Showing posts with label PEMBAZIRAN. Show all posts
Showing posts with label PEMBAZIRAN. Show all posts

Thursday, February 19, 2026

ALFA 2.0: TOQQI KUPAS ISU “PEMBAZIRAN” - NASIONAL FM - 19/02/2026

 

Sumber: Nasional FM

ALFA 2.0: TOQQI KUPAS ISU “PEMBAZIRAN”

https://www.facebook.com/share/v/194r15ohY8/

AKTIVITI | SIARAN LANGSUNG NASIONAL FM: ISU PEMBAZIRAN - PPIM - 19/02/2026

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Nadzim Johan@toqqi, telah bersiaran secara langsung menerusi program ALFA 2.0 di Nasional FM pada 19 Februari 2026, jam 10.30 pagi.

Dalam siaran tersebut, beliau membincangkan isu bertemakan “Pembaziran”.

Friday, June 4, 2021

5684) “GILA KE APA NI? ORANG MALAYSIA JUARA MEMBAZIR!” - TOQQI - TV.PPIM - 04/06/2021

Pembaziran ni dah macam amalan biasa yang orang kita buat. Hari-hari mesti ada benda yang dibazirkan elektrik, makanan, dan macam-macam lagi yang orang Malayisa suka bazirkan!

Konon nak jadi negara maju tapi mentaliti pun tak boleh ubah. Macam mana nak jadi maju kalau macam tu?

Kalau tak ubah sikap suka membazir kita sekarang ni, boleh ROSAK negara!

“Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan.”

Jom sertai Channel Telegram PPIM!
https://t.me/SahabatPerjuanganPPIM

“Suara PPIM Suara Pengguna!”

Perjuangan PPIM adalah perjuangan yang takkan pernah tamat. Suara-suara pengguna Islam dan Malaysia akan terus jadi keutamaan PPIM.

Ayuh bersama mereka yang tertindas mendapat keadilan yang sepatutnya! Salurkan sumbangan anda ke Tabung Perjuangan PPIM untuk membela mereka yang tertindas!

Sumbangan secara online boleh dibuat di:
https://sumbangan.ppim.org.my/TPPPIM
“Perjuangan Demi Pengguna!”

#PPIM#TabungperjuanganPPIM#kitajagakita#Toqqi#PerjuanganBersamaDemiPengguna#PPIMMembelaHakDanMaruah


Artikel oleh: TV.PPIM

“GILA KE APA NI? ORANG MALAYSIA JUARA MEMBAZIR!” - TOQQI

https://www.youtube.com/watch?v=jprbYkFJRqM

Thursday, July 2, 2015

2733) METRO - 2/7/2015 - BAZIR WANG IKUT SELERA


SHUHADA MANSOR akui memang gembira dapat berbuka puasa beramai-ramai. Tidak salah meraikan Ramadan bersama keluarga dan rakan, tetapi jangan terlalu teruja hingga lupa perkara sepatutnya.
Sibuk dengan rutin kerja selain mahu bergembira dengan rakan membuatkan kita memilih untuk berbuka di luar berbanding masak sendiri. Sama ada membeli juadah di bazar Ramadan atau menempah meja di hotel untuk pakej bufet, kita perlu elakkan pembaziran.
Perkara biasa apabila selera dan keinginan berbeza ketika Ramadan. Ditambah pula dengan pelbagai menu dan tarikan juadah, tidak mustahil untuk kita ‘pejam mata’ mengenai perihal harga.
Meskipun ada sajian bufet di hotel eksklusif mencecah RM200 seorang, ada yang mengambil sikap bersahaja dan bayar tanpa fikir panjang.
Persoalannya, sejauh mana anda sanggup mengeluarkan belanja untuk menjamu selera di luar semata-mata untuk memenuhi selera?
Terpengaruh iklan
Sama ada dalam media sosial, surat khabar bahkan papan tanda di jalan raya akan dipenuhi dengan iklan bufet Ramadan. Mungkin bagi remaja yang masih bersekolah belum ada keinginan untuk mencuba, tetapi meminta ibu bapa membawa anda ke sana. Namun bagi Gen Y yang sudah bekerja dan mempunyai duit sendiri, adakah anda mudah tunduk dengan selera sendiri?
Penulis faham, tawaran makanan dengan kepelbagaian harga berlainan ditawarkan dalam talian. Kupon elektronik antaranya dapat mengaburkan rasa ragu terhadap harga ditawarkan kerana disertakan diskaun.
Dalam hal ini, pernahkan anda terfikir RM150 ringgit dibelanjakan untuk satu sesi berbuka dapat menampung perbelanjaan berbuka dengan membeli di bazar selama seminggu?
Tidak salah jika hanya sekali mencuba, tetapi apa yang penulis tekankan adalah anda yang obses mencari bufet menarik sepanjang bulan puasa.
Menu tarik cita rasa
Banyak restoran serta hotel berlumba-lumba menyediakan pelbagai promosi bufet juadah berbuka puasa bermula 1 Ramadan sehingga penghujungnya.
Bagaikan pesta makanan tentu saja banyak juadah dihidangkan dengan pelbagai tema daripada masakan kampung, menu Barat, Timur Tengah mahupun Cina.
Itu isu di hotel, di bazar pula, menu tradisional yang mampu mengingatkan kita di kampung halaman akan menarik pelanggan membeli. Dek turutkan selera, bukan hanya satu, tetapi ada yang membeli lebih tiga juadah berbeza untuk berbuka.
Bercakap mengenai harga, sikap sesetengah pengusaha hotel yang mengambil kesempatan ketika Ramadan untuk mengaut keuntungan melampau cukup dikesali. Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Dr Maamor Osman baru-baru ini menjelaskan, pihak hotel tidak memahami falsafah Ramadan iaitu bulan berjimat-cermat.
Tiada salahnya menawarkan harga munasabah. Keuntungan tetap boleh diraih bahkan meningkatkan jumlah pelanggan yang datang. Sudah tiba masanya untuk pihak berkuasa mengeluarkan garis panduan bagi menetapkan harga siling bufet Ramadan agar pihak hotel tidak mengambil kesempatan dan meletakkan harga bufet sesuka hati.
Peka status halal dan kebersihan
Membelanjakan wang mengikut selera mungkin isu berbeza, tetapi ia boleh dikaitkan dengan isu sijil halal kerana membabitkan makanan. Memandang serius isu ini, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Perak Datuk Mohd Nizar Zakaria berkata, premis perniagaan makanan yang tiada sijil halal dan menggunakan istilah ‘buffet Ramadan’ boleh dikenakan denda maksimum RM1 juta di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 (Takrifan Halal).
Bagi penulis, isu sijil halal adalah perkara serius yang perlu kita teliti. Bukan hanya di hotel, bahkan isu kebersihan makanan di bazar juga perlu dititikberatkan.
Mohd Nizar menambah, pengusaha premis makanan diingatkan agar mendapatkan sijil halal dan mematuhi prosedur operasi standard ditetapkan Jabatan Agama Islam Negeri atau Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) jika mahu menggunakan ‘buffet Ramadan” untuk promosi juadah berbuka puasa.
Beliau turut menggesa orang awam untuk lebih berhati-hati dan peka mengenai helah yang digunakan pengusaha makanan melalui iklan bagi mempromosi juadah berbuka puasa.
“Orang ramai boleh membuat semakan dengan melayari laman sesawang rasmi sistem pensijilan halal Malaysia, MYeHalal,” katanya


Sumber: http://www.hmetro.com.my/node/61309

Wednesday, July 1, 2015

2729) SINAR HARIAN - 1/7/2015 - DENDA MEREKA YANG MEMBAZIR

TERHARU membaca mengenai seorang mufti besar dari Arab Saudi yang dilaporkan teresak-esak dalam sebuah program televisyen baru-baru ini apabila menerima soalan melalui telefon daripada seorang saudara Islam dari Somalia.
Soalan itu berbunyi: “Adakah puasa kami di Somalia sah dan diterima ALLAH, sedangkan kami tidak dapat bersahur dan berbuka?”.
Tentu pembaca budiman sedia maklum kenapa ia sangat menyentuh perasaan mufti itu.
Saya yakin apa yang berlegar dalam fikiran mufti itu adalah betapa jutaan manusia di merata dunia bersuka-ria makan minum secara membazir, sedangkan ramai lagi hamba ALLAH di muka bumi ini yang tidak ada apa pun untuk dimakan, bahkan mati kerana lapar.
Somalia adalah antara 10 negara termiskin di dunia. Negara Islam di Afrika ini kehilangan lebih daripada seperempat juta rakyatnya akibat kelaparan.
Menurut statistik, 43 peratus daripada kira-kira 10 juta rakyat Somalia hidup dalam  kemiskinan.
Kemunduran dan kemiskinan di Somalia berlaku disebabkan beberapa faktor, antaranya, tiada kerajaan pusat yang aktif, persengketaan  dalaman, dan bencana alam seperti banjir dan kemarau.
Sesuai dengan Ramadan al-mubarak ini, ada baiknya kita teliti semula tabiat makan, perbelanjaan dan sikap pembaziran di negara kita sendiri, serta cari jalan penyelesaiannya.
Percaya atau tidak, kajian membuktikan rakyat Malaysia membuang makanan sehingga 8,000 tan atau lapan juta kilogram sehari dan jumlah itu mampu menampung bekalan makanan untuk enam juta orang, lebih separuh penduduk Somalia.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Datuk Ab Rahim Md Noor kos pengurusan sisa pepejal, termasuk makanan yang dibuang, melibatkan berbilion ringgit.
Beliau berkata peratusan komposisi sisa makanan didapati meningkat 15 hingga 20 peratus pada musim perayaan.
“Sisa makanan adalah komponen tertinggi dalam skala komposisi sisa pepejal, pada 45 peratus, malah kos perbelanjaan untuk pengurusan sisa-sisa pepejal di negeri-negeri bawah seliaan pihak kami mencecah RM1.6 bilion tahun lepas.
“Perkara ini amat membimbangkan dan dengan itu kami akan melancarkan Program Transformasi Minda Oktober ini untuk mengubah minda masyarakat supaya tidak membuang makanan sesuka hati,” katanya kepada media tidak lama dahulu.
Dalam usaha menangani sikap pembaziran oleh sebahagian rakyat negara ini yang amat membimbangkan itu, kerajaan diminta mewujudkan dasar bagi mengenakan denda kepada mereka yang membuang makanan dalam kuantiti yang banyak.
Menurut Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, faktor buffet menyumbang kepada pembaziran kerana banyak makanan yang tidak diusik dibuang begitu sahaja.
“Kita kena contohi negara maju seperti Jepun. Mereka amat menghargai nilai makanan itu sehingga dalam konsep buffet mereka, sesiapa yang mengambil makanan berlebihan dan tidak habis dimakan boleh dikenakan denda dengan mengikut berat sisa makanan yang tidak dihabiskan,” katanya.
Dasar seperti itu nampaknya memang wajar digunakan terhadap semua pihak berkaitan, termasuk pengusaha kedai makanan, hotel dan industri makanan, bahkan orang awam yang didapati terlibat dalam tabiat pembuangan makanan dalam kuantiti yang banyak.
Dalam keadaan ekonomi dunia yang mencabar hari ini, segala tindakan wajar perlu diambil bagi mengelak pembaziran dan ketirisan yang semuanya membebankan rakyat dan negara.
Kenaikan harga petroleum, tarif elektrik, harga barang dan lain-lain sudah pasti akan melonjakkan kos sara hidup rakyat.
Laporan terbaru menyebut kira-kira 90 peratus tenaga kerja rakyat Malaysia tidak mampu menanggung perbelanjaan tambahan ekoran pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST).
Menurut kaji selidik laman web sumber pekerjaan Jobstreet.com. 24 peratus responden berdepan masalah perbelanjaan, malah sebelum GST dilaksanakan 1 April lalu lagi.
Beban hutang kepenggunaan itu juga banyak mengubah rutin responden, apabila lebih separuh daripada mereka, iaitu 56 peratus, mengurangkan tabiat keluar makan tengah hari dengan rakan sepejabat.
Kira-kira 47 peratus mula membawa bekal dari rumah, ada yang berkongsi kereta dan makan di pantri untuk jimatkan perbelanjaan.
Tindakan yang menjimatkan seperti itu perlu konsisten jika kita tidak mahu terjebak dalam pembaziran, dan bebanan hidup.

Sumber: http://www.sinarharian.com.my/kolumnis/farush-khan/denda-mereka-yang-bazir-makanan-1.406402

Thursday, June 25, 2015

Pembaziran Makanan: Kenapa Tak Salurkan Sahaja Kepada Gelandangan?

Walaupun ramai penduduk negara kita merungut akan kesempitan hidup kerana peningkatan kos sara hidup, tetapi majoriti dari kita yang masih mengamalkan budaya pembaziran secara tidak sedar.

Tahukah anda, setiap hari pada bulan Ramadhan setiap tahun rakyat negara Malaysia membuang 9000 tan makanan yang ‘tidak diusik’ dan boleh dimakan?

Jumlah ini bersamaan dengan 270,000 tan untuk sebulan dan jika disusun semula, ianya sama dengan ketinggian 30 bangunan KLCC!

Berdasarkan sumber, jumlah makanan yang telah dibazirkan ini boleh dihidangkan kepada enam kali ganda daripada jumlah penduduk negara kita, iaitu 180 juta orang.

Adalah lebih baik sekiranya makanan yang 'tidak diusik' ini dikumpul dan diagihkan kepada golongan yang lebih memerlukan seperti gelandangan dan fakir miskin.

Disamping itu, makanan ini juga boleh diagihkan kepada tahanan lokap polis daripada dibuang begitu sahaja kedalam tong sampah.

Perkara ini juga telah dibangkitkan oleh Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Paduka Nadzim Johan.


Ironinya, budaya yang kita amalkan ini persis seperti apa yang dipaparkan dalam video ini:


Sama bukan?

Tidakkah kita pernah terfikir akan kesusahan yang terpaksa ditempuh oleh orang lain yang begitu terseksa untuk mendapatkan walau secubit makanan? Bayangkan jika kita berada ditempat mereka?

Sila tonton video dibawah:


Budaya pembaziran ini pasti dapat diatasi sekiranya kita semua masing-masing mengamalkan sikap bersyukur dan tidak tamak.





Tuesday, June 23, 2015

2707) TV PPIM - 23/06/15 - Bufet Ramadhan, Pembaziran Makanan Mencecah 9 Billion Ringgit



2706) THE RAKYAT POST - 23/06/15 - Consumer Group Proposes Food Wasting Act To Monitor Hotels and Consumers


nadzim

KUALA LUMPUR, June 23, 2015:
The Domestic Trade, Cooperatives and Consumerism Ministry (KPDNKK) and Malaysian Islamic Development Department (Jakim) should come up with a law to monitor and address the issue of wasted food items in hotels in the country, including in the month of Ramadhan.
The president of Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, said that the wasting of food items within the hotel industry as well as by the general public is something that needs to be addressed.
“It is necessary for KPDNKK or Jakim to put in place a Food Wasting Act to take action towards the hotel industry as well as individuals who waste food whilst dining at a hotel.
“To date, the policies of the hotel industry have resulted in the waste of food everyday, and the amount of waste increases in the month of Ramadhan.
“The practice to waste food by the hotel industry and the public must not be allowed to continue. It is a very bad habit as food is wasted every day,” he said at a press conference here today.
He added that with the price of Ramadhan buffets ranging from RM70 to RM200 and with the serving of up to a maximum of 100 dishes, it goes against the teachings of Islam if all of that food is wasted by the hotels and the customers.
“Displeasing habits such as this must be controlled and we must not let the industry partake in something without proper monitoring. Authorities should regulate the issue and ensure that it does not happen like it does in countries such as Japan, Germany and Sweden.

2704) MALAYSIAN DIGEST - 22/06/15 - Cut Back On Consumption To Counter Food Rising Food Prrices - PPIM

KUALA LUMPUR: It has only been a week since Muslims started fasting and people are already talking about the increase of food price seen at Ramadan bazaars.
The President of Malaysia Muslim Consumers Association (PPIM) Datuk Nadzim Johan said, they have received a lot of complaints from consumers about the increase of price including for necessities as we embark on the month of Ramadan.
He observed that traders are taking advantage of the situation, giving the excuse that they were covering the extra cost of Goods and Service Tax (GST) in increasing prices.
"We have received complaints about the increase of retail prices and we can see this increase is also partly due to increased demand during Ramadan.
"However consumers are victims when traders take advantage of the situation by using GST as an excuse regardless of whether the item in question incurs the tax or not," he said when contacted by Malaysian Digest today.
He agreed that there is increase in the price of food sold at Ramadan bazaar.
"Consumers are at fault as well. The authorities, they could observe but it all depends on how consumers manage their spending," he said.
He urged consumers to be more wise and thrifty when spending and advised traders not to increase the price out of whim.
"Consumers need to be frugal. If you used to eat a piece of kuih now eat half the amount and try cooking at home.
"It could be good for health too. We lose nothing if we eat less.
"Traders shouldn't just increase prices. Rather, they should focus more on quality," he said.


--Malaysian Digest

2703) MALAYSIAN DIGEST - 22/06/15 - Harga Juadah Naik Pengguna Disaran Makan Setengah Biji Kuih - PPIM

KUALA LUMPUR: Belum sampai seminggu umat Islam menjalani ibadah puasa, isu kenaikan harga barang khususnya berkaitan harga makanan yang dijual di bazar Ramadan menjadi bualan hangat orang ramai.
Presiden Persatuan Pengguna Islam (PPIM) Malaysia, Datuk Nadzim Johan menyatakan pihaknya menerima banyak aduan daripada pengguna mengenai kenaikan harga barang termasuk barang keperluan meskipun sepanjang bulan Ramadan.
Jelasnya, peniaga sengaja mengambil kesempatan dengan menggunakan alasan menanggung beban Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) untuk menaikkan harga barang dan makanan yang dijual.
“Memang kita menerima aduan mengenai kenaikan harga barang dan kita nampak juga kenaikan ini berpunca daripada permintaan tinggi sepanjang bulan Ramadan.
“Bagaimanapun, pengguna terperangkap dalam kenaikan harga ekoran peniaga mengambi kesempatan dengan menggunakan alasan GST meskipun barang tersebut tidak dikenakan cukai,” katanya ketika dihubungi Malaysian Digest, hari ini.
Ditanya mengenai dakwaan harga makanan yang dijual di bazar Ramadan mengalami kenaikan, beliau mengakui perkara berkenaan berlaku.
“Ini juga kerana kelemahan pengguna. Bagi pihak penguatkuasaan, mereka mampu lakukan tinjauan tetapi bergantung kepada pengguna untuk mengawal perbelanjaan mereka," katanya.
Susulan itu, beliau menyarankan pengguna agar lebih bijak dan berjimat cermat dalam melakukan perbelanjaan selain menasihati penjual supaya tidak sewenang-wenangnya menaikkan harga.
“Pengguna perlu berjimat. Kalau dulu makan sebiji kuih tetapi sekarang makan setengah biji kuih selain pengguna digalakkan memasak di rumah.
“Ini juga baik untuk kesihatan. Tidak rugi kalau kita kurang makan.
“Penjual pula tidak seharusnya menaikkan harga. Sebaliknya, lebih memfokuskan kepada kualiti atau mutu jualan,” ujarnya.

- mD

2702) MALAYSIAN INSIDER - 23/06/15 - RM 9 Billion Food Wasted During Ramadan, Says Consumer Group


Muslim Consumers' Association activist Datuk Nadzim Johan says Muslims must drop the bad habit of wasting food during Ramadan. – The Malaysian Insider pic by Seth Akmal, June 23, 2015.
Muslim Consumers' Association activist Datuk Nadzim Johan says Muslims must drop the bad habit of wasting food during Ramadan. – The Malaysian Insider pic by Seth Akmal, June 23, 2015.Almost RM9 billion worth of food is wasted during the fasting month, said the head of a consumers' association, adding that this habit was pushing prices up in the market.Datuk Nadzim Johan of the Muslim Consumers' Association (PPIM) said food that was wasted during the breaking of fast, creating artificial demand.“Today, chicken prices, vegetable prices are going up because people waste. I am told that this waste costs RM9 billion during the fasting month. This is an unbelievable amount.“Many Muslims are trapped in a fasting culture where they fast, then eat what they want then throw away the rest. This is a culture that I fear is will ruin the community.“Malaysians have to condemn this culture,” he told reporters at the group’s headquarters in Kuala Lumpur today.Nadzim said that Ramadan buffets which are sponsored by some hotels added to the wastage, as the variety on the menus led to a wastage that went against the spirit of the fasting month.“In the fasting month, some hotels prepare 100 foods. Who can eat that much? I do not know," he said."We have created a culture that is not acceptable. The authorities should enforce something against this."He said that eating too much while breaking fast sent the wrong signal because there were still many who went hungry in this country.He said a food collection centre must be established to prevent wastage."There must be a food exchange centre. Food that is not finished must be sent there voluntarily. If we want it done, nothing is impossible. This is not about going to the moon, it's just about saving food." – June 23, 2015.
Sumber : http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/rm-9-billion-food-wasted-during-ramadan-says-consumer-group#sthash.OFtbfy3k.dpbs

2701) MALAYSIAN INSIDER - 23/06/15 - Budaya Berbuka Puasa Berlebihan Bazir RM9 Bilion, Kata PPIM

Umat Islam perlu berhenti membazir makanan ketika berbuka puasa di bulan Ramadan, kata Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Nadzim Johan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 23 Jun, 2015.Umat Islam perlu berhenti membazir makanan ketika berbuka puasa di bulan Ramadan, kata Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Nadzim Johan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 23 Jun, 2015.Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyeru umat Islam mengelak pembaziran makanan ketika bulan Ramadan, dan berkata kira-kira RM9 bilion sudah dibazirkan."Hari ini barang naik, ayam naik, sayur naik kerana ada orang buang. Saya dimaklumkan pembaziran ini dalam jumlah RM9 bilion pada bulan puasa sahaja. Ini satu jumlah yang tak masuk akal."Ramai masyarakat kini terperangkap dalam budaya berpuasa kena makan banyak mana, kemudian buang. Ini budaya yang saya takut boleh merosakkan masyarakat," katanya pada satu sidang media di Ibu Pejabat PPIM di Kuala Lumpur pagi ini.Nadzim berkata, apa yang lebih menyedihkan, buffet Ramadan yang dianjurkan hotel tertentu di Malaysia menambahkan lagi pembaziran yang tidak dapat dikawal.Katanya, pelbagai menu ditawarkan menyebabkan ia cenderung kepada pembaziran yang bertentangan dengan seruan kepada umat Islam sempena Ramadan ini."Di bulan puasa, ia amat menyedihkan lagi kerana ada hotel menyediakan 100 menu makanan. 100 menu ini siapa boleh makan? Saya pun tak tahu. Mungkin ada istimewa gajah atau zirafah tetapi ini satu benda yang amat pelik."Kita sudah menghidupkan satu budaya yang tidak boleh diterima rakyat Malaysia. Pihak berwajib perlu menguatkuasakan supaya perkara ini tidak berlaku," katanya.Beliau berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Kementerian Perdagangan, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) perlu melakukan penguatkuasaan dan tampil membendung budaya tersebut.Katanya, budaya makan berlebihan semasa berbuka puasa memberi isyarat salah kerana masih terdapat golongan tidak cukup makan di negara ini."Masih ada pelajar di Tahun 4 yang makan nasi kosong dan rencah mi segera. Sehari sekali makan."Maka terdapat satu keadaan orang yang kaya raya buang makanan dan satu lagi orang tak ada duit nak makan. Maknanya ada yang silap," katanya.Nadzim berkata pusat pengumpulan makanan perlu diwujudkan bagi mengelak hotel yang menganjurkan buffet berbuka puasa terus menerus melakukan pembaziran.Katanya, walaupun usaha berkenaan masih belum digerakkan, ia bukan sesuatu yang mustahil untuk dilakukan apatah lagi dengan penglibatan pihak berkuasa tempatan."Mesti ada pusat pertukaran makanan. Maknanya barang tak habis hantar di situ secara sukarela."Kalau kita mahu, tiada yang mustahil. Bukan nak pergi ke bulan. Ini idea untuk menjimatkan makanan," katanya. – 23 Jun, 2015.
Sumber : http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/budaya-berbuka-puasa-berlebihan-bazir-rm9-bilion-kata-ppim#sthash.2ex199i2.dpbs

Saturday, June 20, 2015

2700) UTUSAN - 20/06/15 - 270,000 Tan Makan 'Tidak Diusik'



KUALA LUMPUR 19 Jun - Setiap tahun untuk tempoh sebulan Ramadan, rakyat negara ini membuang 270,000 tan makanan yang ‘tidak diusik’ dan boleh dimakan semula.

Syarikat menyelia sisa pepejal, SWCorp, berkata, berdasarkan perkiraan itu, jumlah makanan tersebut boleh dihidangkan kepada 180 juta orang, enam kali ganda melebihi populasi negara ini iaitu 27 juta.

Jika disusun longgokan makanan yang boleh dimakan, ia bersamaan dengan ketinggian 30 bangunan KLCC. Ketinggian KLCC ialah 452 meter.

Ketua Pegawai Eksekutif SWCorp., Datuk Ab. Rahim Md. Noor berkata, secara purata setiap hari pada bulan Ramadan sebanyak 9,000 tan makanan dibuang dan ia menjadi satu kebimbangan terhadap budaya pembaziran masyarakat negara ini.

“Sisa makanan adalah komponen tertinggi dalam skala komposisi sisa pepejal, pada 45 peratus, malah kos perbelanjaan untuk pengurusan sisa-sisa pepejal di negeri-negeri bawah seliaan SWCorp telah mencecah RM1.4 bilion tahun lepas,” katanya kepada Bernama, baru-baru ini.

Ab. Rahim berkata, setiap 9,000 tan makanan itu boleh dihidangkan kepada enam juta orang.

Justeru, katanya, pelbagai inisiatif telah dilaksanakan oleh pihaknya, antaranya mewujudkan kerjasama pengusaha kedai makanan, hotel serta industri terlibat untuk menyumbangkan makanan lebihan mereka kepada mana-mana badan kebajikan.

Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berpandangan, antara punca utama berlakunya pembaziran makanan lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan disebabkan perkhidmatan bufet yang disediakan oleh setiap hotel dalam jumlah yang banyak.

“Pemilik-pemilik hotel harus tegas dengan mewujudkan mekanisme untuk mendenda 
pelanggan mereka yang membazirkan makanan.

“Kalau hotel buat mekanisme macam ini, saya yakin pelanggan akan berfikir dua tiga kali nak membazirkan makanan,” katanya.

Presiden Persatuan Hotel Malaysia, Cheah Swee Hee berkongsi pendapat yang sama, pembaziran yang berlaku pada bulan Ramadan adalah akibat daripada hidangan secara bufet yang sering mendorong orang ramai mengambil makanan secara berlebihan.

“Dengan itu, persatuan kami bekerjasama dengan SWCorp dengan menampal poster-poster khusus untuk mendidik orang ramai agar tidak melakukan pembaziran makanan terutama pada bulan puasa.

“Kita kena didik, nasihat mereka dahulu sebelum mengambil langkah last resort untuk mendenda mereka yang membazirkan makanan,” katanya.– BERNAMA


Sumber : http://www.utusan.com.my/berita/nasional/270-000-tan-makanan-8216-tidak-diusik-8217-1.105011

2699) BERITA HARIAN - 20/06/15 - 270,000 Tan Makanan Tak Terusik Dibuang


2697) MALAYSIA KINI - 19/06/15 - 270,000 tonnes of food wasted during Ramadan

Every year during the fasting month (Ramadan), about 270,000 tonnes of leftovers that could still be consumed are disposed of wastefully.

According to the Solid Waste And Public Cleansing Management Corporation (SWCorp), the food could have fed 180 million people, six times the country's population of 27 million.

If the food is arranged in piles, the height of it would level that of 30 KLCC buildings. KLCC is 452 metres high.

SWCorp chief executive officer Ab Rahim Md Noor said today an average 9,000 tonnes of food is discarded daily during Ramadan. He described the wastage as a worrying trend.

"Food leftovers are the highest component in the solid waste composition scale at 45 per cent, while the cost of managing solid waste in the states under SWCorp reached RM1.4 billion last year," he told Bernama.

Ab Rahim said the 9,000 tonnes of food could feed six million people.

Hence, he said, various initiatives had been implemented by SWCorp, among them, an agreement with hotels and eateries that leftovers be donated to welfare institutions.

The corporation oversees the solid waste management system for Kuala Lumpur and Putrajaya, Pahang, Kedah, Perlis, Negri Sembilan, Malacca and Johor.   

'Penalise customers who waste'

Meanwhile, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) president Nadzim Johan (photo) claimed that the excessive leftovers during Ramadan was due to over-preparation of food.

"The buffet spread prepared particularly by hotels are enormous. In this regard, hotel owners should set up a mechanism to penalise customers who waste food.

"If the hotels have a mechanism in place, I'm sure customers will think twice or thrice about wasting food," he said.


Malaysian Association of Hotels president Cheah Swee Hee concurred that food wastage during Ramadan was a result of superabundant preparation.

"Our association is cooperating with SWCorp to educate the public against wasting food particularly during the fasting month.

"To this end, we have been putting up posters to first advise and educate, before taking any action to penalise them, which would be the last resort," he said.

The association has more than 800 members nationwide.

- Bernama

2696) MALAYSIAN INSIDER - 19/06/15 - 270,000 Tonnes of Food Wasted During Ramadan

Every year during the fasting month (Ramadan), about 270,000 tonnes of leftovers that could still be consumed are disposed of  wastefully.

According to the Solid Waste And Public Cleansing Management Corporation (SWCorp), the food could have fed 180 million people, six times the country's population of 27 million.

If the food is arranged in piles, the height of it would level that of 30 KLCC buildings. KLCC is 452 metres high.

SWCorp chief executive officer Datuk Ab Rahim Md Noor said an average 9,000 tonnes of food were discarded daily during Ramadan. He described the wastage as a worrying trend.

"Food leftovers are the highest component in the solid waste composition scale at 45%, while the cost of managing solid waste in the states under SWCorp reached RM1.4 billion last year," he told Bernama.

Ab Rahim said the 9,000 tonnes of food could have fed six million people.

Hence, he said, various initiatives had been implemented by SWCorp, among them, an agreement with hotels and eateries that leftovers be donated to welfare institutions.

The corporation oversees the solid waste management system for Kuala Lumpur and Putrajaya, Pahang, Kedah, Perlis, Negeri Sembilan, Melaka and Johor.  

Meanwhile, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) president Datuk Nadzim Johan claimed that the excessive leftovers during Ramadan was due to over-preparation of food.

"The buffet spreads prepared particularly by hotels are enormous. In this regard, hotel owners should set up a mechanism to penalise customers who waste food.

"If the hotels have a mechanism in place, I'm sure customers will think twice or thrice about wasting food," he said.

Malaysian Association of Hotels president Cheah Swee Hee concurred that food wastage during Ramadhan was a result of superabundant preparation.

"Our association is cooperating with SWCorp to educate the public against wasting food, particularly during the fasting month.

"To this end, we have been putting up posters to first advise and educate, before taking any action to penalise them, which would be the last resort," he said.

The association has more than 800 members nationwide. – Bernama, June 19 2015.


2695) SINAR HARIAN - 19/06/15 - Sisa Makanan Tidak Diusik Setinggi 30 KLCC

SETIAP tahun untuk tempoh sebulan Ramadan, rakyat negara ini membuang 270,000 tan makanan yang 'tidak diusik' dan boleh dimakan semula.
    
Syarikat menyelia sisa pepejal, SWCorp berkata, berdasarkan perkiraan itu, jumlah makanan tersebut boleh dihidangkan kepada 180 juta orang, enam kali ganda melebihi populasi negara ini iaitu 27 juta.
    
Jika disusun longgokan makanan yang boleh dimakan, ia bersamaan dengan ketinggian 30 buah bangunan KLCC. Ketinggian KLCC ialah 452 meter.   
    
Ketua Pegawai Eksekutif SWCorp Datuk Ab Rahim Md Noor berkata secara purata setiap hari pada bulan Ramadan sebanyak 9,000 tan makanan dibuang dan ia menjadi satu kebimbangan terhadap budaya pembaziran masyarakat negara ini.
    
"Sisa makanan adalah komponen tertinggi dalam skala komposisi sisa pepejal, pada 45 peratus, malah kos perbelanjaan untuk pengurusan sisa-sisa pepejal di negeri-negeri bawah seliaan SWCorp telah mencecah RM1.4 bilion tahun lepas," katanya kepada Bernama, baru-baru ini.
 
Ab Rahim berkata, setiap 9,000 tan makanan itu boleh dihidangkan kepada enam juta orang.
    
Justeru, katanya, pelbagai inisiatif telah dilaksanakan oleh pihaknya, antaranya mewujudkan kerjasama pengusaha kedai makanan, hotel serta industri terlibat untuk menyumbangkan makanan lebihan mereka kepada mana-mana badan kebajikan.
     
SWCorp menyelia sistem pengurusan sisa pepejal di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Pahang, Kedah, Perlis, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.
    
Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berpandangan antara punca utama berlakunya pembaziran makanan lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan disebabkan perkhidmatan bufet yang disediakan oleh setiap hotel dalam jumlah yang banyak.
    
"Pemilik-pemilik hotel harus tegas dengan mewujudkan mekanisme untuk mendenda pelanggan mereka yang membazirkan makanan.

Kalau hotel buat mekanisme macam ini, saya yakin pelanggan akan berfikir dua tiga kali nak membazirkan makanan," katanya.
    
Presiden Persatuan Hotel Malaysia, Cheah Swee Hee berkongsi pendapat yang sama, pembaziran yang berlaku pada bulan Ramadan adalah akibat daripada hidangan secara bufet yang sering mendorong orang ramai mengambil makanan secara berlebihan.
    
"Dengan itu, persatuan kami bekerjasama dengan SWCorp dengan menampal poster-poster khusus untuk mendidik orang ramai agar tidak melakukan pembaziran makanan terutama pada bulan puasa.
    
"Kita kena didik, nasihat mereka dahulu sebelum mengambil langkah 'last resort' untuk mendenda mereka yang membazirkan makanan," katanya.
    
Persatuan Hotel Malaysia mempunyai lebih 800 ahli di seluruh negara. - Bernama


Sumber : http://www.sinarharian.com.my/rencana/sisa-makanan-tidak-diusik-setinggi-30-klcc-1.402658

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL