatuan Wanita Ikon Malaysia dan Persatuan Helping Shoulder, pada Khamis.

“Pertemuan ini menjadi platform bagi mendengar pandangan dan suara NGO berkenaan,” katanya.

Rina juga berharap kes kanak-kanak itu dapat diadili mengikut lunas perundangan.

“Saya sentiasa mengikuti perkembangan kes adik Bella yang kini berada di bawah perlindungan, penjagaan dan pengawasan JKM. Alhamdulillah, berdasarkan pemantauan saya, adik Bella kini kembali ceria,” katanya.

Kisah Bella tular di laman sosial selepas seorang wanita dikenali sebagai Mona Din mendedahkan penderitaan kanak-kanak itu yang mengalami kesan lecur dan luka pada anggota badan dipercayai didera. Ekoran pendedahan itu, JKM bertindak menyita Rumah Bonda di Wangsa Maju di sini yang dikaitkan dengan kes terbabit.

Sementara itu, Rina menyeru rakyat Malaysia supaya terus menanamkan rasa cintakan keluarga dan menghargai anak-anak terutamanya golongan orang kurang upaya (OKU).

Katanya, masyarakat juga perlu melaporkan kepada PDRM atau Talian Kasih 15999 dan talian WhatsApp 019-2615999 yang beroperasi 24 jam apabila mengetahui atau mengesyaki kes pengabaian dan penganiayaan kanak-kanak. - Bernama


Artikel oleh: Sinar Harian

INTERVENSI KES BELLA SELARAS AKTA YANG BERKUAT KUASA: RINA

https://www.sinarharian.com.my/article/160662/BERITA/Nasional/Intervensi-kes-Bella-selaras-akta-yang-berkuat-kuasa-Rina

5925) RINA JUMPA NGO PERJUANG NASIB ADIK OKU BELLA - MALAYSIA GAZETTE - 10/09/2021

 

KUALA LUMPUR – Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd. Harun telah mengadakan pertemuan dengan Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan nasib kanak-kanak Orang Kelainan Upaya (OKU) Sindrom Down bernama Bella yang telah disyaki menjadi mangsa penderaan.

Jelas beliau, antara NGO yang terlibat dalam pertemuan tersebut adalah Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Persatuan Wanita Ikon Malaysia, Persatuan Helping Shoulder, Pertubuhan Anti Diskriminasi & Salah Laku serta Persatuan Penguna Semboyan 1Malaysia.

Jelas Rina, sebagai menteri yang bertanggungjawab menjaga kebajikan dan kesejahteraan kanak-kanak serta OKU, beliau sentiasa mengikuti perkembangan kes adik Bella yang kini berada di bawah perlindungan, penjagaan dan pengawasan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Alhamdulillah, berdasarkan pemantauan saya, adik Bella kini kembali ceria dan menjalani kehidupan seperti kanak-kanak biasa.

“Saya berharap pertemuan ini, menjadi satu platform bagi mendengar pandangan dan suara NGO-NGO berkenaan. Wakil PDRM dan JKM juga telah menjelaskan intervensi yang telah dilaksanakan dalam mengendalikan kes ini.

“Menerusi pertemuan ini, saya berharap agar kes adik Bella dapat diadili mengikut
lunas perundangan yang sedang berkuatkuasa,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Rina juga ingin mengulangi intervensi yang telah dilaksanakan oleh Kementerian
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui JKM dalam kes itu selaras dengan akta yang sedang berkuatkuasa antar seperti menyelamatkan kanak-kanak; menempatkan kanak-kanak di tempat selamat; memberikan perlindungan, penjagaan dan pemulihan selaras dengan Akta Kanak-kanak 2001 dan Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak dan menyita Pusat Jagaan;

“Saya menyeru agar rakyat Malaysia terus menanamkan rasa cintakan keluarga dan menghargai anak-anak terutamanya anak OKU sebagai suatu amanah dan anugerah daripada Tuhan.

“Marilah kita mengambil peluang untuk mengukuhkan semangat agar sama-sama dapat berganding bahu membantu memperkasa dan meningkatkan kualiti hidup semua pihak
dalam Keluarga Malaysia.

“Saya memohon masyarakat awam untuk segera membuat laporan kepada pihak berkuasa PDRM ataupun Talian Kasih 15999 dan Talian Whatsapp 019-26 15999 yang beroperasi 24 jam apabila mengetahui atau mengesyaki apa-apa kes pengabaian dan penganiayaan kanak-kanak.

“Masyarakat awam juga boleh membuat laporan di 108 Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) yang berdekatan di seluruh negara,” katanya.

