UTUSAN MALAYSIA 31/1/2013 |
Thursday, January 31, 2013
692) BERITA PPIM : BEKAS KERANI TANGGUNG HUTANG SYARIKAT RM80j
Headline: Bekas kerani tanggung hutang syarikat RM80
juta
Publication: HM
Date of publication:
Jan 31, 2013
Section heading:
Main Section
Page number: 045
Kuala Lumpur: Gaji
RM2,000, tetapi terpaksa menanggung hutang RM80 juta. Itu berlaku kepada
seorang bekas kerani yang menanggung hutang syarikat selepas namanya digunakan
sebagai pengarah.
Dia kini bukan saja
buntu memikirkan masalah itu malah hidup tertekan mengenangkan beban yang
ditanggung gara-gara membenarkan namanya disenaraikan dalam salah satu syarikat
milik majikannya sejak 1986.
Raziah Hussein, 56,
berkata, dia langsung tidak menyangka tawaran untuk menjadi pengarah syarikat
dengan tambahan elaun serta sebuah kenderaan daripada majikannya selepas 30
tahun berkhidmat sebagai kerani di situ akan menjerat dirinya.
Menurutnya, perkara
itu disedari selepas dia berhenti kerja bagi mengikut suaminya bertugas di
China pada 2003.
Dia dimaklumkan
mengenai satu saman atas namanya kerana gagal membayar pinjaman sebuah
institusi kewangan berjumlah RM80 juta.
"Selepas pulang
ke tanah air pada 2005, saya dipanggil ke Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI)
cawangan Johor dan terkejut sebaik diberitahu nama disenaraihitam kerana
berhutang RM38,000 sedangkan saya terima surat saman RM80 juta.
"Rupanya ada
kes hutang tertunggak lain menggunakan nama saya dan beberapa bekas rakan
sekerja menyebabkan saya keliru dengan apa yang berlaku," katanya pada
sidang media bersama Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM),
Datuk Nadzim Johan, di sini, semalam.
Hadir sama, Ketua
Unit Tindakan Khas Pengguna PPIM, Dr Izham Nayan.
Raziah berkata, dia
diberitahu pegawai MdI bahawa tiada sebarang rekod mengenai saman RM80 juta
itu, yang ada hanyalah kes kedua menyebabkan dia tertanya-tanya status sebenar
kes pertama kerana bernilai puluhan juta ringgit.
"Kalau saya dan
anak berjawatan tinggi sekalipun, mustahil saya dapat melangsaikan hutang
sebanyak itu dengan umur yang semakin meningkat. Apa yang saya kesalkan ialah
bekas majikan seolah-olah tidak peduli kesan yang saya tanggung ketika ini.
"Belum selesai
masalah ini, saya terima surat saman lain kerana kegagalan syarikat membayar
hutang kad kredit dengan jumlah keseluruhan RM6 juta. Saya benar-benar keliru,
dalam keadaan tak mampu, timbul macam-macam masalah. Mujurlah suami dan anak
faham situasi ini," katanya yang membuat laporan di Ibu Pejabat Polis
Daerah Dang Wangi berhubung kejadian itu.
Sementara itu,
Nadzim berkata, pihaknya akan membawa kes berkenaan kepada Ketua Polis Negara,
Tan Sri Ismail Omar, Ketua Pengarah Mdl, Rohana Abdul Malek serta Ketua
Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abu
Kassim Mohamed bagi mencari jalan penyelesaian.
Katanya, pihaknya
sebelum ini menerima beberapa aduan sama termasuk membabitkan pakatan sindiket
iaitu institusi kewangan bagi mendapatkan projek atau tender tertentu.
"PPIM memandang
serius isu ini kerana ia berkaitan dengan integriti. Kita persoalkan bagaimana
perkara ini boleh berlaku, dokumen yang sepatutnya disimpan boleh hilang dan
ini meletakkan mangsa berisiko untuk dikenakan pengisytiharan muflis," katanya.
Tuesday, January 29, 2013
691) Aduan Membabit ‘Penipuan ‘ Yang Dilakukan Dengan Berbagai Taktik Oleh Linguaphone
Linguaphone
dikatakan memperdaya begitu ramai kumpulan masyarakat dan juga penuntut.
Seterusnya Linguaphone juga menggunakan perkhidmatan CTOS bagi menyenarai
hitamkan pembeli dengan caj –caj bulanan yang takmasuk akal. Dalam 1 kes yang
baki bayarannya hanya RM500 telah naik ke RM9,000! Sekarang pengguna mesti
membayar jumlah yang dikenakan kerana namanya telah dimasuk dalam searai CTOS
jika beliau mahu pinjamannya diluluskan!
Satu
sidang media bersama mangsa-mangsa telah diadakan bagi memastikan nasib mangsa dibela dan bagi memastikan tiada lagi yang terkena selepas ini.
Wednesday, January 23, 2013
Tuesday, January 22, 2013
689) ADUAN: PENIPUAN MEMELUK ISLAM
kejadian di surau assobah ...
Selepas sembahyang isyak jummat lepas di surau assobah, BBB, kami didatangi sekeluarga berbangsa india (ibu dengan 2 anak lelaki dan 2 anak perempuan) yang menyampaikan hasrat nya ingin memeluk islam. Menurut mereka, abang mereka telah islam dan sedang menuntut di pondok pasir tumbuh KB dan mereka bercadang nak ke KB selepas majlis pengislaman mereka. Kami diberitahu yg bapa mereka masih tidak bersetuju dengan hasrat mereka memeluk islam.
Majlis pengislaman mereka disempurnakan oleh ust Dr Zulkifli dan pehak surau telah mengadakan kutipan derma kilat dan kami berjaya mengumpulkan derma sebanyak RM4700.00 yg diberikan terus kepada meraka.
Ketika ahli surau berkongsi berita mengenai ini kepada rakan2 mereka didapati cerita itu bersamaan dengan apa yg berlaku di surau di salak tinggi.... satelah diteliti akan cerita tersebut besar kemungkinan besar mereka adalah orang yang sama ..... meraka mengambil kesempatan atas kemurahan hati orang2 melayu/islam ..
Diharap kejadian ini dapat memberi peringatan kepada kita semua supaya lebih berhati2 dimasa hadapan. Mungkin kalau ia nya terjadi dikawasan kawan2, dicadangkan supaya butir2 peribadi mereka (IC no, alamat, gambar, phone numbers dsbnya) dapat dicatitkan. Pemberian wang harus dibuat berhati2 .. mungkin tak diberi terus, tetapi hanya diberi setelah urusan pengislaman mereka telah direkodkan oleh pehak berkuasa atau sebagainya ...
Tolong sebarkan penipuan keluarga india ini
PPIM telah menerima aduan ini melalui emel dan kebenaran perkara ini masih lagi disiasat. Jika ada pihak yang ada maklumat tentang perkara ini boleh hubungi kami di 0193591000 atau 0199130000 demi Agama dan kesejahteraan masyarakat.
688) ARTIKEL PILIHAN 'IKAN GMO'- Attack of the Frankenfish
Dear friends,
The US is about to treat the world to the first genetically modified meat: a mutant salmon that could wipe out wild salmon populations and threaten human health. Unless we stop it, this Frankenfish could open the floodgates for biotech meat around the world. |
The US is about to treat the world to
the first genetically modified meat: a mutant salmon that
could wipe out wild salmon populations and threaten human health -- but we can
stop it now before our plates are filled with suspicious Frankenfish.
The new fake salmon grows twice as fast as the real one, and not even
scientists know its long-term health effects. Yet
it’s about to be declared safe for us to eat, based on studies paid for by the
company that created the GMO creature! Luckily,
the US is legally required to consider public opinion before deciding. A
growing coalition of consumers, environmentalists, and fishermen is calling on
the government to trash this fishy deal. Let's urgently build an avalanche of
global support to help them win.
The consultation is happening right now and we have a real chance to keep
mutant fish off the menu. Sign to stop Frankenfish and share widely --
when we reach 1 million, our call will be officially submitted to the public
consultation:
The company that developed the Frankenfish altered
the DNA of the salmon to create a fish that would grow at lightning speed,
year-round. Not only do we not understand its long term health
effects, if a few of them or their eggs reached the wild, these super-salmon
could decimate entire wild salmon populations. Worse,
once they hit supermarkets, we won’t be able to tell apart Frankenfish and real
salmon, so there won’t be a way to avoid it!
The biotech industry has spent hundreds of millions of dollars lobbying
governments to approve its GM crops. Frankenfish
is their next million dollar baby -- it could open the
floodgates for other transgenic meats. But
the US government will consider public opinion before it makes its final
decision -- if we can stun them with a giant global opposition
when they least expect it, we can stop this reckless deal.
Frankenfish is on the verge of being approved -- let’s make sure biotech
companies don't decide what we eat. Help
build one million voices to stop the mutant fish:
Avaaz members have come together to protect the natural world and our food
system from dangerous meddling. In 2010, over 1 million of us spoke out against
genetically modified food in Europe. Let’s come together again to stop
Frankenfish.
With hope,
Jamie, Nick, Emma, Dalia, Emily, Paul, Ricken, Wen-Hua and the whole Avaaz team
MORE INFORMATION
Engineered Fish Moves a Step Closer to Approval (NY Times)
GM salmon: FDA's assessment of environmental risks (LA Times)
Genetically Modified Animals (Women’s Health Magazine)
Protect our waters from GE Salmon (Center for Food Safety)
Below the Surface: The Dangers of Genetically Engineered Salmon (Food &
Water Watch)
Genetically Engineered Salmon (Ocean Conservancy)
Sunday, January 20, 2013
687) BERITA- Lantik farmasi, pengamal perubatan sah
19 Januari 2013
http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsindex.php?id=922913 |
http://www.bernama.com/bernama/v6/newsindex.php?id=922947 |
KUALA LUMPUR - Beberapa persatuan pengguna mencadangkan agar Kementerian Kesihatan melantik farmasi berlesen atau pengamal perubatan berdaftar untuk menjual rokok elektronik, atau e-cigarette, di pasaran.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata, rokok itu tidak membantu perokok tegar mengurang atau menghentikan sepenuhnya tabiat buruk mereka kerana ia turut mengandungi cecair nikotin dalam pelbagai kepekatan yang memberi kesan ketagihan kepada perokok.
"Rokok elektronik kini boleh dibeli di mana-mana sahaja, dan sekarang wujud pula stokis dan agen menjual rokok elektronik di seluruh negara yang meraih keuntungan dengan cara yang salah, iaitu membahayakan kesihatan perokok," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai baru-baru ini bahawa Kementerian Kesihatan akan memantau rapi penjualan rokok elektronik di pasaran bagi memastikan ia tidak menjejas kesihatan penggunanya.
Sebelum itu, Pengarah kesihatan Negeri Sarawak Datuk Dr Zulkifli Jantan mengeluarkan kenyataan bahawa menjual, mengedar atau menyimpan rokok elektronik adalah satu kesalahan di bawah Akta Racun 1952 serta Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.
Nadzim berkata, rokok elektronik tidak mengeluarkan bau seperti rokok biasa selain menggunakan cecair bagi menghasilkan wap dalam rokok, dan ia kini dijual secara berleluasa serta mendapat sambutan hangat di kalangan perokok.
"PPIM menyambut baik tindakan kementerian dalam mengawal penjualan cecair nikotin mengikut Akta Racun 1952, tetapi pada masa yang sama, semua pihak berkuasa perlu memastikan hanya farmasi berlesen serta pengamal perubatan berdaftar yang boleh menjual rokok berkenaan," katanya.
Nadzim juga berkata, PPIM berharap kementerian tidak akan mengulangi kesilapan yang berlaku terhadap kempennya sebelum ini iaitu kempen 'Tak Nak Merokok' kerana gagal mencapai matlamat untuk menghentikan tabiat merokok di kalangan rakyat Malaysia.
Sementara itu, Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Muhammad Sha'ani Abdullah berkata pihaknya mahu Kementerian Kesihatan menjalankan kajian mendalam terhadap kesan sampingan kepada perokok elektronik.
"Buat masa ini, tiada kes dicatat atau dikaitkan dengan rokok elektronik ini, tetapi ia masih memberi ketagihan dan kemudaratan kepada perokok kerana mengandungi nikotin," katanya.
Sehubungan itu, beliau berkata kementerian perlu bekerjasama dengan pihak berkuasa lain dalam memastikan hanya mereka yang layak dibenar menjual rokok elektronik. - Bernama
Sumber: Sinar Harian Online-http://www.sinarharian.com.my/nasional/rokok-elektronik-lantik-farmasi-pengamal-perubatan-sah-1.123162
Wednesday, January 16, 2013
649) ARTIKEL PILIHAN DARI HARIAN METRO 16/1/13-Amalan paling baik dalam Islam
Byline / Author: Oleh Idris Musa
Salam adalah satu identiti dalam perhubungan sosial
masyarakat Islam, diucapkan tanpa mengira batas sempadan negara, warna kulit
dan darjat, malah dari dulu hinggalah ke hari ini, ia terus diwarisi menjadi
amalan walaupun sesekali ucapannya kedengaran agak ringkas.
Ucapan salam tidak seperti ucapan lain yang
bersifat sebagai adat dan kebiasaan, tetapi lebih daripada itu sebagai satu
amalan yang sangat dituntut supaya diamalkan kerana di dalamnya terangkum doa
kesejahteraan dan kerahmatan Allah, malah tersirat dengan paduan persaudaraan
dan keakraban sesama Muslim.
Secara literal salam adalah istilah dipinjamkan
daripada bahasa Arab, terbina daripada huruf sin, lam dan mim yang bermaksud
ucapan selamat sejahtera manakala ungkapan 'Assalaamualaikum warahmatullah'
bermaksud selamat sejahtera dan rahmat Allah ke atas kamu.
Kesempurnaan motif dan falsafah pada amalan salam
berpaksikan kepada wahyu Ilahi ini sangat berbeza dengan ucapan ringkas lain
seperti 'hai' atau 'hello' yang menjadi budaya sesetengah masyarakat.
Al-Quran ada mengungkapkan mengenai salam pada
beberapa surah, menunjukkan betapa pentingnya ucapan itu dan keutamaan
mengamalkannya. Antaranya pada ayat 58 surah Yaasin bermaksud: "Mereka
juga beroleh ucapan salam sejahtera dari Tuhan Yang Maha Mengasihani."
Kemudian, pada ayat 79 surah as-Saaffaat bermaksud:
"Salam sejahtera kepada Nabi Nuh di kalangan penduduk seluruh alam!"
Sementara ayat 109 surah yang sama bermaksud: "Salam sejahtera kepada Nabi
Ibrahim!"
Malah, Nabi Muhammad SAW juga secara
terang-terangan menganjurkan umatnya mengucapkan salam dan menyebarkannya dalam
kehidupan bermasyarakat kerana melalui salam akan terbitnya ikatan persaudaraan
dan sifat kasih mengasihi sesama Muslim baik yang muda mahupun tua.
Contohnya dalam satu hadis daripada Abu Hurairah RA
katanya, Rasulullah bersabda (maksudnya): "Kamu tidak akan memasuki syurga
sehingga kamu beriman. Dan tiada beriman sehingga kamu kasih mengasihi. Mahukah
kamu aku tunjukkan suatu perkara, jika kamu membuatnya nescaya kamu akan kasih
mengasihi! Sebarkan salam antara sesama kamu." (Hadis riwayat Muslim).
Antara syiar Islam
Nabi SAW juga mengkategorikan salam sebagai amalan
paling baik dalam agama. Ini sebagaimana hadis diriwayatkan Imam Bukhari,
Muslim dan Nasa'i daripada Abdullah bin Amru Ash RA (maksudnya):
"Bahawa seseorang bertanya Rasulullah SAW,
manakah yang paling baik dalam Islam? Rasulullah bersabda: "Kamu berikan
makanan dan kamu mengucapkan salam pada orang yang kamu ketahui dan kepada
orang yang kamu tidak ketahui."
Ulama menegaskan salam satu daripada syiar Islam.
Melalui amalan itu mencerminkan kesepaduan dan muafakat masyarakat Islam,
biarpun ia diungkapkan antara dua pihak yang saling tidak mengenali satu sama
lain.
Pernyataan di atas menunjukkan anjuran, gesaan dan
kelebihan mengucapkan salam walaupun terhadap mereka yang tidak dikenali selagi
mereka beragama Islam. Tetapi bagi kita sendiri, sejauh manakah kita
mengamalkannya dan sepakat menyemarakkan amalan digesa Rasulullah SAW itu?
Ada segelintir kalau kita lihat mungkin dia petah
tutur katanya, berjela-jela bercerita, malah ada pula pantang orang bercakap,
cepat saja menyampuk, tetapi apabila terjumpa dengan rakan, contohnya di
jalanan mahupun majlis tertentu kelu lidah untuk mengucapkan salam?
Malah, ada yang kata sementelah hendak memberi
salam, pandang dan tengok muka pun tidak. Berat sangatkah salam, susahkah untuk
melafazkannya, maklumlah di dalam bahasa Arab atau kita memang jenis kelompok
sedikit pemalu, pendiam dan tidak suka bertegur sapa?
Jika kita luaskan sedikit dimensi, melihat kepada
budaya ucapan dan hormat-menghormati masyarakat lain, misalnya orang Thai,
mereka mengungkapkan 'sawasdee krub' merujuk kepada selamat sejahtera. Ada
ketika kita berasa tersipu-sipu kerana mereka lebih cepat menyampaikan ucapan
itu walaupun kita tidak dikenalinya.
Demikian juga etnik bukan Islam dari negara Asia
Tenggara lain yang mempunyai budaya diperturunkan nenek moyang mereka seperti
tunduk merendah diri apabila bertemu dan bertamu, sekali gus menunjukkan sikap
ramah dan penerimaan mereka apabila bertemu antara satu sama lain.
Suburkan salam
Masing-masing mempunyai gaya dan tema ucapan
tersendiri, cuma yang berbeza tahap amalannya. Walaupun ucapan salam yang
dititipkan Islam terbukti lebih syumul dan mendapat keberkatan, malah dari skop
umum ia lebih meluas, tetapi jika tidak disuburkan, ia tidak ke mana jua.
Pada zaman ledakan teknologi maklumat ini, kita
agak beruntung kerana ucapan salam turut disampaikan melalui aplikasi
elektronik termasuk khidmat pesanan ringkas (SMS) dan laman sembang Internet
walaupun sering kali dijelmakan dengan akronim seperti 'slm', 's.l.m' atau
'akum'.
Sebenarnya salam wajar diamalkan dengan lebih
meluas termasuk ketika mahu memasuki rumah, dalam aktiviti keramaian dan
perhimpunan, mesyuarat, kelas mahupun kuliah pembelajaran dan hari ini kita
boleh berbangga kerana kanak-kanak seawal usia sekolah rendah, bahkan di
peringkat tadika sudah didedahkan dengan budaya salam.
Tuesday, January 15, 2013
Sunday, January 13, 2013
Friday, January 11, 2013
645) BERITA PPIM : Bangunan Belum Siap, Tapi Dah Terbakar
Petang tadi, kami mendapat berita bahawa, salah satu projek di Ampang yang masih dalam pembinaan oleh syarikat 'KEBAL dan mendapat banyak kelebihan dan layanan istimewa pihak tertentu' yang juga calon Anugerah Tidak Prihatin (OXP) PPIM, Mayland Goup telah terbakar dan membahayakan penduduk awam.
Dengan berlakunya kejadian ini, diharapkan Pihak Berkuasa tertentu menyiasat keupayaan dan kemampuan syarikat ini yang menyebabkan bangunan ini terbakar sebelum siap dan dapat menyedar dan membuka mata pihak tertentu.
644) BERITA PILIHAN: 'I'm not a bankrupt'
AMPANG: Retiree Siow Tin Hwa, 56, thought that he had settled his housing loan with Affin Bank in January 2009.
But his world turned upside down after he learnt that he had been declared a bankrupt since 2007.
Siow was informed about his bankruptcy status when he went to renew his passport early last year. An Immigration officer rejected his passport renewal saying that he was an undischarged bankrupt.
Siow was shocked to hear the news and immediately referred the matter to the Insolvency Department. An officer there told him that a bankruptcy notice was sent to his house in Taman Mega Jaya, here, in 2007 but Siow did not receive it as he was not staying there.
Siow lives in another house in Jalan Teratai here.
What baffled Siow most was that after he was made a bankrupt, he was still able to transact business with many banks and had even visited Singapore in 2008.
He had owed Affin Bank about RM67,000 but claimed that he had fully settled the debt in October 2009.
He alleged that the bank had failed to notify the Insolvency Department immediately upon him discharging all his debts. Affin Bank only alerted the Insolvency Department about his settlement in July last year.
What upset Siow was that the Insolvency Department had demanded a service charge of RM2,300 to have his bankruptcy status annulled at the court.
The retiree highlighted his plight during a press conference called by the Teratai constituency public complaints bureau chief Ben Liew Pok Boon, recently.
"I started clearing my housing debt in October 2008 after receiving warning letters and settled it four months later in January 2009.
"It is unfair to penalise me when I was unaware that I was a bankrupt, what's more when the insolvency letter was sent to my second house," said the father of four.
Siow is keen to erase the bankruptcy stigma and appeals to the Insolvency Department to reduce the service charge as it is too burdensome.
Lawyer Mak Kah Keong, who was also present, urged the Insolvency Department to consider favourably Siow's case and review its system and procedures so that such incidents do not recur.
Read more: 'I'm not a bankrupt' - Central - New Straits Times http://www.nst.com.my/streets/central/i-m-not-a-bankrupt-1.199141#ixzz2HfKdZxf7
643) ADUAN PILIHAN : Latest Phone Scam
Latest Phone Scam
(Sharing the Experience)
1. I received a call from a Malay lady,
number shown on my mobile phone: +25013169.
2. This lady spoke in Malay, informed that
she is from POS Malaysia. She read out my name and IC number, then informed
that there were 2 high court letters addressed to me but could not be
delivered.
3. She will fax the letters to a police
station, and will request personnel from the police station to contact me
later.
4. She gave a reference no. for the letter:
49951, and asked me to check with the police personnel who will call later, to
ensure that they are the correct person acting on the correct letters.
5. 10 minutes later I received a call from
one lady, identified herself as Madam Cheah, spoke in Malay, saying from Bukit
Aman Police HQ. Number shown on my mobile phone:+60322662222.
6. I know this is a scam, so I purposely
spoke rudely to her (asked her to speak louder etc.) She got angry, said that
if I don't believe her, to call back the number to verify, then hung up.
7. I did a search through internet,
confirmed that the number +60322662222is indeed from Bukit Aman HQ.
8. Instead of using my mobile phone to call
back, I used Skype to call the number. A Malay lady picked up the call and I
checked with her whether this is Bukit Aman, she replied yes, then I hung up.
9. Quickly I ran through a few postings in
the internet on such scams.
10. In between, they called again and left
"missed" calls.
11. From postings in the internet, apparently if
you called them back using the mobile phone, it will be connected directly to
them (the syndicate).
12. But if you call using landline (Telekom),
you will be connected to the REAL Bukit Aman.
13. So I used the landline and called the
number, a male police officer answered the phone.
14. I told him my story, he confirmed that this
is a scam, and said that many victims have already called them today and they
are working with the multimedia commission investigating this.
15. The police officer confirmed that the
syndicate is using a phone phishing technique, to make the number appearing as
from Bukit Aman when they called.
16. If you called back using your mobile phone,
probably there are someone from the mobile phone company working behind with
them, will direct your call to the syndicate.
Sharing the above
encounter with you so that you will not fall victim to this latest scam.
You Have Been Warned
!
642) NST 2/1/13-`Clarion call for unity and fairness'
KUALA LUMPUR: Prime Minister Datuk Seri Najib Razak's new
year message has been greeted with all round support from politicians and
non-governmental organisations.
MIC president Datuk Seri G. Palanivel said Najib's message
was a clarion call for unity and fairness for all. The party Youth chief T.
Mohan said Najib's leadership had brought much change for the community.
Hulu Selangor member of parliament P. Kamalanathan said the
premier's speech had defined a vision of a Malaysia that all can embrace and be
proud of.
MCA Youth chief Datuk Dr Wee Ka Siong said the gist of
Najib's message and wish list was timely and in accordance to BN's manifesto,
which was to put the people's needs first.
"He managed to address all the bread and butter
issues," said Wee, who is also the Deputy Education Minister.
The Federation of Malaysian Consumers Associations (Fomca)
president, Datuk Marimuthu Nadason said all Malaysians should support the prime
minister's aspirations to make the country a better place.
Malaysian Employers Federation (MEF) executive director Shamsuddin
Bardan also lauded the prime minister's new year message and said the best way
to help increase government revenue was to increase employees' skills.
Malaysian Muslim Consumers Association executive secretary
Datuk Nadzim Johan said Najib's message and wish list for the new year showed
that Malaysia will have continued peace and stability because Najib pays
attention to the needs of the people.
Tuesday, January 8, 2013
640) UTUSAN MALAYSIA 08/01/13-Papa diminta jelas justifikasi kos amah
KUALA LUMPUR 7 Jan. - Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing Malaysia (Papa) digesa menjelaskan justifikasi dan perincian kos pengambilan pembantu rumah ekoran bayaran yang ditetapkan tidak munasabah dan terlalu membebankan majikan.
Setiausaha Kerja Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, jumlah itu jauh lebih tinggi daripada kemampuan sebilangan besar majikan yang berpendapatan sederhana.
"Sepatutnya Papa duduk semeja berbincang dengan persatuan pengguna sebelum menetapkan kos pengambilan tersebut bagi memastikan kadar yang ditetapkan relevan dengan kemampuan majikan.
"Jangan keterlaluan dalam mengaut keuntungan, penentuan kos itu perlu mengambil kira pandangan majoriti pengguna kerana mereka yang akan menggunakan perkhidmatan pembantu rumah berkenaan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas pengumuman Presiden Papa, Jeffry Foo mengenai kos pengambilan pembantu rumah Indonesia ditetapkan pada harga RM6,700 berkuatkuasa serta-merta.
Struktur baharu itu tidak termasuk tambahan RM1,000 sebagai pinjaman kepada pembantu rumah untuk berkongsi yuran Penempatan Tenaga Kerja Indonesia Sektor Domestik di Indonesia.
Menurut Nadzim, penetapan kos pengambilan amah perlu mencapai kata sepakat kerana isu itu akan berlanjutan dan dikhuatiri boleh menggugat persefahaman antara dua buah negara.
Naib Presiden Gabungan NGO Malaysia, Datin Reny Rahayu Mohd. Ishak pula berkata, kos pengambilan pembantu rumah terlalu tinggi jika dibandingkan dengan pendapatan bulanan majoriti rakyat di negara ini.
"Penetapan kos tersebut perlu mengambil kira keadaan ekonomi bagi kebanyakan majikan. Majikan daripada golongan berkemampuan dan berada, tidak mempunyai masalah dalam hal ini.
"Sebaliknya, bagi golongan berpendapatan sederhana, sudah tentu kos itu sangat membebankan apatah lagi mereka mempunyai banyak komitmen," katanya.
Menurutnya, perbincangan perlu diadakan dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang lain bagi mencapai kata sepakat dalam penentuan kos pengambilan pembantu rumah.
Dalam masa sama, beliau turut tidak bersetuju dengan keutamaan yang akan diberikan kepada sebuah keluarga yang memerlukan seorang pembantu bagi menjaga anak-anak kecil atau orang tua.
"Majikan yang mempunyai ramai anak walaupun sudah meningkat dewasa tetap memerlukan khidmat pembantu rumah bagi melakukan kerja-kerja seharian.
"Hal ini kerana ibu bapa juga perlu keluar mencari rezeki dan mereka mempunyai masa terhad untuk menyempurnakan tugasan di rumah," katanya.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130108/dn_14/Papa-diminta-jelas-justifikasi-kos-amah#ixzz2HNqmywsS
© Utusan Melayu (M) Bhd
Monday, January 7, 2013
639) BERITA HARIAN 29/12/12 -Bank Negara seragam dokumen
Headline: Bank
Negara seragam dokumen
Publication: BH
Date of publication:
Dec 29, 2012
Section heading:
Main Section
Page number: 001
Kuala Lumpur: Mulai
Selasa depan semua institusi perbankan diwajib menggunakan dokumen yang sama
bagi perjanjian pinjaman perumahan berjumlah kurang daripada RM500,000.
Dokumen itu
menggunakan bahasa mudah untuk memastikan peminjam memahami terma kontrak,
syarat utama perjanjian serta tanggungjawab peminjam dan pembiaya.
Bank Negara Malaysia
(BNM) memperkenalkan peraturan itu kerana peminjam sebelum ini sukar memahami
kontrak berikutan huraian, terma dan syarat utama dalam dokumen perjanjian
berbeza di antara bank, selain pengg unaan bahasa yang tidak jelas dan terlalu
kompleks.
Headline: Guna
dokumen seragam
Publication: BH
Date of publication:
Dec 29, 2012
Section heading:
Main Section
Page number: 018
Byline / Author:
Oleh Mohd Azrone Sarabatin
Kuala Lumpur: Mulai
Selasa depan semua institusi perbankan wajib menggunakan dokumen yang sama bagi
perjanjian pinjaman perumahan dengan bayaran pokok kurang daripada RM500,000.
Peraturan penggunaan
dokumen yang standard itu untuk mengurangkan risiko peminjam tidak memahami
sepenuhnya terma kontrak perjanjian mereka.
Menurut kenyataan
Bank Negara Malaysia (BNM) semalam, selama ini peminjam menghadapi kesukaran
memahami kontrak kerana huraian, terma dan syarat utama dalam dokumen
perjanjian berbeza di antara bank, selain penggunaan bahasa yang tidak jelas
dan terlalu kompleks.
Dokumentasi standard
berkenaan dapat meningkatkan pemahaman peminjam dan membuat perbandingan terma
serta syarat utama perjanjian, termasuk tanggungjawab peminjam serta pembiaya.
Inisiatif itu
dilaksanakan hasil kerjasama BNM dan Persatuan Bank-bank Dalam Malaysia (ABM)
dengan Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (PEMUDAH) serta institusi
kewangan.
Garis terma, syarat
Ia untuk menggalakkan
keberkesanan dalam proses perniagaan dan mempertingkat kualiti penyampaian
perkhidmatan dalam sektor kewangan.
Menurut BNM,
institusi perbankan dikehendaki menggariskan terma dan syarat utama secara
konsisten dengan menggunakan templat yang disediakan ABM selepas berunding
dengan BNM.
BNM juga menjelaskan
jumlah bayaran pokok hanya merujuk kepada amaun pinjaman untuk harga pembelian
harta kediaman. Bagaimanapun, pinjaman atau pembiayaan boleh digunakan untuk
menampung kos pengubahsuaian dan Asurans Gadai Janji Berkurangan Tempoh (MRTA).
Sementara itu, Ketua
Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, berkata
persatuan menyokong arahan berkenaan kerana ia memudahkan pengguna membeli
rumah.
"Sebagai contoh
pembeli terpaksa menandatangani setiap helaian Surat Perjanjian Jual Beli Rumah
(S&P) yang tebal dengan tulisan bersaiz kecil sehingga ramai yang hanya
menandatanganinya tanpa membaca perjanjian.
"Inisiatif baru
ini sudah lama kami perjuangkan bagi meringankan bebanan pengguna,"
katanya.
Friday, January 4, 2013
638) EMEL PILIHAN-AirAsia granted 6 months to operate flights
Posted on 23
November 2012 – 05:36am
Presenna
Nambiar sunbiz@thesundaily.com
PETALING
JAYA (Nov 23, 2012): AirAsia Bhd has been granted with an air operator’s
certificate (AOC) by the Department of Civil Aviation (DCA) to fly for another
five months — instead of a two-year period — for not meeting regulatory
standards, said sources.
The current
AOC is valid until April 2013.
Sources told
SunBiz that AirAsia had only obtained a six-month AOC — an approval granted
from the DCA to an aircraft operator to allow it to use aircraft for commercial
purposes — after periodical audit findings by DCA showed shortcomings in
AirAsia’s flight operations procedures and practices including flawed communications
between flight operations and pilots, an outdated manual and flight operations
not in keeping with the manual.
The
six-month period allows for AirAsia to work with the DCA to bring its flight
operations procedures and practices up to mark.
It is also
understood that AirAsia’s head for flight operations has been changed due to
the action.
Three key
posts in an airline are nominated with the approval of the DCA, namely the head
for flight operations, engineering maintenance system and crew training.
“The fact
that they have not grounded AirAsia aircraft shows that it’s not a serious
safety issue, but this action still serves as a warning,” one source told
SunBiz.
Scheduled
commercial airlines based in Malaysia are awarded two-year renewals of AOC by
DCA.
In other
markets, depending on the track record of the airline, AOCs can be valid for up
to five years before a renewal is due.
While the
audit is a biennial affair, the DCA conducts inspections on airlines at least
once a year.
According to
another source, a two-year renewal is given if airlines meet standards set by
the regulator. Otherwise they are given a period of time, depending on the
issue, to comply before a renewal of AOC is given, or it is revoked entirely.
In the event
of a withdrawal of an AOC, the airline can work to meet standards set and
re-apply for an AOC which will have to be approved by the Cabinet.
AirAsia and
DCA officials did not respond to questions sent via e-mail, as at press time.
An industry
observer said it is unlikely that AirAsia will let the situation progress to an
outright withdrawal of AirAsia’s AOC, ultimately grounding its flights.
“They
(AirAsia) will definitely address whatever issues DCA have and make sure they
bring in the right people and fire the wrong people, because too much is at
stake.”
He added
that while the action taken by DCA is unlikely to have any financial impact on
AirAsia as a company, it may impact its reputation as an airline and its
ability to secure the best deals for financing in the future.
Stay tuned
for more news from malaysiaairlinesfamilies and airasiafamilies!
( Lain kali jangan angkuh
sangat tanpa mengambil kira kepentingan pengguna! )
Subscribe to:
Posts (Atom)
PERJUANGAN KAMI
ARKIB ARTIKEL
-
▼
2013
(400)
-
▼
January
(21)
- 694) BERITA-Lanjutan Isu Penipuan Linguaphone
- 693) BERITA PPIM: KALIMAH ALLAH HAK ISLAM
- 692) BERITA PPIM : BEKAS KERANI TANGGUNG HUTANG SY...
- 691) Aduan Membabit ‘Penipuan ‘ Yang Dilakukan De...
- 690) BERITA-DIBANKRAP SELEPAS HILANG MYKAD
- 689) ADUAN: PENIPUAN MEMELUK ISLAM
- 688) ARTIKEL PILIHAN 'IKAN GMO'- Attack of the Fra...
- 687) BERITA- Lantik farmasi, pengamal perubatan sah
- 649) ARTIKEL PILIHAN DARI HARIAN METRO 16/1/13-Ama...
- 648) BERITA PPIM : Mangsa Muflis Kelalaian Bank
- 647) BERITA PPIM-MBSB Zalim Kepada Pengguna Kata PPIM
- 646) EMEL PILIHAN-BLESSED FRUIT
- 645) BERITA PPIM : Bangunan Belum Siap, Tapi Dah T...
- 644) BERITA PILIHAN: 'I'm not a bankrupt'
- 643) ADUAN PILIHAN : Latest Phone Scam
- 642) NST 2/1/13-`Clarion call for unity and fairness'
- 641) HARIAN METRO 08/01/13-'Saya Janji Akan Bayar'
- 640) UTUSAN MALAYSIA 08/01/13-Papa diminta jelas j...
- 639) BERITA HARIAN 29/12/12 -Bank Negara seragam d...
- 638) EMEL PILIHAN-AirAsia granted 6 months to oper...
- 673) Aduan Pilihan-Kempen Mengurangkan Umat Is...
-
▼
January
(21)