Showing posts with label MBSA. Show all posts
Showing posts with label MBSA. Show all posts
Saturday, February 8, 2014
Friday, February 7, 2014
1141) HARIAN METRO 7/2/2014 MANA RM3 JUTA?
Headline: Mana RM3j?
Publication: HM
Date of publication: Feb 7, 2014
Section heading: Main Section
Page number: 045
Byline / Author: Oleh Rizanizam Abdul Hamid
Kuala Lumpur: Seorang kontraktor kelas A menuntut Majlis
Bandaraya Shah Alam (MBSA) membayar ganti rugi bernilai RM3 juta seperti yang
diputuskan mahkamah.
Fadzilah Abdul Hamid mendakwa walaupun kes berkenaan sudah
berlarutan 10 tahun, syarikatnya Menara Biru Sdn Bhd masih belum menerima
bayaran berkenaan.
Menurutnya, isu berkenaan timbul selepas syarikatnya sebelum
ini gagal mendapatkan bayaran penuh RM3 juta projek pembinaan 10 unit banglo
untuk pegawai MBSA di Seksyen 8, Shah Alam yang dimulakan pada 2001 sebelum
projek disiapkan pada akhir tahun 2002.
"Kali pertama kes ini dibawa ke mahkamah pada 2004 dan
MBSA kalah, malah apabila dibawa ke Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan
Mahkamah Persekutuan pun keputusannya masih memihak kepada saya, namun pihak
berkuasa tempatan itu masih enggan mematuhi arahan membayar ganti rugi itu.
"Kini selepas 10 tahun, kes ini masih tidak dapat
diselesaikan sehinggalah pada tahun ini, Mahkamah Rayuan memutuskan
keputusannya kekal, tetapi syarikat saya perlu mentafsir jumlah besar baru yang
perlu dibayar oleh MBSA merangkumi keseluruhan kerugian yang dialami.
"Sebelum ini pun jumlah asal RM3 juta sudah meningkat
kepada RM6.5 juta setakat tahun lalu dan keengganan MBSA membayarnya dengan
cara memanjangkan perbicaraan kes ini mungkin akan menyebabkan peningkatan
pelbagai kos sehingga RM20 juta," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di
pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di sini semalam.
Hadir sama, Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan dan
Pengerusi Gerakan Pengguna Selangor Datuk Dr Jacob George.
Menurut Fadzilah, berikutan daripada kes berkenaan, nama
syarikatnya terjejas apabila disenarai hitam sehingga kini selain trauma
sehingga menyebabkan hubungannya dengan keluarga turut dilanda masalah.
1139) UTUSAN MALAYSIA 7/2/2014 DATUK BANDAR SHAH ALAM DIDESAK LETAK JAWATAN
KUALA LUMPUR 6 Feb. - Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd.
Jaafar Mohd. Atan didesak melepaskan jawatan ekoran kegagalannya memainkan
peranan berhubung isu tuntutan RM6.5 juta oleh sebuah syarikat kontraktor
terhadap Majlis Perbandaran Shah Alam (MBSA).
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM),
Datuk Nadzim Johan berkata, langkah itu perlu memandangkan isu membabitkan
syarikat kontraktor, Menara Biru Sdn. Bhd. dan MBSA itu sudah berlanjutan sejak
10 tahun lalu dan telah beberapa kali dibicarakan di mahkamah.
Jelasnya, walaupun MBSA diarah membayar tuntutan tersebut,
sehingga kini pihak majlis seolah-oleh melambatkan prosedur serta mencabar
keputusan mahkamah sekali gus menyebabkan jumlah faedah yang perlu dibayar
semakin bertambah.
"Duit yang akan dibayar kepada kontraktor tersebut
menggunakan duit rakyat, jadi di sini kita melihat ketidakjujuran pentadbiran
Datuk Bandar yang cuai sehingga menyebabkan duit rakyat tergadai kerana
kedegilan menuruti perintah mahkamah," katanya dalam sidang akhbar di sini
hari ini.
Pada 2001, Menara Biru Sdn. Bhd. telah mendapat kontrak
untuk mengambil alih satu projek terbengkalai pembinaan sebanyak 10 unit banglo
di Jalan Hakisan, Seksyen 8, Shah Alam.
Namun apabila projek itu siap pada 2002, MBSA gagal membayar
syarikat kontraktor tersebut sehingga menyebabkan operasi Menara Biru
diberhentikan kerana adanya tuntutan daripada pihak bank selain turut
disenaraihitamkan.
Sementara itu, Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah
Alam (Cassa), Datuk Dr. Jacob George berkata, MBSA seharusnya menjalankan
tanggungjawab dengan penuh bermaruah dan bukannya melanggar perintah mahkamah.
"MBSA dilihat seolah-olah mempunyai kuasa yang lebih
tinggi daripada mahkamah dan sebab itu mereka sengaja melanggar perintah
mahkamah," jelasnya.
Tambahnya, MBSA diberi tempoh seminggu untuk menyelesaikan
konflik tersebut atau tindakan tegas diambil terhadap mereka termasuk pihaknya
akan mempersoalkan kewajaran pembinaan rumah banglo tersebut yang dibuat bagi
kegunaan pegawai atasan MBSA.
"Dalam masa yang sama Mohd. Jaafar seolah-olah tutup
mata dan hanya membiarkan perkara itu berlanjutan," ujarnya.
Dalam perkembangan sama, mangsa yang juga Pengarah Urusan
Menara Biru, Fazilah Abdul Hamid berkata, MBSA telah diarahkan oleh Mahkamah
Timbang Tara pada 2004 untuk membayar nilai tersebut kepadanya namun sehingga
kini masih belum menjelaskannya.
"Sejak mula mengambil alih projek berkenaan, MBSA hanya
membayar RM1.5 juta daripada nilai perjanjian sebenar RM3 juta dan bakinya
masih tidak dibayar sehingga projek siap dibangunkan, malah sehingga ke hari
ini,'' katanya
Subscribe to:
Posts (Atom)
PERJUANGAN KAMI
ARKIB ARTIKEL
-
▼
2026
(245)
-
▼
June
(29)
- NEGARA IBARAT DIKAWAL KUASA VIRAL, MASALAH BOLEH S...
- RAKYAT MESTI DIBERI PERANAN PENTING TADBIR URUS NE...
- PPIM SOKONG USAHA TUKAR STATUS TANAH DATUK KERAMAT...
- KUASA VIRAL LEBIH BERKESAN DARIPADA ADUAN? UJAR TO...
- MUDAH SANGAT DAPAT PINJAMAN PUNCA RAMAI TERJERAT B...
- PPIM SOKONG CADANGAN TUKAR STATUS TANAH DATUK KERA...
- DATUK KERAMAT WAJAR DIBERI STATUS TANAH PEGANGAN K...
- PPIM CADANG JAWATANKUASA KHAS STATUS TANAH DATUK K...
- STATUS TANAH DATUK KERAMAT - KENYATAAN MEDIA PPIM ...
- AKTIVITI | LAWATAN TAPAK JABATAN PERTANIAN KE KEBU...
- AKTIVITI | SIRI MINGGU KE-54: BERKEBUN DI KEBUN BA...
- AKTIVITI | PERJUMPAAN PPIM BERSAMA PENGURUS KANAN ...
- AKTIVITI | PERJUMPAAN BERSAMA YAD SENATOR DATO' SE...
- PENGENDALI MEDIA SOSIAL MASIH GAGAL PATUHI GARIS P...
- MAMPU PERKUKUH KESELAMATAN DIGITAL - HARIAN METRO ...
- PENGESAHAN UMUR AKAUN MEDIA SOSIAL LINDUNGI KESELA...
- PPIM GESA PEMATUHAN PENUH KOD PENGESAHAN UMUR AKAU...
- GOVT'S AGE VERIFICATION REQUIREMENT FOR SOCIAL MED...
- PPIM GESA PLATFORM MEDIA SOSIAL PATUH KOD BAHARU -...
- LANGKAH KUAT KUASA PENGESAHAN UMUR BAGI PENGGUNA M...
- PPIM GESA PENYEDIA PLATFORM MEDIA SOSIAL PATUH CPC...
- PPIM BACKS SOCIAL MEDIA AGE VERIFICATION RULE - TH...
- LANGKAH PENGESAHAN UMUR PENGGUNA MEDIA SOSIAL WAJA...
- CONSUMERS GROUP CALLS FOR STRONG DATA SECURITY IN ...
- PENGESAHAN UMUR MEDIA SOSIAL LANGKAH WAJAR LINDUNG...
- PPIM YAKIN SYARAT PENGESAHAN UMUR BUKA AKAUN MEDIA...
- PPIM SOKONG PENGESAHAN UMUR AKAUN MEDIA SOSIAL DEM...
- AKTIVITI | LAWATAN TOQQI KE THE GREEN FACTORY - PP...
- PPIM SAMBUT BAIK PENGESAHAN UMUR AKAUN MEDIA SOSIA...
-
▼
June
(29)




