Showing posts with label ANUGERAH KAMBING. Show all posts
Showing posts with label ANUGERAH KAMBING. Show all posts

Saturday, May 10, 2014

1895) RAKYAT NEWS 9/05/2014 - MBSB TERIMA ANUGERAH PERBANKAN KAMBING HITAM

MBSB Terima Anugerah Perbankan Kambing Hitam

KUALA LUMPUR 9 Mei -  Malaysia Building Society Berhad (MBSB) dianugerahkan perbankan kambing hitam oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) selepas melelong dan menjual harta pengguna dengan tidak mengikut tatacara yang ditetapkan institusi kewangan.
Ketua aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata MBSB merupakan badan kewangan yang mempunyai masalah memandangkan badan kewangan tersebut langsung tidak boleh menjalankan rundingan ketika pengguna menghadapi masalah.
“Kami mendapat rintangan daripada pihak MBSB ketika mahu membincang mengenai polisi mereka bagi bersama-sama mencari cara menyelesaikan masalah pengguna yang lewat bayar.
“Yang kita gusar adalah hari ini ramai pengguna terkesan dengan tindakan MBSB yang dilihat tidak berlaku adil dan tidak mempunyai sifat kemanusiaan,” katanya kepada pemberita ketika membuat sidang media di sini, hari ini.
Diantara masalah yang dibangkitkan pada hari ini termasuklah masalah pengguna yang hanya dikenali sebagai Faridah apabila kenyataan akaun dan kira-kira yang dimintanya tiga tahun lalu hanya dibalas oleh pihak MBSB pada 18 April 2014.
Disamping itu, pengguna yang dikenali sebagai Satesh menerima musibah apabila MBSB melelong rumah yang didudukinya tanpa sebarang notis ekoran lewat menjelaskan tunggakan ansuran pinjaman perumahannya selama satu setengah bulan.
Manakala, Aktivis PPIM, Mohd Mustaffa Hamzah berkata MBSB tidak mengikut tatacara yang sepatutnya apabila PPIM menerima pelbagai aduan berhubung keburukan untuk berurusan bersama badan kewangan tersebut.
“Banyak kita menerima aduan daripada pengguna dan kebanyakkannya daripada pengguna ini dibuli dengan sewenang-wenangnya dengan MBSB.
“Ramai dikalangan pengguna yang dapat kemudahan daripada MBSB yang telah dimufliskan tanpa mengikut prosidur yang sepatutnya MBSB jalankan,” katanya lagi.


Friday, January 11, 2013

645) BERITA PPIM : Bangunan Belum Siap, Tapi Dah Terbakar




Petang tadi, kami mendapat berita bahawa, salah satu projek di Ampang yang masih dalam pembinaan oleh syarikat 'KEBAL dan mendapat banyak kelebihan dan layanan istimewa pihak tertentu' yang juga calon Anugerah Tidak Prihatin (OXP) PPIM, Mayland Goup telah terbakar dan membahayakan penduduk awam.

Dengan berlakunya kejadian ini, diharapkan Pihak Berkuasa tertentu menyiasat keupayaan dan kemampuan syarikat ini yang menyebabkan bangunan ini terbakar sebelum siap dan dapat menyedar dan membuka mata pihak tertentu.

Thursday, February 9, 2012

BERITA:PENYERAHAN PENCALONAN ANUGERAH KAMBING KEPADA HONG LEONG CREDIT CARD CENTER


pencalonan
ANUGERAH KAMBING
( Pertama kali di dunia )

1.
Sebagai manusia, sebagai pengguna, sebagai pembayar cukai, sebagai rakyat Malaysia, kita berusaha dan mengharapkan agar memperolehi barangan atau perkhidmatan yang terbaik.
2.
Namun demikian, sering kali perkhidmatan dan barangan yang diterima amatlah mengecewakan, di bawah piawaian yang boleh diterima disebabkan kecuaian, tiada dedikasi,tiada kesungguhan, tiada fokus.
Arkitek tidak merekabentuk bangunan dengan baik, kontraktor menyiapkan kerja sambil lewa, pemandu tidak berhati-hati, pemeriksa tidak memeriksa dengan tekun, pengurus tidak mengurus dengan baik sehinggakan kualiti perkhidmatan yang diberikan terpaksa diberikan berkali-kali, terpaksa diperbetul, diperbaiki…
Pegawai bank tidak menyelia pembiayaan dengan baik, tiada memberi perkhidmatan setanding dengan nama dan imej bank.
3.
Perkara yang dapat dilakukan dalam masa satu jam mengambil masa sehingga 10 hari. Perkara asas diambil mudah dan terpaksa diulang berkali-kali. Perkhidmatan dan barangan yang diberikan tidak cukup mutunya menyebabkan kerugian, kematian, kecacatan, kebakaran, kerosakan, kesusahan, kesukaran, ketidakselesaan dan kesengsaraan..
4.
Maka dengan ini mereka yang terlibat perlu diberi anugerah atas pencapaian rendah mereka sebagai peringatan dan sebagai petanda bahawa pengguna mahukan perkhidmatan terbaik, setimpal dan standing dengan nilai yang dibelanjakan.
Mulai hari ini satu pasukan pemantau pengguna telah dibentuk bagi memantau perkhidmatan atau produk dan akan mula menerima pencalonan dari para pengguna yang jelak dengan kualiti jelik yang diterima masyarakat. Mereka akan mencalonki memantau mana-mana organisasi yang gagal menepati mutu perkhidmatan aan anugerah kambing kepada Sekretariat Anugerah Kambing di Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).
Walau bagaimanapun, pencalonan ini boleh dibantah.
5.
Pada hari ini Anugerah Kambing telah dicalonkan oleh para pelanggan kad kredit Hong Leong Bank yang didakwa cuai dalam meluluskan transaksi melibatkan jumlah puluhan juta ringgit melibatkan sindiket “Mat Kiosk” dan “Water Drops” dan lain-lain. Atas “kecuaian” itu mereka kini menghadapi  pelbagai masalah kewangan dan tindakan mahkamah.
6.
Mereka mahukan masalah ini disiasat segera oleh pihak atasan Hong Leong Bank dan Bank Negara Malaysia bagi mendapat keadilan.
7.
Walau bagaimanapun, pencalonan ini boleh dibantah. Sekian [END]


PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL