Wednesday, July 15, 2015

#PPIM PRIHATIN: MISI BANTUAN BANJIR KE KELANTAN SEMPENA AIDILFITRI

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah turut serta dalam Misi Bantuan Banjir Gabungan NGO dan Agensi Kerajaan yang telah bertolak ke Manik Urai Kelantan, petang semalam.


Objektif misi ini adalah untuk memberi sumbangan supaya dapat meringankan beban keluarga mangsa banjir 'Bah Kuning' yang menimpa mereka hujung tahun lepas.




Wakil aktivis PPIM yang terlibat dalam misi itu berkata, hari ini sumbangan akan diberikan kepada setiap keluarga yang kini menetap dalam khemah (kanopi) di pusat pemindahan banjir di sana.


Antara sumbangan yang akan disalurkan adalah:
  1. Beras
  2. Air kordial
  3. Kuih raya
  4. Daging lembu
  5. Makanan ringan (kerepek)
  6. Dodol
  7. Peralatan solat
  8. Kain baju (baru dan terpakai)


Difahamkan, peserta-peserta misi itu bertekad untuk menyambut Aidilfitri bersama mangsa banjir di sana, yang bertujuan untuk memupuk nilai positif dalam kalangan peserta.

No comments:

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL