Kuala Lumpur, 28 Mac 2018 – Pengakuan oleh seorang wanita berikutan tuduhan bahawa terdapat lebih dari sepuluh laporan polis telah dibuat berikutan penipuan pembelian atas talian yang baru sahaja berlaku. Aduan diterima dari salah seorang mangsa pengguna yang telah ditipu, dari kenyataan yang dibuat:- pembelian sebuah telefon pintar berjenama Iphone 7 Plus, transaksi pembayaran penuh dibuat setelah bersetuju kedua belah pihak tetapi jangankan handphone, bayang handphone pun tak nampak.
Bila dituntut untuk pulangan wang, berbagai alasan diberikan oleh si penjual yang licik ini tetapi atas desakan dan disertakan bersama laporan polis, salah seorang pengadu telah berjaya mendapat pulangan wang dalam tempoh yang singkat.
Malangnya penipuan ini berlanjutan dengan ramai lagi mangsa yang terlibat dan penjualan Handphone ini masih diteruskan dan masih aktif seperti tidak ada apa-apa berlaku.
Penipuan seperti ini bukanlah isu hangat tetapi disebabkan sikap tidak ambil peduli dan sesetengah pihak memandang mudah, semakin ramai rakyat Malaysia yang ditipu hidup-hidup berkait rapat berkenaan pembelian atas talian.
Sebagai pengguna yang bijak, seharusnya sebelum melakukan sebarang pembelian secara atas talian kita seharusnya mengambil kira faktor risiko dan kepercayaan.
Kajian mendapati pengguna terpengaruh untuk melakukan pembelian secara atas talian kerana kekerapan mereka terdedah kepada iklan sewaktu menggunakan internet. Ianya menjadi semakin popular kerana ia adalah cara yang paling mudah bagi orang ramai kerana mereka tidak perlu membeli barang yang diidamkan secara terburu-buru.
Banyak kes penipuan pembelian atas talian yang dapat kita lihat pada masa kini, tetapi masih ada segelintir pengguna yang berani membeli barangan seperti telefon pintar yang mahal. Apabila terjadi kes penipuan susah untuk kita tunding jari kepada mana-mana pihak, hal ini terjadi kerana kurangnya pengetahuan dalam diri kita sendiri.
No comments:
Post a Comment