“Apabila kita tidak mengikut lumrah alam, perkara seperti inilah yang masyarakat kini perlu tanggung. Hakikatnya di Amerika Syarikat hanya ada beberapa bandar sahaja yang dibenarkan perkahwinan sejenis. Tapi di Malaysia juga ingin melakukan hal yang sama kerana sikap cepat terpengaruh,” kata Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Nadzim Johan @ Toqqi.
“Perkara ini perlu dikaji semula dan kerajaan seharusnya tidak boleh membenarkan hak kemanusiaan sebagai tiket untuk bebas melakukan apa sahaja kerana ini mampu mempengaruhi kehidupan masyarakat. Isu ini sangat merbahaya kerana ia akan melibatkan masyarakat dan kesan yang bakal dihadapi.”
“Kita akan menghadapi masalah sosial masyarakat yang lebih mencabar,” tambahnya lagi.
Sekiranya perkara ini berlanjutan tanpa sebarang tindakan, dikhuatiri jika ia akan menjejaskan masyarakat dan generasi akan datang. PPIM menyeru agar golongan homoseksual ini memikirkan implikasi yang bakal mempengaruhi masyarkat sekeliling terlebih dahulu sebelum ingin memperjuangkan hak mereka.
#HIV #AIDS #homoseks #penagih #perangidadah #KKM #sosial #Malaysiaku #SayangiMalaysia #toqqiprihatin #PPIM #HakAsasiKemanusiaan #SosialNegara
No comments:
Post a Comment