Saturday, March 30, 2019

4865) 50 MUFLIS SETIAP HARI – HARIAN METRO – 30/3/19



KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengharapkan kerjasama Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) dan institusi perbankan serta kewangan di negara ini membantu individu berstatus muflis tanpa mengamalkan birokrasi bagi membolehkan masalah mereka diselesaikan segera.
Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata, tanpa kerjasama agensi itu, masalah tidak akan selesai kerana sejak kebelakangan ini banyak aduan diterima pihaknya daripada individu yang diisytiharkan muflis kerana gagal melunaskan ansuran bulanan kereta, rumah, pinjaman peribadi dan menjadi penjamin.
Menurut Nadzim, pengadu yang tampil membuat aduan berusia antara 20 hingga 40 tahun dan sebahagiannya mendakwa masalah mereka berlarutan sejak sekian lama kerana tidak mendapat salinan bukti hutang (POD) hingga menyebabkan hutang yang ada gagal dilangsaikan sepenuhnya.
“Setiap hari 50 individu diisytiharkan muflis dan berdasarkan aduan diterima, kebanyakan pengadu tertekan disebabkan berdepan kerenah birokrasi institusi perbankan.
“Justeru, MdI perlu membantu individu itu terutama dalam mendapatkan POD supaya peminjam tahu jumlah tuntutan dikenakan terhadap mereka di samping mengkaji semula sistem sedia ada.
“Dalam erti kata lain, agensi berkaitan perlu mencari kaedah membantu bukannya menambah masalah, namun sebaliknya berlaku apabila menjadi alasan memberi tekanan kepada peminjam.
“Ada kes boleh diselesaikan dengan cepat tetapi mengambil masa lama disebabkan kerenah birokrasi, tetapi kami percaya bukan semua pegawai begitu kerana ramai yang memberi khidmat dan layanan baik,” katanya ketika ditemui pada sidang media di Restoran Ali Maju, Rampai Business Park, Setapak, di sini semalam.
Tambah Nadzim, pihaknya berharap semua agensi kewangan termasuk institusi perbankan Islam perlu meletakkan elemen kemanusiaan sebagai tunggak keutamaan dalam perkhidmatan termasuk ketika berurusan dengan individu yang diisytihar muflis.
Sementara itu, Hamzah Kamaruddin, 59, berkata, dia diisytiharkan muflis pada 2012 dan masih kekal dengan status itu walaupun sudah menyerahkan wang deposit RM1.8 juta hasil jualan rumah kepada MdI.
Katanya, status muflis menyebabkan dia menyewa hingga kini dan tidak boleh ke luar negara untuk urusan perniagaan.
“Pelbagai usaha sudah saya lakukan untuk membebaskan diri daripada status muflis termasuk dengan menjual rumah dan pejabat namun kerenah birokrasi menyebabkan berlarutan hingga ke hari ini.
“Memandangkan tiada cara lain, saya tampil membuat aduan kepada PPIM dan diharap ada jalan penyelesaian kerana niat saya membina hidup baru tanpa terikat lagi dengan status muflis,” katanya yang kini menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan.

Artikel Oleh : Harian Metro
50 MUFLIS SETIAP HARI

4864) INSTITUSI BANK PERLU ADA SIFAT KEMANUSIAAN - MALAYSIA GAZETTE - 29/3/19



KUALA LUMPUR – Kerajaan digesa supaya bertindak tegas terhadap institusi-institusi perbankan yang dilihat sewenang-wenangnya mengenakan faedah berlebihan kepada peminjam mereka.
Perkara tersebut tidak sepatutnya dibiarkan berlaku kerana ia hanya membawa kerugian kepada negara, kata Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Nadzim Johan.
Sambil memberi contoh, seorang jurutera berkemungkinan tidak boleh meneruskan kerjayanya apabila disenarai hitam oleh pihak bank begitu juga jika ia melibatkan seorang akauntan.
“Kalau boleh minta kerajaan lihat balik, wujudkan sifat kemanusiaan dalam sistem di negara ini. Bila seseorang itu bangkrap ia merupakan kerugian kepada negara.
“Kalau dia engineer tak boleh jadi engineer, kalau akauntan tak boleh jadi akauntan. Semua ini bahaya maknanya bawa kerugian kepada negara,” katanya pada sidang media hari ini.
Menurut Nadzim, mungkin perlu diwujudkan satu peruntukan undang-undang bagi membela nasib mereka-mereka yang ditindas oleh institusi-institusi perbankan terbabit.
Katanya, ia sebagai langkah untuk membantu golongan peminjam yang teraniaya dan kaedah untuk melaksanakannya perlu dikaji.
Pada perkembangan lain, Nadzim menegaskan, agar birokrasi di jabatan atau agensi kerajaan yang masih berlaku dihapuskan terus kerana ia tidak membantu sebaliknya hanya menyusahkan orang ramai.
Ujarnya, sesuatu perkara yang sepatutnya boleh diselesaikan dalam masa yang singkat tetapi menjadi panjang sehingga bertahun-tahun sedangkan negara kini sudah berada dalam arena Malaysia baharu.
“Jadi, kita harap dengan adanya sifat kemanusiaan pada diri rakyat Malaysia kita akan ubah semua itu untuk keharmonian semua.
“Kita ubahlah untuk kebaikan, kalau boleh minta kerajaan lihat balik. Wujudkan kemanusiaan juga dalam sistem di negara ini,” tambahnya. – MalaysiaGazette

Artikel Oleh : Malaysia Gazette
 INSTITUSI BANK PERLU ADA SIFAT KEMANUSIAAN

4863) SCAMMER : PENIPUAN TERANCANG ATAU PENGGUNA KURANG CERDIK? - TV ALHIJRAH - 29/3/19

“Scammer : Penipuan Terancang Atau Pengguna Kurang Cerdik?” di TV Alhijrah bersama Ketua Aktivis PPIM toqqi, Pengarah Syarikat Alfafa Group Berhad, Norsham Bin Abd Aziz, Penganalisis Penipuan Komersil, Khairul Ezuwan Yusoff dan Hos, Syafinaz Yunuz.






Friday, March 29, 2019

4862) NASI LEMAK KOPI O BERSAMA TOQQI DI RESTORAN ALI MAJU - SRI RAMPAI - 29/3/19


Majlis silaturrahim mingguan "Nasi Lemak Kopi O" di Restoran Ali Maju, Sri Rampai. Terima kasih kepada Dato' Jawahar Ali, pemilik Restoran Ali Maju menyediakan tempat yang selesa dan makanan yang sedap kepada tetamu-tetamu dan rakan-rakan PPIM yang hadir.

Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang mahu dilapangkan (dimurahkan) baginya rezeki (dalam keberkatan) atau dipanjangkan umur (dalam keberkatan) maka hubungkanlah tali silaturahim,” - Bukhari dan Muslim.







Sila ambil perhatian bahawa PPIM tidak mengiktiraf mana-mana pihak berdasarkan gambar atau video yang dimuat naik. Ianya adalah sekadar perkongsian aktiviti / program PPIM sahaja. Para pengguna boleh memberi cadangan atau maklumbalas berdasarkan maklumat yang diketahui agar pihak PPIM mendapat pencerahan lanjut. Harap maklum.

4861) SIDANG MEDIA "PENINDASAN OLEH BANK TERHADAP PENGGUNA" - SRI RAMPAI - 29/3/19

Telah berlangsunya sidang media penindasan oleh bank terhadapa pengguna.
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menerima aduan berkenaan  dengan tindakan agensi kerajaan yang tidak bertanggungjawab dan menjadikan pengguna “kambing hitam”.
Desakkan menggila oleh sebuah institusi perbankan Islam serta amalan pihak  bank yang dilihat tidak berperikemanusiaan dan sukar bekerjasama dalam  mencari penyelesaian masalah peminjam.
Pihak bank juga enggan berbincang dengan peminjam bagi memudahkan urusan kedua-dua pihak selain birokrasi tak masuk akal oleh Jabatan Insolvensi  juga yang semakin merumitkan proses penyelesaian pembayaran hutang.














Thursday, March 28, 2019

4860) PINJAM 7 AHLONG BUKTIKAN CINTA – HARIAN METRO – 27/3/19


HANYA kerana cinta, remaja berusia 17 tahun terjebak pinjaman along berjumlah RM12,000, menjadi peminjam termuda yang direkodkan Unit Banteras Ceti Haram, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) setakat ini.
Meminjam dengan tujuh along, semua wang itu dibelanjakan untuk teman lelakinya termasuk ansuran bulanan motosikal serta duit poket menyebabkan dia menghadapi masalah untuk melunaskan pinjaman yang dibuat sejak lima bulan lalu.
Mangsa berkata, dia bekerja sebagai pembantu di kedai serbaneka di ibu negara dan mengenali lelaki terbabit tahun lalu sebelum menjalin hubungan cinta tidak lama selepas itu.
Katanya, sebaik tamat persekolahan, dia mengenali lelaki itu yang tidak bekerja dan sering memberikannya wang setiap kali diminta kerana sayang.
“Selepas itu, dia minta untuk memberikannya wang lebih kerana ingin membeli motosikal. Tanpa berfikir panjang, saya kemudiannya membuat pinjaman along berjumlah RM2,000 dan bantu bayarkan ansuran bulanan.
“Saya memang tidak fikirkan apa kesannya kerana sayangkan dia dan ingin menjalani hidup bersama. Tidak lama kemudian, saya pinjam lagi kerana nak gunakan wang. Gaji saya sebagai pembantu di kedai tidak seberapa,” katanya yang membuat aduan kepada Pengarah Unit Banteras Ceti Haram PPIM Azman Kang.
Dalam tempoh beberapa bulan, dia membuat tambahan pinjaman daripada tiga lagi along antara RM2,000 hingga RM4,000 dengan tuntutan keseluruhan berjumlah RM12,000 menyebabkan dia buntu memikirkan masalah itu.

“Atas nasihat keluarga, saya rujuk masalah ini kepada PPIM dan cuba berunding dengan teman lelaki. Malangnya dia seperti ingin mengelak dan tidak menjawab pertanyaan yang dibuat,” katanya.
Sementara itu, Azman berkata, pihaknya cuba berbincang dengan lelaki terbabit untuk mencari jalan penyelesaian, namun setakat ini masih belum berhasil.
Katanya, ia menjadi agak rumit kerana pinjaman dibuat atas nama mangsa menyebabkan dia perlu bertanggungjawab untuk membayar balik pinjaman itu seperti mana dipersetujui sebelum ini.
“Setakat ini, berdasarkan rekod kita, dia adalah peminjam termuda kerana sebelum ini kita terima aduan daripada mangsa berusia 20 tahun. Apa yang berlaku, pada usia semuda ini, dia tidak dapat mempertimbangkan baik buruk tindakannya itu.
“Bukan mudah untuk berurusan dengan ramai along, apatah lagi dia baru saja tamat sekolah tahun lalu. Unit ini akan cuba membantu dan kita akan jadualkan semula pembayaran yang dipersetujui bersama antara keluarga dan along.
“Nasihat saya supaya dia tidak mengulangi kesilapan sama pada masa depan dan jangan mudah percaya kepada janji manis orang baru dikenali. Kita terima banyak kes penipuan dalam urusan pinjaman along ini dan ia memberi kesan seperti ancaman serta ugutan kepada peminjam dan ahli keluarga,” katanya.

Artikel oleh : Harian Metro
PINJAM 7 AHLONG BUKTIKAN CINTA

Tuesday, March 26, 2019

4859) WACANA SINAR 97 : DADAH, CABARAN PENCEGAHAN DAN BIROKRASI – IDCC SHAH ALAM – 26/3/19

Wacana Sinar 97 ” Dadah : Cabaran Pencegahan & Birokrasi yang berlangsung di Dewan IDCC, Shah Alam.
PANELIS  :
  1. Datuk Seri Zulkifli Abdullah, Ketua Pengarah AADK
  2. Nadzim Johan, Ketua Aktivis PPIM
  3. Dr Mohamad Isa Amat, Penyalar SPADA (USIM)
  4. Mohd Hafiz Mohd Nafiah, Setiausaha Agung Persatuan Seniman Malaysia
Moderator :
  1. Nasharudin Tajudin, Mantan Ketua Berita Media Prima Berhad









4858) BANK PERLU KAJI SEMULA AGAR TIDAK BEBANKAN PENGGUNA - RTM TV1 - 26/3/19



KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta menyelaraskan semula beberapa perjanjian bank berhubung pembelian aset yang didapati menjerat pelanggan.
Presiden Mahkamah Timbangtara (MATE), Tan Sri Prof Dr Muslim Yacob, berkata kebanyakan perjanjian jual beli rumah kini membabitkan tiga instrumen merangkumi surat ikatan serah hak, surat kuasa wakil dan perjanjian jual beli.
Katanya, ini jelas berat sebelah kerana pada akhirnya 70 peratus daripada perjanjian itu berpihak kepada bank dan menyebabkan pengguna mudah dimanipulasi.
“Dulu kita hanya ada satu instrumen iaitu perjanjian jual beli saja yang lebih memperkasakan perbankan Islam.
“Situasi kini memperlihatkan pihak bank memaksa pelanggan menandatangani perjanjian surat kuasa wakil dan surat ikatan serah hak.
”Ia turut mengikat pelanggan mematuhi segala syarat walaupun secara terangan memihak lebih kepada bank, “katanya kepada media pada pelancaran Kempen Kemanusiaan dalam Perbankan.

4857) PPIM, MATE GESA KERAJAAN SELARAS PERJANJIAN JUAL BELI PERBANKAN – BERITA HARIAN – 26/3/19



KUALA LUMPUR: The Muslim Consumers Association of Malaysia (PPIM) wants financial institutions to make it easier for property purchasers when they apply for loans.

Its chief, Nadzim Johan, pointed out that applicants for loans were now required to submit not just the sale and purchase agreement (S&P) but also a deed of assignment and power of attorney to the bank.

He said that by dropping these requirements, the banks would be seen to be more “humane” towards their clientele.

“After all, the consumers need the banks for loans but the banks also need the consumers for business. Both sides need to complement each other,“ he said during the PPIM’s ongoing financial humanity campaign held here today.

Malaysian Arbitral Tribunal Establishment (Mate) president Tan Sri Prof Muslim Yacob said that in essence, the S&P was good enough for the banks.

He urged Bank Negara Malaysia to come up with a standard agreement that banks could use when approving applications for loans. “This will benefit both parties,“ he said.


Artikel oleh : The Sun Daily

PPIM, MATE GESA KERAJAAN SELARAS PERJANJIAN JUAL BELI PERBANKAN

https://www.thesundaily.my/local/ppim-wants-banks-to-simplify-housing-loan-applications-FF722755

4856) PPIM, MATE GESA KERAJAAN SELARAS PERJANJIAN JUAL BELI PERBANKAN – BERITA HARIAN – 26/3/19



KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta menyelaraskan semula beberapa perjanjian bank berhubung pembelian aset yang didapati menjerat pelanggan.
Presiden Mahkamah Timbangtara (MATE), Tan Sri Prof Dr Muslim Yacob, berkata kebanyakan perjanjian jual beli rumah kini membabitkan tiga instrumen merangkumi surat ikatan serah hak, surat kuasa wakil dan perjanjian jual beli.
Katanya, ini jelas berat sebelah kerana pada akhirnya 70 peratus daripada perjanjian itu berpihak kepada bank dan menyebabkan pengguna mudah dimanipulasi.
“Dulu kita hanya ada satu instrumen iaitu perjanjian jual beli saja yang lebih memperkasakan perbankan Islam.
“Situasi kini memperlihatkan pihak bank memaksa pelanggan menandatangani perjanjian surat kuasa wakil dan surat ikatan serah hak.
”Ia turut mengikat pelanggan mematuhi segala syarat walaupun secara terangan memihak lebih kepada bank, “katanya kepada media pada pelancaran Kempen Kemanusiaan dalam Perbankan.
Turut hadir, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan dan Pakar Penasihat Muamalat PPIM, Sheikh Abdul Kareem Said Khadaied.
Selain itu, Muslim juga berkata, Bank Negara Malaysia (BNM) juga disarankan untuk menetapkan satu perjanjian standard antara bank berkaitan pinjaman supaya ia tidak berlaku penindasan terhadap pelanggan.
“Jika berlaku lelongan rumah, setiap bank mempunyai kaedah penyelesaian yang berbeza malah mengelirukan pelanggan mereka.
“Contoh mudah adalah pemberian tempoh masa bagi pembayaran sebelum aset pelanggan seperti rumah, tanah atau kereta ditarik dan seterusnya dilelong,” katanya.
Sementara itu, Sheikh Abdul Kareem, berkata beliau mahu institusi perbankan lebih holistik dengan bersikap lebih kemanusiaan.
“Pihak bank jangan hanya fikirkan keuntungan semata-mata ia mempunyai tanggungjawab untuk membantu pelanggan.
“Kenaikan kos hidup adalah berpunca daripada sistem perbankan itu sendiri, justeru bank perlu berubah menjadi lebih berperikemanusiaan,” katanya.

Artikel Oleh : Berita Harian
PPIM, MATE GESA KERAJAAN SELARAS PERJANJIAN JUAL BELI PERBANKAN

4855) PUKULAN K.O UNTUK BANK - SIDANG MEDIA - 25/3/19

“Pukulan K.O. Untuk Bank”
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah mengadakan satu sidang media mengenai masalah antara institusi kewangan dengan pengguna. Sidang media ini susulan banyak laporan yang diterima oleh PPIM berkaitan institusi kewangan atau bank di negara ini.
PPIM merasakan pihak bank tidak mengutamakan kemanusiaan dan berpandukan keuntungan semata-mata, sedangkan pada waktu dunia dilanda krisis ekonomi, semua pihak terutama pelanggan bank paling teruk merasa kesannya.
PPIM telah menjemput Presiden Mahkamah Timbangtara (MATE), Tan Sri Prof. Dr. (Munsyi) Muslim Bin Yaacob dan beberapa wakil pegawai bank untuk turut sama berbincang mengenai masalah ini. 






Monday, March 25, 2019

4854) HARGA BAYI IKUT KECOMELAN – SINAR HARIAN – 25/3/19




Persatuan Pengguna Ä°slam Malaysia (PPIM) mendedahkan beberapa taktik digunakan ahli sindiket dalam kes penjualan bayi yang dikesan muncul semula sejak akhir-akhir ini selepas sindiket jual bayi pernah dilumpuhkan polis sekitar tahun 2016.
Bukan setakat beroperasi melalui sesebuah premis, urusan ‘jual beli’ anak angkat juga dikesan berlaku di media sosial apabila beberapa nama akaun kumpulan didapati menawarkan perkhidmatan memiliki anak angkat.
Selain akaun yang mudah diakses, ia juga secara jelas meletakkan jumlah bayaran sagu hati perlu dibayar oleh keluarga angkat dengan kadar minimum RM5,000.
Ketua Biro Wanita PPIM, Suraya Ali mendedahkan harga bayi ditetapkan paling kurang serendah RM5,000 dan boleh mencecah sehingga RM10,000 mengikut kategori comel seseorang bayi.
“Mereka sebenarnya nak anak angkat atau nak beli anak. Mana-mana pihak yang bagi duit untuk mendapatkan bayi walaupun kepada ibu-ibu (wanita melahirkan anak), itu sudah dianggap berlaku pemerdagangan orang.
“Boleh buat laporan kepada polis, boleh buat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM),” katanya.
Menurutnya yang juga Pengasas Anak Kami berkata, ada pihak tidak bertanggungjawab menawarkan khidmat penjagaan kepada wanita yang hamil anak luar nikah, tetapi kemudian menjual bayi yang dilahirkan kepada pasangan lain.
“Mereka ini sindiket terancang yang tahu undang-undang dan licik.
Sejak penghujung tahun lalu, PPIM menerima banyak kes membabitkan mangsa di sebuah rumah perlindungan.
“Mereka masuk ke rumah perlindungan berkenaan dengan bayaran RM500 sebulan. Tetapi selepas melahirkan anak dan ingin keluar bersama bayi, mereka diminta membayar RM4,000.
“Akibat tersepit tidak mempunyai wang, mangsa terpaksa menandatangi beberapa dokumen dan tidak lagi bertemu anak masing-masing kerana anak mereka diserahkan kepada keluarga angkat,” katanya. .
Menurut Suraya, orang ramai yang ingin mengambil anak angkat boleh menggunakan saluran seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang tidak meletakkan bayaran seperti Anak Kami.

Artikel oleh : Sinar Harian
SINDIKET JUAL BAYI

4853) PERLU TINDAKAN RADIKAL – UTUSAN MALAYSIA – 25/3/19



KUALA LUMPUR 24 Mac – Satu tindakan radikal termasuk dari aspek kemahuan politik perlu diambil bagi membanteras gejala rasuah dalam kalangan anggota penguat kuasa yang melindungi aktiviti pelacuran di sebalik perniagaan rumah urut.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, bukan sahaja dalam isu rumah urut, sekiranya tindakan diambil hanya secara ala kadar, apa sahaja tindakan penguatkuasaan tentunya tidak akan meninggalkan sebarang kesan.
“Kita mesti buat sesuatu yang radikal jika tidak perkara ini tidak akan berubah walau untuk 50 tahun lagi. Anggota penguatkuasaan ada yang di bawah payung sindiket, nak buat macam mana? Jadi mana-mana pihak yang mahu membanterasnya perlu lebih radikal.
“Kerajaan pada hari ini juga perlu mainkan peranan, mereka juga kena lebih radikal dan tidak hanya ‘tanam tebu di tepi bibir’ sahaja. Mesti ada kemahuan politik, sama juga konsepnya dalam menangani isu penyalahgunaan dadah serta kemalangan jalan raya, semua ini perlu ada perubahan drastik dan radikal, jika tidak masalah ini akan kekal dan terus berlaku,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Mingguan Malaysia hari ini melaporkan pendedahan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Azam Baki bahawa pihaknya telah melancarkan operasi sulit selama empat bulan bagi membanteras gejala rasuah dalam kalangan anggota penguat kuasa di sebalik perniagaan rumah urut. Jelas Azam, SPRM melalui operasi itu juga sanggup membuka rumah urut gadungan (palsu) sematamata bagi mencari bukti khususnya kegiatan rasuah dalam kalangan anggota agensi penguat kuasa.
Sementara itu, menurut Nadzim, tindakan dan pendekatan yang diambil oleh SPRM merupakan langkah yang baik namun masih memerlukan penglibatan secara langsung oleh masyarakat untuk membantu.
“Masyarakat kena diajak secara bersama dan terbuka dalam isu ini, rakyat sebelum ini hanya tengok sahaja, bila buat aduan pun tiada apa yang berubah,” katanya.

Artikel oleh : Utusan Malaysia
PERLU TINDAKAN RADIKAL

Saturday, March 23, 2019

4852) PROGRAM 1st MALAYSIA CHEFS & COOKS CONGRESS - TASIK PERDANA KUALA LUMPUR - 23/3/19

Ketua Aktivis PPIM, toqqi menghadiri Program 1st Malaysia Chefs & Cooks Congress bertempat di Panggung Anniversari Tasik Perdana, Kuala Lumpur.

Pelbagai acara dan program diadakan mengikut standard dunia. Dengan penglibatan dari penggiat kulinari,pengusaha makanan,caterer,dan juga individu.

Disini juga disediakan laman pameran untuk sama-sama kita mengenali dengan lebih dekat sesuatu perkara. Gerai Jualan makanan dan minuman juga disediakan.













Friday, March 22, 2019

4851) RESTORAN BERSIH PENUHI TUNTUTAN AGAMA - HARIAN METRO - 22/3/19



“INISIATIF untuk menjadikan persekitaran kedai ini sentiasa bersih perlu dicontohi pemilik restoran lain kerana ia digalakkan dalam agama.
“Kalau semua pemilik restoran mempunyai sikap begini, sudah tentu ia menarik minat ramai orang, sekali gus mengangkat martabat Islam di negara kita,” kata Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan.
Beliau bersama rakan strategik lain termasuk Persatuan Peniaga dan Penjaja Bumiputera Kuala Lumpur (PPPBKL) mengadakan program Nasi Lemak Kopi O di Restoran Ali Cafe Tomyam, Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur dan akan menjadikan premis itu sebagai kedai makan contoh khususnya kepada semua ahli PPIM.
Katanya, ia membuktikan usahawan Bumiputera mampu menyediakan perkhidmatan setanding orang lain atau rangkaian restoran terkemuka di negara ini.
Menurutnya, daripada segi kepenggunaan, kualiti perkhidmatan baik amat dituntut terutama ketika pengguna mempunyai banyak pilihan termasuk restoran makanan segera.
“Saya kagum dengan kesungguhan usahawan kita berniaga seperti ini. Masuk ke dapur kita boleh bezakan dengan tempat lain. Ini perlu dijadikan contoh,” katanya ketika ditemui Harian Metro, hari ini.
Hadir sama, pemilik Restoran Ali Cafe, Ali Syed Mohamed; Setiausaha Agung PPIM, Datuk Dr Maamor Osman dan Presiden PPPBKL, Datuk Seri Rosli Sulaiman.
Kisah hidup Ali yang bermula sebagai penjual burger pernah disiarkan Metro Ahad pada 3 Mac lalu dan mendapat reaksi positif daripada netizen.
Dia yang hanya belajar sehingga berumur 15 tahun kini banyak mengendalikan program bersama anak yatim dan maahad tahfiz di restorannya itu.
Sementara itu, Ali berkata, dia akan terus berusaha memastikan kualiti di premisnya dipertingkatkan dari semasa ke semasa bagi menjamin kepuasan pelanggan.
“Saya ingin berterima kasih kepada PPIM dan PPPBKL kerana banyak memberi dorongan untuk berjaya. Insya-Allah, saya akan berkongsi dengan sesiapa saja yang ingin berniaga,” katanya.

Artikel oleh : Harian Metro
RESTORAN BERSIH PENUHI TUNTUTAN AGAMA

4850) NASI LEMAK KOPI BERSAMA TOQQI DI ALI CAFE TOMYAM SEAFOOD - PPIM - 22/3/19

Majlis silaturahim mingguan Nasi Lemak Kopi O dan doa selamat diadakan di Restoran Ali Cafe Tomyam, Jalan Pantai Baharu. Jamuan makan ini disertai beberapa rakan & aktivis PPIM serta pemilik Restoran Ali Cafe iaitu Ali Syed Mohamed. Program santai ini bertujuan mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama insan.Turut hadir Setiausaha Agong PPIM, Datuk Dr. Maamor Osman. 

Sila ambil perhatian bahawa PPIM tidak mengiktiraf mana-mana pihak berdasarkan gambar atau video yang dimuat naik. Ianya adalah sekadar perkongsian aktiviti / program PPIM sahaja. Para pengguna boleh memberi cadangan atau maklumbalas berdasarkan maklumat yang diketahui agar pihak PPIM mendapat pencerahan lanjut. Harap maklum.





























PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL