Tuesday, January 28, 2025

TINGKAT KESEDARAN ISU HAID - HARIAN METRO - 27/01/2025

 

Global Relief Team (GRT), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Pertubuhan Kebajikan Mohd Chan, Masjid Wilayah dan OKU Sentral melancarkan Kempen CODE RED di Masjid Wilayah Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Kempen terbabit adalah satu inisiatif untuk meningkatkan kesedaran mengenai isu haid, memartabatkan wanita dan memperkukuhkan kesihatan mental dalam masyarakat.

Pelancaran kempen terbabit disempurnakan Timbalan Menteri dari Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Dr Noraini Ahmad, Ketua Aktivis dan Pengerusi PPIM, Toqqi @ Nadzim Johan serta Pengasas Pertubuhan Kebajikan Mohd Chan, Datuk Mohd Chan.

Manakala sesi perkongsian pula dilakukan Senator (B), Pengasas OKU Sentral, Datuk Dr Ras Adiba Radzi, Pensyarah Kanan Sosiologi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Fatimah Al Attas dan Felo Penyelidik Kanan Dalam Kesihatan Global, Universiti City St George, London, Dr Farah Seedat.

Dalam ucapannya, Dr Noraini berkata masalah kemiskinan haid dapat dibahagikan kepada tiga peringkat utama.

RAS Adiba

Menurutnya, pertama ialah kos produk berkaitan haid yangmenjadi halangan besar bagi ramai wanita dan remaja perempuan akibat kekangan kewangan.

"Mereka tidak mampu membeli produk asas seperti tuala wanita atautampon, yang membawa kepada ketidaksesuaian penjagaan kebersihan diri. "Kedua, kekurangan pendidikandan kesedaran, di mana ramai yang tidak mendapat maklumat tepat tentang penjagaan kebersihan semasa haid, sekali gusmeningkatkan risiko terhadap kesihatan mereka.

"Manakala ketiga, malu, stigma, dan pantang larang, yang menyebabkanwanita berasa terasing dan enggan berbicara tentang keperluan mereka kerana sikap negatif masyarakat terhadap isu haid.

"Maka, adalah menjadi harapan saya untuk Kempen CODERED ini mampu memberi pendidikan tentang kepentingan penjagaan kebersihan haid," katanya.

Selain itu, bagi menghapuskan stigma sedia ada hari ini melalui dialog terbuka dan inklusif serta memastikan akses kepada produk kebersihan haid untuk golongan yang memerlukan.

(Dari kanan) Mohd Chan, Toqqi @ Nadzim Johan, Noraini dan Shaheed Ur Rehman mendengar perkongsian ketika majlis berlangsung.

Sementara itu menurut satu kenyataan GRT, kempen itu turut mendorong penyediaan platform untuk berkongsi pengalaman tanpa rasa malu dan meningkatkan akses kepada kaunseling serta sokongan psikologi.

Kempen berkenaan juga adalah gerakan untuk perubahan dengan sokongan daripada masyarakat, sektor kerajaan, swasta serta badan bukan kerajaan (NG0).

"Ia juga bertujuan untuk membina masyarakat yang lebih prihatin, inklusif dan bermaruah.

"Menerusi kesedaran, pendidikan dan tindakan kolektif, kempen ini diyakini dapat mencapai matlamat untuk memperkasakan wanita dan meningkatkan kesejahteraan masyarakat secara keseluruhan," katanya.

Artikel oleh: Harian Metro

TINGKAT KESEDARAN ISU HAID

https://www.hmetro.com.my/WM/2025/01/1180900/tingkat-kesedaran-isu-haid

Monday, January 27, 2025

MALAYSIAN MUSLIM CONSUMERS ASSOCIATION - MALAYSIA SHOULD WITHDRAW FROM WHO - SIN CHEW DAILY - 24/01/2025

 

Article by: Sin Chew Daily

MALAYSIAN MUSLIM CONSUMERS ASSOCIATION - MALAYSIA SHOULD WITHDRAW FROM WHO

KEANGGOTAAN DALAM WHO DASAR YANG TIDAK BIJAK - PPIM - MALAYSIA GAZETTE TV - 24/01/2025


#malaysiagazette #mgtv

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata gesaan itu bagi memastikan kedaulatan negara terjamin terutama sekali dalam Dasar Kesihatan Negara yang lebih telus dan bebas daripada pengaruh luar.

