Tuesday, August 6, 2019

5147) KERAJAAN DISARAN GUBAL DAN PERHALUSI UNDANG-UNDANG BERKAITAN KES PENIPUAN - PPIM - BERITA RTM - 04/08/2019


KUALA LUMPUR - Pihak kerajaan disaran menggubal dan memperhalusi semula undang-undang berkaitan kes penipuan berikutan ramai mangsa yang teraniaya dan terjerat turut dikenakan tindakan.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, ini dilihat perlu bagi membantu mangsa dan hanya menghukum pihak yang benar-benar bertanggungjawab melakukan kesalahan.
Jelasnya, walaupun pelbagai inisiatif dan program kesedaran telah dianjurkan kerajaan rata-rata mangsa yang terjerat masih tidak sedar mereka ditipu. 
Beliau juga berpendapat, paling utama kesedaran tentang perkara ini perlu dipupuk bermula di peringkat keluarga.
Secara purata, PPIM menerima sebanyak seribu 500 laporan dan aduan berkaitan kes penipuan setiap bulan.

Daripada jumlah tersebut, kira-kira 70 peratus kes sudah bersifat parah dan PPIM sukar untuk membantu kerana ianya terikat dengan faktor undang-undang.

Trend kes penipuan ini juga dilihat meningkat selepas perayaan hari raya aidilfitri berikutan ramai yang membuat pinjaman dengan Ah Long.

Beliau berkata demikian selepas program Jom Sarapan Nasi Lemak Kopi O anjuran Akademi Darul Muhibbin di ibu negara.

Artikel oleh: Berita RTM
KERAJAAN DISARAN GUBAL DAN PERHALUSI UNDANG-UNDANG BERKAITAN KES PENIPUAN - PPIM

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...