SERAMAI 24 ahli badan bebas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menerima surat cara dan pelantikan hari ini.
Mereka yang terdiri daripada golongan profesional serta pakar pelbagai bidang mewakili pelbagai lapisan masyarakat, dilantik menganggotai Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) serta Panel Penilaian Operasi (PPO).
Surat cara dan pelantikan dalam badan bebas bagi memantau pelaksanaan fungsi dan operasi SPRM itu disampaikan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Azam Baki, di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya.
SPRM dalam kenyataannya hari ini berkata, seramai tujuh ahli LPPR dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkuat kuasa mulai 21 Mei 2020 sehingga 20 Mei 2023.
Katanya, pelantikan itu atas nasihat Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengikut Seksyen 13 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009 (Akta 694).
Ahli LPPR adalah bekas Yang di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang (Pengerusi); Tan Sri Ismail Omar (bekas Ketua Polis Negara); Datuk Seri Azman Ujang (bekas Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama); Datuk Seri Akhbar Satar (Presiden Persatuan Pemeriksa Fraud Bertauliah Malaysia); Datuk Dr Hamzah Kassim (Pengarah Urusan The IA Group); Datuk David Chua Kok Tee (Pengarah Urusan DC&A Group), dan Profssor Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff (ahli Akademik Universiti Kebangsaan Malaysia).
SPRM berkata, seramai 12 ahli PPPR dan lima ahli PPO pula dilantik oleh Perdana Menteri secara pentadbiran.
"Tempoh PPPR berkuat kuasa mulai 1 Jun 2020 hingga 31 Mei 2022, manakala PPO berkuat kuasa mulai 1 April 2020 hingga 30 Mei 2022," katanya.
Ahli PPPR adalah bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Borhan Dolah (Pengerusi); Datuk Manja Ismail (Pengarah Hal Ehwal Semasa dan Faktual TV dan Digital Primeworks); Datuk Prof Dr Azizan Baharuddin (Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM); Prof Dr Edmund Terence Eric Boniface Gomez (Profesor Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya); Datuk Chamil Wariya (Pengerusi Malaysian Press Institute (MPI); Datuk Freddie Fernandez (Presiden Persatuan Karyawan Malaysia).
Selain itu, Jufitri Joha (Presiden Majlis Belia Malaysia); Datuk Dr Siti Norlasiah Ismail (Bekas Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara); Norita Che Ali (Pengerusi Pertubuhan Ekonomi Wanita dan Kebajikan); Datuk Nadzim Johan (Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM); Datuk Md Yusof Md Aslam ( Pengarah Urusan Skop Productions Sdn. Bhd) dan Datuk Baljit Singh Sidhu (Peguambela & Peguamcara di Shukor Baljit & Partners)
Sementara itu, ahli PPO adalah bekas Timbalan Ketua Bahagian II Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara, Datuk Ahmad Rosli Mohd Sham (Pengerusi); Dr Mazlan Ahmad (bekas Timbalan Pengarah Bahagian Perisikan Kewangan dan Penguatkuasaan, Bank Negara Malaysia); Datuk Abdul Manap Dim (bekas Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pematuhan), Lembaga Hasil Dalam Negeri; Datuk Mohd Faudzi Che Mamat (bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan) dan Datuk Azimah Abdul Hamid (bekas Timbalan Ketua Pengarah (Penguatkuasaan dan Pematuhan), Kastam.
Artikel oleh: Harian Metro
24 AHLI BADAN BEBAS SPRM TERIMA SURAT CARA, PELANTIKAN
No comments:
Post a Comment