Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menerima aduan dari sekumpulan warga pendidik yang terkesan dengan keputusan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk mengenakan tindakan tatatertib bagi mereka yang enggan menerima vaksin COVID-19.
Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@Toqqi berkata tindakan ini akan melibatkan penangguhan kenaikan pangkat, pembatalan persaraan pilihan serta dinafikan Anugerah Khidmat cemerlang selama mana penjawat berkenaan tidak atau enggan mengambil vaksin.
"Walaupun ini adalah keputusan dalaman pihak KPM, ia adalah sesuatu impak yang besar kepada warga pendidik yang mampu memberikan khidmat yang cemerlang kepada para pelajar kita,” katanya.
Nadzim berkata, isu vaksin COVID-19 ini masih hangat diperbincangkan di peringkat antarabangsa dan sesetengah komuniti sudah menolak terus penggunaannya memandangkan status keberkesanan dan effikasinya yang menimbulkan terlalu banyak persoalan.
Beliau menyeru supaya KPM bertindak lebih bijak daripada menentukan sesuatu pelanggaran tatatertib yang tidak munasabah langsung.
"Saya harap pihak kepimpinan tertinggi kerajaan Madani ini menasihatkan Menteri Pendidikan supaya tindakan menafikan kenaikan pangkat, pembatalan persaraan pilihan dan pengurniaan Anugerah Khidmat Cemerlang ini dihentikan serta-merta", katanya.
Beliau juga menyeru agar keengganan mengambil vaksin ini tidak lagi dianggap sebagai pelanggaran tatatertib KPM atau mana-mana badan kerajaan.
No comments:
Post a Comment