Showing posts with label PEMBANTU RUMAH. Show all posts
Showing posts with label PEMBANTU RUMAH. Show all posts
Friday, October 7, 2016
Tuesday, January 8, 2013
640) UTUSAN MALAYSIA 08/01/13-Papa diminta jelas justifikasi kos amah
KUALA LUMPUR 7 Jan. - Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing Malaysia (Papa) digesa menjelaskan justifikasi dan perincian kos pengambilan pembantu rumah ekoran bayaran yang ditetapkan tidak munasabah dan terlalu membebankan majikan.
Setiausaha Kerja Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, jumlah itu jauh lebih tinggi daripada kemampuan sebilangan besar majikan yang berpendapatan sederhana.
"Sepatutnya Papa duduk semeja berbincang dengan persatuan pengguna sebelum menetapkan kos pengambilan tersebut bagi memastikan kadar yang ditetapkan relevan dengan kemampuan majikan.
"Jangan keterlaluan dalam mengaut keuntungan, penentuan kos itu perlu mengambil kira pandangan majoriti pengguna kerana mereka yang akan menggunakan perkhidmatan pembantu rumah berkenaan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas pengumuman Presiden Papa, Jeffry Foo mengenai kos pengambilan pembantu rumah Indonesia ditetapkan pada harga RM6,700 berkuatkuasa serta-merta.
Struktur baharu itu tidak termasuk tambahan RM1,000 sebagai pinjaman kepada pembantu rumah untuk berkongsi yuran Penempatan Tenaga Kerja Indonesia Sektor Domestik di Indonesia.
Menurut Nadzim, penetapan kos pengambilan amah perlu mencapai kata sepakat kerana isu itu akan berlanjutan dan dikhuatiri boleh menggugat persefahaman antara dua buah negara.
Naib Presiden Gabungan NGO Malaysia, Datin Reny Rahayu Mohd. Ishak pula berkata, kos pengambilan pembantu rumah terlalu tinggi jika dibandingkan dengan pendapatan bulanan majoriti rakyat di negara ini.
"Penetapan kos tersebut perlu mengambil kira keadaan ekonomi bagi kebanyakan majikan. Majikan daripada golongan berkemampuan dan berada, tidak mempunyai masalah dalam hal ini.
"Sebaliknya, bagi golongan berpendapatan sederhana, sudah tentu kos itu sangat membebankan apatah lagi mereka mempunyai banyak komitmen," katanya.
Menurutnya, perbincangan perlu diadakan dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang lain bagi mencapai kata sepakat dalam penentuan kos pengambilan pembantu rumah.
Dalam masa sama, beliau turut tidak bersetuju dengan keutamaan yang akan diberikan kepada sebuah keluarga yang memerlukan seorang pembantu bagi menjaga anak-anak kecil atau orang tua.
"Majikan yang mempunyai ramai anak walaupun sudah meningkat dewasa tetap memerlukan khidmat pembantu rumah bagi melakukan kerja-kerja seharian.
"Hal ini kerana ibu bapa juga perlu keluar mencari rezeki dan mereka mempunyai masa terhad untuk menyempurnakan tugasan di rumah," katanya.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130108/dn_14/Papa-diminta-jelas-justifikasi-kos-amah#ixzz2HNqmywsS
© Utusan Melayu (M) Bhd
Subscribe to:
Posts (Atom)
PERJUANGAN KAMI
ARKIB ARTIKEL
-
▼
2026
(460)
-
▼
November
(18)
- JIMAT 10 PERATUS, BERSEDIA HADAPI KRISIS - UTUSAN ...
- KUNJUNGAN HORMAT PPIM KE MPAJ - MAJLIS PERBANDARAN...
- AKTIVITI | KUNJUNGAN HORMAT LHDN KE PPIM - PPIM - ...
- PENDIDIKAN BUKAN BEBANAN KEWANGAN: PPIM BANTAH TEG...
- PPIM GESA IBU BAPA TANGGUH TANDATANGAN SURAT AKU J...
- PPIM BIMBANG KEMUNGKINAN UiTM KAMPUS TAWAU DITUTUP...
- PPIM BANTAH SPEKULASI CADANGAN PENUTUPAN UiTM KAMP...
- PETROL BERCAMPUR AIR: SUKAR BUKTI PUNCA! - HARIAN ...
- TAUKE KILANG AYAM KARAN DITAHAN - HARIAN METRO - 0...
- 40,000 AYAM DIRAGUI STATUS HALAL SETIAP HARI - UTU...
- PEKERJA TIDAK BACA 'BISMILLAH' - HARIAN METRO - 02...
- 40,000 AYAM DIRAGUI STATUS HALAL SETIAP HARI - UTU...
- AKTIVITI | KUNJUNGAN HORMAT GABUNGAN PERSATUAN TOM...
- PPIM BANTAH CADANGAN PENUTUPAN UiTM KAMPUS TAWAU:P...
- PENGGUNA ISLAM PERLU SEMAK STATUS SEMBELIHAN AYAM,...
- PENGGUNA ISLAM PERLU SEMAK STATUS SEMBELIHAN AYAM,...
- AKTIVITI | PERJUMPAAN PPIM BERSAMA PENGARAH SEKSYE...
- PETROL BERCAMPUR AIR: PENGGUNA 'GIGIT JARI' - HARI...
-
▼
November
(18)












