Beliau akan menyandang ja­wa­tan itu bagi tempoh sepenggal iaitu dua tahun selepas penyandang­nya, Salleh Mohamad melepaskan jawatan.
Dalam masa yang sama, Timbalan Presiden PBNK, Ahmed Zhaini Mohd. Zain mengekalkan kerusinya juga tanpa bertan­ding.
Sementara itu, Mohd. Fared ketika ditemui berkata, kepercayaan yang diberi memboleh­kan beliau dan timbalannya mem­buat pelbagai perancangan bagi menggerak dan merancakkan sukan berbasikal negeri ini.
“Saya akan gunakan peluang ini dengan sebaik-baiknya dan menjadikan PBNK antara sebuah organisasi yang disegani.
“Perancangan tahunan akan dibuat dengan lebih sistematik serta sentiasa bersatu dalam menjalankan tugas bagi membentuk pengurusan yang mantap,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat agung tersebut semalam.
Mesyuarat agung itu dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan negeri, Mohd. Salleh Ramli.
Yang turut hadir wakil-wakil daripada Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM); Pesuruhjaya Sukan Malaysia dan Majlis Sukan Negeri (MSN).
Tambah Mohd. Fared, langkah awal yang akan diambil pihaknya ialah menubuhkan lebih banyak persatuan berbasikal di peringkat jajahan.
“Sehingga hari ini, hanya jajahan Pasir Puteh, Tumpat, Bachok, Kota Bharu dan Pasir Mas/Rantau Panjang yang mempu­nyai persatuan basikal, jadi kita akan pastikan setiap jajahan akan mempunyai persatuan berbasikal di bawah naungan PBNK.
“Saya menggalas tugas berat untuk pastikan sukan berbasikal di negeri ini kembali berprestij kerana kita mempunyai ramai bakat-bakat baharu yang boleh diketengahkan malah mungkin mampu untuk mencipta nama di peringkat antarabangsa,” katanya.
Ujarnya, barisan kepemim­pinan yang baharu dilantik akan merancang untuk menganjurkan Jelajah Berbasikal Remaja Peringkat Kebangsaan 2017.
Katanya, beliau mengharap­kan sokongan dan kerjasama dari­pada kerajaan negeri, MSN, badan bukan kerajaan (NGO) di samping beberapa pihak swasta dalam sama-sama memajukan sukan berbasikal negeri ini.