Showing posts with label TUNTUTAN GANTI RUGI. Show all posts
Showing posts with label TUNTUTAN GANTI RUGI. Show all posts

Thursday, July 28, 2022

ISU TANAH 99 SEN: PENEROKA FELDA LEMBAH KLAU MOHON SULTAN PAHANG CAMPUR TANGAN - MEDIA VARIASI - 27/07/2022

 

KUALA LUMPUR: Ratusan peneroka Felda Lembah Klau, di Pahang merayu dan memohon bantuan Sultan Pahang, Sultan Abdullah Al-Haj ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, untuk mencemar duli melihat sendiri keperitan rakyat menuntut pembelaan berhubung nilai tanah tidak masuk akal pada harga 99 sen, sejak lebih 10 tahun lalu.

Ini kerana, mereka tiada pilihan lain lagi untuk mendapatkan keadilan selepas beberapa pertemuan dengan pihak berkaitan termasuk kerajaan, Felda, pegawai daerah dan negeri yang sehingga kini belum menerima maklum balas.

Presiden Persatuan Anti Diskriminasi dan Salah Laku, Datuk Mohd Fakrunizam Ibrahim mewakili peneroka berkata, tiba masanya isu berkenaan sampai ke pengetahuan Sultan Pahang melalui media kerana percaya, baginda tidak dimaklumkan mengenai perkara itu sehingga saat ini.

“Mungkin Tuanku tidak tahu (isu), kadang ada pemimpin di bawah sengaja sorok isu dan nampak elok di mata tetapi hakikatnya, rakyat menderita.

“Kalau boleh patik mohon Tuanku untuk mencemar duli melihat masalah rakyat Pahang di Lembah Klau, sebab kesian untuk mereka dan generasi akan datang.

“Mereka terpaksa buat macam ni (pendedahan media) beritahu satu negara supaya masalah mereka didengari, kerana lebih 10 tahun disekat, diperlekeh dan diperlaku macam itu saja tanpa pembelaan. Jadi mereka datang juga ke sini untuk bantuan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media peneroka Felda Lembah Klau, Raub ditipu, bersama Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, di sini.

Peneroka, Tengku Badri Tengku Jaafar, mendakwa ada wakil rakyat cuba menabur ‘gula-gula’ kepada peneroka dengan menawarkan tanah tiga hingga enam ekar supaya meredakan isu tuntutan mereka, selepas MEDIA VARIASI membongkar pendedahan dan tular di media sosial baru-baru ini.

“Saya dimaklumkan, tawaran itu berlaku dalam mesyuarat bersama ahli bahagian kawasan.

“Saya difahamkan, ada yang dia tawarkan tiga ekar kepada belia dan enam ekar kepada penduduk, tetapi tiada hitam putih. Akhirnya tiada penyelesaian, cuma ‘gula-gula’kan atas mulut, mungkin nak redakan keadaan kami,” dakwanya.

Sementara itu, Nadzim berkata, beliau hairan bagaimana penganiayaan secara terbuka terhadap penduduk kawasan tidak mendapat perhatian pihak berwajib.

“Sudah sekian lama, tiga kali pilihan raya sudah berlalu tetapi masalah mereka masih tidak selesai, mana janji-janji ketika pilihan raya dulu.

“Apakah kerana mereka orang kampung dan tidak mendatangkan keuntungan sehingga dibiarkan terus dibelenggu masalah ini selama lebih 10 tahun,” katanya yang akan turut membantu menyediakan pihak guaman supaya dapat membela nasib penduduk.

Beliau turut menyarankan kepada peneroka supaya membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis supaya isu berkenaan diambil berat dan tidak dipandang enteng.

MEDIA VARIASI sebelum ini melaporkan pembongkaran bersiri tentang penyelewengan pengambilan tanah peneroka Felda di Parlimen Raub itu bahawa harga melampau bagi seekar tanah iaitu 99 sen kaki persegi, dijual bagi projek Pembinaan Empangan Klau pada tahun 2008.

Bantahan 447 peneroka itu sudah berlangsung 14 tahun namun tidak diendahkan, nilai tanah yang amat rendah dibayar berbanding RM3.45 kaki persegi ketika perjanjian asal.

Susulan itu juga, terdapat dakwaan wakil rakyat cuba mendapatkan senarai warga peneroka Felda Lembah Klau yang belum menerima pampasan daripada PPIM.

Wartawan MEDIA VARIASI cuba mendapatkan penjelasan lanjut daripada wakil rakyat berkenaan namun hanya mengunci mulut tanpa sebarang penjelasan.

Artikel oleh: Media Variasi

ISU TANAH 99 SEN: PENEROKA FELDA LEMBAH KLAU MOHON SULTAN PAHANG CAMPUR TANGAN

https://mediavariasi.com/2022/07/isu-tanah-99-sen-peneroka-felda-lembah-klau-mohon-sultan-pahang-campur-tangan/

TVPPIM | PENEROKA FELDA DITIPU PEMBELI... KERAJAAN PERSEKUTUAN YANG MEMBELI..TOQQI - TVPPIM - 27/07/2022

 


Wednesday, July 27, 2022

TANAH PENDUDUK FELDA KLAU, RAUB DITIPU - KENYATAAN MEDIA PPIM - 27/07/2022

Kuala Lumpur, 27 Julai 2022 -  Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menerima aduan wakil penduduk Felda Klau, Raub yang mendakwa hak mereka diambil oleh pihak Kerajaan bagi tujuan pembangunan empangan Air Syabas Pahang-Selangor pada tahun 2008.

Bagaimanapun, sehingga kini penduduk masih belum menerima sebarang pampasan dan kerugian dianggarkan sekitar RM500 juta melibatkan tanah seluas 1500 ekar.

Setelah 14 tahun berlalu, namun tiada jalan penyelesaian bagi kes yang melibatkan 400 buah keluarga penduduk.

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@Toqqi berkata pihaknya berasa hairan bagaimana dalam zaman teknologi serba canggih kini sehinggakan kuman yang tidak dapat dilihat mampu manusia tawan, mengapa kejadian penganiayaan secara terbuka terhadap penduduk kampung tidak mendapat perhatian pihak berwajib?

"Apakah kerana mereka orang kampung dan tidak mendatangkan keuntungan kepada pihak berwajib hinggakan mereka dibiarkan terus dibelenggu masalah ini selama 14 tahun," katanya dalam satu sidang media di sini hari ini.

Menurut Nadzim, PPIM mahu pihak yang bertanggungjawab untuk tampil menyelesaikan masalah penduduk.

"Sudah sekian lama, tiga kali pilihanraya sudah berlalu tapi masalah mereka masih tidak selesai, mana janji-janji ketika pilihanraya dahulu, bila mahu diselesaikan masalah ini," katanya.

Sementara itu, wakil penduduk kampung berkata pihaknya sudah beberapa kali membawa perkara ini kepada Kerajaan dan Felda namun masih tiada jawapan.

"Alasan yang diberikan kepada kami masih sama, bayaran sudah dibuat. Namun mereka tidak membayar mengikut perjanjian yang dipersetujui," katanya.

Menurut wakil penduduk tersebut, mengikut persetujuan asal, mereka berjanji membuat bayaran sebanyak RM3.45 sekaki pada tahun itu.

"Sesetengah penduduk menerima bayaran RM1.05 sekaki dan ada hanya menerima RM0.99 sekaki," katanya.

Tambah beliau lagi ada diantara penduduk tidak menerima bayaran langsung.

Penduduk menggesa pihak berwajib tampil menjelaskan status pampasan yang telah dijanjikan kepada mereka dan mahu satu tarikh yang jelas sebagai tarikh pembayaran pampasan tersebut.

Kesusahan yang dialami oleh penduduk bertambah teruk kerana mereka tidak dapat menuai hasil tanaman mereka sebelum kerajaan selesai buat bayaran.

"Sakit hati kami kerana dalam kesusahan kami, ada kontraktor luar yang mengambil kesempatan untuk mendapatkan hasil sawit kami," katanya.

Dakwa beliau lagi, jika penduduk masuk ambil buah sawit mereka, polis akan tangkap. Terdapat juga kes penduduk yang telah meninggal dunia dan urusan pewarisan diurus oleh pihak Felda.

PPIM GESA KERAJAAN SEGERA BANTU PENEROKA FELDA KLAU - SINAR HARIAN - 27/07/2022

 

SHAH ALAM - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa kerajaan persekutuan segera bertindak bagi membantu seramai 458 peneroka Felda Klau, Raub yang mendakwa kerugian kira-kira RM748 juta.

Mereka mendakwa, kerugian itu terpaksa ditanggung selepas lebih 607 hektar tanah ladang sawit mereka diambil untuk projek empangan pemindahan air Pahang-Selangor pada 2008.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, sehingga kini ada antara peneroka masih belum menerima sebarang pampasan daripada kerajaan negeri dan bagi yang telah menerimanya pula, pampasan diberikan tidak berdasarkan nilai semasa tanah.

Malah katanya, berlaku pelbagai isu dalam urusan pengambilalihan tanah tersebut termasuk pampasan dibayar kepada peneroka Felda yang mempunyai geran tanah lebih rendah berbanding pampasan kepada orang bukan Melayu yang menghuni kawasan itu.

"Ramai juga orang Melayu pemilik tanah itu tidak dibayar pun menyebabkan mereka hidup susah dan merempat.

"Bagi membantu dan membela semua peneroka yang terlibat ini, PPIM juga akan sediakan peguam, namun diharap kerajaan dapat tampil membantu," katanya pada sidang media di Kuala Lumpur yang disiarkan secara langsung di Facebook PPIM pada Rabu.

Sementara itu, wakil peneroka, Tengku Badri Tengku Jaafar berkata, walaupun harga yang dipersetujui peneroka ketika itu RM3.45 sekaki persegi tanah, namun mereka hanya mendapat pampasan 99 sen, RM1.05 atau RM1.17 sekaki persegi sahaja.

"Macam saya sendiri hanya terima pampasan RM400,000 sahaja walaupun pada masa itu saya sepatutnya dapat RM1.5 juta.

"Ada kawan-kawan lain yang tanah kebunnya tenggelam keseluruhannya namun masih belum dapat apa-apa bayaran pun," ujarnya kesal.

Lebih menyedihkan, dakwanya, penduduk Orang Asli yang turut terlibat dengan pengambilan tanah itu diberi layanan istimewa.

"Rumah mereka diganti semula, diberi tanah seluas 2.8 hektar ekar, dibayar wang pampasan untuk setiap pokok (durian) di tanah yang dihuni itu serta diberi wang sara hidup RM650 sebulan selama lima tahun.

"Jadi mereka masih ada sesuatu untuk masa depan anak cucu mereka sedangkan kami paling tinggi hanya dibayar RM400,000 tanpa ada kelebihan lain," jelasnya.

Menurutnya, mereka mahu perbincangan dibuat segera antara pihak kerajaan negeri dan semua peneroka terlibat agar mereka memperoleh pampasan atau ganti rugi mengikut harga semasa tanah berkenaan.


Artikel oleh: Sinar Harian

PPIM GESA KERAJAAN SEGERA BANTU PENEROKA FELDA KLAU

https://www.sinarharian.com.my/article/213324/BERITA/Semasa/PPIM-gesa-kerajaan-segera-bantu-peneroka-Felda-Klau

Saturday, April 17, 2021

5556) PANDUAN TUNTUTAN AKIBAT VAKSINASI AKAN DIUMUM ISNIN - UTUSAN MALAYSIA - 15/04/2021

 


PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan akan mengumumkan garis panduan permohonan tuntutan waris mangsa kematian akibat Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Menterinya, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, beliau sendiri akan menjelaskan mengenai perkara itu ekoran timbul kebimbangan kononnya tiada pampasan jika mangsa meninggal dunia.

“Insya-Allah, pada Isnin minggu depan saya akan mengumumkannya sendiri agar waris yang terlibat lebih tahu prosedur lengkap sekiranya berlaku insiden tidak diingini tersebut,” katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan buku ‘Malaysia Health Sector Response To Covid-19 Pandemic: Perspective From The Field’ di pejabatnya di sini hari ini.

Semalam Utusan Malaysia melaporkan keluhan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berhubung ketiadaan kaedah untuk waris mangsa yang sehingga kini dakwanya, Kementerian Kesihatan masih belum mengeluarkan prosedur operasi standard (SOP) terperinci kepada mereka yang mahu membuat tuntutan pampasan.

Adham berkata, untuk mereka yang terkesan teruk akibat Covid-19 termasuk kes kematian, ia di bawah peranan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).

“Badan ini ada peruntukan khas yang disediakan oleh kerajaan menerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN) jika punca pesakit disahkan maut disebabkan pandemik itu sendiri,” tegasnya.

Untuk itu beliau meminta waris pesakit agar tampil berunding dengan Nadma bagi mendapatkan penjelasan dan memohon pampasan selain melampirkan dokumen sokongan.

Menyentuh isu petugas kementerian itu mula dihantar ke Sarawak ekoran situasi serius Covid-19 di negeri tersebut, beliau memberi jaminan bilangan staf cukup di seluruh negara.

Katanya, ini termasuk keperluan petugas kesihatan yang akan mengikut rombongan bakal haji Malaysia ke Tanah Suci pada bulan depan setelah kuota rasmi dimaklumkan kerajaan Arab Saudi.

“Mereka yang diberikan peluang bertugas ke sana, akan divaksin lengkap dua dos dan ketika ini saya yakin kesemua petugas sudah selesai menjalani PICK dalam fasa pertama,” katanya.

Adham dalam tinjauannya di Kuching mengumumkan penghantaran sejumlah 1,436 petugas kementerian dari seluruh negara ke negeri tersebut yang kritikal pandemik Covid-19.

Kumpulan pertama yang berjumlah 430 orang akan dihantar pada 21 April depan dan mereka dijangka tiba secara berperingkat ekoran perlu melalui ujian calitan dan kuarantin wajib di sana.


Artikel oleh: Utusan Malaysia

PANDUAN TUNTUTAN AKIBAT VAKSINASI AKAN DIUMUM ISNIN

Thursday, April 15, 2021

5552) MGNEWS: KKM PERLU SEDIA SOP JELAS TUNTUTAN PENERIMA VAKSIN TERKESAN - NADZIM JOHAN - MALAYSIA GAZETTE TV - 14/04/2021

 


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) perlu mewujudkan satu unit khas untuk mengendalikan kes-kes aduan membabitkan penerima vaksin Covid 19 yang terkesan. 

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata langkah itu bagi memudahkan penerima vaksin dapat membuat tuntutan mereka. 

Ujarnya, ketika ini KKM mengesahkan individu yang telah menerima vaksin dan meninggal dunia disebabkan oleh penyakit kronik iaitu sakit jantung.



Artikel oleh: Malaysia Gazette TV

MGNEWS: KKM PERLU SEDIA SOP JELAS TUNTUTAN PENERIMA VAKSIN TERKESAN  


5551) MGTV LIVE : ADAKAH AHLI KELUARGA BOLEH MEMBUAT TUNTUTAN BAGI PENERIMA YANG TERKESAN INI? - PPIM - MALAYSIA GAZETTE TV - 14/04/2021

 


Sidang Media PPIM 'segera wujud SOP tangani kesan sampingan Vaksin COVID 19'



Sumber: Malaysia Gazette TV

MGTV LIVE : ADAKAH AHLI KELUARGA BOLEH MEMBUAT TUNTUTAN BAGI PENERIMA YANG TERKESAN INI? - PPIM

5550) WUJUD UNIT KHAS KENDALI ADUAN PENERIMA VAKSIN COVID-19 - PPIM - MALAYSIA GAZETTE - 14/04/2021

 


KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) perlu mewujudkan satu unit khas bagi mengendalikan kes-kes aduan membabitkan penerima vaksin Covid 19 yang mengalami implikasi kesihatan.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, dengan ada unit khas itu ia akan memudahkan penerima vaksin yang mengalami implikasi kesihatan membuat tuntutan.

Menurutnya, berdasarkan kejadian-kejadian sebelum ini KKM hanya mengesahkan individu yang telah menerima vaksin dan meninggal dunia disebabkan oleh penyakit kronik iaitu sakit jantung.

“Hampir kebanyakan kematian (selepas menerima vaksin) dirujuk sebagai sakit jantung. Persoalannya adakah ahli keluarga boleh membuat tuntutan bagi penerima yang terkesan ini.

“Atau bagaimana cara ahli keluarga hendak meneruskan tuntutan atas kematian mangsa. Adakah implikasi yang dialami oleh penerima vaksin ini boleh dituntut atau sebaliknya, semua perkara ini masih tidak jelas,” katanya pada sidang media ‘Segera Wujud SOP Tangani Kesan Sampingan Vaksin Covid-19’ di sini, hari ini.

Pada 14 April lalu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, kerajaan bersetuju untuk memberi RM500,000 sebagai bantuan khas kewangan kesan mudarat Covid-19 kepada rakyat tempatan dan warga asing di negara ini sekiranya berlaku hilang upaya kekal ataupun kematian disebabkan suntikan pelalian itu.

Menurut Nadzim, sebelum ini kerajaan juga pernah mengumumkan akan memberi bantuan mereka yang terkesan dan perkara itu dimaklumkan Menteri Sains,Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin berdasarkan garis panduan yang dilakukan di Singapura.

Tambah beliau, tuntutan amat penting bagi membantu mangsa atau ahli keluarga yang terjejas akibat implikasi kesihatan yang diterima oleh penerima vaksin.

Sementara itu, Nadzim mencadangkan satu prosedur operasi standard (SOP) yang jelas serta telus perlu disediakan KKM bagi memberi keyakinan kepada orang ramai untuk mengambil suntikan vaksin Covid-19.

Ujarnya, dengan adanya SOP itu, hasrat kerajaan untuk mencapai imuniti kelompok mampu tercapai.

Nadzim juga mengesyorkan KKM supaya telus dalam mengeluarkan data penerima vaksin Covid-19 yang mengalami implikasi kesihatan termasuk kematian.

Keterbukaan itu penting bagi mengelakkan tercetusnya berita-berita palsu dari pihak-pihak lain, katanya.

“Ini kerana ada berita yang tersebar bukan kenyataan dari KKM tetapi spekulasi netizen,” jelasnya.


Artikel oleh: Malaysia Gazette

WUJUD UNIT KHAS KENDALI ADUAN PENERIMA VAKSIN COVID-19 - PPIM

https://malaysiagazette.com/2021/04/14/wujud-unit-khas-kendali-aduan-penerima-vaksin-covid-19-ppim/

5549) PPIM TO GOVT: BE CLEAR ON SPECIAL COMPENSATION FOR VACCINE SIDE EFFECTS - NEW STRAITS TIMES - 14/04/2021

 


KUALA LUMPUR: The government should make clear the circumstances that warrants a compensation to be made in the RM10 million Special Financial Aid for Severe Adverse Covid-19 Effects.

Malaysia Muslim Consumers Association (PPIM) lead activist Datuk Nadzim Johan said it was crucial for vaccine recipients who may face adverse effects after being immunised, to be provided with more details.

The announcement by Health Minister Datuk Seri Dr Adham Baba on the special aid recently was not in depth, said Nadzim.

He said it was not properly defined the degree of serious side effects and need of long term medical care which provides a compensation of RM50,000; as well as RM500,000 for those face permanent disabilities or death.

"Until all these information are clearly spelt out, it will only cause more confusion. We have received queries from frontliners who wondered if they were able to claim for compensation as they became unwell and were unable to go to work after being inoculated.

"There were queries from concerned people who wondered if their family members could claim for death compensation if it was not proven that one had died because of the vaccine but due to a pre-existing medical condition after getting the doses.

"Would their compensation be challenged if that is the case? Those who had reached out to us are at a loss. So its important that this is addressed and the compensation process should be made easy," said Nadzim in a press conference today.

Nadzim suggested that a Covid-19 Special Support Group is formed by the Health Ministry to tackle queries from vaccine recipients as the nation gears towards Phase 2 and 3 of the National Immunisation Programme.

He said it would help greatly to drive vaccine registration and boost confidence among the population amid reported cases of side effects such as dizziness, fever, chills, fatigue as well as blood clots.


Article by: New Straits Times

PPIM TO GOVT: BE CLEAR ON SPECIAL COMPENSATION FOR VACCINE SIDE EFFECTS

https://www.nst.com.my/news/nation/2021/04/682283/ppim-govt-be-clear-special-compensation-vaccine-side-effects

5548) KESAN SAMPINGAN VAKSINASI COVID-19: PPIM SEDIA BANTU RAKYAT BUAT TUNTUTAN TERHADAP KERAJAAN - SAMUDERA.MY - 14/04/2021

 


KUALA LUMPUR, 14 April 2021 – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersedia membantu penerima vaksin COVID-19 yang mengalami kesan sampingan selepas suntikan vaksinasi untuk membuat aduan dan menuntut ganti rugi terhadap kerajaan.

Bercakap dalam sidang media yang diadakan hari ini di pejabat PPIM, Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata, “Sementara kerajaan keluarkan kaedah tuntutan, PPIM bersedia menerima aduan atau mencari kaedah. Kita harap dapat buat sesuatu untuk ringankan beban pihak yang terkesan dari Covid. Sementara kita boleh buat sesuatu yang datang dari pelbagai pihak seperti masalah kewangan.”

Kata beliau yang lebih dikenali dengan panggilan Toqqi, PPIM telah menerima banyak aduan mengenai kesan sampingan suntikan vaksin COVID-19, namun, apabila perkara ini diadukan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), tiada jawapan diberikan.

“Aduan diterima kesan suntikan, banyak. KKM masalah sikit. Bila PPIM tanya, tak mahu jawab.”

Oleh hal yang demikian, PPIM berharap agar kerajaan dan KKM dapat memberi kaedah yang jelas kepada rakyat bagaimana untuk membuat tuntutan.

“Kita harap kerajaan terutama KKM perlu beri kaedah yang jelas supaya kita boleh teruskan tuntutan yang dibuat pihak mangsa.”

“Kita nak ada satu kesefahaman supaya perkara ni dapat reda. Apa kaedah atau tindakan dibuat oleh kerajaan.”

Tegas Toqqi lagi, apa yang diperlukan rakyat ketika ini adalah saluran maklumat yang benar dan tepat.

“Yang penting adalah maklumat. Kerajaan tak bagi maklumat. Cuma bagi di telefon. Bila tak sure, (rakyat) akan jadi curiga.”

Justeru, Toqqi sekali lagi menegaskan, adalah amat penting bagi kerajaan berkongsi apa-apa maklumat berkaitan dengan vaksinasi COVID-19.

“Basically, nak atasi fake news, kerajaan perlu keluarkan berita sahih.”

“Kerajaan perlu buat sesuatu untuk tangani perkara ini. Nanti takut jadi huru-hara dan orang marah.”

Artikel oleh: Samudera.my

KESAN SAMPINGAN VAKSINASI COVID-19: PPIM SEDIA BANTU RAKYAT BUAT TUNTUTAN TERHADAP KERAJAAN

https://www.samudera.my/kesan-sampingan-vaksinasi-covid-19-ppim-sedia-bantu-rakyat-buat-tuntutan-terhadap-kerajaan/

5547) TUBUH UNIT KHAS KENDALI ADUAN PENERIMA VAKSIN COVID-19 - PPIM - PN BBC PORTAL - 14/04/2021

 


14 APRIL : Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mewujudkan unit khas dalam mengendalikan kes-kes aduan membabitkan penerima vaksin COVID-19 yang mengalami implikasi kesihatan. 

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, berdasarkan kejadian-kejadian sebelum ini, KKM hanya mengesahkan individu yang telah menerima vaksin dan meninggal dunia disebabkan oleh penyakit kronik iaitu sakit jantung.

Justeru, beliau berkata, dengan adanya unit khas itu akan memudahkan penerima vaksin yang mengalami implikasi kesihatan membuat tuntutan.

“Hampir kebanyakan kematian selepas menerima vaksin dirujuk sebagai sakit jantung. Persoalannya adakah ahli keluarga boleh membuat tuntutan bagi penerima yang terkesan ini.

“Atau bagaimana cara ahli keluarga hendak meneruskan tuntutan atas kematian mangsa. Adakah implikasi yang dialami oleh penerima vaksin ini boleh dituntut atau sebaliknya, semua perkara ini masih tidak jelas,” katanya pada sidang media ‘Segera Wujud SOP Tangani Kesan Sampingan Vaksin Covid-19’ di Kuala Lumpur, hari ini.

Terdahulu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba menyatakan bantuan khas kewangan kesan mudarat COVID-19 sebanyak RM500,000 akan diberi kepada penerima vaksin di negara ini, jika berlaku hilang upaya kekal atau kematian disebabkan vaksin Covid-19. 

Adham berkata, perkara itu dipersetujui kerajaan dengan pemberian bantuan kepada penerima vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Selain itu, katanya, bantuan RM50,000 diberi jika berlaku kesan sampingan yang serius kepada penerima vaksin yang memerlukan rawatan berpanjangan di hospital.

Dalam pada itu, Nadzim memberitahu kerajaan juga sebelum ini pernah mengumumkan akan memberi bantuan kepada yang terkesan dan perkara itu dimaklumkan Menteri Sains,Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin berdasarkan garis panduan yang dilakukan di Singapura.

“Tuntutan berkenaan amat penting bagi membantu mangsa atau ahli keluarga yang terjejas akibat implikasi kesihatan yang diterima oleh penerima vaksin,” katanya. 

Sementara itu, Nadzim mencadangkan satu prosedur operasi standard (SOP) yang jelas serta telus perlu disediakan KKM bagi memberi keyakinan kepada orang ramai untuk mengambil suntikan vaksin COVID-19.

Tambah beliau, dengan adanya SOP itu, hasrat kerajaan untuk mencapai imuniti kelompok mampu tercapai.

“Saya juga mengesyorkan KKM supaya telus dalam mengeluarkan data penerima vaksin Covid-19 yang mengalami implikasi kesihatan termasuk kematian.

“Keterbukaan itu penting bagi mengelakkan tercetusnya berita-berita palsu dari pihak-pihak lain. Ini kerana ada berita yang tersebar bukan kenyataan dari KKM tetapi spekulasi netizen,” katanya. 



Artikel oleh: PN BBC Portal


TUBUH UNIT KHAS KENDALI ADUAN PENERIMA VAKSIN COVID-19 - PPIM


http://www.pnbbcportal.com/2021/04/14/tubuh-unit-khas-kendali-aduan-penerima-vaksin-covid-19-ppim/

5546) PPIM GESA KERAJAAN SEDIA SOP JELAS - HARIAN METRO - 15/04/2021

 


Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) meminta kerajaan mengeluarkan prosedur operasi standard (SOP) yang jelas untuk penerima suntikan vaksin Covid-19 membuat aduan dan ganti rugi jika mengalami kesan sampingan.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, kerajaan terutama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) perlu menerangkan kaedah jelas supaya tuntutan boleh dilakukan penerima vaksin terbabit.

Beliau berkata, pihaknya menerima banyak aduan daripada penerima vaksin dan waris yang mengalami pelbagai kesan sampingan dan tertanya-tanya bagaimana hendak menangani situasi tidak pasti itu.

Katanya, PPIM menerima 40 aduan setakat ini berkaitan kesan sampingan suntikan vaksin Covid-19.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media, semalam.

-------------------------------------

Artikel oleh: Harian Metro

PPIM GESA KERAJAAN SEDIA SOP JELAS

5545) PPIM GESA KERAJAAN SEDIA SOP JELAS [METROTV] - HARIAN METRO - 14/04/2021

 

Kuala Lumpur: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) meminta kerajaan mengeluarkan prosedur operasi standard (SOP) yang jelas untuk penerima suntikan vaksin Covid-19 membuat aduan dan ganti rugi jika mengalami kesan sampingan.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, kerajaan terutama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) perlu menerangkan kaedah jelas supaya tuntutan boleh dilakukan penerima vaksin terbabit.

Beliau berkata, pihaknya menerima banyak aduan daripada penerima vaksin dan waris yang mengalami pelbagai kesan sampingan dan tertanya-tanya bagaimana hendak menangani situasi tidak pasti itu.

"Kami terima 40 aduan setakat ini berkaitan kesan sampingan suntikan vaksin Covid-19.

"Mereka tidak tahu nak mengadu kepada siapa. Kebanyakannya dalam kategori golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang mungkin bermasalah jika nak ambil peguam.

"Kerajaan perlu jelaskan macam mana kaedah tuntutan pampasan supaya perkara berkaitan dapat diselesaikan. Nak isi borang apa, perlu hubungi siapa dan sebagainya. Jika borang tuntutan dihantar, sebutkan bila pampasan itu boleh dijelaskan.

NAZDIM (kiri) bersama Rizal ketika sidang media mengenai kewujudan SOP Pengurusan Kesan Sampingan Vaksin Covid-19. FOTO Hairul Anuar Rahim
NAZDIM (kiri) bersama Rizal ketika sidang media mengenai kewujudan SOP Pengurusan Kesan Sampingan Vaksin Covid-19. FOTO Hairul Anuar Rahim

Hadir sama peguam panel PPIM, Rizal Abdullah.

Sehubungan itu, Nadzim berkata, PPIM bersama barisan peguam bersedia membantu penerima vaksin Covid-19 yang mengalami kesan sampingan selepas suntikan vaksinasi untuk membuat aduan dan menuntut ganti rugi terhadap kerajaan.

Katanya, apa yang penting kerajaan menyalurkan semua maklumat mencukupi, benar dan tepat yang diperlukan rakyat khususnya berkaitan vaksinasi Covid-19.

"Secara asasnya nak atasi berita palsu, kerajaan perlu keluarkan berita sahih. Kerajaan perlu buat sesuatu untuk tangani perkara ini. Nanti takut jadi huru-hara dan orang marah," katanya.


Artikel oleh: Harian Metro

PPIM GESA KERAJAAN SEDIA SOP JELAS [METROTV]

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/04/695003/ppim-gesa-kerajaan-sedia-sop-jelas

5544) KKM PERLU SEDIA PANDUAN TUNTUTAN GANTI RUGI UNTUK PESAKIT COVID-19 - UTUSAN MALAYSIA - 14/04/2021

 


PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) digesa mewujudkan satu kaedah yang mudah dan mesra pengguna untuk mangsa-mangsa Covid-19 dan bagi mereka yang telah kehilangan mana-mana ahli keluarga akibat virus itu untuk menuntut wang pampasan yang telah dijanjikan pihak kerajaan.

Presiden Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, sehingga kini, pihak kementerian masih belum mengeluarkan prosedur operasi standard (SOP) yang terperinci kepada mereka yang mahu membuat tuntutan.

“Sebelum ini, kerajaan pernah menjanjikan pampasan kepada mangsa Covid-19, namun, sehingga kini, kebanyakan kes kematian melibatkan pesakit Covid-19 sering dikatakan berpunca daripada masalah kesihatan lain contohnya sakit jantung. Jadi, bagaimana cara mangsa atau keluarga mangsa membuat proses tuntutan?

“Sebelum ini, kerajaan telah menjanjikan untuk memberi sejumlah wang tuntutan kepada mangsa Covid-19 dan juga ahli keluarga mangsa Covid-19 yang meninggal dunia. Namun, sehingga sekarang masih belum ada apa-apa kaedah. Kekhuatiran mereka ini sangat difahami kerana masih tiada cara yang jelas diterangkan oleh pihak berwajib,” katanya di sini hari ini.

PPIM telah menerima banyak aduan dari mereka yang telah mendapat suntikan vaksin seperti yang dianjurkan oleh pihak kerajaan berikutan mereka mengalami kesan sampingan.

Antara kesan sampingan yang telah dikenal pasti adalah kesakitan, kemerahan dan bengkak di lengan yang disuntik.

“PPIM juga berharap kerajaan boleh menjadi lebih peka terhadap mangsa yang terkesan ini dengan membantu secara lebih serius dalam menangani kes-kes aduan ini.

“Memandangkan mereka masih belum mendapat maklum balas dan tindakan yang sepatutnya dari pihak berkuasa dan inilah persoalan yang masih menjadi tanda tanya sehingga kini,” katanya.

Nadzim meluahkan juga kebimbangannya apabila pengeluar vaksin tidak mahu bertanggungjawab atas apa jua kesan sampingan vaksin termasuk yang mahu menuntut ganti rugi daripada pihak kerajaan dan perkara itu dinyatakan dalam polisi syarikat vaksin.


Artikel oleh: Utusan Malaysia

KKM PERLU SEDIA PANDUAN TUNTUTAN GANTI RUGI UNTUK PESAKIT COVID-19

https://www.utusan.com.my/berita/2021/04/kkm-perlu-sedia-panduan-tuntutan-ganti-rugi-untuk-pesakit-covid-19/

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL