Showing posts with label GURU. Show all posts
Showing posts with label GURU. Show all posts

Friday, February 16, 2024

ISU GURU ENGGAN DIVAKSIN, KPM JANGAN TERBAWA-BAWA AGENDA KONGLOMERAT FARMASEUTIKAL - PPIM - MALAYSIA TRIBUNE - 15/02/2024

 

CYBERJAYA – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa Kementerian Pendidikan (KPM) supaya bertindak dengan bijak dan tidak terbawa-bawa dengan agenda konglomerat farmaseutikel yang didokong Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang tidak memberikan apa-apa kebaikan malah telah mengakibatkan kesan yang buruk kepada rakyat.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, tindakan yang dikenakan ke atas kakitangan KPM terutamanya para guru yang masih enggan mengambil vaksin COVID-19 perlu dihentikan.

“Saya hairan mengapa KPM begitu tegar berpegang kepada keperluan WHO yang sehingga hari ini rancak diperdebat dan dipersoal oleh masyarakat dunia?” soal Nadzim dalam satu kenyataan akhbar, hari ini.

Kenyataan Nadzim adalah susulan kepada satu sidang akhbar semalam yang mana seorang guru dikenali sebagai ‘Cikgu J’ tampil membuat pengakuan bahawa dia dinafikan hak untuk menjalankan tugas beliau dengan sempurna.

Cikgu J mendakwa, walaupun dibenarkan mengajar, ia dilaksanakan di sebalik tabir plastik.

“Saya terpaksa mengajar di sebalik tabir plastik dalam keadaan murid-murid duduk membelakangkan saya. Inilah pengalaman paling menyedihkan dan paling kejam dalam sejarah saya sebagai pendidik!”

“Boleh tak bayangkan bagaimana seseorang murid yang terpaksa memusingkan badannya untuk menanyakan sesuatu kepada saya yang berdiri mengajar di belakang tabir plastik?” dakwanya.

Dalam sidang akhbar berkenaan, Cikgu J mendakwa, dia enggan mengambil vaksin atas pilihan sendiri kerana tidak mahu memasukkan apa-apa bahan yang kurang diyakini ke dalam tubuhnya.

“Lagi pun pada tanggapan saya dan juga yang lain-lain pengambilan vaksin COVID-19 adalah atas dasar sukarela dan tiada sebarang paksaan,” katanya lagi.

Selain itu, dia turut mendakwa dinafikan tuntutan pengajaran atas talian semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dahulu, serta pemberian elaun khas sebanyak RM700.

Kenyataan PPIM hari ini turut mendakwa, ada lebih kurang 600 guru sedang mengalami nasib yang sama dengan Cikgu J ketika ini.

Artikel oleh: Malaysia Tribune

ISU GURU ENGGAN DIVAKSIN, KPM JANGAN TERBAWA-BAWA AGENDA KONGLOMERAT FARMASEUTIKAL - PPIM

https://malaysiatribune.news/2024/02/15/isu-guru-enggan-divaksin-kpm-jangan-terbawa-bawa-agenda-konglomerat-farmaseutikal-ppim/

PPIM:接获投诉 没接种冠病疫苗教师遭处分 - NANYANG SIANG PAU - 14/02/2024

 

吉隆坡14日讯)大马回教消费者协会(PPIM)揭露,教育部对拒绝接种冠病疫苗的教职员采取3大纪律处分,包括搁置晋升机会、不能选择提早退休、无法获得杰出服务奖。

该协会主席拿督纳晋佐汉说,该协会接获教师投诉,包括教师在内的教育工作者,因为没有接种疫苗,他们不被允许提早退休及不被考虑升级等。

“虽然这是教育部的内部决定,但对能够为学生提供优质服务的教育工作者影响很大。

“因为没有接种疫苗而被采取纪律处分,这样的举措是不合逻辑的。”

他今日在记者会指出,教育部应采取更明智的行动,而不是做出完全不合理的决定。

“我希望昌明政府最高领导层劝告教育部长立即停止这些行为。”

他也呼吁,教育部或任何政府机构不再把拒绝接种疫苗者,视为违反纪律的行为。

纳晋佐汉说,他们正在收集更多的声音,并促请所有受到冠病疫苗影响的人联系他们,同时不排除举行集会。

此外,自称为Jun(48岁)的老师声称,至少600名没有接种冠病疫苗的老师遭到教育部的纪律处分,她为所有和她一样面对相同遭遇的同僚请愿。

她指2年多前,当所有公务员被要求必须接种疫苗时,她因个人健康原因而没有接种,她也已把信函交给部门主管。不过,她最终却因为这个原因被禁止晋升。

她说,被指违反纪律的教师,需要在21天内做出解释。如果他们没有回复这封信,将被视为已遵守指示。

也是一名教师组织的主席Jun说,虽然大部分信函没有白字黑字写明是因为没有接种冠病疫苗而遭到这些纪律处分,但她确实有掌握老师有收到信函是列明他们违反纪律,是基于没有接种疫苗。

出席者包括大马回教消费者协会法律顾问阿末祖里、顾问慕斯达法博士及沙尼阿斯哈里医生。

Article by: Nanyang Siang Pau

PPIM:接获投诉 没接种冠病疫苗教师遭处分

https://www.enanyang.my/%E8%A6%81%E9%97%BB/ppim%E6%8E%A5%E8%8E%B7%E6%8A%95%E8%AF%89-%E6%B2%A1%E6%8E%A5%E7%A7%8D%E5%86%A0%E7%97%85%E7%96%AB%E8%8B%97%E6%95%99%E5%B8%88%E9%81%AD%E5%A4%84%E5%88%86

PPIM: 接荻投滬 沒接種教師遭她分 - SIN CHEW DAILY - 15/02/2024

 
















Article by: Sin Chew Daily

PPIM: 接荻投滬 沒接種教師遭她分


Thursday, February 15, 2024

THE MUSLIM CONSUMER ASSOCIATION REFERRED THE MINISTRY OF EDUCATION'S RESPONSE OF PUNISHING TEACHERS WHO REFUSE TO VACCINATE - CHINA PRESS - 15/02/2024

 

吉隆坡14日讯)大马伊斯兰消费者协会(PPIM)披露,教育部对拒绝接种新冠疫苗的教职员采取纪律处分,包括搁置晋升机会、取消选择性退休,以及无法获得杰出服务奖。

该协会主席纳金佐汉对此促请昌明大马的最高领导层,劝请教育部停止采取这类不合理的纪律行为。

他今日发文告指出,虽然这是教育部的内部决定,但这对于教职员造成影响。

他说,新冠疫苗在国际社会引起热烈讨论,一些社区基于质疑疫苗的有效性而拒绝接种疫苗。

纳金佐汉认为,拒绝接种疫苗,不该被任何机构视为违反纪律。

Article by: Sin Chew Daily

THE MUSLIM CONSUMER ASSOCIATION REFERRED THE MINISTRY OF EDUCATION'S RESPONSE OF PUNISHING TEACHERS WHO REFUSE TO VACCINATE

https://www.chinapress.com.my/?p=3806205

KPM KEJAM: PAKSA GURU MENGAJAR DI SEBALIK TABIR PLASTIK - KENYATAAN MEDIA PPIM - 15/02/2024

"Saya terpaksa mengajar di sebalik tabir plastik dalam keadaan murid-murid duduk membelakangkan saya. Inilah pengalaman paling menyedihkan dan paling kejam dalam sejarah saya sebagai pendidik!"

Inilah luahan hati seorang pendidik setelah beliau enggan mengambil vaksin atas pilihan sendiri.

Guru terbabit telah datang sendiri ke pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan telah menceritakan dengan perasaan yang sebak tentang bagaimana beliau telah dinafikan hak untuk menjalankan tugas beliau dengan sempurna dalam satu sesi sidang media khas PPIM semalam. 

"Boleh tak bayangkan bagaimana seseorang murid yang terpaksa memusingkan badannya untuk menanyakan sesuatu kepada saya yang berdiri mengajar di belakang tabir plastik?" tanya beliau yang hanya ingin dikenali sebagai Cikgu J.

Beliau enggan mengambil vaksin COVID-19 atas pilihan sendiri kerana tidak mahu memasukkan apa-apa bahan yang kurang diyakini ke dalam tubuhnya.

"Lagi pun pada tanggapan saya dan juga yang lain-lain pengambilan vaksin COVID-19 adalah atas dasar sukarela dan tiada sebarang paksaan," ujar beliau lagi.

Namun, sangkaan beliau meleset kerana istilah sukarela itu beserta beberapa unsur yang berbaur paksaan dan akibat yang memudaratkan.

"Akibat keengganan itu, saya telah diambil tindakan tatatertib yang telah menjejaskan kenaikan ke gred 48 setelah 20 tahun berkecimpung dalam dunia pendidikan," tambah Cikgu J lagi.

Tambah beliau, ada banyak lagi ragam yang pelik dan jelik sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu.

"Antaranya saya telah dinafikan tuntutan pengajaran atas talian semasa PKP dahulu serta pemberian elaun khas sebanyak RM700 sehingga saya membuktikan bahawa pengambilan vaksin beracun itu,” kata beliau lagi.

Dalam sebuah paparan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), menyatakan bahawa barang siapa yang enggan mengambil vaksin, akan menjejaskan

  1. Kenaikan pangkat dan gred
  2. Permohonan persaraan awal
  3. Peluang dikurniakan Anugerah Khidmat Cemerlang.

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@Toqqi yang turut hadir dalam sidang akhbar tersebut merasa hairan mengapa istilah sukarela itu disertakan dengan elemen-elemen bersyarat dan mengugut.

"Saya hairan mengapa pihak Kementerian Pendidikan begitu tegar berpegang kepada keperluan WHO yang bodoh yang sehingga hari ini rancak diperdebat dan dipersoal oleh masyarakat dunia?" tanya Nadzim.

Menurut beliau lagi ini adalah satu penganiayaan yang jelas terhadap rakyat sendiri yang hanya mahu menuntut hak asasi mereka dalam menjaga tubuh mereka dari tercemar.

Nadzim menyeru Kementerian Pendidikan supaya bertindak dengan bijak dan tidak terbawa-bawa dengan agenda bodoh konglomerat-konglomerat farmaseutikel yang dibantu oleh WHO yang tidak akan memberikan apa-apa kebaikan malah telah mengakibatkan kesan yang buruk kepada rakyat.

Menurut beberapa sumber, ada lebih kurang 600 guru sedang mengalami nasib yang sama dan ini sudah tentu akan membantutkan semua usaha untuk melahirkan sebuah generasi masa depan yang lebih dinamik di bumi bertuah ini.

Wednesday, February 14, 2024

TIDAK SETUJU VAKSINASI BUKAN KESALAHAN TATATERTIB - KENYATAAN MEDIA PPIM - 14/02/2024

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menerima aduan dari sekumpulan warga pendidik yang terkesan dengan keputusan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk mengenakan tindakan tatatertib bagi mereka yang enggan menerima vaksin COVID-19.

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@Toqqi berkata tindakan ini akan melibatkan penangguhan kenaikan pangkat, pembatalan persaraan pilihan serta dinafikan Anugerah Khidmat cemerlang selama mana penjawat berkenaan tidak atau enggan mengambil vaksin.

"Walaupun ini adalah keputusan dalaman pihak KPM, ia adalah sesuatu impak yang besar kepada warga pendidik yang mampu memberikan khidmat yang cemerlang kepada para pelajar kita,” katanya.

Nadzim berkata, isu vaksin COVID-19 ini masih hangat diperbincangkan di peringkat antarabangsa dan sesetengah komuniti sudah menolak terus penggunaannya memandangkan status keberkesanan dan effikasinya yang menimbulkan terlalu banyak persoalan.

Beliau menyeru supaya KPM bertindak lebih bijak daripada menentukan sesuatu pelanggaran tatatertib yang tidak munasabah langsung.

"Saya harap pihak kepimpinan tertinggi kerajaan Madani ini menasihatkan Menteri Pendidikan supaya tindakan menafikan kenaikan pangkat, pembatalan persaraan pilihan dan pengurniaan Anugerah Khidmat Cemerlang ini dihentikan serta-merta", katanya.

Beliau juga menyeru agar keengganan mengambil vaksin ini tidak lagi dianggap sebagai pelanggaran tatatertib KPM atau mana-mana badan kerajaan.

DISKRIMINASI TERHADAP GURU/PENJAWAT AWAM YANG TIADA VAKSINASI - SIDANG MEDIA PPIM - 14/02/2024

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendapat aduan terdapat satu portal yang mengendalikan KPI kenaikan pangkat serta gaji guru dan sebagainya telah meletakkan syarat vaksinasi sebagai capaian KPI.

PPIM memandang serius isu ini dan ia jelas melanggar Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin prinsip keadilan dan kesamarataan di sisi undang-undang.

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi meminta kerajaan Madani yang memperjuangkan hak rakyat, menasihati Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk melindungi hak-hak asasi rakyat, khususnya hak-hak guru untuk memilih yang terbaik bagi kesihatan mereka sendiri.

"Janganlah hanya kerana isu tidak setuju dengan vaksinasi yang masih diperdebatkan di peringkat global malah ada perbicaraan mengaitkan kegunaan vaksinasi ini, kita menafikan hak guru sebagai rakyat yang merdeka.

Sehubungan itu, satu sidang media telah diadakan bagi meminta perjelasan perkara ini.

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL