Tuesday, November 15, 2016

3195) MINYAK MASAK BERSUBSIDI 1 KG DALAM BOTOL - MALAYSIAGAZETTE - 12/11/2016


Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan mengeluarkan minyak masak bersubsidi dalam botol satu kilogram.
Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, pihaknya sedang berbincang dengan pengeluar-pengeluar yang sanggup membungkus minyak bersubsidi di dalam botol.
"Perlu diingatkan harga minyak di dalam botol ini lebih mahal meskipun kerajaan masih menanggung subsidinya kerana botol lebih mahal berbanding polibeg.
"Kos botolnya biasanya 40sen berbanding 10sen bagi polibeg.
"Tidak mungkin kerajaan mahu menanggung subsidi botol minyak pula," katanya semasa sidang media selepas merasmikan penutupan Forum Pengguna 2016 anjuran Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di sini hari ini.
Tambah Hamzah, tindakan KPDNKK untuk mengeluarkan minyak masak bersubsidi di dalam botol adalah untuk menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap keperluan rakyat.
"Ada yang malu hendak beli minyak masak dalam polibeg sedangkan mereka hendak gunakan minyak masak bersubsidi maka selepas ini, kita akan keluarkan minyak masak yang sama tetapi dibotolkan," katanya.
Berkuatkuasa 1 November lalu, kerajaan hanya memberi subsidi kepada minyak masak satu kilogram di dalam kampit polibeg yang ditetapkan pada harga RM2.50.
Manakala harga minyak masak di dalam botol ditentukan oleh pasaran. - MalaysiaGazette


No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...