Setiausaha Agungnya, Datuk Dr. Maamor Osman berkata, sebagai contoh, jika produk itu dikeluarkan oleh pemilik Melayu, Islam, Jakim perlu mengeluarkan sijil halal dalam tulisan Jawi.
Katanya, begitu juga jika produk berkenaan dikeluarkan oleh syarikat Cina dan India, maka sijil halal mesti ditulis dalam bahasa Mandarin dan Tamil, bukan tulisan Jawi sebagaimana sebelum ini.
“Mereka (Dong Zong) tak nak Jawi, tiada masalah. Kita boleh terima. Tapi kita mahu penolakan itu secara menyeluruh sehingga pada produk keluarga bukan Islam pun dihapuskan tulisan Jawi.
“Kita tidak mahu mereka mengambil kesempatan mengaut keuntungan atas kuasa membeli dalam kalangan orang Melayu dan Islam secara mengelirukan pembeli dengan tulisan Jawi.
“Ini tidak patut. Kalau betul-betul bencikan tulisan Jawi, jangan pakai, walaupun pada produk mereka,” katanya dalam sidang akhbar kempen membeli akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo! di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Artikel oleh: Utusan Malaysia
SIJIL HALAL IKUT PEMILIK PRODUK