PETROL BERCAMPUR AIR: SUKAR BUKTI PUNCA!
Wednesday, November 4, 2026
Monday, November 2, 2026
PEKERJA TIDAK BACA 'BISMILLAH' - HARIAN METRO - 02/11/2026
Kuala Lumpur: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendakwa kadar kepatuhan pusat penyembelihan serta pemprosesan ayam negara disifatkan sangat minimum dan pihak berkuasa digesa untuk menyemaknya.
Setiausaha Kerja PPIM, Zharif Johor yang pernah terbabit dalam industri itu berkata, antara ketidakpatuhan pernah disaksikan olehnya adalah ada individu terbabit merokok dan tidak membaca 'bismillah' ketika mahu menyembelih ayam.
Katanya, cadangan dibuat pihak berkuasa sebelum ini untuk melaksanakan pusat penyembelihan ayam secara berpusat juga seharusnya disemak semula.
"Dulu pernah dicadangkan oleh pihak berkuasa untuk selaraskan semua penyembelihan dan diletakkan dalam satu pusat supaya pemantauan itu boleh dilakukan.
"Namun, ia dibantah oleh industri. Mungkin idea itu harus disemak semula kerana kita tak sanggup lagi makan bangkai ini. Sebagai orang Islam, kita ada kepatuhan. Kita tidak boleh lagi menerima masalah ini untuk ia berulang kembali," katanya.
Terdahulu media melaporkan lebih 6.5 tan ayam mentah disyaki diproses tanpa mematuhi kaedah penyembelihan mengikut hukum syarak dan keperluan pensijilan halal dirampas dalam serbuan di sebuah gudang di Puchong, baru-baru ini.
Semalam dilaporkan, kilang diserbu polis kerana disyaki menyembelih 'bangkai' ayam untuk pasaran Lembah Klang, Jumaat lalu dipercayai mampu memproses 40,000 ekor ayam sehari.
Lebih mengejutkan, semua 12 pekerja kilang berkenaan adalah pendatang asing tanpa izin (PATI) yang tidak memiliki sebarang sijil perakuan bagi menyembelih haiwan.
Timbalan Pengarah (Gerakan/Operasi) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datuk Muhammad Abdul Halim berkata, pemilik kilang terbabit adalah seorang lelaki tempatan berusia awal 30-an.
Mengulas lanjut, Zharif berkata, pihak industri membantah pusat penyembelihan dan pemprosesan secara berpusat itu dilakukan disebabkan kos yang dikenakan kepada mereka itu tinggi.
"Contohnya kalau kita hantar ayam kepada pusat penyembelihan itu, kos penyembelihan akan dikenakan kira-kira RM1 seekor. Tapi kalau kita sembelih sendiri ayam itu, mungkin kosnya hanya 30 sen sahaja.
"Disebabkan itu ia dibantah secara meluas. Bila kos itu tinggi, mereka tidak boleh nak jual (ayam) kepada pasaran dengan harga yang rendah," katanya.
Zharif berkata, kes yang terjadi Puchong itu juga seharusnya dijadikan pengajaran, di samping perlu adanya pemantauan dilakukan oleh pihak berkuasa.
"Kita perlu buat pemantauan. Ambillah kejadian ini sebagai satu keadaan untuk menyelesaikan masalah untuk beberapa tahun akan datang.
"Cukuplah, tak tahu berapa banyak bangkai kita sudah makan sebab ayam ini adalah makanan yang paling banyak kita ambil disebabkan ia sumber protein yang paling murah," katanya.
Beliau berkata, kerajaan seharusnya mengambil tindakan berani seperti melaksanakan pusat penyembelihan secara berpusat dengan ukuran tertentu.
Katanya, antara opsyen lain boleh dibuat adalah dengan mengiktiraf kilang tertentu dengan syarat ketat sahaja untuk melaksanakan penyembelihan ayam ini.
Artikel oleh: Harian Metro
PEKERJA TIDAK BACA 'BISMILLAH'
https://www.hmetro.com.my/utama/2026/11/1430883/pekerja-tidak-baca-bismillah
40,000 AYAM DIRAGUI STATUS HALAL SETIAP HARI - UTUSAN MALAYSIA - 02/11/2026
PUCHONG: Kira-kira 40,000 ekor ayam yang disembelih dan diproses serta dipasarkan setiap hari oleh sebuah kilang penyembelihan dan pemprosesan ayam di Kampung Sri Aman Hilir di sini, diragui status halalnya.
Keraguan itu timbul selepas serbuan dilakukan oleh pihak berkuasa yang mendapati premis tersebut menggunakan kaedah kejutan rendaman air berarus elektrik melebihi had ditetapkan pihak berwajib.
Kesemua ayam itu dikenakan renjatan elektrik berkuasa 130 volt sedangkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menetapkan penggunaan voltan bagi kaedah itu dibawa 10 volt.
Keadaan itu menimbulkan persoalan serius daripada segi pematuhan hukum syarak apabila proses itu dikesan menyebabkan ayam mati sebelum disembelih.
Lebih mengejutkan premis berkenaan dipercayai telah beroperasi selama 10 tahun dan memproses kira-kira 40,000 ekor ayam yang kini diragui status halalnya setiap hari.
Pekerja-pekerja di premis yang telah beroperasi selama 10 tahun itu juga merupakan individu pendatang asing tanpa izin (PATI) dan dipercayai tidak memiliki sebarang sijil perakuan bagi menyembelih haiwan.
Timbalan Pengarah (Gerakan/Operasi) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datuk Muhammad Abdul Halim berkata, restoran, pasar raya dan kedai runcit sekitar Lembah Klang merupakan antara penerima bekalan ayam-ayam berkenaan.
Katanya, pemeriksaan awal mendapati terdapat proses pengendalian dan penyembelihan ayam yang menimbulkan keraguan serius terhadap pematuhan hukum syarak serta status halal produk berkenaan.
Jelasnya, perkara itu amat membimbangkan kerana kaedah penyembelihan merupakan antara aspek utama yang menentukan status halal sesuatu produk ayam.
“Pasaran bagi ayam-ayam ini meliputi kawasan sekitar Putrajaya, Cyberjaya, Damansara, Puchong, Cheras dan Bangi. Proses yang menyebabkan ayam mati sebelum disembelih menimbulkan persoalan serius dari segi pematuhan hukum syarak dan syarat pensijilan halal,” katanya semasa sidang akhbar selepas meninjau kilang berkenaan di sini semalam.
Tambah beliau, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) juga difahamkan telah beberapa kali melakukan pemeriksaan serta mengeluarkan teguran kepada pihak pengurusan kilang berkenaan.
“Bagaimanapun, kilang berkenaan masih gagal mematuhi teguran yang diberikan khususnya berkaitan prosedur pengendalian dan penyembelihan ayam yang ditetapkan,” ujarnya.
Susulan daripada itu, kata beliau, pemilik premis perniagaan yang merupakan warga tempatan berusia 30-an telah ditahan bagi diambil keterangan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Turut ditahan iaitu 12 lelaki warga asing yang bekerja di kilang itu.
Pada tengah malam Jumaat lalu, polis membongkar kegiatan penyembelihan ayam tanpa sijil halal sah selepas 6,555 kilogram (kg) ayam mentah yang dianggarkan bernilai RM85,400 dirampas.
Serbuan dan siasatan awal menerusi Op Taring Chiller itu mendapati premis berkenaan telah menjalankan kegiatan itu untuk tempoh yang panjang dengan bekalan ayam diperoleh daripada beberapa ladang sekitar Sungai Sepat, Sungai Pelek dan Sepang.
Sementara itu, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendesak supaya setiap pengusaha pusat penyembelihan ayam yang gagal mematuhi prosedur penyembelihan mengikut hukum syarak perlu dibatalkan lesen operasinya selain disenarai hitam bagi mengelakkan kegiatan itu terus berulang.
Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, tindakan tegas itu juga penting bagi memastikan pengusaha tidak memandang ringan pematuhan syariah selain melindungi pengguna Islam daripada mengambil makanan yang diragui status halalnya.
“Pemeriksaan berkala oleh jabatan agama Islam negeri juga perlu dipertingkatkan terhadap semua pusat penyembelihan ayam di seluruh negara bagi memastikan setiap proses dilaksanakan mengikut ketetapan hukum syarak.
“Antara aspek yang perlu diberi perhatian serius adalah penggunaan renjatan elektrik dalam proses penyembelihan kerana arus yang terlalu kuat boleh menyebabkan ayam mati sebelum sempat disembelih,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Dalam pada itu, umat Islam yang pernah memakan ayam daripada premis berkenaan tanpa mengetahui status sebenar penyembelihannya supaya tidak berasa bersalah.
Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr. Mohd. Sukki Othman berkata, seseorang yang termakan makanan haram tanpa pengetahuan dan tanpa unsur kesengajaan tidak menanggung dosa atas perbuatan tersebut.
“Oleh itu, mereka yang telah memakan ayam berkenaan dalam keadaan tidak mengetahui hakikat sebenar makanan tersebut tidak perlu melakukan sebarang kaffarah atau amalan khusus untuk menyucikan diri,” katanya ketika dihubungi semalam.-UTUSAN.
Artikel oleh: Utusan Malaysia
40,000 AYAM DIRAGUI STATUS HALAL SETIAP HARI
https://www.utusan.com.my/berita/2026/11/40000-ayam-diragui-status-halal-setiap-hari/
AKTIVITI | KUNJUNGAN HORMAT GABUNGAN PERSATUAN TOM YAM MALAYSIA KE PPIM - PPIM - 02/11/2026
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah menerima kunjungan hormat daripada Gabungan Persatuan Tom Yam Malaysia.
PPIM BANTAH CADANGAN PENUTUPAN UiTM KAMPUS TAWAU:PENDIDIKAN ADALAH HAK RAKYAT, BUKAN BEBANAN B40 - KENYATAAN MEDIA PPIM - 02/11/2026
KUALA LUMPUR — Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menzahirkan kebimbangan mendalam serta bantahan tegas terhadap desas-desus kemungkinan penutupan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sabah Kampus Tawau.
Langkah berkenaan, sekiranya dilaksanakan, bakal memberi tamparan hebat kepada akses pendidikan tinggi di kawasan Pantai Timur Sabah dan menjejaskan masa depan anak tempatan, terutamanya daripada keluarga golongan B40.
Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi menegaskan bahawa kewujudan UiTM Kampus Tawau sejak tahun 1996 bukan sekadar penawaran tempat pengajian, sebaliknya bertindak sebagai pemangkin mobiliti sosial dan pembuka peluang sosioekonomi kepada penduduk di Tawau, Lahad Datu, Kunak, serta Semporna.
"Pendidikan sepatutnya membuka peluang dan membela nasib rakyat, bukannya menjadi beban kewangan yang menghimpit keluarga kurang mampu. Sekiranya kampus ini ditutup, bagaimana anak-anak B40 di Pantai Timur Sabah mahu melanjutkan pengajian?
"Kos sara hidup, penginapan, dan harga tiket penerbangan ke Semenanjung Malaysia atau perjalanan ke Kota Kinabalu bukan murah.
"Jangan sampai disebabkan kekangan modal dan jarak, anak-anak tempatan terpaksa menguburkan hasrat menuntut ilmu. Pihak kementerian dan pengurusan UiTM perlu melihat isu ini daripada sudut kebajikan pengguna serta masyarakat dasar, bukannya sekadar pertimbangan angka atau pengurusan semata-mata," tegas beliau.
PPIM menekankan bahawa penutupan kampus ini hanya akan memindahkan beban kewangan yang besar kepada ibu bapa. Kehadiran UiTM Kampus Tawau membolehkan anak tempatan melanjutkan pengajian tanpa perlu berjauhan daripada keluarga atau menanggung kos sara hidup yang tinggi di luar daerah.
Cadangan untuk memindahkan pelajar ke UiTM Kota Kinabalu juga dilihat bukan penyelesaian praktikal memandangkan kapasiti asrama dan kemudahan sedia ada di sana adalah terhad serta tidak mampu menampung lambakan pertambahan pelajar baharu dari kawasan Pantai Timur Sabah.
Sehubungan itu, PPIM menggesa Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) serta pengurusan tertinggi UiTM untuk mengkaji semula dan membatalkan sebarang perancangan penutupan UiTM Kampus Tawau.
Pihak berkuasa sebaliknya perlu menaik taraf serta memperkukuh prasarana sedia ada, di samping mempertimbangkan penambahan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Pantai Timur Sabah bagi memastikan ekosistem pendidikan di wilayah berkenaan terus mampan dan inklusif.
Kerajaan serta pihak berkepentingan wajar mengutamakan masa depan generasi muda dan kebajikan rakyat sebelum membuat sebarang keputusan strategik.
PENGGUNA ISLAM PERLU SEMAK STATUS SEMBELIHAN AYAM, JANGAN HARAP PUSAT SEMBELIH SEMATA-MATA - 01/11/2026
KUALA LUMPUR: Pengguna Islam digesa mengambil tanggungjawab sendiri dalam memastikan ayam dibeli disembelih mengikut syariat Islam, bukannya menyerahkan perkara itu bulat-bulat kepada pusat penyembelihan.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata ini kerana ia kewajipan sebagai orang Islam bagi memastikan keterjaminan status halal ayam yang dibeli untuk dimakan.
"Pensijilan halal tidak semestinya diwajibkan kepada semua pusat penyembelihan ayam kerana terdapat pengusaha membekalkan ayam khusus kepada pengguna bukan Islam yang mungkin tidak memerlukan pensijilan berkenaan.
"Sebab itu pengguna Islam perlu cakna, mencari dan membeli ayam dari pusat penyembelihan ayam yang diyakini mengikut syariat Islam," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata, aspek kebersihan dan 'tayyib' juga perlu diberi perhatian kerana penyembelihan yang memenuhi syarat asas halal tidak semestinya menjamin ayam berkenaan bersih, selamat serta berkualiti untuk dimakan.
Mengulas penggunaan kaedah renjatan elektrik terhadap ayam sebelum disembelih, Nadzim berkata beliau difahamkan ia dibenarkan dalam keadaan tertentu dengan syarat kekuatan arus elektrik dikawal supaya tidak menyebabkan haiwan itu mati sebelum disembelih.
Menurutnya, penggunaan kejutan elektrik bertujuan menyebabkan ayam pengsan dan mengurangkan pergerakannya ketika proses sembelihan dilakukan.
"Setahu saya, memang ada kaedah dibenarkan (renjatan elektrik) kerana tidak mahu ayam bergerak ketika hendak disembelih, tetapi kekuatan elektrik itu perlu dikawal dan tidak boleh terlalu kuat," katanya.
Terdahulu, media melaporkan ayam segar yang diproses oleh pusat penyembelihan dan pemprosesan di Puchong yang diserbu pihak berkuasa, direnjat elektrik sebelum disembelih.
Dalam serbuan itu, lebih 6.5 tan ayam mentah berkenaan dirampas kerana disyaki diproses tanpa mematuhi kaedah penyembelihan mengikut hukum syarak dan keperluan persijilan halal.
Premis itu didapati menggunakan kaedah renjatan rendaman air berarus elektrik (water bath stunning).
Turut ditahan dalam Ops Taring Chiller itu 12 lelaki warga Bangladesh dan Pakistan yang dipercayai terbabit aktiviti penyembelihan serta pemprosesan ayam di premis berkenaan.
Artikel oleh: Beita Harian
PENGGUNA ISLAM PERLU SEMAK STATUS SEMBELIHAN AYAM, JANGAN HARAP PUSAT SEMBELIH SEMATA-MATA
PENGGUNA ISLAM PERLU SEMAK STATUS SEMBELIHAN AYAM, JANGAN HARAP PUSAT SEMBELIH SEMATA-MATA - PPIM - HARIAN METRO - 01/11/2026
Kuala Lumpur: Pengguna Islam digesa mengambil tanggungjawab sendiri dalam memastikan ayam yang dibeli disembelih mengikut syariat Islam, dan bukannya menyerahkan perkara itu bulat-bulat kepada pusat penyembelihan.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata, ini kerana ia adalah kewajipan sebagai orang Islam bagi memastikan keterjaminan status halal ayam yang dibeli untuk dimakan.
"Pensijilan halal tidak semestinya diwajibkan kepada semua pusat penyembelihan ayam kerana terdapat pengusaha membekalkan ayam khusus kepada pengguna bukan Islam yang mungkin tidak memerlukan pensijilan berkenaan.
"Sebab itu pengguna Islam perlu cakna, mencari dan membeli ayam dari pusat penyembelihan ayam yang diyakini mengikut syariat Islam," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata, aspek kebersihan dan 'tayyib' juga perlu diberi perhatian kerana penyembelihan yang memenuhi syarat asas halal tidak semestinya menjamin ayam berkenaan bersih, selamat serta berkualiti untuk dimakan.
Mengulas penggunaan kaedah renjatan elektrik terhadap ayam sebelum disembelih, Nadzim berkata, beliau difahamkan kaedah berkenaan dibenarkan dalam keadaan tertentu dengan syarat kekuatan arus elektrik dikawal supaya tidak menyebabkan haiwan itu mati sebelum disembelih.
Menurutnya, penggunaan kejutan elektrik bertujuan menyebabkan ayam pengsan dan mengurangkan pergerakannya ketika proses sembelihan dilakukan.
"Setahu saya, memang ada kaedah yang dibenarkan (renjatan elektrik) kerana tidak mahu ayam bergerak ketika hendak disembelih, tetapi kekuatan elektrik itu perlu dikawal dan tidak boleh terlalu kuat," katanya.
Terdahulu, media melaporkan ayam segar yang diproses oleh pusat penyembelihan dan pemprosesan di Puchong yang diserbu pihak berkuasa, direnjat elektrik sebelum disembelih.
Dalam serbuan itu, lebih 6.5 tan ayam mentah berkenaan dirampas kerana disyaki diproses tanpa mematuhi kaedah penyembelihan mengikut hukum syarak dan keperluan persijilan halal.
Premis itu didapati menggunakan kaedah renjatan rendaman air berarus elektrik (water bath stunning).
Turut ditahan dalam Ops Taring Chiller itu adalah 12 lelaki warga Bangladesh dan Pakistan yang dipercayai terbabit dalam aktiviti penyembelihan serta pemprosesan ayam di premis berkenaan.
Artikel oleh: Harian Metro
PENGGUNA ISLAM PERLU SEMAK STATUS SEMBELIHAN AYAM, JANGAN HARAP PUSAT SEMBELIH SEMATA-MATA - PPIM
AKTIVITI | PERJUMPAAN PPIM BERSAMA PENGARAH SEKSYEN KAWALAN EKSPORT DAN IMPORT - PPIM - 02/11/2026
Perjumpaan Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi bersama YBrs. En Azmir Musyabri Abdul Mutalib Pengarah Seksyen Kawalan Eksport Dan Import.
PERJUANGAN KAMI
ARKIB ARTIKEL
-
▼
2026
(463)
-
▼
November
(21)
- MHI: STATUS HALAL PENYEMBELIHAN AYAM - 12/11/2026
- AKTIVITI | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PRESMA KE-22 - ...
- AKTIVITI | MESYUARAT PENGUKUHAN PROGRAM SOCIAL SYN...
- JIMAT 10 PERATUS, BERSEDIA HADAPI KRISIS - UTUSAN ...
- KUNJUNGAN HORMAT PPIM KE MPAJ - MAJLIS PERBANDARAN...
- AKTIVITI | KUNJUNGAN HORMAT LHDN KE PPIM - PPIM - ...
- PENDIDIKAN BUKAN BEBANAN KEWANGAN: PPIM BANTAH TEG...
- PPIM GESA IBU BAPA TANGGUH TANDATANGAN SURAT AKU J...
- PPIM BIMBANG KEMUNGKINAN UiTM KAMPUS TAWAU DITUTUP...
- PPIM BANTAH SPEKULASI CADANGAN PENUTUPAN UiTM KAMP...
- PETROL BERCAMPUR AIR: SUKAR BUKTI PUNCA! - HARIAN ...
- TAUKE KILANG AYAM KARAN DITAHAN - HARIAN METRO - 0...
- 40,000 AYAM DIRAGUI STATUS HALAL SETIAP HARI - UTU...
- PEKERJA TIDAK BACA 'BISMILLAH' - HARIAN METRO - 02...
- 40,000 AYAM DIRAGUI STATUS HALAL SETIAP HARI - UTU...
- AKTIVITI | KUNJUNGAN HORMAT GABUNGAN PERSATUAN TOM...
- PPIM BANTAH CADANGAN PENUTUPAN UiTM KAMPUS TAWAU:P...
- PENGGUNA ISLAM PERLU SEMAK STATUS SEMBELIHAN AYAM,...
- PENGGUNA ISLAM PERLU SEMAK STATUS SEMBELIHAN AYAM,...
- AKTIVITI | PERJUMPAAN PPIM BERSAMA PENGARAH SEKSYE...
- PETROL BERCAMPUR AIR: PENGGUNA 'GIGIT JARI' - HARI...
-
▼
November
(21)









.jpeg)

.jpeg)




.jpeg)


.jpeg)
.jpeg)