Pada 20 Ogos lalu, Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan mengabaikan seorang remaja perempuan sindrom down sehingga mengalami kecederaan pada Jun lalu.Bagaimanapun, tertuduh yang berusia 29 tahun itu membuat pengakuan tidak bersalah sebaik sahaja pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Izralizam Sanusi.Mengikut pertuduhan, Siti Bainun didakwa sebagai individu yang bertanggungjawab menjaga remaja kurang upaya (OKU) berkenaan dan telah menyebabkan pengabaian sehingga mangsa mengalami kecederaan fizikal dan emosi.Kesalahan itu dibuat di sebuah unit rumah kondominium di Seksyen 10, Wangsa Maju antara bulan Februari sehingga Jun tahun ini yang memperuntukkan hukuman mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.


Artikel oleh: Malaysia Gazette

RINA JUMPA NGO PERJUANG NASIB ADIK OKU BELLA

https://malaysiagazette.com/2021/09/10/rina-jumpa-ngo-perjuang-nasib-adik-oku-bella/

5924) INTERVENSI KES BELLA SELARAS AKTA BERKUATKUASA - BERITA HARIAN - 10/09/2021

 

KUALA LUMPUR: Intervensi dilaksanakan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam kes remaja sindrom down dikenali sebagai Bella selaras dengan akta yang sedang berkuatkuasa.

Menterinya, Datuk Seri Rina Harun, berkata ia antaranya bagi menyelamatkan kanak-kanak dan menempatkannya di tempat selamat, memberi perlindungan dan penjagaan selaras Akta Kanak-kanak 2001 dan Konvensyen Mengenai Hak kanak-kanak, menyita pusat jagaan serta membantu pihak berkuasa dalam penyediaan laporan sosial kanak-kanak.

Beliau berkata, pihaknya turut mengadakan pertemuan dengan Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi memperjuangkan nasib Bella pada 9 September lalu.

"Antara NGO yang terbabit dalam pertemuan itu ialah Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Persatuan Wanita Ikon Malaysia, Persatuan Helping Shoulder, Pertubuhan Anti Diskriminasi dan Salah Laku serta Persatuan Pengguna Semboyan 1Malaysia.

"Sebagai Menteri yang bertanggungjawab menjaga kebajikan dan kesejahteraan kanak-kanak dan OKU, saya sentiasa mengikuti perkembangan kes adik Bella yang kini berada di bawah perlindungan, penjagaan dan pengawasan JKM.

"Wakil PDRM dan JKM juga sudah menjelaskan intervensi yang dilaksanakan dalam mengendalikan kes ini dan saya berharap kes adik Bella dapat diadili mengikut lunas perundangan yang sedang berkuatkuasa," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Rina juga memohon orang ramai supaya segera membuat laporan kepada PDRM atau Talian Kasih 15999 dan Talian WhatsApp

019-2615999 yang beroperasi 24 jam apabila mengetahui atau mengesyaki apa-apa kes pengabaian dan penganiayaan terhadap kanak-kanak.

"Masyarakat juga diminta terus menanamkan rasa cintakan keluarga dan menghargai anak-anak, terutama anak OKU sebagai suatu amanah dan anugerah daripada Tuhan," katanya.


Artikel oleh: Berita Harian

INTERVENSI KES BELLA SELARAS AKTA BERKUATKUASA

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/09/862114/intervensi-kes-bella-selaras-akta-berkuatkuasa

Wednesday, July 14, 2021

5791) #JUSTICEFORBELLA REMAJA OKU DIDERA@ PENJAGA RUMAH KEBAJIKAN. PPIM MENGUTUK PERBUATAN ZALIM - BROLAH TV - 14/07/2021

 


5790) #JUSTICEFORBELLA: MENGHARAP SINAR PEMBELAAN BELLA, DAN MEMBURU SANG DURJANA! - ASTRO AWANI - 13/07/2021

 


KUALA LUMPUR : Ketika seluruh negara sedang berdebar lantaran bimbang tentang perkembangan situasi COVID-19, kisah dan nasib seorang remaja bernama Bella terlalu kuat menyorot perhatian umum.

Cerita mengenai remaja kurang upaya (OKU) itu kini bukan lagi satu perkara asing dalam kalangan rakyat negara ini sejak wajah sedih dan keadaan perit tubuh badan anak syurga berusia 13 tahun itu tersebar di media sosial.

Bella yang menghidap Sindrom Down itu bagai dihantui mimpi ngeri apabila dilaporkan menjadi mangsa kejam penderaan di sebuah rumah pengasuh pada Jun lalu.

Kesan kecederaannya sudah cukup menggambarkan pedih dan derita anak istimewa ini, sekali gus mencetuskan persoalan - siapakah si pelakunya, dan layakkah si pelaku itu digelar manusia?

 

Apa dosa anak syurga ini terhadap si pelaku yang sehingga kini masih dikatakan bebas tanpa sebarang berita berhubung penahanannya.

Penderitaan Bella jelas mencetuskan perasaan kurang senang dalam kalangan masyarakat apatah lagi kesengsaraan yang dialaminya turut dikongsi seorang aktivis masyarakat, Mona Din.

“Saya dapat cerita kadang-kadang setiap malam dengar suara orang menangis di unit kondo tersebut, tetapi tidak tahu di mana lokasinya... mampukah saya untuk tidur lena?

“Makluman pihak doktor sudah jelas bahawa kesan kecederaan yang dialami Bella menunjukkan tanda-tanda dia didera,” katanya ketika ditemu bual Astro AWANI.

Mona Din yang lantang menyuarakan isu berkenaan turut mempersoal tindakan pihak polis yang sehingga kini belum hadir dengan suatu pembelaan jelas terhadap kes Bella.

“Saya dah tanya pada pihak polis kenapa masih tiada tangkapan, tiada reman. Tetapi respons yang saya terima... 'bukan semua kes perlu dibuat reman'.

“Saya dah ajukan kepada pegawai berpangkat DSP di Bukit Aman tetapi sehingga ke hari ini masih lagi tiada tangkapan,” katanya lagi.

Keperitan Bella dalam masa sama turut menjentik hati Pengerusi Persatuan Pengguna Semboyan 1 Malaysia yang turut mempersoal mengapa ia seperti tidak menjadi perhatian pihak berkuasa.

“Sekiranya kes ini berlaku di IPD anda, ambillah tindakan, tak perlu tunggu arahan untuk ambil tindakan terhadap pelaku kerana ini seolah-olah cubaan untuk membunuh.

“Sama ada kes ini boleh dituduh atau sebaliknya itu tanggungjawab Jabatan Peguam Negara... biar pihak mereka yang uruskan tetapi kita lihat hari ini pelaku masih bebas,” katanya.

Sementara itu, Astro AWANI turut mendapatkan reaksi pihak Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan yang mendedahkan punca tangkapan tidak dibuat berikutan keadaan lokap yang penuh.

“Macam mana sekalipun, perlu ada alternatif untuk cari jalan penyelesaian supaya anak istimewa ini memperoleh keadilan sewajarnya.

“Saya gesa pihak kerajaan termasuk pihak Kementerian Dalam Negeri untuk ambil tindakan segera kerana saya sendiri keliru perbuatan ini dibuat oleh manusia atau binatang,” dakwanya.

Sebelum ini Astro AWANI memaparkan kes remaja Sindrom Down itu dipercayai akibat didera pada Jun lalu sewaktu ditemui si sebuah kondominium di Wangsa Maju.

Apakah tindakan seterusnya?

AWANI 7:45 bakal tampil dengan pendedahan eksklusif yang mengupas kes penderaan Bella pada malam ini.

Apakah nasib anak syurga ini? Tindakan pihak berkuasa bakal menjadi penentu.


Artikel oleh: Astro Awani

JUSTICEFORBELLA: MENGHARAP SINAR PEMBELAAN BELLA, DAN MEMBURU SANG DURJANA!

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/justiceforbella-mengharap-sinar-pembelaan-bella-dan-memburu-sang-durjana-308230

5789) PPIM DESAK INDIVIDU DERA REMAJA OKU DIDAKWA - SINAR HARIAN - 13/07/2021

KUALA LUMPUR - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendesak polis menyiasat segera kes seorang remaja perempuan Orang Kurang Upaya (OKU) dan mendakwa suspek di mahkamah.

Pengerusinya, Datuk Nadzim Johan berkata, PPIM mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan itu dan disifatkan sebagai zalim.

"Kita berharap mangsa mendapat pembelaan sewajarnya dan suspek perlu segera dibawa ke muka pengadilan," katanya pada sidang akhbar melalui Zoom Meeting pada Selasa.

Nadzim berkata, pihaknya juga sedih melihat kesan luka pada tubuh mangsa berusia 13 tahun itu berdasarkan foto yang dikongsikan kepada PPIM.

"Kita akan terus memberi sokongan sepenuhnya terhadap mangsa dalam

menuntut keadilan yang sewajarnya dan bersikap terbuka untuk menghulurkan bantuan diperlukan kepada mangsa," katanya.

Pada Isnin, Sinar Harian melaporkan polis sedang melengkapkan kertas siasatan berkaitan kes penderaan remaja perempuan tersebut di sebuah rumah penjagaan di Wangsa Maju.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Saiful Annuar Yusof berkata, pihaknya telah merakam keterangan beberapa individu termasuk pengasas rumah penjagaan itu.

"Kita sedang melengkapkan kertas siasatan sebelum dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut," katanya.

Pada 6 Julai polis menahan seorang wanita bagi membantu siasatan berkaitan kes penderaan itu.

Saiful Annuar dalam kenyataan memaklumkan, polis menerima laporan mengenai kejadian itu pada 24 Jun lalu.

Mangsa adalah OKU sindrom down mengalami kesan melecur di dada, tangan, leher dan paha serta kesan luka di bahagian badan lain.

Artikel oleh: Sinar Harian

PPIM DESAK INDIVIDU DERA REMAJA OKU DIDAKWA

https://www.sinarharian.com.my/article/149817/BERITA/Semasa/PPIM-desak-individu-dera-remaja-OKU-didakwa

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL