Monday, June 22, 2020

6044) PENGGUNA KHUATIR TAHAP KEBERSIHAN HOTEL - HARIAN METRO - 22/06/2020


WUJUD kebimbangan dalam kalangan orang ramai mengenai tahap kebersihan dan jaminan hotel seluruh negara bebas kuman.
Ia berdasarkan aduan diterima Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengenai kegusaran masyarakat terhadap tahap kebersihan hotel selepas kelonggaran beroperasi yang diberikan ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pematuhan (PKPP).
Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata, pihaknya menerima 10 aduan minggu lalu daripada pengguna yang bimbang dengan tahap kebersihan bilik sebelum dan selepas digunakan.
Katanya, ia meliputi keraguan terhadap tahap sanitasi setiap kali bertukar penginap dan sama ada individu berkenaan mempunyai gejala atau sebaliknya.
"Aduan ini kita terima minggu lalu membabitkan pengguna yang sangsi dengan tahap kebersihan terutama di hotel yang terbabit dengan kuarantin baru-baru ini.
"Sebahagiannya (aduan) berkaitan caj yang tinggi daripada sebelum ini. Mungkin kerana penularan wabak, tapi kita minta jangan ada yang mengambil kesempatan di dalam normal baharu ini," katanya kepada Harian Metro.
Nadzim berkata, aduan berkenaan akan dipanjangkan kepada pihak berkenaan kerana dijangka berlaku pertambahan orang ramai yang akan bercuti di hotel selepas ini.


Artikel oleh: Harian Metro

PENGGUNA KHUATIR TAHAP KEBERSIHAN HOTEL


No comments:

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL