Friday, November 25, 2016

3214) 48 PUTIH MATA, KONON DATUK TAWAR ‘DIPLOMA’ EKSPRES, GERAN NIAGA – MALAYMAIL – 22/11/2016


KUALA LUMPUR, 22 Nov ― Gara-gara teringin sangat “diploma eksekutif” dalam masa sesingkat tujuh hari dan geran perniagaan, 48 orang termasuk profesional terperdaya.

Seorang lelaki bergelar Datuk menawarkan kursus pengurusan perniagaan dengan yuran RM350 dan RM500 untuk dua pakej, lapor Harian Metro hari ini.

Pelajar-pelajar tersebut, termasuk pesara kerajaan dan guru, dijanjikan pula elaun harian RM50 selama tempoh kursus dan RM100 sebulan bergantung pada pakej yang diambil.

Selepas menamatkan empat modul, mereka dijanjikan geran perniagaan antara RM3,000 hingga RM10,000 bagi pakej “klasik” dan RM10,000 hingga RM15,000 bagi pakej “eksekutif”.

Menurut “pelajar” yang tertipu itu, selepas majlis “konvokesyen”, mangsa-mangsa itu yang berusia 48 hingga 74 tahun hanya menerima skrol kosong dan replika cek bernilai RM5,000.

“Namun sehingga kini, tiada seorang pun daripada kami menerima manfaat seperti dijanjikan.
“Skrol diterima di atas pentas juga dipulangkan kepada penganjur sebaik majlis berakhir dan ia hanya simbolik sahaja,” kata Rubi, 61, lagi.

Menurut akhbar itu lagi, majlis konvokesyen tipu itu turut berjaya memperdaya sebuah stesen TV hingga majlis itu diberikan liputan media.

Justeru, Rubi membuat aduan kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) untuk tindakan lanjut.
– See more at: http://ift.tt/2fe7nnP



Dari Laman Web Rasmi PPIM http://www.ppim.org.my/

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...