Wednesday, July 8, 2015

2741) MY NEWS HUB - 7/7/2015 - BALIK KAMPUNG MENJADI KEWAJIPAN BUAT PERANTAU


FENOMENA pulang ke kampung halaman ketika merayakan sambutan lebaran merupakan satu kewajipan yang perlu dilakukan oleh perantau-perantau yang berkelana mencari rezeki di ibu kota.
Menurut Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, perkara itu merupakan satu ibadah dalam Islam bagi tujuan mengeratkan ikatan silaturrahim di antara ibu bapa dan anak-anak.
“Kenyataan jangan balik kampung kalau nak berjimat itu adalah tidak munasabah. Orang ramai kena balik kampung untuk berjumpa dengan ibu bapa.
“Perjumpaan ini adalah penting untuk anak-anak bagi mengeratkan hubungan kekeluargaan,” katanya memetik Malaysian Digest.
Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang panel jemputan sebuah program televisyen baru-baru ini yang mencadangkan agar tidak pulang beraya ke kampung untuk langkah penjimatan.
Dalam pada itu, Nadzim turut menasihatkan orang ramai agar mengawal perbelanjaan sempena Aidilfitri ini agar tidak boros dalam berbelanja.
“Kalau sebelum ini beli tiga helai (baju), sekarang beli dua helai cukuplah, tak payahlah nak boros sangat kerana kita perlu tahu keadaan kita.
“Ramai lagi orang yang kat luar sana yang tidak berkemampuan. Jadi, janganlah kita didik anak-anak kita untuk bermewah,” katanya lagi.
Seperti yang kita semua sedia maklum, penjawat awam akan menerima gaji bulan Ogos pada 10 Julai ini.
Langkah ini diambil kerajaan bagi meringankan beban golongan terbabit bagi menyambut perayaan Syawal tahun ini.
Sehubungan itu, rancanglah perbelanjaan anda dengan sebaik mungkin supaya tidak berasa sesak di kemudian hari ya! – MYNEWSHUB.CC

No comments:

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL