Sumber : http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/rm-9-billion-food-wasted-during-ramadan-says-consumer-group#sthash.OFtbfy3k.dpbs
Showing posts with label THE MALAYSIAN INSIDER. Show all posts
Showing posts with label THE MALAYSIAN INSIDER. Show all posts
Tuesday, June 23, 2015
2702) MALAYSIAN INSIDER - 23/06/15 - RM 9 Billion Food Wasted During Ramadan, Says Consumer Group
Sumber : http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/rm-9-billion-food-wasted-during-ramadan-says-consumer-group#sthash.OFtbfy3k.dpbs
2701) MALAYSIAN INSIDER - 23/06/15 - Budaya Berbuka Puasa Berlebihan Bazir RM9 Bilion, Kata PPIM
Sumber : http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/budaya-berbuka-puasa-berlebihan-bazir-rm9-bilion-kata-ppim#sthash.2ex199i2.dpbs
Friday, May 15, 2015
2642) THE MALAYSIAN INSIDER - 14/05/15 - Kerajaan Cadang Pinda Undang-Undang Jenayah Seksual
Kerajaan bercadang meminda undang-undang berkaitan jenayah seksual khususnya rogol bagi melindungi golongan kanak-kanak daripada teraniaya dan menjadi mangsa nafsu seks.
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata pindaan itu akan dibuat selepas pihaknya membuat kajian menyeluruh ke atas Seksyen 375 dan Seksyen 376 Kanun Keseksaan berkaitan jenayah rogol, yang tidak pernah dipinda sejak 58 tahun lepas.
"Kita perlu nilai dan pinda kerana seksyen itu telah digunakan sejak 1957 tanpa ada sebarang perubahan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penghargaan Kecemerlangan Tugas, di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kuala Lumpur (IPKKL), hari ini.
Turut hadir, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajudin Md Isa serta wakil Yayasan Patriot Malaysia, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Persatuan Community Policing Malaysia.
Pada majlis itu, Lans Koperal Al Aliff Al Zam dan Konstabel Mohd Rasyidi Ismail dianugerahkan sijil penghargaan, wang tunai serta cenderahati di atas jasa mereka menyelamatkan nyawa seorang pemandu terperangkap dalam kenderaan yang terbakar di Lebuhraya Sprint, 1 Mei lepas. – Bernama, 14 Mei, 2015.
Tuesday, January 20, 2015
2417) SUARA TV - 16/01/2015 - PPIM Gesa Berhati-hati Dengan Aktiviti Penipuan Pelaburan Emas
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hari ini menasihati orang ramai supaya berhati-hati sebelum terjebak dalam penipuan pelaburan emas yang semakin berleluasa hari ini, serta menyemak dengan pihak Bank Negara Malaysia (BNM) terlebih dulu.
Presidennya PPIM Datuk Nadzim Johan berkata, mereka menerima banyak aduan daripada orang ramai selepas ditipu dalam skim itu kerana kecuaian tidak menyemak dengan pihak berwajib.
“Kebanyakan aduan yang kami terima memberitahu mereka tidak menerima bayaran daripada syarikat yang pelaburan emas walaupun dijanjikan sebelum ini,” kata Nadzim pada sidang media di ibu pejabat mereka di Kuala Lumpur hari ini.
Nadzim berkata, skim pelaburan emas ini menjalankan modus operandi dengan menjanjikan pulangan yang lumayan sehingga memperdaya orang ramai yang mahu untung cepat.
“Jual beli emas ini akan menawarkan harga emas dengan kadar tertentu sama ada mahal atau murah daripada harga pasaran dan pelanggan dijanjikan keuntungan bulanan oleh penganjur atau agen,” katanya.
Sebagai contoh, penganjur atau pengelola akan melantik agen di mana emas dijual lebih murah daripada harga pasaran dan kemudiannya dijanjikan dengan imbuhan bulanan.
Dalam aktiviti ini, pihak yang terdedah kepada risiko ialah agen kerana mereka yang menjalankan aktiviti perniagaan emas ini dengan pelabur.
“Penganjur guna agen dan agen pula kena ada syarikat. Pengelola akan selamat sebab berurusan perniagaan dengan agen.
“Agen akan buat jualan dan kumpul duit daripada pelanggan. Namun agen terdedah kepada bahaya sebab boleh dikenakan caj di bawah Akta Pengambilan Deposit Awam tanpa lesen,” katanya.
Bagaimanapun, masalah timbul apabila imbuhan atau barang tidak diterima oleh pelanggan maka agen berdepan risiko besar.
“Sekiranya imbuhan atau barang tidak diterima pelanggan maka agen sebagai orang tengah yang berisiko sebab agen yang buat urusan dengan pelanggan,” terangnya.
Apabila situasi ini berlaku, agen terpaksa berdepan dengan hutang kerana mereka mengambil wang daripada pelanggan tapi syarikat pelaburan emas yang tidak sah tersebut hilang tanpa dapat dikesan.
“Apa yang berlaku sekarang ialah agen dah kira berhutang dengan pelanggan sedangkan agen hanya orang tengah.
“Pengelola sudah sapu semua sama ada emas atau duit dan ini menyebabkan agen terbeban dengan hutang,” katanya.
Menurut PPIM terdapat berpuluh-puluh syarikat pelaburan emas yang sudah disenaraihitamkan BNM daripada senarai 182 keseluruhan syarikat atau perniagaan atas talian yang tidak sah.
Antara syarikat pelaburan emas yang tersenarai hitam dan dipantau PPIM sendiri ialah CGF Fine Metal Sdn Bhd, Darul Emas Perak Bhd, GGF Golden House Sdn Bhd.
Nadzim dalam pada itu menggesa supaya orang ramai berhati-hati dan menyemak terlebih dahulu dengan BNM sebelum membuat sebarang pelaburan yang kelak akan merugikan diri mereka sendiri.
“PPIM mengharapkan agar pengguna terus bijak dan tidak mudah tertipu dengan skim sebegini, berusaha dapatkan maklumat perniagaan daripada agensi yang diiktiraf sebelum membuat pelaburan dalam mana-mana syarikat. – M.Insider
Saturday, October 25, 2014
2179) ARKIB BERITA PPIM - 7/10/2014 THE MALAYSIAN INSIDER - NGOs Say Egypt Ban on Malaysians Entering Gaza
Activists from several non-governmental organisations (NGOs) have protested against the Egyptian government's blacklisting of Malaysia from entering Gaza via the Rafah border crossing to send humanitarian aid.
Nassar Foundation chairman, Nasharuddin Mat Isa (pic) said this latest Egyptian action was unacceptable and their claim that Malaysia was training Al-Qassam militants was a lie.
"All this while, Malaysia had extended medical and food supplies on humanitarian grounds and not via the political platform.
"I see Malaysia is being made a scapegoat because the Egyptian government may be trying to appease Israel for its own interest," he said when contacted by Bernama today.
He was commenting on the statement by Malaysian Consultative Council for Islamic Organisations deputy president Abdul Aziz Abu Bakar that the support Malaysia gave for the people of Palestine, who were oppressed by Israel's Zionist regime, was misconstrued as helping violence.
Other than Malaysia, five other nations which were blacklisted were Turkey, Qatar, Iran, Morocco and Sudan, said Abdul Aziz.
In this regard, Nasharuddin, who is also former PAS deputy president, said the Malaysian government should issue a statement to counter the baseless allegation.
He said Malaysia should also hold discussions with the Egyptian government to allow Malaysia to enter Gaza again via Rafah to continue its humanitarian aid for the Palestinians.
Muslim Consumers Association Malaysia chief activist Datuk Nadzim Johan said Egypt's action would only worsen the situation because Malaysia's main aim to Gaza was to extend humanitarian aid.
"The present Egyptian government may be pressured by the major powers to prevent Malaysia from giving aid to the people of Palestine.
"In this regard, the Malaysian government must give serious attention to the allegation of the Egyptian goverment that it is training Al-Qassam militants as it involves Malaysia's image at the international level," he said.
Nadzim said the action of the Egyptian government in preventing Malaysia from entering Gaza could be temporary as Malaysia had good relations with Egypt prior to this. – Bernama, October 7, 2014.
Credit : https://my.news.yahoo.com/ngos-egypt-ban-malaysians-entering-gaza-unacceptable-bernama-154551266.html
2177) ARKIB BERITA PPIM - 5/10/2014 THE MALAYSIAN INSIDER - Consumer Bodies Feel Petrol Price No Excuse for Costlier Goods – Bernama
Consumers associations feel that the October 2 reduction of the subsidy for RON95 petrol and diesel by 20 sen per litre should be no excuse for traders to introduce a drastic increase in the prices of their goods.
They claim that any trader who raises prices is being irresponsible and taking advantage of the higher cost of RON95 petrol (RM2.30 per litre) and diesel (RM2.20) to reap exorbitant profits.
Federation of Malaysian Consumers Associations (Fomca) secretary-general Datuk Paul Selvaraj said it was inevitable that the higher fuel price would raise transportation cost, but the impact on goods was minimal.
"It is difficult for us to dissociate a rise in the fuel price with higher prices for raw materials such as vegetables, meat, fish and chicken, but the rise in the prices of these goods is very minimal, just a few sens only," he told Bernama.
Last Friday, Agriculture and Agro-based Industry Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob said the fuel price rise in September last year triggered an increase of between eight and 13% in the prices of fish.
He had said that the ministry was monitoring the situation to ensure that this was not repeated.
Selvaraj said it was unreasonable to raise prices of 'teh tarik' and 'roti canai' by 20 sen when the fuel price increased by 20 sen per litre.
Consumer Safety Association of Malaysia president Samsuddin Mohamad Fauzi said traders should absorb any minimal rise in the prices of goods to help the people who were burdened with a rise in the cost of living.
"Traders should not just pass on any rise in cost to the consumers every time the price of fuel goes up. Consumers understand if they have to do so when the rise in fuel price is high, but not when it is very small," he said.
Samsuddin said that passing on the price increases to consumers would only contribute to inflationary pressure on the economy.
"Traders should consider the short-term and long-term effects on the economy and not just reap huge profits. Rising inflation will only impact the economy and adversely effect the lives of our children and grandchildren," he said.
Muslim Consumers Association of Malaysia secretary-general Datuk Dr Ma'amor Osman said consumers had the power to check any price increase in a free market.
"Traders can raise prices at will by citing all kinds of excuses. Consumers have to use their wisdom and not buy goods which are too expensive. They should go for alternatives," he said.
He cautioned that some traders reduced the quantity of the goods, but sold them at the same price, and advised consumers to be wary of such tactics. – Bernama, October 5, 2014.
Monday, October 20, 2014
2141) ARKIB BERITA PPIM - 16/9/2014 THE MALAYSIAN INSIDER - Dr Mahathir Bimbang BN Pimpinan Najib Kalah PRU14
Tun Dr Mahathir Mohamad (tengah) menegaskan pendiriannya untuk tidak menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. – Gambar Facebook, 16 September, 2014.
Tun Dr Mahathir Mohamad membuat pengakuan kepada badan bukan kerajaan (NGO) tentang kebimbangan beliau melihat Barisan Nasional (BN) kalah pada pilihan raya akan datang sekiranya Datuk Seri Najib Razak terus kekal sebagai perdana menteri.
Tun Dr Mahathir Mohamad membuat pengakuan kepada badan bukan kerajaan (NGO) tentang kebimbangan beliau melihat Barisan Nasional (BN) kalah pada pilihan raya akan datang sekiranya Datuk Seri Najib Razak terus kekal sebagai perdana menteri.
Presiden Ikhlas Mohd Ridzuan Abdullah sebuah pertubuhan mewakili usahawan dan perdagangan Melayu mendakwa, perkara itu disampaikan oleh Dr Mahathir apabila menyatakan tentang masa depan BN di bawah pentadbiran Najib dalam satu pertemuan berlangsung lebih satu jam.
"Dr Mahathir amat jelas mengenai hal ini. Beliau menegaskan pendiriannya untuk tidak menyokong perdana menteri.
Beliau menyatakan BN akan kalah dalam PRU14 sekiranya peranan Najib berterusan," kata Ridzuan kepada The Malaysian Insider hari ini.
Katanya pertemuan itu berlangsung semalam di pejabat Dr Mahathir di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya.
Beliau berkata pertemuan itu digerakkan Ikhlas atau Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia yang mahu berjumpa bekas perdana menteri itu untuk menyatakan kebimbangan mereka mengenai ekonomi dan masa depan BN.
Ridzuan memberitahu The Malaysian Insider mereka sebenarnya tidak berhasrat membincangkan kepimpinan Najib, sebaliknya Dr Mahathir sendiri membangkitkan isu tersebut.
"Ia bukan dalam agenda kami namun beliau memberitahu kami, tidak bermakna apabila beliau berjabat tangan bersama Najib atau ambil gambar bersama itu bermaksud dirinya menyokong perdana menteri," katanya.
Beliau berkata selain Ikhlas, pertemuan itu juga dihadiri oleh Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia, Persatuan Pengguna Islam dan beberapa NGO lain.
"Ada segelintir dari kami amat bimbangkan BN dan bertanya apa perlu dilakukan kerana berasa terperangkap di tengah-tengah," katanya.
Dr Mahathir sebelum ini mengkritik kepimpinan Najib dan menarik kembali sokongan kerana saranannya tidak diendahkan namun tidak jelas adakah beliau mahu Najib meletakkan jawatan.
Ridzuan berkata Dr Mahathir memberitahu dalam pertemuan semalam perkara salah perlu dipersoalkan supaya ia boleh dibetulkan.
"Beliau berkata salah tetap salah. Kita mesti mengutarakan perkara itu dan tidak hanya berdiri atas pagar, dan ini jalan untuk kita terus ke depan," kata Ridzuan, menambah NGO Melayu itu juga sudah memohon mengadakan sesi lain bersama Dr Mahathir kelak.
Ridzuan juga berkata kesemua NGO dalam pertemuan itu bersetuju Akta Hasutan 1948 tidak perlu dimansuhkan.
"Kita tidak mahu akta itu dimansuhkan dan digantikan dengan Akta Keharmonian Nasional. Kita cuba untuk berkempen namun tidak mendapat sambutan.
"Kerajaan seolah-olah tidak berminat. Ini kerugian mereka, pada masa sama pembangkang mendapat liputan meluas. Mereka tidak risau tindakan mereka tidak mendapat ruang dalam media arus perdana kerana akan mendapat sokong melalui media online," katanya.
Beliau berkata Dr Mahathir memulakan pertemuan dengan membuat kenyataan mengenai Najib, masa depan BN dan masa depan ekonomi kaum Melayu.
Beliau menjangka Malaysia akan menjadi negara pengguna dan bukan kuasa pengeluar.
"Ini kena mengena dengan polisi kerajaan yang membenarkan negara luar membuka perniagaan di negara ini hingga menjejaskan hasil negara. Berbilion duit negara kita keluar kerana perkara ini," katanya. – 16 September, 2014.
Wednesday, May 28, 2014
1941) themalaysianinsider 27/05/2014 - Persatuan pengguna mahu kilang Cadbury disita, produk diboikot
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mahukan kilang Cadbury disita dan pengguna memboikot produknya susulan penemuan DNA khinzir dalam keluaran syarikat itu baru-baru ini.
Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan (gambar), berkata kilang tersebut seharusnya disita apabila tiada langsung permohonan maaf yang diusulkan dan pihak berkuasa seharusnya bertegas dalam hal ini.
"Kilang itu patut disita dan dihentikan pengeluaran produknya kerana setelah penemuan ini, tiada permohonan maaf ataupun rasa kesal yang timbul dari pihak Cadbury.
Nadzim berkata, sudah tiba masanya untuk para pengguna menggerakkan kuasa membantah secara tegas dengan memboikot semua produk syarikat itu dan menjadikan isu sebegini sebagai satu pengajaran dan pengalaman kepada seluruh rakyat untuk bersatu menentang ketidakadilan."Mengikut Akta makanan, pihak berkuasa ada hak untuk menyita kilang terbabit kerana gagal memenuhi kriteria ditetapkan," katanya dalam sidang media “Cadbury Perlu Dihukum Pengguna” di Villa Puteri Condominium, hari ini.
Nadzim juga meminta kerajaan bertegas dalam menguatkuasakan penggunaan logo halal kepada semua pengusaha dengan mengadakan ujian berkala setiap dua bulan sekali bagi memastikan kandungan setiap produk halal.
Pada 24 Mei, Kementerian Kesihatan mengesan dua sampel coklat Cadbury iaitu Coklat Susu dengan Kacang Hazel (Cadbury Dairy Milk Hazelnut) dan Coklat Susu dengan Buah Badam (Cadbury Dairy Milk Roast Almond) mengandungi DNA khinzir.
Susulan itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia menggantung serta-merta sijil halal dua produk coklat tersebut serta menjalankan siasatannya sendiri. – Bernama, 27 Mei, 2014.
Subscribe to:
Posts (Atom)
PERJUANGAN KAMI
ARKIB ARTIKEL
-
▼
2026
(460)
-
▼
November
(18)
- JIMAT 10 PERATUS, BERSEDIA HADAPI KRISIS - UTUSAN ...
- KUNJUNGAN HORMAT PPIM KE MPAJ - MAJLIS PERBANDARAN...
- AKTIVITI | KUNJUNGAN HORMAT LHDN KE PPIM - PPIM - ...
- PENDIDIKAN BUKAN BEBANAN KEWANGAN: PPIM BANTAH TEG...
- PPIM GESA IBU BAPA TANGGUH TANDATANGAN SURAT AKU J...
- PPIM BIMBANG KEMUNGKINAN UiTM KAMPUS TAWAU DITUTUP...
- PPIM BANTAH SPEKULASI CADANGAN PENUTUPAN UiTM KAMP...
- PETROL BERCAMPUR AIR: SUKAR BUKTI PUNCA! - HARIAN ...
- TAUKE KILANG AYAM KARAN DITAHAN - HARIAN METRO - 0...
- 40,000 AYAM DIRAGUI STATUS HALAL SETIAP HARI - UTU...
- PEKERJA TIDAK BACA 'BISMILLAH' - HARIAN METRO - 02...
- 40,000 AYAM DIRAGUI STATUS HALAL SETIAP HARI - UTU...
- AKTIVITI | KUNJUNGAN HORMAT GABUNGAN PERSATUAN TOM...
- PPIM BANTAH CADANGAN PENUTUPAN UiTM KAMPUS TAWAU:P...
- PENGGUNA ISLAM PERLU SEMAK STATUS SEMBELIHAN AYAM,...
- PENGGUNA ISLAM PERLU SEMAK STATUS SEMBELIHAN AYAM,...
- AKTIVITI | PERJUMPAAN PPIM BERSAMA PENGARAH SEKSYE...
- PETROL BERCAMPUR AIR: PENGGUNA 'GIGIT JARI' - HARI...
-
▼
November
(18)

