Persoalannya, dikatakan ekspo ini merupakan program tertutup, namun kanak-kanak dibawah umur masih dibenarkan masuk walaupun dibawah pengawasan orang dewasa? Program ini sememangnya melanggar rukun negara yang ke-5 (Kesopanan dan kesusilaan) mengundang tanda tanya rakyat Malaysia apakah negara ini masih akan dihormati oleh pelancong luar dengan adanya program anjuran seperti ini?
“Asasnya adalah perlembagaan negara dimana Islam adalah Agama Persekutuan. Maknanya disini sepatutnya tidak boleh diambil mudah. Tapi sikap yang tidak kisah dan ambil mudah menjadi punca kepada permasalahan seperti ini. Pada masa akan datang, kita akan menerima impak negatif tersebut seperti mana yang kita telah lihat pun pada hari ini,” kata Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Nadzim Johan @ Toqqi.
“Mereka mengharapkan pelancong datang, namun mungkin juga ada sesetengah pihak mempunyai agenda lain. Kenapa perlu pakai seluar dalam sedangkan tempat lain didedahkan? Pasti mereka ada peraturan yang ditetapkan dalam ekspo seperti ini.”
Beliau turut berkata, Malaysia mempunyai undang-undang dan Perlembagaan Negara dan undang-undang dibuat bagi menjaga keamanan dan kemakmuran negara. Seandainya perlembagaan ini tidak dipelihara, maka negara ini akan menjadi huru-hara.
Rakyat Malaysia yang sering menyuarakan tentang hak kebebasan dan hak kemanusiaan ini diseru agar faham dan jelas serta bukan hanya mengikut tindakan orang lain. Hal ini kerana tidak semua orang memperjuangkan matlamat yang sama.
PPIM menyarankan pihak berkuasa agar merujuk kembali kepada Perlembagaan Negara dan bukannya hak asasi kerana itulah asas negara Malaysia.
#toqqiprihatin #PPIM #MalaysiaTattooExpo2019 #bogel #viral #tattoo #hakbersuara #HakPengguna #PDRM #TourismMalaysia #pelancongan #KLCC
Artikel oleh: Atiqah Kamaruddin
"KENAPA PAKAI SELUAR DALAM? BOGEL TERUS LEBIH BAGUS"
No comments:
Post a Comment