Sumber: Malaysia Gazette TV

KEANGGOTAAN DALAM WHO DASAR YANG TIDAK BIJAK - PPIM

https://www.youtube.com/watch?v=GJ4M01CGPfI

PPIM GESA MALAYSIA TURUT MENARIK KEANGGOTAAN DALAM WHO - MALAYSIA GAZETTE - 24/01/2025

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan didesak menarik keanggotaan Malaysia daripada Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) seperti mana yang dibuat Amerika Syarikat (AS).

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata gesaan itu bagi memastikan kedaulatan negara terjamin terutama sekali dalam Dasar Kesihatan Negara yang lebih telus dan bebas daripada pengaruh luar.

“Kami sebagai persatuan pengguna mahu kerajaan melihat kembali perkembangan terbaharu yang berlaku di Amerika Syarikat kerana puluhan tahun, seolah-olah kita hanya mengikut sahaja.

“Kita gembira dengan kenyataan kerajaan bahawa pihak mereka belanja RM40 hingga RM50 bilion untuk sektor kesihatan, tapi adakah itu merupakan polisi yang terbaik untuk rakyat.

“Nampaknya kita tidak memberikan perhatian sewajarnya untuk mengelak daripada rakyat jatuh sakit,” katanya dalam sidang media di pejabat PPIM hari ini.

Nadzim berkata demikian mengulas perkembangan terkini Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menandatangani perintah eksekutif mengaktifkan pengunduran negara itu daripada WHO.

Ini kali kedua dalam tempoh kurang lima tahun yang menyaksikan Trump mengarahkan Amerika keluar daripada pertubuhan tersebut walaupun ramai saintis bimbang langkah beliau akan menyebabkan kejayaan WHO dalam memerangi penyakit berjangkit seperti AIDS, demam malaria dan batuk kering terbantut.

Justeru itu, Nadzim berkata desakan itu harus dipertimbangkan oleh kerajaan kerana ia turut melibatkan pendirian negara terhadap WHO.

“Kita mahu perkara ini dilihat kembali supaya rakyat tidak dijadikan hamba kepada syarikat-syarikat farmasi yang mengeluarkan ubat-ubatan. – MalaysiaGazette

Artikel oleh: Malaysia Gazette

PPIM GESA MALAYSIA TURUT MENARIK KEANGGOTAAN DALAM WHO

https://malaysiagazette.com/2025/01/24/ppim-gesa-malaysia-turut-menarik-keanggotaan-dalam-who/

Friday, January 24, 2025

US TARIK DIRI DARIPADA WHO: MALAYSIA PERLU MENIMBANG LANGKAH SERUPA - KENYATAAN MEDIA PPIM - 24/01/2025

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) memandang positif keputusan Presiden Amerika Syarikat, Donald J. Trump, yang telah menandatangani perintah eksekutif untuk menarik Amerika Syarikat keluar daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Langkah ini dilihat sebagai satu tindakan berani dalam mengutamakan kedaulatan negara.

Seperti yang diketahui umum, Amerika Syarikat merupakan penyumbang terbesar kepada WHO, menyumbang kira-kira 18% daripada keseluruhan dana badan itu. Bajet WHO untuk tahun 2024-2025 dilaporkan berjumlah AS$6.8 bilion (RM27.2 bilion).

Tindakan Trump ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan, memandangkan beliau pernah mengambil langkah serupa pada tahun 2020 ketika penggal pertamanya sebagai Presiden.

Masa yang tepat untuk mengkaji semula atau mengubah Dasar Kesihatan Awam Negara.

1.   Penilaian semula terhadap tumpuan kepada rawatan alopatik/Barat: 

Pendekatan kesihatan yang berasaskan rawatan alopatik atau perubatan Barat (WHO), yang menentukan penyakit dan rawatan berdasarkan tanda-tanda penyakit melalui penggunaan dadah sintetik, antibiotik dan vaksin, perlu dikaji semula.

2.   Pengalaman pandemik COVID-19 sebagai pengajaran:

Pandemik COVID-19 yang terbukti melibatkan elemen penipuan, penyelewengan, dan kecuaian perubatan memerlukan:

      2.1.   Penubuhan Jawatankuasa Bertindak dan Siasatan Khas Rakyat yang bebas dan berkecuali untuk menyiasat:

     2.1.1.     Penyalahgunaan kuasa, ketirisan, dan rasuah dalam penggunaan dana rakyat oleh KKM, NPRA, serta semua agensi kesihatan Malaysia dengan kerjasama industri alopatik dan farmasi.

       2.1.2.     Pelanggaran hak asasi rakyat di bawah Akta 342 dan pindaan kepada akta tersebut.

      2.1.3.     Penggunaan vaksin, sama ada melalui kaedah konvensional atau teknologi mRNA, dan lain-lain. 

3.    Penghentian penggunaan vaksin serta-merta: 

       3.1. Penggunaan vaksin perlu diberhentikan serta-merta.

     3.2. Mandatori vaksin di bawah Skim Perlindungan Sisa Perubatan (SSPA) perlu dibatalkan.

      3.3. Semua kes kematian dan kecederaan akibat suntikan vaksin COVID-19 mesti dinilai, dan pampasan sewajarnya perlu diberikan.

      3.4. Semua rakyat Malaysia yang telah menerima suntikan vaksin COVID-19 perlu menjalani ujian imuniti, dengan kos ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan. 

4.   Malaysia perlu keluar daripada keanggotaan WHO:

Seperti yang diputuskan oleh pentadbiran baharu Amerika Syarikat di bawah Donald Trump melalui Perintah Eksekutif, Malaysia juga wajar mempertimbangkan langkah untuk keluar daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Selain itu, tindakan undang-undang melalui Mahkamah Jenayah Antarabangsa perlu diambil terhadap pihak-pihak yang bertanggungjawab. 

Kami menyeru Kerajaan Malaysia menarik keanggotaan dalam WHO demi memastikan kedaulatan negara terjamin, terutama dalam dasar Kesihatan Negara yang lebih telus bebas daripada pengaruh luar.

Kami percaya Malaysia mampu mengorak langkah untuk membina sistem kesihatan kendiri yang lebih berdaya tahan dan bebas di masa hadapan.

US TARIK DIRI DARIPADA WHO: MALAYSIA PERLU MENIMBANG LANGKAH SERUPA - SIDANG MEDIA PPIM - 24/01/2025

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hari ini mengadakan sidang media ekoran dari keputusan Presiden Amerika Syarikat, Donald J. Trump, keluar daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Sidang media ini amat penting untuk menyatakan hasrat supaya Malaysia turut mengambil Langkah Amerika EXIT WHO. Sudah tiba masanya Malaysia mengkaji semula dasar kesihatan negara yang dilihat berpaksi kepada WHO demi kedaulatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia di masa hadapan.

Thursday, January 23, 2025

AKTIVITI | LAWATAN PPIM KE GARDENIA BAKERIES BAKERS MAISON - PPIM - 23/01/2025

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hari ini mengadakan lawatan ke Gardenia Bakeries Bakers Maison, Shah Alam, Selangor. 

Tuesday, January 21, 2025

PPIM DESAK JAKIM SERIUS PANTAU PRODUK HALAL - BERITA PERTIWI - 20/01/2025

 

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa aktiviti penguatkuasaan produk halal lebih giat dijalankan bagi mengelak penggunaan logo halal palsu berulang.

Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) perlu memainkan peranan pro-aktif agar isu halal haram tidak dipersenda sewenangnya.

#sandwic #KKMart #JAKIM #PPIM #NadzimJohan

Sumber: Berita Pertiwi

PPIM DESAK JAKIM SERIUS PANTAU PRODUK HALAL

https://www.youtube.com/shorts/XkONumhOwR8

Monday, January 20, 2025

MISI 'JIWA PRIHATIN' MCM KE SYRIA BERMULA - HARIAN METRO - 19/01/2025

 

Sepang: Tidak hanya menumpukan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Palestin di Gaza malah pertubuhan Muslim Care Malaysia Society (MCM) tidak melupakan rakyat Syria yang masih dicengkam derita.

Peningkatan jumlah pelarian dan tahap kemiskinan di negara itu terus memuncak selepas kejatuhan pemerintahan kuku besi rejim Bashar al-Assad pada 8 Disember lalu.

Presiden Muslim Care Malaysia Society (MCM), Zulkifli Wahijan berkata, menyedari isu itu, pihaknya mengatur usaha serta mengumpul dana bagi menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Syria.

Menurutnya, usaha itu turut dilakukan bersama rakan strategik lain antaranya Muslim Volunteer Malaysia (MVM), Cinta Gaza (CGM), Surau Al Muhsinin Petronas, Richiamo Coffee, Harmoni Prihatin Malaysia, PPIM, Klinik Zenmed dan artis, Wan Sharmila.

"Melalui sasaran kutipan dana sebanyak RM1 juta, kami akan menjalankan misi menyalurkan bantuan ubat-ubatan, pakaian musim sejuk, bahan asas makanan kering dan gandum selain bahan api.

"Selain itu misi kami turut disertai dua doktor pakar yang akan memberikan rawatan percuma sepanjang misi kemanusiaan ini," katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum berlepas ke Syria awal pagi tadi.

Zulkifli turut ditemani Setiausaha Agung MCM, Ahmad Safuan Ujar, Timbalan Presiden MCM, Mohd Johari Nin Ismail dan Exco Media, Tuan Mohamad Asri Tuan Hussein.

Menurutnya, misi selama dua minggu ini turut menyasarkan sebanyak mungkin bentuk bantuan lain kepada rakyat Syria yang kini berdepan cabaran musim sejuk,

"Misi kemanusiaan ini akan tertumpu di empat lokasi iaitu di ibu negara Damsyik, Aleppo, Homs dan Hama di Syria.

"Selain itu MCM turut merancang untuk memindahkan ibu pejabat MCM di Turkiye ke Damsyik bagi memudahkan penyaluran bantuan. Sebelum ini MCM kerap melakukan misi menyalurkan bantuan kepada pelarian Syria di bahagian utara bersempadan dengan Turkiye," katanya.

Bermula 4 Januari lalu, MCM bersama rakan strategik aktif menjayakan kempen Malaysia Aid 2 Syria bagi mengumpul dana diperlukan.

Bagi rakyat Malaysia yang ingin turut serta melaksanakan misi sumbangan ini boleh menyalurkannya ke akaun Muslim Care Malaysia 564490413882 (Maybank) dengan rujukan 'AID2SYRIA'.

Artikel oleh: Harian Metro

MISI 'JIWA PRIHATIN' MCM KE SYRIA BERMULA

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/01/1178208/misi-jiwa-prihatin-mcm-ke-syria-bermula

Friday, January 17, 2025

GRT LANCAR KEMPEN CODE RED UNTUK PERTINGKAT KESEDARAN ISU HAID - SINAR HARIAN - 17/01/2025

 

KUALA LUMPUR – Global Relief Team (GRT) melancarkan Kempen CODE RED untuk meningkatkan kesedaran mengenai isu haid, memartabatkan wanita dan memperkukuhkan kesihatan mental dalam masyarakat.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, kempen tersebut bertujuan mengatasi stigma dan cabaran berkaitan haid yang masih wujud di kalangan masyarakat sehingga kini.

“Haid bukan lagi suatu topik yang harus dianggap tabu atau sensitif. Ia adalah fakta biologi yang dialami oleh separuh daripada populasi dunia.

Noraini

“Namun, stigma, kurangnya pendidikan dan akses kepada produk kebersihan haid yang mencukupi masih menjadi cabaran besar khususnya dalam kalangan golongan B40, pelajar dan komuniti luar bandar,” katanya ketika berucap menyempurnakan pelancaran kempen itu yang diadakan di Masjid Wilayah di sini pada Khamis malam.

Kempen berkenaan dilancarkan GRT secara bersama dengan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Pertubuhan Kebajikan Mohd Chan, Masjid Wilayah dan Persatuan Orang Kurang Upaya (OKU) Sentral.

Sempena majlis pelancaran berkenaan, Duta Global Relief Trust merangkap Felo Penyelidik Kanan dalam Kesihatan Global University St George London, Dr Farah Seedat dan Pensyarah Kanan Sosiologi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Syarifah Fatimah Alzahrah Syed Hussein Al-Attas turut membuat pembentangan mengenai isu kemiskinan haid.

Mengulas lanjut, Noraini berkata, masalah kemiskinan haid dapat dibahagikan kepada tiga peringkat utama iaitu pertama, kos produk berkaitan haid menjadi halangan besar bagi ramai wanita dan remaja perempuan akibat kekangan kewangan.

“Mereka tidak mampu membeli produk asas seperti tuala wanita atau tampon, yang membawa kepada ketidaksesuaian penjagaan kebersihan diri. Kedua, kekurangan pendidikan dan kesedaran iaitu ramai yang tidak mendapat maklumat tepat tentang penjagaan kebersihan semasa haid sekali gus meningkatkan risiko terhadap kesihatan mereka.

“Ketiga, malu, stigma dan pantang larang yang menyebabkan wanita berasa terasing dan enggan berbicara tentang keperluan mereka kerana sikap negatif masyarakat terhadap isu haid,” ujarnya.

Menurut Noraini, kajian yang dijalankan rakannya mendapati ada antara remaja perempuan tidak bersekolah kerana tidak mampu membeli tuala wanita dan terpaksa menggunakan sabut kelapa sebagai pengganti.

“Sebab itu beliau dan rakan-rakannya telah mengusahakan pembuatan tuala wanita guna semula dengan menggerakkan ibu tunggal untuk jahit tuala wanita guna semula ini sebelum dibekalkan kepada mereka yang memerlukan.

“Maka menjadi harapan saya agar Kempen CODE RED ini mampu memberi pendidikan tentang kepentingan penjagaan kebersihan haid seterusnya menghapuskan stigma sedia ada hari ini melalui dialog terbuka dan inklusif serta memastikan akses kepada produk kebersihan haid untuk golongan yang memerlukan.

“Saya percaya, kempen CODE RED bukan sekadar satu acara tetapi satu gerakan untuk membawa perubahan,” ujarnya.

Sementara itu, Pengasas Global Relief Trust, Shaheed Ur Rehman memaklumkan, selain daripada isu kesihatan fizikal, kempen tersebut juga memberi perhatian khusus kepada kesihatan mental wanita.

Katanya, ramai wanita mengalami tekanan emosi dan fizikal disebabkan oleh stigma haid serta perubahan hormon semasa kitaran haid, justeru kempen terbabit akan mendorong penyediaan platform untuk berkongsi pengalaman tanpa rasa malu dan meningkatkan akses kepada kaunseling serta sokongan psikologi.

Artikel oleh: Sinar Harian

GRT LANCAR KEMPEN CODE RED UNTUK PERTINGKAT KESEDARAN ISU HAID

https://www.sinarharian.com.my/article/707676/berita/nasional/grt-lancar-kempen-code-red-untuk-pertingkat-kesedaran-isu-haid

Thursday, January 16, 2025

LOGO HALAL: JAKIM PERLU TINGKAT PEMANTAUAN DI SEMUA PREMIS - SINAR HARIAN - 16/01/2025

Artikel oleh: Sinar Harian

LOGO HALAL: JAKIM PERLU TINGKAT PEMANTAUAN DI SEMUA PREMIS

LOGO HALAL: JAKIM PERLU TINGKAT PEMANTAUAN DI SEMUA PREMIS - SINAR HARIAN - 16/01/2025

 

SHAH ALAM – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) perlu meningkatkan pemantauan dan pemeriksaan menyeluruh ke semua premis yang menjual produk khususnya makanan secara berkala dan bukannya ketika sesuatu isu tular.

Ketua Pegawai Eksekutif Perikatan Gabungan NGO-NGO Islam Malaysia (ACCIN), Mohd Jamaludin Shamsudin berkata, selain pensijilan halal, sesi pemahaman tentang konsep dan kepentingan makanan halal dalam Islam bagi pengguna juga perlu dilaksanakan.

“Isu ini sebahagian daripada masalah lebih besar, terutama apabila semakin banyak kedai serbaneka menjual pelbagai makanan segera yang diimport tanpa sijil halal sah atau meragukan.

“Lebih membimbangkan apabila 70 peratus daripada makanan halal yang berada di pasaran negara dikuasai oleh pengusaha bukan Islam,” katanya kepada Sinar Harian.

Mohd Jamaludin mencadangkan supaya jawatan pegawai pematuhan halal diwujudkan bagi kedai serbaneka yang mempunyai banyak cawangan untuk memastikan perkara seumpama itu tidak berulang.

Dalam pada itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, Jakim perlu mengemaskini dan memperkukuh proses pengesahan halal agar ia lebih telus dan boleh dipercayai.

“Saya ingin cadangkan Jakim keluarkan kaedah lebih jelas dengan memastikan tiada produk haram dijual bersama barang halal yang akhirnya mengelirukan pengguna Islam.

“Penting untuk kita memastikan bahawa kedai yang mengaku menjual produk halal harus mempunyai SPHM (Sijil Pengesahan Halal Malaysia). Dengan ini, pengguna Islam akan lebih mudah berkunjung ke kedai tersebut tanpa ragu-ragu,” ujarnya.

Artikel oleh: Sinar Harian

LOGO HALAL: JAKIM PERLU TINGKAT PEMANTAUAN DI SEMUA PREMIS

https://www.sinarharian.com.my/article/707426/berita/nasional/logo-halal-jakim-perlu-tingkat-pemantauan-di-semua-premis

Tuesday, January 14, 2025

AKTIVITI | SIDANG MEDIA SOLIDARITI KES DR KAMARULZAMAN VS HANNAH YEOH - PPIM - 14/01/2024

Sekretariat Kedaulatan Agama Negara (SKAN) yang terdiri dari Gabungan NGO-NGO Islam mengadakan liputan media di perkarangan Mahkamah Jln Duta KL sebagai tanda solidariti dan sokongan terhadap kes perbicaraan melibatkan Dr Kamarul Yusof melawan Hannah Yeoh

Monday, January 13, 2025

AKTIVITI | MAJLIS PEMANGKIN EKONOMI DAN SILATULRAHIM PERSATUAN KEBAJIKAN KUCING MERAH KUALA LUMPUR - PPIM - 11/01/2025

11 Januari 2025 - Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi menghadiri ke Majlis Pemangkin Ekonomi dan Silatulrahim Persatuan Kebajikan Kucing Merah Kuala Lumpur (PKKMKL) di Magica Hall Cheras.

Majlis dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kerja Raya, YB Dato’ Seri Haji Ahmad Haji Maslan.

Saturday, January 11, 2025

DESAK KAWAL HARGA TAMBANG BAS SEKOLAH - SINAR HARIAN - 11/01/2025

 

Artikel oleh: Sinar Harian

DESAK KAWAL HARGA TAMBANG BAS SEKOLAH

KERAJAAN WAJAR CAMPUR TANGAN - PPIM - SINAR HARIAN - 11/01/2025

 

SHAH ALAM - Kerajaan wajar campur tangan terhadap isu kenaikan tambang bas sekolah dengan menetapkan harga siling supaya tidak membebankan ibu bapa dan penjaga.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, setiap isu melibatkan rakyat sepatutnya diambil perhatian oleh kerajaan dan bukannya lepas tangan begitu sahaja.

Beliau berkata, sudah tentu sebarang peningkatan harga tambang ketika kos sara hidup semakin meningkat pada masa kini akan menggusarkan rakyat terutama golongan berpendapatan rendah.

“Banyak sangat pendirian kerajaan yang mengatakan mereka tidak boleh kawal sedangkan kalau ada kemahuan perkara itu boleh dibuat. Kalau nak kawal along pun mereka boleh kawal.

“Saya cakap begitu kerana rakyat dalam kesusahan. Kalau letak harga tinggi secara suka hati tiada pula kawalan itu sangat tidak adil,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook bahawa kementeriannya tidak mempunyai sebarang kuasa untuk menyekat peningkatan harga tambang bas sekolah.

Ini selepas ura-ura mengatakan harga tambang sekolah akan dinaikkan bermula sesi persekolahan 2025 pada Februari ini.

Sementara itu, Nadzim berkata, kerajaan seharusnya serius membantu mencari kaedah terbaik dalam menyelesaikan isu tambang bas sekolah ini.

“Mungkin undang-undang sedia ada belum cukup, tetapi kena buat sesuatu. Sedangkan perkara lain boleh sahaja kerajaan melakukannya.

“Contohnya, kerajaan boleh campur tangan dalam isu tambang kapal terbang. Jadi, apa yang dibuat perlulah adil agar tidak mendatangkan kemarahan rakyat,” katanya.

Artikel oleh: Sinar Harian

KERAJAAN WAJAR CAMPUR TANGAN - PPIM

https://www.sinarharian.com.my/article/706517/berita/nasional/kerajaan-wajar-campur-tangan---ppim

Tuesday, January 7, 2025

JUAL RUMAH KELUARGA UNTUK LANGSAI HUTANG JUDI DALAM TALIAN - HARIAN METRO - 07/01/2025

 

Kuala Lumpur: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bimbang semakin ramai orang Melayu yang terjebak dalam perangkap judi secara atas talian.

Ketua Aktivisnya Datuk Nadzim Johan berkata, aktiviti tidak bermoral itu menunjukkan peningkatan mendadak apabila sindiket kini menggunakan individu tertentu sebagai wajah promosi perniagaan judi mereka di platform media sosial.

Taktik itu, katanya, disifatkan biadab apabila sindiket memanfaatkan sentimen tekanan kewangan atau masalah ekonomi untuk menarik mangsa khususnya orang Melayu.

"Sindiket judi dalam talian menggunakan janji manis seperti menyelesaikan masalah kewangan atau membantu ahli keluarga yang sakit untuk memperdaya mangsa.

"Mereka menjanjikan keuntungan mudah dan pantas, kononnya boleh menyelesaikan segala masalah hidup. Malangnya, ramai yang terjebak tanpa sedar bahawa ini adalah perangkap," katanya.

Beliau berkata, individu yang terbelenggu dengan ketagihan judi bukan sahaja meruntuhkan kehidupan sendiri, malah ahli keluarga turut terpalit selain boleh menjadi 'barah' jika tidak ditangani segera.

Memberikan contoh kes, katanya, PPIM menerima aduan individu yang sanggup meminjam wang daripada Along malah ada tergamak menjual rumah keluarga semata-mata untuk melangsaikan hutang judi dalam talian.

"Ada ibu bapa datang kepada kami meminta bantuan kerana anak mereka berhutang akibat ketagihan judi. Akhirnya, mereka terpaksa menjual rumah untuk membayar hutang itu. Ini contoh situasi yang sangat membimbangkan.

"Walaupun pihak berkuasa dilaporkan sudah menyekat lebih 25,000 laman web judi dalam talian, sindiket terus menggunakan pelbagai platform untuk meneruskan operasi.

"Sindiket memanfaatkan media sosial dan turut menggunakan aplikasi komunikasi untuk mengiklankan perkhidmatan mereka," katanya.

Menurutnya, aktiviti judi secara atas talian sangat mudah diakses dan sindiket didakwa ada menyediakan modal permulaan untuk menarik lebih ramai pemain.

Katanya, masalah ini memerlukan tindakan tegas daripada semua pihak termasuk pihak berkuasa untuk menjadikannya satu kesalahan yang serius dan berat.

Beliau juga menyarankan kempen kesedaran yang berterusan dijalankan di samping memperkenalkan hukuman lebih berat untuk mengurangkan seterusnya menghapuskan kegiatan haram itu.

"Selagi judi dalam talian tidak dijadikan kesalahan serius di sisi undang-undang, ia akan terus berkembang. Kita perlu bersatu untuk menjadikan ini satu isu nasional yang memerlukan perhatian semua pihak.

"Walaupun PPIM bercadang untuk melancarkan kempen kesedaran, kami mengakui berhadapan kekangan sumber.

"Justeru, kami memerlukan kerjasama dengan pihak berkaitan termasuk polis untuk memastikan usaha membanteras judi dalam talian berjaya. Insya-Allah, dengan kerjasama semua pihak, kita mampu menangani masalah ini," katanya.

Katanya, semua pihak perlu menerima hakikat bahawa judi dalam talian kini menjadi cabaran besar yang memerlukan tindakan segera secara bersama untuk melindungi masyarakat daripada terus terjerat dalam perangkap memusnahkan.

Artikel oleh: Harian Metro

JUAL RUMAH KELUARGA UNTUK LANGSAI HUTANG JUDI DALAM TALIAN

https://www.hmetro.com.my/utama/2025/01/1173729/jual-rumah-keluarga-untuk-langsai-hutang-judi-dalam-talian

Monday, January 6, 2025

20250104 S'TARIAT KEDAULATAN AGAMA NEGARA (SKAN) TERBUKA KEPADA SEMUA YANG BERGERAK DILUAR PARTI POLITIK - MINAQ JINGGO - 06/01/2025

 

20240104 Sekretariat Kedaulatan Agama Negara (SKAN).

Gabungan NGO² Melayu Islam hari ini menubuhkan SKAN untuk memberi ruang kepada penglibatan lebih banyak NGO Melayu Islam yang tidak terikat dengan sebarang parti politik, untuk turut serta dalam mempertahankan agama Islam dari ancaman kepada akidah, syari'ah, moral dan akhlak.

Serangan bertali arus dari dalam dan luar negara dari budaya² yang dibawa masuk oleh pihak Yahudi dan Nasara tidak boleh dipandang begitu saja kerana ancaman nya sangat besar .

#sekretariatkedaulatanagamanegara #skan #perkid #masridzisat #ancamankepadaislam #yahudidannasara #gerakanevangelis #islamaagamakami #islamagamapersekutuan

Sumber: minaq jinggo

20250104 S'TARIAT KEDAULATAN AGAMA NEGARA (SKAN) TERBUKA KEPADA SEMUA YANG BERGERAK DILUAR PARTI POLITIK

https://www.youtube.com/watch?v=ysaT7l5Z1Ok

AKTIVITI | PERJUMPAAN TERTUTUP SEKRETARIAT KEDAULATAN AGAMA NEGARA - PPIM - 04/01/2025

4 Januari 2025 - Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi menghadiri mesyuarat penubuhan Sekretariat Kedaulatan Agama Negara (SKAN), iaitu gabungan NGO-NGO Islam bagi membela dan mempertahankan isu-isu ancaman serta gangguan terhadap agama Islam dalam negara kita.

Dengan tertubuhnya sekretariat ini, gerak kerja amar makruf nahi munkar dapat dilaksanakan dengan tersusun dan bersepadu.

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL