Saturday, February 27, 2021
5440) KOMPAUN RM10K TAK MUNASABAH - HARIAN METRO - 27/02/2021
Kuala Lumpur: Kadar kompaun maksimum RM10,000 bagi individu yang melanggar peraturan atau prosedur operasi standard (SOP) pencegahan dan kawalan pandemik Covid-19 disifatkan sebagai tidak munasabah.
Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Profesor Datuk Dr Subramaniam Muniandy berkata, beliau memahami kadar itu dinaikkan bagi memastikan kepatuhan terhadap SOP, tetapi penetapannya perlu dilakukan dengan mengambil kira purata pendapatan rakyat di negara ini.
"MMA sendiri pernah mencadangkan kadar kompaun RM1,000 itu dinaikkan sehingga maksimum RM3,000 memandangkan masih ada yang degil dan tidak mematuhi SOP.
"Tetapi kadar maksimum baru ditetapkan kerajaan terlalu tinggi dan pastinya akan membebankan orang ramai terutamanya dalam situasi ekonomi kini," katanya ketika dihubungi BH di sini, semalam.
Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan meminta kerajaan mengkaji semula kadar maksimum kompaun itu selain menggunakan pendekatan bersifat mendidik bagi menyedarkan masyarakat mengenai kepentingan mematuhi SOP bagi kawalan Covid-19.
Katanya, banyak undang-undang digariskan pihak berkuasa sebelum ini berubah-ubah sehingga menimbulkan tekanan kepada masyarakat terutamanya dalam keadaan kini.
"Undang-undang yang ingin dilaksanakan kerajaan perlulah melalui proses pemikiran dan kajian, bukan proses mengkaji dengan 'mulut' saja.
Dalam pada itu, Presiden Persatuan Farmasi Malaysia, Amrahi Buang menyifatkan penetapan kadar kompaun maksimum RM10,000 itu sebagai carrot and stick approach atau pendekatan melalui ganjaran dan hukuman bagi mendidik masyarakat mengenai pematuhan SOP.
Katanya, daripada segi perundangan, apa yang dilakukan kerajaan tidak salah, tetapi penguatkuasaannya perlu meliputi semua lapisan masyarakat tanpa ada yang diberi keistimewaan.
"Kompaun berkenaan dinaikkan berdasarkan perkembangan semasa yang mana masih ada kalangan orang awam yang sengaja tidak patuh SOP.
"Nasihat saya, sentiasa peka dalam pematuhan SOP dan rasanya ia bukan sesuatu yang sukar tambahan lagi selepas lebih setahun penularan Covid-19 berlaku di seluruh dunia.
"Cuma daripada segi implementasi undang-undang ini, ia perlulah meliputi semua. Ramai yang bising kerana pelaksanaan undang-undang sebegini ada masanya bersifat dua darjat," katanya.
Friday, February 26, 2021
5438) PERSATUAN PENGGUNA SARAN KERAJAAN TUBUH PUSAT SALURAN MAKLUMAT COVID-19 - SINAR HARIAN - 26/02/2021
5437) AKTIVITI | LIVE WACANA SINAR KE-234: VAKSIN COVID-19 - PPIM - 25/02/2021
5436) SAYA BUKAN ANTI VAKSIN, CUMA MAHUKAN JAWAPAN - SINAR HARIAN - 25/02/2021
5435) [LIVE] VAKSIN COVID-19: BERSEDIAKAH RAKYAT MALAYSIA TAMPIL SUKARELA? - SINAR HARIAN - 25/02/2021
Wednesday, February 24, 2021
5434) AKTIVITI | PERJUMPAAN KETUA AKTIVIS PPIM BERSAMA TIMBALAN PENGARAH JSJK - PPIM - 24/02/2021
Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi hari ini menghadiri perjumpaan bersama Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Datuk Mohd Kamarudin Md Din di Menara KPJ, Kuala Lumpur.
Perjumpaan membincangkan mengenai aduan jenayah komersil yang diterima oleh PPIM.
Tuesday, February 23, 2021
5433) GILA! SUAMI PUKUL ANAK BINI SEPARUH MATI SEBAB... - TV.PPIM - 23/02/2021
Artikel oleh: TV.PPIM
GILA! SUAMI PUKUL ANAK BINI SEPARUH MATI SEBAB…
Monday, February 22, 2021
5432) AKTIVITI | KUNJUNGAN HORMAT PPIM KE PEJABAT MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA) - PPIM - 22/02/2021
5429) AKTIVITI | PROGRAM PELANCARAN ROYALE PARATHA KURMA, FATIHAH FROZEN - PPIM - 20/02/2021
Program Pelancaran Produk Baharu Fatihah Frozen Food Sdn Bhd, Royale Paratha Kurma di Kompleks Industri Makanan MARA (KIMAR), Kuala Lumpur. Program dirasmikan oleh Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi.
Saturday, February 20, 2021
5428) I-SINAR: PPIM NASIHAT ORANG RAMAI HATI-HATI, ELAK JADI MANGSA SCAMMER - MALAYSIA POST - 20/02/2021
PENCARUM Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang mengeluarkan caruman menerusi i-Sinar dinasihatkan berhati-hati dan memastikan kewangan digunakan sebaik mungkin bagi mengelak menjadi mangsa ‘scammer’ dan skim cepat kaya.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata dalam keadaan ekonomi yang terjejas akibat pandemik Covid-19, rakyat perlu merancang perbelanjaan terutama mereka yang kehilangan pekerjaan.
Katanya, jika ingin membuat pelaburan untuk mendapat wang tambahan, mereka perlu bijak dalam mencari syarikat yang sah serta diiktiraf, jangan sewenang-wenangnya percaya dengan panggilan telefon.
“Duit yang kita nak keluarkan, paling utama individu itu kena tentukan apa yang dia nak buat, kena tulis (buat senarai) sebab manusia ini bila berjalan di ‘mall’, nampak barang berkenan, beli.. tak ada perancangan.
“Duit itu makin lama makin sikit. Susah hati, mula fikir macam mana nak tambah, lagi-lagi dengan keadaan sekarang ini.
“Jadi, situasi ini akan menyebabkan orang yang tiada perancangan terjerat dengan ‘scammer’ atau skim cepat kaya.
“Justeru, apabila dapat panggilan dari seseorang yang kata boleh buat keuntungan banyak, (mereka jadi buta hati) dan buat pelaburan tanpa menyelidik dahulu sama ada syarikat itu sahih ataupun tidak… jadi kita kena merancang dan selidik supaya duit itu tidak terlepas (kepada penipu),” katanya kepada Malaysiapost.
Nadzim berkata, orang ramai juga diingatkan jangan sesekali terperangkap dan mudah percaya dengan propaganda keuntungan dari ‘scammer’ atau syarikat skim cepat kaya, kerana pengakhirannya diri sendiri akan merana dan papa kedana.
Beliau berkata, kini i-Sinar sudah boleh dikeluarkan tanpa syarat, maka ‘scammer’ dan syarikat skim cepat kaya akan memulakan strategi mereka.
atanya, ramai yang sudah terpedaya dengan penipuan itu, justeru jangan ambil mudah kerana kemungkinan diri sendiri menjadi mangsa seterusnya jika tidak waspada.
“Mereka (scammer dan syarikat skim cepat kaya) perhati saja ni (pencarum i-sinar), kita kena berhati-hati agar kita tidak mudah diperdaya dan digula-gulakan dengan keuntungan (wang yang mereka tawarkan).
“Kes-kes penipuan scammer terlalu banyak maka perlu berhati-hati dalam melakukan sesuatu transaksi. Orang sekarang dengar keuntungan, lupa diri… dan banyak sangat orang sebegitu, akhirnya terkena,” katanya.atanya, ramai yang sudah terpedaya dengan penipuan itu, justeru jangan ambil mudah kerana kemungkinan diri sendiri menjadi mangsa seterusnya jika tidak waspada.
“Mereka (scammer dan syarikat skim cepat kaya) perhati saja ni (pencarum i-sinar), kita kena berhati-hati agar kita tidak mudah diperdaya dan digula-gulakan dengan keuntungan (wang yang mereka tawarkan).
“Kes-kes penipuan scammer terlalu banyak maka perlu berhati-hati dalam melakukan sesuatu transaksi. Orang sekarang dengar keuntungan, lupa diri… dan banyak sangat orang sebegitu, akhirnya terkena,” katanya.
Artikel oleh: Malaysia Post
I-SINAR: PPIM NASIHAT ORANG RAMAI HATI-HATI, ELAK JADI MANGSA SCAMMER
5427) PKP RAKYAT MARHAEN - DUGAAN HILANG KERJA - TV.PPIM - 20/02/2021
5426) BATAL DISKUSI VAKSIN SAAT AKHIR, AMZAD BERKUNJUNG KE PPIM SAMBUNG PERBINCANGAN - ASTRO AWANI - 18/02/2021
Friday, February 19, 2021
5425) KELDAI AKAUN | MANGSA DIHUKUM, SINDIKET MASIH BEBAS? - ASTRO AWANI - 18/02/2021
5424) LAPORAN KHAS | SINDIKET KELDAI AKAUN: RELA ATAU PAKSA? - ASTRO AWANI - 17/02/2021
5423) PPIM BERAMAL MEMBANTU ASNAF DI SELISING - UTUSAN MALAYSIA - 17/02/2021
5422) MOSTI, PPIM BINCANG ISU BERKAITAN UMAT ISLAM DAN VAKSIN COVID-19 - DATUK HAJI AHMAD AMZAD HASHIM - 18/02/2021
Tengahari tadi saya berkunjung ke PPIM, Kuala Lumpur bertemu pemimpin pemimpin PPIM untuk membincangkan isu-isu berkaitan ummat Islam termasuk Vaksin Covid-19, Sugarbook dan daging halal.
Antara yang hadir yang sempat saya kenali adalah Ketua Aktivis PPIM, Dato' Nadzim Johan, Pengerusi Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Antarabangsa, Datuk Dr Muspha Ahmad Merican, Pengerusi Lembaga Dasar @ Penasihat Kebangsaan Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Dr. Abdul Kadir, Prof Madya Dr Sulaiman Nordin, Dr Nurul Huda (aktivis isu vaksin) dan Dr (Ustaz) Norazman Mohd Shamsudin (aktivis isu vaksin).
5421) AKTIVITI | KUNJUNGAN HORMAT TIMBALAN MENTERI MOSTI KE PPIM - PPIM - 19/02/2021
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) semalam menerima kunjungan hormat dari Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Hj. Ahmad Amzad Hashim di Pusat Aktiviti PPIM Kuala Lumpur. Kunjungan disambut oleh Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi.
PERJUANGAN KAMI
ARKIB ARTIKEL
-
▼
2021
(922)
-
▼
February
(87)
- 5441) MMA ANGGAP TAK MUNASABAH, PPIM MINTA KAJI KA...
- 5440) KOMPAUN RM10K TAK MUNASABAH - HARIAN METRO -...
- 5439) KERAJAAN PERLU TUBUH PUSAT SALURAN MAKLUMAT ...
- 5438) PERSATUAN PENGGUNA SARAN KERAJAAN TUBUH PUSA...
- 5437) AKTIVITI | LIVE WACANA SINAR KE-234: VAKSIN ...
- 5436) SAYA BUKAN ANTI VAKSIN, CUMA MAHUKAN JAWAPAN...
- 5435) [LIVE] VAKSIN COVID-19: BERSEDIAKAH RAKYAT M...
- 5434) AKTIVITI | PERJUMPAAN KETUA AKTIVIS PPIM BER...
- 5433) GILA! SUAMI PUKUL ANAK BINI SEPARUH MATI SEB...
- 5432) AKTIVITI | KUNJUNGAN HORMAT PPIM KE PEJABAT ...
- 5431) ROYALE PARATHA KURMA - BERITA ALHIJRAH - 20/...
- 5430) FAHAM, SEDAR ISU ELAK DIRI DITIPU - KOSMO - ...
- 5429) AKTIVITI | PROGRAM PELANCARAN ROYALE PARATHA...
- 5428) I-SINAR: PPIM NASIHAT ORANG RAMAI HATI-HATI,...
- 5427) PKP RAKYAT MARHAEN - DUGAAN HILANG KERJA - T...
- 5426) BATAL DISKUSI VAKSIN SAAT AKHIR, AMZAD BERKU...
- 5425) KELDAI AKAUN | MANGSA DIHUKUM, SINDIKET MASI...
- 5424) LAPORAN KHAS | SINDIKET KELDAI AKAUN: RELA A...
- 5423) PPIM BERAMAL MEMBANTU ASNAF DI SELISING - UT...
- 5422) MOSTI, PPIM BINCANG ISU BERKAITAN UMAT ISLAM...
- 5421) AKTIVITI | KUNJUNGAN HORMAT TIMBALAN MENTERI...
- 5420) RAKYAT PEMURAH, MISI BANTU ASNAF DAPAT DILAK...
- 5419) REPRESENTATIVES FROM MUSLIM CONSUMER ASSOCIA...
- 5418) KUNJUNGAN PPIM KE KEMENTERIAN PENGANGKUTAN M...
- 5417) AKTIVITI | PERJUMPAAN KETUA AKTIVIS PPIM BER...
- 5416) TAHUKAH ANDA? BENGSA KITA DIHINA! DITINDAS! ...
- 5415) TOLONG JANGAN SELFISH! - TV.PPIM - 16/02/2021
- 5414) “BUNUH BAPAK YOU KE?!” AHLONG MAIN DENGAN NY...
- 5413) JANGAN NIARKAN SI KECIL MENANGGUNG SENGSARA ...
- 5412) AHLI POLITIK MELAYU PERLU BELAJAR DENGAN DAP...
- 5411) PARTI POLITIK MELAYU PERLU CONTOHI DAP, MCA:...
- 5410) MANGSA AH LONG DAPAT PEMBELAAN PPMPM, PPIM -...
- 5409) AHLI POLITIK WAJAR CONTOHI DAP, MCA - PPIM -...
- 5408) 'ORANG MELAYU PECAH-BELAHKAN MELAYU' - BERIT...
- 5407) PROMO | IKUTI TOQQI DI LIVE NRCHANNELTV.NET ...
- 5406) HENTIKAN PERPECAHAN KAUM SENDIRI - KENYATAAN...
- 5405)
- 5404) HILANG PASANGAN SEKELIP MATA - BERITA ALHIJR...
- 5403) 13 FEB 2021 – BERITA PAGI – BANTU MEREKA YAN...
- 5402) SHORTS: KERAJAAN PERLU TEGAS TANGANI ISU GAJ...
- 5401) SHORTS: PERMINTAAN MENINGKAT, PENIAGA SENYUM...
- 5400) [LIVE] PdPR HARGA GAJET MELAMBUNG TINGGI? - ...
- 5399) AKTIVITI | SINAR LIVE: PdPR HARGA GAJET MELA...
- 5398) SALAH DIRI SENDIRI JIKA TERJERAT DENGAN AH L...
- 5397) ANGKARA AH LONG 'AKU JADI MANGSA UGUT' - SIN...
- 5396) TVPPIM | PROGRAM NGO ZIARAH BALU ANGGOTA REL...
- 5395) MG : BUKAN SETAKAT KARTEL DAGING, BIDANG FAR...
- 5394) BUKAN SETAKAT DAGING, BIDANG FARMASI PUN ADA...
- 5393) REALITI PINJAMAN NERAKA: RUMAH KENA GEGAR. A...
- 5392) JANGAN BIARKAN MEREKA, “DERITA DALAM SENYAP”...
- 5391) MEREKA PILIH SATRIA UNTUK HIDUP BEBAS ANCAMA...
- 5390) SENGAT SOFI JIKAN PUN TAK MAMPU NAK LAWAN SA...
- 5389) PPIM SERAH SUMBANGAN PETUGAS BARISAN HADAPAN...
- 5388) BANTUAN KEPADA PETUGAS BARISAN HADAPAN LONJA...
- 5387) ADUAN KES AH LONG MENINGKAT 40 PERATUS - SIN...
- 5386) RESAH DIBURU AH LONG - SINAR HARIAN - 11/02...
- 5385) AKTIVITI | PENYERAHAN SUMBANGAN MAKANAN KEPA...
- 5384) KELONGGARAN SOP 'MASUK AKAL' BAGI PENIAGA - ...
- 5383) FIGHTING VACCINE HESITANCY WITH INFORMATION,...
- 5382) GILA! TAK BAYAR KENE PUKUL, DAH BAYAR PUN KE...
- 5381) TERIMA KASIH PARA PENYUMBANG! - TV.PPIM - 08...
- 5380) BIAR BETUL?! DARI RUMAH PUN BOLEH BUAT?! - T...
- 5379) REALITI KEJAM AHLONG! DUIT SEGERA TAPI HIDUP...
- 5378) AHLONG BERTOPENG BINATANG! - TV.PPIM - 06/02...
- 5377) FIGHTING VACCINE HESITANCY WITH INFORMATION,...
- 5376) HARGA CEKIK DARAH - SINAR HARIAN - 08/02/2021
- 5375) SAH ATAU TIDAK SAH? - HARIAN METRO - 08/02/2021
- 5374) 5 ORGANIZATIONS : WAITING FOR THE VACCINE RE...
- 5373) RAMAI IBU BAPA TERTEKAN PERANTI PdPR DIJUAL...
- 5372) COVID-19: IVERMECTIN PERLU KELULUSAN SEGERA ...
- 5371) APPROVE IVERMECTIN AS PLAN B FOR VACCINATION...
- 5370) SEKAT AKAUN FACEBOOK, WEB PROMOSI PERNIKAHAN...
- 5369) PERCEPAT KELULUSAN IVERMECTIN UNTUK RAWAT CO...
- 5368) 24 JUTA KEUNTUNGAN DALAM MASA 3 TAHUN! INI R...
- 5367) AIR MATA TOQQI MENGALIR MENGENANGKAN BANGSA!...
- 5366) PROMO | #FBLIVE: RINTIHAN JEMAAH MASJID - RI...
- 5365) AKTIVITI | FORUM PERDANA EHWAL ISLAM SEMPENA...
- 5364) HALAL: INTEGRITI SISTEM ATAU JATI DIRI? - UT...
- 5363) MOSTI HORMATI PERANAN PPIM DALAM MEMPERJUANG...
- 5362) MOSTI HORMATI PERANAN PPIM PERJUANG ISU RAKY...
- 5361) MOSTI-PPIM ERATKAN KERJASAMA SALUR MAKLUMAT ...
- 5360) JANGAN JADI BINGAI ORANG MELAYU LANGSUNG TAK...
- 5359) SEBAB KEBODOHAN SUAMI, ISTERI JADI MANGSA SK...
- 5358) KOPPIM KUMPUL RM20 JUTA DALAM MASA KURANG SE...
- 5357) SHOULD WE EXPLORE ALTERNATIVES - NEW STRAITS...
- 5356) AKTIVITI | PERJUMPAAN KETUA AKTIVIS PPIM BER...
- 5355) PELANCARAN RINTIS, MISI BANTUAN KEMANUSIAN K...
-
▼
February
(87)