Showing posts with label PERTUBUHAN KOMUNITI SPPZ. Show all posts
Showing posts with label PERTUBUHAN KOMUNITI SPPZ. Show all posts
Friday, September 20, 2019
4296) SSPZ BANTU TINGKAT EKONOMI ISLAM - UTUSAN - 19/09/2019
KUALA LUMPUR 19 Sept. - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) melancarkan aplikasi Komuniti Sokong Peniaga Pembayar Zakat (SSPZ) bagi memudahkan umat Islam membeli produk keluaran syarikat Muslim itu.
Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata, pengenalan aplikasi itu sekali gus akan mengukuhkan kekuatan ekonomi masyarakat Islam di negara ini.
Katanya, matlamat utama aplikasi itu untuk menjadi platform yang menterjemahkan kekuatan pengguna dan peniaga Islam, khususnya mereka mengeluarkan zakat.
“Aplikasi ini dijadikan sebagai platform memudahkan sebarang rujukan, pertukaran maklumat, aduan, perkongsian yang menyatukan umat Islam dengan lebih kuat dari segi ekonomi. Bila ekonomi umat Islam kuat maka yang lain tidak mempunyai masalah,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan aplikasi tersebut di Ibu pejabat PPIM di sini hari ini.
Dalam perkembangan lain, tambahnya, PPIM turut mengalakkan umat Islam menghadiri Persidangan Inovasi Makanan Tempatan 2019 kendalian bukan Muslim pada 24 hingga 27 November ini bertujuan membantu bakal usahawan memulakan perniagaan.
Katanya, persidangan tersebut membantu para peniaga Muslim mempelajari selok-belok perniagaan di samping mmemperoleh sijil halal dengan piawaian yang betul dan merupakan satu langkah disokong PPIM dalam meningkatkan ekonomi Melayu dan Islam. - UTUSAN ONLINE
Artikel oleh: Utusan Malaysia
SSPZ BANTU TINGKAT EKONOMI ISLAM
https://www.utusan.com.my/berita/wilayah/kl-putrajaya/sspz-bantu-tingkat-ekonomi-islam-1.973558
4295) PPIM PERKENAL APLIKASI SPPZ - HARIAN METRO - 19/09/2019
PERSATUAN Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyeru pembabitan semua pihak dalam memperkasa penggunaan aplikasi telefon pintar SPPZ (Sokong Peniaga Pembayar Zakat) yang diperkenalkan hari ini.
Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, aplikasi itu menghimpun segala maklumat perniagaan dimiliki dan diusahakan umat Islam untuk diakses semua pihak termasuk pengguna.
“Aplikasi ini bertujuan menghimpunkan maklumat berkaitan perniagaan umat Islam yang juga pembayar zakat di seluruh dunia amnya dan Malaysia khasnya dalam apa saja bidang di bawah satu platform.
“Untuk pengguna, apa saja anda perlukan, contohnya tayar kereta pancit di tengah lebuh raya, SPPZ bantu anda cari bengkel atau servis tukar tayar terdekat menerusi jaringan GPS (sistem pengesanan global) yang tersedia dalam aplikasi.
“Malah pengguna boleh membuat aduan untuk perniagaan terbabit jika didapati ada tidak kena, memberi cadangan dan sebagainya,” katanya.
Difahamkan, aplikasi yang memerlukan capaian Internet itu baru saja didaftarkan dua hari lalu dan hanya boleh dicapai pengguna telefon pintar Android buat masa ini.
Bagaimanapun, ia akan tersedia untuk pengguna iPhone tidak lama lagi dan pengguna boleh membayar zakat menggunakan aplikasi itu dan setakat ini, SPPZ sudah dimuat turun kira-kira 200 kali.
Nadzim berkata, aplikasi itu bukan bertujuan memboikot perniagaan bukan Islam, sebaliknya memfokuskan kepada peniaga Islam yang bakal atau sudah membayar zakat.
Beliau berkata, pada masa sama, ia platform untuk menyebarluas pentingnya membayar zakat.
“Hasil usaha PPIM sebelum ini, ada penerima zakat kini sudah menjadi pembayar zakat.
“Kami amat mengharapkan lebih ramai khususnya peniaga tampil menyertai SPPZ kerana ia percuma dan hanya sumbangan kecil diperlukan untuk tujuan pengurusan supaya ia dapat terus beri manfaat pada semua,” katanya.
Terdahulu, Nadzim memperkenalkan Pertubuhan Komuniti SPPZ hasil gabungan kerjasama dengan beberapa pertubuhan Islam antaranya Persatuan Sufi Antarabangsa.
Artikel oleh: Harian Metro
PPIM PERKENAL APLIKASI SPPZ
Thursday, September 19, 2019
4291) PERTUBUHAN KOMUNITI SPPZ BAKAL JADI RUJUKAN UTAMA MUAMALAT UMAT ISLAM - SIDANG MEDIA PPIM - 19/09/2019
Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan berkata matlamat utama Komuniti SPPZ ialah bagi menjadi sebuah platform yang menterjemahkan kekuatan pengguna dan peniaga Islam, khususnya mereka yang mengeluarkan zakat.
“Selain itu, kita tak mahu umat Islam dibuli dan ini perlu dilakukan dengan bijaksana tanpa menggugat kesejahteraan negara,” katanya disini hari ini.
Komuniti SPPZ akan berperanan bukan setakat platform muamalat tetapi kerjasama dan melindungi kepentingan agama, bangsa dan negara.
Ahli Komuniti SPPZ akan terdiri daripada seluruh umat Islam yang bermuamalat sesama kita.
PPIM menjemput dan mengalu-alukan semua rakan NGO, usahawan, kumpulan syarikat dan peniaga agar sama-sama menjadi tunjang kepada komuniti SPPZ ini.
Komuniti SPPZ bakal menjadi rujukan utama kepada semua umat Islam dalam urusan muamalat mereka.
Justeru, kami amat berharap rakan-rakan seperjuangan kami sudi untuk sama-sama membawa kejayaan dalam Komuniti SPPZ.
Subscribe to:
Posts (Atom)
PERJUANGAN KAMI
ARKIB ARTIKEL
-
▼
2026
(463)
-
▼
November
(21)
- MHI: STATUS HALAL PENYEMBELIHAN AYAM - 12/11/2026
- AKTIVITI | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PRESMA KE-22 - ...
- AKTIVITI | MESYUARAT PENGUKUHAN PROGRAM SOCIAL SYN...
- JIMAT 10 PERATUS, BERSEDIA HADAPI KRISIS - UTUSAN ...
- KUNJUNGAN HORMAT PPIM KE MPAJ - MAJLIS PERBANDARAN...
- AKTIVITI | KUNJUNGAN HORMAT LHDN KE PPIM - PPIM - ...
- PENDIDIKAN BUKAN BEBANAN KEWANGAN: PPIM BANTAH TEG...
- PPIM GESA IBU BAPA TANGGUH TANDATANGAN SURAT AKU J...
- PPIM BIMBANG KEMUNGKINAN UiTM KAMPUS TAWAU DITUTUP...
- PPIM BANTAH SPEKULASI CADANGAN PENUTUPAN UiTM KAMP...
- PETROL BERCAMPUR AIR: SUKAR BUKTI PUNCA! - HARIAN ...
- TAUKE KILANG AYAM KARAN DITAHAN - HARIAN METRO - 0...
- 40,000 AYAM DIRAGUI STATUS HALAL SETIAP HARI - UTU...
- PEKERJA TIDAK BACA 'BISMILLAH' - HARIAN METRO - 02...
- 40,000 AYAM DIRAGUI STATUS HALAL SETIAP HARI - UTU...
- AKTIVITI | KUNJUNGAN HORMAT GABUNGAN PERSATUAN TOM...
- PPIM BANTAH CADANGAN PENUTUPAN UiTM KAMPUS TAWAU:P...
- PENGGUNA ISLAM PERLU SEMAK STATUS SEMBELIHAN AYAM,...
- PENGGUNA ISLAM PERLU SEMAK STATUS SEMBELIHAN AYAM,...
- AKTIVITI | PERJUMPAAN PPIM BERSAMA PENGARAH SEKSYE...
- PETROL BERCAMPUR AIR: PENGGUNA 'GIGIT JARI' - HARI...
-
▼
November
(21)









