Showing posts with label TUNTUTAN PAMPASAN. Show all posts
Showing posts with label TUNTUTAN PAMPASAN. Show all posts

Thursday, July 28, 2022

ISU TANAH 99 SEN: PENEROKA FELDA LEMBAH KLAU MOHON SULTAN PAHANG CAMPUR TANGAN - MEDIA VARIASI - 27/07/2022

 

KUALA LUMPUR: Ratusan peneroka Felda Lembah Klau, di Pahang merayu dan memohon bantuan Sultan Pahang, Sultan Abdullah Al-Haj ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, untuk mencemar duli melihat sendiri keperitan rakyat menuntut pembelaan berhubung nilai tanah tidak masuk akal pada harga 99 sen, sejak lebih 10 tahun lalu.

Ini kerana, mereka tiada pilihan lain lagi untuk mendapatkan keadilan selepas beberapa pertemuan dengan pihak berkaitan termasuk kerajaan, Felda, pegawai daerah dan negeri yang sehingga kini belum menerima maklum balas.

Presiden Persatuan Anti Diskriminasi dan Salah Laku, Datuk Mohd Fakrunizam Ibrahim mewakili peneroka berkata, tiba masanya isu berkenaan sampai ke pengetahuan Sultan Pahang melalui media kerana percaya, baginda tidak dimaklumkan mengenai perkara itu sehingga saat ini.

“Mungkin Tuanku tidak tahu (isu), kadang ada pemimpin di bawah sengaja sorok isu dan nampak elok di mata tetapi hakikatnya, rakyat menderita.

“Kalau boleh patik mohon Tuanku untuk mencemar duli melihat masalah rakyat Pahang di Lembah Klau, sebab kesian untuk mereka dan generasi akan datang.

“Mereka terpaksa buat macam ni (pendedahan media) beritahu satu negara supaya masalah mereka didengari, kerana lebih 10 tahun disekat, diperlekeh dan diperlaku macam itu saja tanpa pembelaan. Jadi mereka datang juga ke sini untuk bantuan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media peneroka Felda Lembah Klau, Raub ditipu, bersama Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, di sini.

Peneroka, Tengku Badri Tengku Jaafar, mendakwa ada wakil rakyat cuba menabur ‘gula-gula’ kepada peneroka dengan menawarkan tanah tiga hingga enam ekar supaya meredakan isu tuntutan mereka, selepas MEDIA VARIASI membongkar pendedahan dan tular di media sosial baru-baru ini.

“Saya dimaklumkan, tawaran itu berlaku dalam mesyuarat bersama ahli bahagian kawasan.

“Saya difahamkan, ada yang dia tawarkan tiga ekar kepada belia dan enam ekar kepada penduduk, tetapi tiada hitam putih. Akhirnya tiada penyelesaian, cuma ‘gula-gula’kan atas mulut, mungkin nak redakan keadaan kami,” dakwanya.

Sementara itu, Nadzim berkata, beliau hairan bagaimana penganiayaan secara terbuka terhadap penduduk kawasan tidak mendapat perhatian pihak berwajib.

“Sudah sekian lama, tiga kali pilihan raya sudah berlalu tetapi masalah mereka masih tidak selesai, mana janji-janji ketika pilihan raya dulu.

“Apakah kerana mereka orang kampung dan tidak mendatangkan keuntungan sehingga dibiarkan terus dibelenggu masalah ini selama lebih 10 tahun,” katanya yang akan turut membantu menyediakan pihak guaman supaya dapat membela nasib penduduk.

Beliau turut menyarankan kepada peneroka supaya membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis supaya isu berkenaan diambil berat dan tidak dipandang enteng.

MEDIA VARIASI sebelum ini melaporkan pembongkaran bersiri tentang penyelewengan pengambilan tanah peneroka Felda di Parlimen Raub itu bahawa harga melampau bagi seekar tanah iaitu 99 sen kaki persegi, dijual bagi projek Pembinaan Empangan Klau pada tahun 2008.

Bantahan 447 peneroka itu sudah berlangsung 14 tahun namun tidak diendahkan, nilai tanah yang amat rendah dibayar berbanding RM3.45 kaki persegi ketika perjanjian asal.

Susulan itu juga, terdapat dakwaan wakil rakyat cuba mendapatkan senarai warga peneroka Felda Lembah Klau yang belum menerima pampasan daripada PPIM.

Wartawan MEDIA VARIASI cuba mendapatkan penjelasan lanjut daripada wakil rakyat berkenaan namun hanya mengunci mulut tanpa sebarang penjelasan.

Artikel oleh: Media Variasi

ISU TANAH 99 SEN: PENEROKA FELDA LEMBAH KLAU MOHON SULTAN PAHANG CAMPUR TANGAN

https://mediavariasi.com/2022/07/isu-tanah-99-sen-peneroka-felda-lembah-klau-mohon-sultan-pahang-campur-tangan/

TVPPIM | PENEROKA FELDA DITIPU PEMBELI... KERAJAAN PERSEKUTUAN YANG MEMBELI..TOQQI - TVPPIM - 27/07/2022

 


Wednesday, July 27, 2022

TANAH PENDUDUK FELDA KLAU, RAUB DITIPU - KENYATAAN MEDIA PPIM - 27/07/2022

Kuala Lumpur, 27 Julai 2022 -  Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menerima aduan wakil penduduk Felda Klau, Raub yang mendakwa hak mereka diambil oleh pihak Kerajaan bagi tujuan pembangunan empangan Air Syabas Pahang-Selangor pada tahun 2008.

Bagaimanapun, sehingga kini penduduk masih belum menerima sebarang pampasan dan kerugian dianggarkan sekitar RM500 juta melibatkan tanah seluas 1500 ekar.

Setelah 14 tahun berlalu, namun tiada jalan penyelesaian bagi kes yang melibatkan 400 buah keluarga penduduk.

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@Toqqi berkata pihaknya berasa hairan bagaimana dalam zaman teknologi serba canggih kini sehinggakan kuman yang tidak dapat dilihat mampu manusia tawan, mengapa kejadian penganiayaan secara terbuka terhadap penduduk kampung tidak mendapat perhatian pihak berwajib?

"Apakah kerana mereka orang kampung dan tidak mendatangkan keuntungan kepada pihak berwajib hinggakan mereka dibiarkan terus dibelenggu masalah ini selama 14 tahun," katanya dalam satu sidang media di sini hari ini.

Menurut Nadzim, PPIM mahu pihak yang bertanggungjawab untuk tampil menyelesaikan masalah penduduk.

"Sudah sekian lama, tiga kali pilihanraya sudah berlalu tapi masalah mereka masih tidak selesai, mana janji-janji ketika pilihanraya dahulu, bila mahu diselesaikan masalah ini," katanya.

Sementara itu, wakil penduduk kampung berkata pihaknya sudah beberapa kali membawa perkara ini kepada Kerajaan dan Felda namun masih tiada jawapan.

"Alasan yang diberikan kepada kami masih sama, bayaran sudah dibuat. Namun mereka tidak membayar mengikut perjanjian yang dipersetujui," katanya.

Menurut wakil penduduk tersebut, mengikut persetujuan asal, mereka berjanji membuat bayaran sebanyak RM3.45 sekaki pada tahun itu.

"Sesetengah penduduk menerima bayaran RM1.05 sekaki dan ada hanya menerima RM0.99 sekaki," katanya.

Tambah beliau lagi ada diantara penduduk tidak menerima bayaran langsung.

Penduduk menggesa pihak berwajib tampil menjelaskan status pampasan yang telah dijanjikan kepada mereka dan mahu satu tarikh yang jelas sebagai tarikh pembayaran pampasan tersebut.

Kesusahan yang dialami oleh penduduk bertambah teruk kerana mereka tidak dapat menuai hasil tanaman mereka sebelum kerajaan selesai buat bayaran.

"Sakit hati kami kerana dalam kesusahan kami, ada kontraktor luar yang mengambil kesempatan untuk mendapatkan hasil sawit kami," katanya.

Dakwa beliau lagi, jika penduduk masuk ambil buah sawit mereka, polis akan tangkap. Terdapat juga kes penduduk yang telah meninggal dunia dan urusan pewarisan diurus oleh pihak Felda.

PPIM GESA KERAJAAN SEGERA BANTU PENEROKA FELDA KLAU - SINAR HARIAN - 27/07/2022

 

SHAH ALAM - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa kerajaan persekutuan segera bertindak bagi membantu seramai 458 peneroka Felda Klau, Raub yang mendakwa kerugian kira-kira RM748 juta.

Mereka mendakwa, kerugian itu terpaksa ditanggung selepas lebih 607 hektar tanah ladang sawit mereka diambil untuk projek empangan pemindahan air Pahang-Selangor pada 2008.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, sehingga kini ada antara peneroka masih belum menerima sebarang pampasan daripada kerajaan negeri dan bagi yang telah menerimanya pula, pampasan diberikan tidak berdasarkan nilai semasa tanah.

Malah katanya, berlaku pelbagai isu dalam urusan pengambilalihan tanah tersebut termasuk pampasan dibayar kepada peneroka Felda yang mempunyai geran tanah lebih rendah berbanding pampasan kepada orang bukan Melayu yang menghuni kawasan itu.

"Ramai juga orang Melayu pemilik tanah itu tidak dibayar pun menyebabkan mereka hidup susah dan merempat.

"Bagi membantu dan membela semua peneroka yang terlibat ini, PPIM juga akan sediakan peguam, namun diharap kerajaan dapat tampil membantu," katanya pada sidang media di Kuala Lumpur yang disiarkan secara langsung di Facebook PPIM pada Rabu.

Sementara itu, wakil peneroka, Tengku Badri Tengku Jaafar berkata, walaupun harga yang dipersetujui peneroka ketika itu RM3.45 sekaki persegi tanah, namun mereka hanya mendapat pampasan 99 sen, RM1.05 atau RM1.17 sekaki persegi sahaja.

"Macam saya sendiri hanya terima pampasan RM400,000 sahaja walaupun pada masa itu saya sepatutnya dapat RM1.5 juta.

"Ada kawan-kawan lain yang tanah kebunnya tenggelam keseluruhannya namun masih belum dapat apa-apa bayaran pun," ujarnya kesal.

Lebih menyedihkan, dakwanya, penduduk Orang Asli yang turut terlibat dengan pengambilan tanah itu diberi layanan istimewa.

"Rumah mereka diganti semula, diberi tanah seluas 2.8 hektar ekar, dibayar wang pampasan untuk setiap pokok (durian) di tanah yang dihuni itu serta diberi wang sara hidup RM650 sebulan selama lima tahun.

"Jadi mereka masih ada sesuatu untuk masa depan anak cucu mereka sedangkan kami paling tinggi hanya dibayar RM400,000 tanpa ada kelebihan lain," jelasnya.

Menurutnya, mereka mahu perbincangan dibuat segera antara pihak kerajaan negeri dan semua peneroka terlibat agar mereka memperoleh pampasan atau ganti rugi mengikut harga semasa tanah berkenaan.


Artikel oleh: Sinar Harian

PPIM GESA KERAJAAN SEGERA BANTU PENEROKA FELDA KLAU

https://www.sinarharian.com.my/article/213324/BERITA/Semasa/PPIM-gesa-kerajaan-segera-bantu-peneroka-Felda-Klau

TUNTUTAN PENDUDUK FELDA KLAU, RAUB - SIDANG MEDIA PPIM - 27/07/2022

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menerima aduan wakil penduduk Felda Klau, Raub yang mendakwa hak mereka diambil oleh pihak Kerajaan bagi tujuan pembangunan empangan Air Syabas Pahang-Selangor pada tahun 2008.

Bagaimanapun, sehingga kini penduduk masih belum menerima sebarang pampasan dan kerugian dianggarkan sekitar RM500 juta melibatkan tanah seluas 1500 ekar.

Sehubungan itu, satu sidang media telah diadakan berkenaan isu tersebut.

Tuesday, April 20, 2021

5581) PPIM GESA KERAJAAN NYATAKAN SOP ADUAN DAN GANTI RUGI KESAN VAKSIN - MALAKAT TRIBUNE - 15/04/2021


KUALA LUMPUR – Kerajaan perlu mengeluarkan prosedur operasi standard (SOP) yang jelas untuk penerima suntikan vaksin Covid-19 membuat aduan dan ganti rugi jika mengalami kesan sampingan.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) , Datuk Nadzim Johan berkata, kerajaan melalui Kementerian Kesihatan perlu menyatakan saluran yang jelas supaya tuntutan boleh dilakukan penerima vaksin terbabit.

Nadzim berkata, pihaknya telah menerima banyak aduan daripada penerima vaksin dan waris yang mengalami pelbagai kesan sampingan dan tertanya-tanya bagaimana hendak menangani situasi tidak pasti itu.

“Kami terima 40 aduan setakat ini berkaitan kesan sampingan suntikan vaksin Covid-19. Mereka tidak tahu nak mengadu kepada siapa. Kebanyakannya dalam kategori golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang mungkin bermasalah jika nak ambil peguam.

“Kerajaan perlu jelaskan macam mana kaedah tuntutan pampasan supaya perkara berkaitan dapat diselesaikan. Nak isi borang apa, perlu hubungi siapa dan sebagainya. Jika borang tuntutan dihantar, sebutkan bila pampasan itu boleh dijelaskan.

“Dengan cara ini dapat meyakinkan lagi orang ramai bersetuju menerima suntikan vaksin Covid-19,” katanya dalam sidang akhbar semalam.

Menurut Nadzim, PPIM bersama barisan peguam bersedia membantu penerima vaksin Covid-19 yang mengalami kesan sampingan selepas suntikan vaksinasi untuk membuat aduan dan menuntut ganti rugi terhadap kerajaan.

Katanya, apa yang penting kerajaan menyalurkan semua maklumat mencukupi, benar dan tepat yang diperlukan rakyat khususnya berkaitan vaksinasi Covid-19.

“Secara asasnya nak atasi berita palsu, kerajaan perlu keluarkan berita sahih. Kerajaan perlu buat sesuatu untuk tangani perkara ini. Nanti takut jadi huru-hara dan orang marah,” katanya.

Artikel oleh: Malakat Tribune

PPIM GESA KERAJAAN NYATAKAN SOP ADUAN DAN GANTI RUGI KESAN VAKSIN

https://www.malakattribunenews.com/2021/04/ppim-gesa-kerajaan-nyatakan-sop-aduan-dan-ganti-rugi-kesan-vaksin/

Saturday, April 17, 2021

5556) PANDUAN TUNTUTAN AKIBAT VAKSINASI AKAN DIUMUM ISNIN - UTUSAN MALAYSIA - 15/04/2021

 


PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan akan mengumumkan garis panduan permohonan tuntutan waris mangsa kematian akibat Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Menterinya, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, beliau sendiri akan menjelaskan mengenai perkara itu ekoran timbul kebimbangan kononnya tiada pampasan jika mangsa meninggal dunia.

“Insya-Allah, pada Isnin minggu depan saya akan mengumumkannya sendiri agar waris yang terlibat lebih tahu prosedur lengkap sekiranya berlaku insiden tidak diingini tersebut,” katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan buku ‘Malaysia Health Sector Response To Covid-19 Pandemic: Perspective From The Field’ di pejabatnya di sini hari ini.

Semalam Utusan Malaysia melaporkan keluhan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berhubung ketiadaan kaedah untuk waris mangsa yang sehingga kini dakwanya, Kementerian Kesihatan masih belum mengeluarkan prosedur operasi standard (SOP) terperinci kepada mereka yang mahu membuat tuntutan pampasan.

Adham berkata, untuk mereka yang terkesan teruk akibat Covid-19 termasuk kes kematian, ia di bawah peranan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).

“Badan ini ada peruntukan khas yang disediakan oleh kerajaan menerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN) jika punca pesakit disahkan maut disebabkan pandemik itu sendiri,” tegasnya.

Untuk itu beliau meminta waris pesakit agar tampil berunding dengan Nadma bagi mendapatkan penjelasan dan memohon pampasan selain melampirkan dokumen sokongan.

Menyentuh isu petugas kementerian itu mula dihantar ke Sarawak ekoran situasi serius Covid-19 di negeri tersebut, beliau memberi jaminan bilangan staf cukup di seluruh negara.

Katanya, ini termasuk keperluan petugas kesihatan yang akan mengikut rombongan bakal haji Malaysia ke Tanah Suci pada bulan depan setelah kuota rasmi dimaklumkan kerajaan Arab Saudi.

“Mereka yang diberikan peluang bertugas ke sana, akan divaksin lengkap dua dos dan ketika ini saya yakin kesemua petugas sudah selesai menjalani PICK dalam fasa pertama,” katanya.

Adham dalam tinjauannya di Kuching mengumumkan penghantaran sejumlah 1,436 petugas kementerian dari seluruh negara ke negeri tersebut yang kritikal pandemik Covid-19.

Kumpulan pertama yang berjumlah 430 orang akan dihantar pada 21 April depan dan mereka dijangka tiba secara berperingkat ekoran perlu melalui ujian calitan dan kuarantin wajib di sana.


Artikel oleh: Utusan Malaysia

PANDUAN TUNTUTAN AKIBAT VAKSINASI AKAN DIUMUM ISNIN

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL