Wednesday, November 9, 2016

3179) MINYAK MASAK: PPIM CADANG GUNA SISTEM KUPON ELAK KETIRISAN - MALAYSIAGAZETTE - 5/11/2016


Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mencadangkan kerajaan menggunakan sistem kupon bagi pembelian minyak masak bersubsidi bagi menggelak ketirisan.
Presidennya, Datuk Nadzim Johan berkata, ketika ini pembelian minyak masak bersubsidi terutama paket satu kilogram dalam plastik atau polibag telah dimonopoli oleh mereka berkemampuan.
Katanya, kerajaan mempunyai kepakaran dalam memperkenalkan sistem berkupon yang mana pembeliannya khusus untuk golongan miskin dan berpendapatan rendah.
"Dari segi penyeludupan minyak masak bersubsidi juga amat mengecewakan. Setiap tahun kerajaan menanggung kerugian ratusan juta ringgit berikutan kelemahan penguatkuasaan di sempadan.
"Mengikut matlumat yang kita terima, bekalan minyak masak bersubsidi ini mencukupi, tetapi disebabkan kelemahan di pihak penguatkuasaan, bekalan tidak cukup di pasaran," katanya pada sidang media di Villa Puteri di sini, hari ini.
Menurut Nadzim, selain sistem berkupon, kerajaan juga wajar mengenakan syarat kepada warga asing yang membeli minyak masak bersubsidi kerana golongan itu paling banyak menggunakan bahan berkenaan untuk keperluan harian.
Ini katanya, menimbulkan panik dalam kalangan pengguna tempatan berikutan bekalan yang sentiasa tidak mencukupi di pasaran.
Mengenai kenaikan harga minyak masak seperti diumumkan kerajaan baru-baru ini, Nadzim berkata, beliau khuatir peniaga makanan akan mengambil kesempatan untuk menaikkan harga.
"Dahulu harga sekeping roti canai RM1, selepas kenaikan harga minyak masak ini dikhuatiri makanan itu dijual pada harga RM2 sekeping.
"Berdasarkan senario ini, barang yang naik harga sukar untuk diturunkan walaupun bahan asasnya turun ke paras biasa.
"Ini yang berlaku dan membelenggu kehidupan golongan miskin," ujarnya.
Ditanya mengenai harga siling yang ditetapkan kerajaan, beliau berkata, sistem itu juga tidak berkesan kerana ia berada dalam keadaan stastik walaupun harga bahan itu turun di pasaran. - MalaysiaGazette

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...