Showing posts with label PRODUK BUKAN ISLAM. Show all posts
Showing posts with label PRODUK BUKAN ISLAM. Show all posts
Friday, August 30, 2019
Wednesday, August 28, 2019
Friday, August 23, 2019
Thursday, August 22, 2019
5192) PRODUK BUKAN ISLAM GUNA TULISAN JAWI KELIRUKAN PENGGUNA: PPIM - INDAHNYA ISLAM - 22/08/2019
KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) senada dengan Dewan Pembangunan Perniagaan Usahawan Malaysia (MCED) yang mahu satu akta digubal bagi melarang penggunaan tulisan Jawi pada bungkusan produk bukan Islam.
Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan berkata, langkah itu perlu bagi mengelakkan pengguna keliru dengan syarikat bukan Islam yang menggunakan tulisan Jawi.
“Ramai rakan kita yang bukan Islam membantah pendidikan Jawi di peringkat sekolah atas alasan ia merupakan langkah islamisasi.
“Oleh itu, kita setuju dengan pendapat mereka yang meletakkan tulisan Jawi sebagai identifikasi Islam.
“Maka, produk bukan Islam hendaklah dilarang sama sekali daripada menggunakan tulisan Jawi pada bungkusan, iklan, papan tanda kedai, dan apa juga label perniagaan bukan Islam,” katanya di sini.
Menurut Nadzim lagi, pengguna Islam terutamanya telah lama tertipu dengan teknik pengiklanan, pemasaran dan pembungkusan yang menggunakan lambang-lambang dan tulisan yang sinonim dengan Islam.
Katanya, ia termasuk seperti tulisan Jawi, lambang masjid serta nama-nama Islam sebagai jenama produk.
“Sudah tiba masanya kita membezakan yang mana produk Islam dan mana produk bukan Islam agar pengguna boleh membuat pilihan yang lebih bijak,” katanya.
Nadzim turut berpendapat syarikat bukan Islam rata-rata kurang memahami konsep halal dan toyyib.
“Mereka sewenang-wenangnya mendapatkan pensijilan halal oleh pihak Jakim dan kemudian melanggar syarat sah halal sehingga banyak kes sijil halal produk dan perkhidmatan mereka ditarik balik.
“Namun begitu, mereka hanya perlu membuat pembetulan dan memohon semula sijil halal. Hakikatnya, kesan daripada produk yang tidak halal itu kekal dan tidak boleh dihapuskan semudah itu,” katanya.
Nadzim berpendapat sijil Halal Jakim tidak mengambil kira majikan yang tidak membenarkan pekerja solat atau memakai tudung.
“Ada hotel mendapat sijil halal tetapi tidak benarkan pekerja memakai tudung, ia tidak masuk akal kerana halal bukan hanya pada makan dan minum,” katanya.
Selain itu, Nadzim berkata, peniaga bukan Islam juga tidak membayar zakat dan tidak menyumbang kepada masyarakat Islam walaupun memperolehi kekayaan daripada masyarakat Islam.
Semalam, MCED dilaporkan menggesa kerajaan membawa akta khas ke Parlimen bagi melarang penggunaan tulisan Jawi pada pembungkusan produk bukan Islam.
Presiden MCED, Datuk Nazilah Idris dipetik berkata, tulisan Jawi yang disalah guna akan mengelirukan pengguna kepada status halal sesuatu produk. – MalaysiaGazette
Artikel oleh: Indahnya Islam
PRODUK BUKAN ISLAM GUNA TULISAN JAWI KELIRUKAN PENGGUNA: PPIM
http://www.indahnyaislam.my/2019/08/produk-bukan-islam-guna-tulisan-jawi-kelirukan-pengguna-ppim/
5191) TULISAN JAWI PRODUK BUKAN ISLAM KELIRU PENGGUNA - HARAKAH DAILY - 22/08/2019
Ketua Aktivis PPIM, Dato' Nadzim Johan berkata, langkah itu perlu bagi mengelakkan pengguna keliru dengan syarikat bukan Islam yang menggunakan tulisan Jawi.
"Ramai rakan kita yang bukan Islam membantah pendidikan Jawi di peringkat sekolah atas alasan ia merupakan langkah islamisasi.
"Oleh itu, kita setuju dengan pendapat mereka yang meletakkan tulisan Jawi sebagai identifikasi Islam, maka, produk bukan Islam hendaklah dilarang sama sekali daripada menggunakan tulisan Jawi pada bungkusan, iklan, papan tanda kedai, dan apa juga label perniagaan bukan Islam," katanya di sini.
Tambahnya lagi, pengguna Islam terutamanya, telah lama tertipu dengan teknik pengiklanan, pemasaran dan pembungkusan yang menggunakan lambang-lambang dan tulisan yang sinonim dengan agama Islam seperti tulisan Jawi, lambang masjid serta nama-nama Islam sebagai jenama produk.
"Sudah tiba masanya kita membezakan yang mana produk Islam dan mana produk bukan Islam agar pengguna boleh membuat pilihan yang lebih bijak," katanya.
Nadzim turut berpendapat syarikat bukan Islam rata-rata kurang memahami konsep halal dan toyyib.
"Mereka sewenang-wenangnya mendapatkan pensijilan halal oleh pihak Jakim dan kemudian melanggar syarat sah halal sehingga banyak kes sijil halal produk dan perkhidmatan mereka ditarik balik.
"Namun begitu, mereka hanya perlu membuat pembetulan dan memohon semula sijil halal. Hakikatnya, kesan daripada produk yang tidak halal itu kekal dan tidak boleh dihapuskan semudah itu," katanya.
Beliau berpendapat sijil Halal Jakim tidak mengambil kira majikan yang tidak membenarkan pekerja solat atau memakai tudung.
"Ada hotel mendapat sijil halal tetapi tidak benarkan pekerja memakai tudung, ia tidak masuk akal kerana halal bukan hanya pada makan dan minum," katanya.
Selain itu, Nadzim berkata, peniaga bukan Islam juga tidak membayar zakat dan tidak menyumbang kepada masyarakat Islam walaupun memperolehi kekayaan daripada masyarakat Islam.
Semalam, Dewan Pembangunan Perniagaan Usahawan Malaysia (MCED) dilaporkan menggesa kerajaan membawa akta khas ke Parlimen bagi melarang penggunaan tulisan Jawi pada pembungkusan produk bukan Islam.
Presiden MCED, Datuk Nazilah Idris dipetik berkata, tulisan Jawi yang disalah guna akan mengelirukan pengguna kepada status halal sesuatu produk.
Artikel oleh: Harakah Daily
TULISAN JAWI PRODUK BUKAN ISLAM KELIRU PENGGUNA
5190) TULISAN JAWI PADA PRODUK BUKAN ISLAM MENGELIRUKAN - UTUSAN MALAYSIA - 22/08/2019
Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan berkata, langkah itu perlu bagi mengelakkan pengguna keliru dengan syarikat bukan Islam yang menggunakan tulisan Jawi.
“Ramai rakan kita yang bukan Islam membantah pendidikan Jawi di peringkat sekolah atas alasan perkara itu merupakan langkah islamisasi.
“Kita setuju dengan pendapat mereka yang meletakkan tulisan Jawi sebagai identifikasi Islam jadi produk bukan Islam sepatutnya dilarang sama sekali daripada menggunakan tulisan Jawi pada bungkusan, iklan, papan tanda kedai, dan apa sahaja label perniagaan bukan Islam,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Ujar Nadzim, masyarakat di negara ini terutamanya pengguna beragama Islam telah lama tertipu dengan teknik pengiklanan, pemasaran dan pembungkusan yang menggunakan lambangserta tulisan yang sinonim dengan Islam seperti tulisan Jawi, lambang masjid serta nama-nama Islam sebagai jenama produk.
“Sudah tiba masanya kita membezakan yang mana produk Islam dan mana produk bukan Islam agar pengguna boleh membuat pilihan yang lebih bijak,” jelasnya.
Nadzim turut berpendapat, syarikat bukan Islam rata-rata kurang memahami konsep halal dan toyyib.
“Mereka sewenang-wenangnya mendapatkan pensijilan halal oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kemudian melanggar syarat sah halal sehingga banyak kes sijil halal produk dan perkhidmatan mereka ditarik balik.
“Peniaga bukan Islam juga tidak membayar Zakat dan tidak menyumbang kepada masyarakat Islam walaupun memperolehi kekayaan daripada masyarakat Islam,” tambahnya.
Semalam, Dewan Pembangunan Perniagaan Usahawan Malaysia (MCED) dilaporkan menggesa kerajaan membawa akta khas ke Parlimen bagi melarang penggunaan tulisan Jawi pada pembungkusan produk bukan Islam.
Presiden MCED, Datuk Nazilah Idris dipetik berkata, tulisan Jawi yang disalah guna akan mengelirukan pengguna mengenai status halal sesuatu produk. - UTUSAN ONLINE
Artikel oleh: Utusan Malaysia
TULISAN JAWI PADA PRODUK BUKAN ISLAM MENGELIRUKAN
https://www.utusan.com.my/berita/wilayah/kl-putrajaya/tulisan-jawi-pada-produk-bukan-islam-mengelirukan-1.958318
5187) JANGAN GUNA TULISAN JAWI ELAK PENGGUNA TERTIPU - HARIAN METRO - 22/08/2019
PERSATUAN Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyokong larangan penggunaan tulisan jawi pada bungkusan produk dihasilkan pengusaha bukan Muslim.
Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, langkah itu perlu bagi mengelakkan pengguna keliru dengan syarikat pengusaha mahupun usahawan bukan Islam menggunakan tulisan jawi.
“Ramai rakan kita yang bukan Islam membantah pendidikan jawi di peringkat sekolah atas alasan ia langkah islamisasi.
“Oleh itu, kita setuju dengan pendapat mereka yang meletakkan tulisan jawi sebagai identifikasi Islam.
“Maka, produk bukan Islam hendaklah dilarang sama sekali daripada menggunakan tulisan jawi pada bungkusan, iklan, papan tanda kedai dan apa jua label perniagaan bukan Islam,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Nadzim berkata, pengguna Muslim khususnya sudah lama tertipu dengan teknik pengiklanan, pemasaran dan pembungkusan menggunakan lambang dan tulisan sinonim dengan agama Islam seperti tulisan jawi, masjid serta nama Islamik sebagai jenama produk.
“Sudah tiba masanya kita membezakan yang mana produk Islam dan mana produk bukan Islam supaya pengguna boleh membuat pilihan bijak,” katanya.
Menurut beliau, kebanyakan syarikat bukan Muslim kurang memahami konsep halal dan toyyib.
“Mereka sewenang-wenangnya mendapatkan pensijilan halal pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan kemudian melanggar syarat sah halal sehingga banyak kes sijil halal produk dan perkhidmatan mereka ditarik balik.
“Namun, mereka hanya perlu membuat pembetulan dan memohon semula sijil halal. Hakikatnya, kesan daripada produk yang tidak halal kekal dan tidak boleh dihapuskan semudah itu,” katanya.
Katanya, kriteria pengeluaran sijil halal Jakim juga tidak mengambil kira majikan yang tidak membenarkan pekerja solat atau memakai tudung.
“Ada hotel mendapat sijil halal tetapi tidak benarkan pekerja memakai tudung, ia tidak masuk akal kerana halal bukan hanya pada makan dan minum.
“Malah, peniaga bukan Islam juga tidak membayar zakat dan tidak menyumbang kepada masyarakat Islam walaupun memperoleh kekayaan daripada masyarakat Islam,” katanya.
Semalam, Dewan Pembangunan Perniagaan Usahawan Malaysia (MCED) dilaporkan menggesa kerajaan membawa akta khas ke Parlimen bagi melarang penggunaan tulisan jawi pada pembungkusan produk bukan Muslim.
Presiden MCED, Datuk Nazilah Idris dipetik berkata, tulisan jawi disalah guna mengelirukan pengguna kepada status halal sesuatu produk.
Artikel oleh: Harian Metro
JANGAN GUNA TULISAN JAWI ELAK PENGGUNA TERTIPU
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/08/488694/jangan-guna-tulisan-jawi-elak-pengguna-tertipu
5186) PRODUK BUKAN ISLAM GUNA TULISAN JAWI KELIRUKAN PENGGUNA - MALAYSIA GAZETTE - 22/08/2019
KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) senada dengan Dewan Pembangunan Perniagaan Usahawan Malaysia(MCED) yang mahu satu akta digubal bagi melarang penggunaan tulisan Jawi pada bungkusan produk bukan Islam.
Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan berkata, langkah itu perlu bagi mengelakkan pengguna keliru dengan syarikat bukan Islam yang menggunakan tulisan Jawi.
“Ramai rakan kita yang bukan Islam membantah pendidikan Jawi di peringkat sekolah atas alasan ia merupakan langkah islamisasi.
“Oleh itu, kita setuju dengan pendapat mereka yang meletakkan tulisan Jawi sebagai identifikasi Islam.
“Maka, produk bukan Islam hendaklah dilarang sama sekali daripada menggunakan tulisan Jawi pada bungkusan, iklan, papan tanda kedai, dan apa juga label perniagaan bukan Islam,” katanya di sini.
Menurut Nadzim lagi, pengguna Islam terutamanya telah lama tertipu dengan teknik pengiklanan, pemasaran dan pembungkusan yang menggunakan lambang-lambang dan tulisan yang sinonim dengan Islam.
Katanya, ia termasuk seperti tulisan Jawi, lambang masjid serta nama-nama Islam sebagai jenama produk.
“Sudah tiba masanya kita membezakan yang mana produk Islam dan mana produk bukan Islam agar pengguna boleh membuat pilihan yang lebih bijak,” katanya.
Nadzim turut berpendapat syarikat bukan Islam rata-rata kurang memahami konsep halal dan toyyib.
“Mereka sewenang-wenangnya mendapatkan pensijilan halal oleh pihak Jakim dan kemudian melanggar syarat sah halal sehingga banyak kes sijil halal produk dan perkhidmatan mereka ditarik balik.
“Namun begitu, mereka hanya perlu membuat pembetulan dan memohon semula sijil halal. Hakikatnya, kesan daripada produk yang tidak halal itu kekal dan tidak boleh dihapuskan semudah itu,” katanya.
Nadzim berpendapat sijil Halal Jakim tidak mengambil kira majikan yang tidak membenarkan pekerja solat atau memakai tudung.
“Ada hotel mendapat sijil halal tetapi tidak benarkan pekerja memakai tudung, ia tidak masuk akal kerana halal bukan hanya pada makan dan minum,” katanya.
Selain itu, Nadzim berkata, peniaga bukan Islam juga tidak membayar zakat dan tidak menyumbang kepada masyarakat Islam walaupun memperolehi kekayaan daripada masyarakat Islam.
Semalam, MCED dilaporkan menggesa kerajaan membawa akta khas ke Parlimen bagi melarang penggunaan tulisan Jawi pada pembungkusan produk bukan Islam.
Presiden MCED, Datuk Nazilah Idris dipetik berkata, tulisan Jawi yang disalah guna akan mengelirukan pengguna kepada status halal sesuatu produk.
Artikel oleh: Malaysia Gazette
PRODUK BUKAN ISLAM GUNA TULISAN JAWI KELIRUKAN PENGGUNA
https://malaysiagazette.com/blog/2019/08/22/produk-bukan-islam-guna-tulisan-jawi-kelirukan-pengguna/
Subscribe to:
Posts (Atom)
PERJUANGAN KAMI
ARKIB ARTIKEL
-
▼
2026
(463)
-
▼
November
(21)
- MHI: STATUS HALAL PENYEMBELIHAN AYAM - 12/11/2026
- AKTIVITI | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PRESMA KE-22 - ...
- AKTIVITI | MESYUARAT PENGUKUHAN PROGRAM SOCIAL SYN...
- JIMAT 10 PERATUS, BERSEDIA HADAPI KRISIS - UTUSAN ...
- KUNJUNGAN HORMAT PPIM KE MPAJ - MAJLIS PERBANDARAN...
- AKTIVITI | KUNJUNGAN HORMAT LHDN KE PPIM - PPIM - ...
- PENDIDIKAN BUKAN BEBANAN KEWANGAN: PPIM BANTAH TEG...
- PPIM GESA IBU BAPA TANGGUH TANDATANGAN SURAT AKU J...
- PPIM BIMBANG KEMUNGKINAN UiTM KAMPUS TAWAU DITUTUP...
- PPIM BANTAH SPEKULASI CADANGAN PENUTUPAN UiTM KAMP...
- PETROL BERCAMPUR AIR: SUKAR BUKTI PUNCA! - HARIAN ...
- TAUKE KILANG AYAM KARAN DITAHAN - HARIAN METRO - 0...
- 40,000 AYAM DIRAGUI STATUS HALAL SETIAP HARI - UTU...
- PEKERJA TIDAK BACA 'BISMILLAH' - HARIAN METRO - 02...
- 40,000 AYAM DIRAGUI STATUS HALAL SETIAP HARI - UTU...
- AKTIVITI | KUNJUNGAN HORMAT GABUNGAN PERSATUAN TOM...
- PPIM BANTAH CADANGAN PENUTUPAN UiTM KAMPUS TAWAU:P...
- PENGGUNA ISLAM PERLU SEMAK STATUS SEMBELIHAN AYAM,...
- PENGGUNA ISLAM PERLU SEMAK STATUS SEMBELIHAN AYAM,...
- AKTIVITI | PERJUMPAAN PPIM BERSAMA PENGARAH SEKSYE...
- PETROL BERCAMPUR AIR: PENGGUNA 'GIGIT JARI' - HARI...
-
▼
November
(21)





