Tuesday, December 17, 2019
5582) PROJEK PELEBARAN JALAN DI PASAR HARIAN SELAYANG PERLU DISEGERAKAN - SINAR HARIAN - 12/12/2019
KUALA LUMPUR - Projek pelebaran jalan di Jalan Selayang Baru perlu selesai serentak dengan Pasar Harian Selayang dan pusat penyembelihan ayam halal dijangka siap antara pertengahan tahun depan hingga Mei 2021.
Presiden Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Malaysia, Datuk Seri Rosli Sulaiman berkata, tindakan tegas dengan meroboh struktur yang dibangunkan atas tapak projek perlu dilakukan.
Menurutnya, ia berikutan pencerobohan atas tanah kerajaan tersebut telah menyebabkan halangan dan mengganggu kelancaran projek pelebaran jalan kepada empat lorong itu.
"Projek pelebaran jalan itu baru berjalan 30 peratus disebabkan isu halangan. Kontraktor dilantik perlu menyiapkan projek mengikut jadual ditetapkan.
ARTIKEL BERKAITAN:
Peniaga Pasar Selayang Baru enggan pindah
"Kelewatan siap projek boleh mengganggu trafik di kawasan tersebut terutamanya selepas siapnya pusat penyembelihan ayam Mei 2021.
"Ini kerana sekurang-kurangnya 200,000 ayam akan di proses sehari, bagaimana lori keluar masuk ke sana dan bagaimana nasib penduduk setempat yang bakal menggunakan jalan sama jika naik taraf jalan itu tidak disiapkan sebelum dua projek yang lain selesai?," katanya pada sidang akhbar di Bangsar hari ini.
Turut hadir, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan.
Rosli berkata, beliau menyambut baik usaha Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad bersama Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan yang telah turun padang meninjau lokasi berkenaan semalam.
"Kita berharap kekebalan pemilik premis yang telah menggunakan tanah rizab Wilayah Persekutuan diambil tindakan sewajarnya.
"Gabungan juga telah bertindak membuat laporan kepada SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) terhadap isu pencerobohan tanah kerajaan itu awal November lalu kerana ada usaha menghalang projek pelebaran jalan itu dilaksanakan," katanya.
Sementara itu, Presiden Persatuan Peniaga Melayu Pasar Harian Selayang Kuala Lumpur, Rashid Ashfur berkata, projek pembangunan di kawasan Pasar Harian Selayang itu sangat ditunggu-tunggu selepas berdepan banyak masalah antaranya infrastruktur jalan sempit dan gangguan.
"Sebenarnya pelebaran jalan empat lorong ini belum cukup menyelesaikan isu kesesakan di sana. Apabila sesuatu kawasan itu dibangunkan ia akan menyebabkan pertambahan penduduk.
"Kita sambut baik usaha DBKL memajukan kawasan itu namun pada masa sama saya berharap kerajaan negeri Selangor juga melakukan perkara sama memandangkan lokasi projek terletak antara dua sempadan negeri berkenaan," katanya.
Artikel oleh: Sinar Harian
PROJEK PELEBARAN JALAN DI PASAR HARIAN SELAYANG PERLU DISEGERAKAN
https://www.sinarharian.com.my/article/61515/EDISI/Selangor-KL/Projek-pelebaran-jalan-di-Pasar-Harian-Selayang-perlu-disegerakan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
PERJUANGAN KAMI
ARKIB ARTIKEL
-
▼
2019
(851)
-
▼
December
(64)
- 5614) TANGANI DAHULU KETIRISAN MINYAK SEBELUM LAKS...
- 5613) TANGANI KETIRISAN TERLEBIH DAHULU - SINAR HA...
- 5612) KONVENSYEN KEWANGAN & KEUSAHAWANAN ISLAM 2020
- 5611) AKTIVITI | KUNJUNGAN HORMAT PPIM KE PEJABAT ...
- 5610) *“GELOMBANG KEDUA SASAR LEBIH BANYAK SUMBANG...
- 5609) “APA FAEDAH TAKSUB K-POP SEHINGGA BEGINI? - ...
- 5608) TERGAMAK TIPU ASNAF - HARIAN METRO - 29/12/2019
- 5607) TERGAMAK MENIPU ASNAF [METROTV] - HARIAN MET...
- 5606) AKTIVITI | SESI TEMUBUAL KETUA AKTIVIS PPIM ...
- 5605) DILEMA HARGA BARANGAN SEKOLAH - SINAR HARIAN...
- 5604) KWSP PERLU PRIHATIN MASALAH PENCARUM: PPIM -...
- 5603) TOQQI PENYAMPAIAN SIJIL BODYGUARD - TVPPIM -...
- 5602) AKTIVITI | JEMPUTAN SEBAGAI PANEL BAGI PROGR...
- 5601) AKTIVITI | MAJLIS PENUTUP KURSUS SECURITY MA...
- 5600) AKTIVITI | JEMPUTAN PERASMIAN HARI KELUARGA ...
- 5599) AKTIVITI | JEMPUTAN SEBAGAI PANEL PENCERAMAH...
- 5598) AKTIVITI | MENGHADIRI JEMPUTAN VVIP KE MAJLI...
- 5597) AKTIVITI | JEMPUTAN KE MAJLIS PENYAMPAIAN SU...
- 5596) NAK BEBAS CUKAI ARAK DI PANGKOR, PROMOSILAH ...
- 5595) DANA DIPERLUKAN...DATO' DR. MA'AMOR - TVPPIM...
- 5594) NASI LEMAK KOPI O BERSAMA TOQQI 20 DISEMBER ...
- 5593) AKTIVITI | KUNJUNGAN HORMAT PPIM KE PEJABAT ...
- 5592) AKTIVITI | JEMPUTAN CERAMAH SEMINAR PENGURUS...
- 5591) AKTIVITI | PERJUMPAAN DENGAN PENGERUSI EKSEK...
- 5590) "ILMU DIDADA TAK CUKUP, TAPI NAK KELUARKAN S...
- 5589) AKTIVITI | PERJUMPAAN PPIM DENGAN PENGARAH D...
- 5588) “UNDANG-UNDANG JANGAN BERAT SEBELAH”-NETIZEN...
- 5587) AKTIVITI | MESYUARAT AGONG KOPERASI PEMBANGU...
- 5586) “SIAPA HUTANG SIAPA? PAKAI OTAK LA YOU!” - T...
- 5585) AKTIVITI | PELANCARAN IN3TREE WAR CIRCLE CLU...
- 5584) WACANA SINAR SIRI 144: PERKENAL STRUKTUR HAR...
- 5583) BELI SECARA PUKAL BOLEH TURUNKAN HARGA - SIN...
- 5582) PROJEK PELEBARAN JALAN DI PASAR HARIAN SELAY...
- 5581) KETELUSAN HARGA UBAT PERLU DILAKSANAKAN - SI...
- 5580) DIJANGKA RM4.5 BILION DIBELANJAKAN UNTUK UBA...
- 5579) KLIK: PROGRAM WACANA SINAR HARIAN SIRI 144 -...
- 5578) SAKSIKAN WACANA SINAR SIRI 144 ISU HARGA UBA...
- 5577) “KAU NAK MATI KE?” - TV.PPIM - 10/12/2019
- 5576) PECAT HANS ISAAC, GOBIND TAK LAYAK PEGANG PO...
- 5575) MAHU MENTERI DAN PENGERUSI FINAS LETAK JAWAT...
- 5574) ENAM PERSATUAN PENGGIAT SENI BUAT TUNTUTAN -...
- 5573) DESAK KEKALKAN AHMAD IDHAM - HARIAN METRO - ...
- 5572) HARGA MENINGKAT HINGGA 30 PERATUS) - BERITA...
- 5571) AKTIVITI | TOQQI MENGHADIRI JEMPUTAN UNTUK M...
- 5570) AKTIVITI | KUNJUNGAN HORMAT PPIM KE PEJABAT ...
- 5569) TAK SUDAH-SUDAH ORANG MELAYU JADI SASARAN - ...
- 5568) PEMANDU LORI BIADAP, TUDUH POLIS MINTA DUIT ...
- 5567) KARNIVAL USAHAWAN BMF PJ 2.0 -TVPPIM - 08/12...
- 5566) AKTIVITI | MENGHADIRI KARNIVAL USAHAWAN PJ 2...
- 5565) AKTIVITI | LAWATAN KE BINA PAINT INDUSTRIES ...
- 5564) BMF.FM - TEMUBUAL RADIO BMF.FM LATIHAN PENGA...
- 5563) AKTIVITI | MENGHADIRI BENGKEL KAJIAN CONSUME...
- 5562) HIV, TIDAK HANYA PADA PENAGIH! - PPIM - 04/1...
- 5561) BERITA | MENGHINA JALUR GEMILANG - KACA TV -...
- 5560) AKTIVITI | KUNJUNGAN HORMAT PPIM KE PEJABAT ...
- 5559) "KENAPA PAKAI SELUAR DALAM? BOGEL TERUS LEBI...
- 5558) KPDNHEP LANCAR FORUM KUATKUASA HAK PENGGUNA ...
- 5557) BMF.FM - KAGUMAS KOLEJ MELATIH LEBIH 800 PEL...
- 5556) AKTIVITI | JEMPUTAN SEBAGAI PANEL BAGI FORUM...
- 5555) AKTIVITI | PERJUMPAAN DENGAN PENGARAH JABATA...
- 5554) BMF.FM - TEMU BUAL VENDOR PASARAYA ANGKASA -...
- 5553) AKTIVITI | KUNJUNGAN HORMAT KE JABATAN KETUA...
- 5552) AKTIVITI | JEMPUTAN SEBAGAI PENCERAMAH DI PE...
- 5551) PERLU AKTA LARANG MINUM ARAK DI TEMPAT AWAM ...
-
▼
December
(64)
No comments:
Post a Comment