Thursday, October 31, 2024

KIBAR BENDERA ASING: PPIM GESA ADUN AYER KEROH DISIASAT DI BAWAH AKTA HASUTAN - SINAR HARIAN - 31/10/2024

 

SHAH ALAM - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa agar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Keroh, Kerk Chee Yee bersama peserta lain dan penganjur yang terlibat dengan insiden mengibarkan bendera negara asing di tempat awam di Johor dan Perak disiasat di bawah Akta Hasutan.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, tindakan berkenaan perlu diambil kerana perbuatan mengibar bendera itu bukan sahaja menghina negara bahkan seolah-olah menghasut orang lain untuk melakukan perkara yang sama.

"PPIM juga berharap agar menteri dan menteri besar negeri-negeri terbabit mengeluarkan kenyataan-kenyataan bijak yang berdasarkan fakta dan akta serta bukan yang berbentuk bacul dalam kemelut yang berkaitan dengan kedaulatan negara ini.

"PPIM sentiasa menghormati dan menyokong tugas pihak berkuasa, namun dalam isu ini (kibar bendera asing) kita tidak boleh berkompromi.

"Apa yang kami bimbang adalah tindakan di luar jangkaan oleh orang awam yang mungkin menyebabkan ketegangan dalam negara ini," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Sebelum ini belum pun reda isu bendera China dikibarkan di Perak, dilaporkan timbul pula kes baharu apabila ada lagi kes bendera asing dikibarkan iaitu pada Pesta Kebudayaan Guan Gong Antarabangsa Malaysia yang diadakan di Johor.

Pesta yang turut disertai delegasi dari China, Vietnam, Thailand, Filipina, Hong Kong, Singapura dan Indonesia berkenaan dihadiri Chee Yee sebagai salah seorang peserta.

Ketika program tersebut berlangsung, ada beberapa peserta didakwa mengibarkan bendera China, Vietnam dan Thailand.

Pada 24 Oktober lalu, tular di media sosial satu perarakan di Dataran Menara Condong Teluk Intan, Perak yang menyaksikan ada beberapa peserta mengibarkan bendera China sekali gus menimbulkan rasa tidak senang di kalangan rakyat tempatan.

Nadzim menegaskan, pihaknya juga tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang mencabar kedaulatan Malaysia.

"Kami amat kesal perkara ini boleh berlaku di negara ini dan meminta tindakan tegas pihak berkuasa menanganinya sebelum ia berada di luar kawalan," desaknya.

Artikel oleh: Sinar Harian

KIBAR BENDERA ASING: PPIM GESA ADUN AYER KEROH DISIASAT DI BAWAH AKTA HASUTAN

https://www.sinarharian.com.my/article/694092/berita/semasa/kibar-bendera-asing-ppim-gesa-adun-ayer-keroh-disiasat-di-bawah-akta-hasutan

KIBAR BENDERA ASING: PPIM GESA SIASATAN TELUS, TINDAKAN TEGAS SEBELUM HILANG KAWALAN - MALAYSIA POST - 31/10/2024

 

PERSATUAN Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa pihak berkuasa tegas menangani isu kibar bendera asing di tempat awam yang tular baru-baru ini.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, pihaknya amat kesal perkara itu boleh berlaku di negara ini dan meminta tindakan tegas pihak berkuasa menanganinya sebelum perkara ini di luar kawalan.

“Belum reda isu bendera China dikibarkan di Perak, timbul pula kes baharu lagi bendera asing dikibarkan kali ini di Johor pula,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pada 24 Oktober lalu, tular di media sosial perarakan di Dataran Menara Condong Teluk Intan yang mempamerkan bendera China.

Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris, memaklumkan penganjur melanggar syarat permit yang diluluskan pada 2 Oktober lalu.

Terbaharu, media melaporkan Pesta Kebudayaan Guan Gong Antarabangsa Malaysia di Johor juga disertai delegasi dari China, Vietnam, Thailand, Filipina, Hong Kong, Singapura, dan Indonesia.

Ketua Polis Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat dilaporkan berkata pihak polis telah membuka kertas siasatan berhubung insiden itu.

Menurut Nadzim, penganjur dan peserta wajar disiasat di bawah Akta Hasutan kerana tindakan itu didakwa menghina negara serta menghasut orang lain untuk berbuat serupa.

Tegasnya, PPIM tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang mencabar kedaulatan Malaysia.  – Malaysiapost

Artikel oleh: Malaysia Post

KIBAR BENDERA ASING: PPIM GESA SIASATAN TELUS, TINDAKAN TEGAS SEBELUM HILANG KAWALAN

https://malaysiapost.com.my/2024/10/31/kibar-bendera-asing-ppim-gesa-siasatan-telus-tindakan-tegas-sebelum-hilang-kawalan/?fbclid=IwY2xjawGP8yFleHRuA2FlbQIxMQABHZWklunh-fc2x-54JG4pjWMThRuZssp_DLgLIbSJm8EG5H0B9S8QN1aioA_aem_5I7JDa7sL18iVOEbQw4RLw

PPIM GESA SIASATAN TELUS, TINDAKAN TEGAS ISU KIBAR BENDERA - ASTRO AWANI - 31/10/2024

 

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa pihak berkuasa bertindak tegas menangani isu pengibaran bendera asing di tempat awam yang semakin tular.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, menuntut tindakan pantas dari pihak berkuasa agar isu ini tidak melarat dan sukar dikawal.

Sumber: Astro Awani

PPIM GESA SIASATAN TELUS, TINDAKAN TEGAS ISU KIBAR BENDERA

https://www.youtube.com/watch?v=zKcwqyRPSFg

AMBIL TINDAKAN TEGAS DALAM ISU KIBAR BENDERA ASING SEBELUM HILANG KAWALAN - MALAYSIA GAZETTE - 31/10/2024

KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa pihak berkuasa bertegas dalam isu kibar bendera negara asing di tempat awam yang tular baru-baru ini.

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan berkata, pihaknya amat kesal perkara itu boleh berlaku di negara ini dan meminta tindakan tegas pihak berkuasa menanganinya sebelum perkara ini di luar kawalan.

“PPIM sentiasa menghormati dan menyokong tugas pihak berkuasa namun, dalam isu ini (kibar bendera asing) kita tidak boleh berkompromi.

“Apa yang kami bimbang adalah tindakan di luar jangkaan oleh orang awam yang mungkin menyebabkan ketegangan dalam negara ini,” tegasnya.

Pada 24 Oktober lalu, tular di media sosial satu perarakan di Dataran Menara Condong Teluk Intan yang mempamerkan bendera China di tempat awam menimbulkan rasa tidak senang dalam kalangan rakyat tempatan.

Perarakan berunsurkan keagamaan itu membabitkan kereta berhias telah berlangsung dari jam 8 malam hingga jam 11.30 malam 24 Oktober lepas dan disertai kira-kira 400 penonton.

Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris, berkata penganjur acara itu melanggar syarat permit yang diluluskan pada 2 Oktober lalu.

Azizi berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana mengadakan perarakan tanpa permit polis dan Seksyen 3 (1) Akta Lambang Kebangsaan 1949 kerana mempamerkan lambang kebangsaan negara asing di tempat awam.

Terbaharu, hari ini media melaporkan Pesta Kebudayaan Guan Gong Antarabangsa Malaysia yang berlangsung di Johor turut disertai delegasi dari China, Vietnam, Thailand, Filipina, Hong Kong, Singapura dan Indonesia.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Keroh, Kerk Chee Yee merupakan salah seorang peserta yang menghadiri perarakan tersebut.

“PPIM berpendapat mereka sepatutnya turut disiasat di bawah akta hasutan kerana perbuatan penganjur dan peserta itu bukan sahaja menghina negara namun menghasut orang lain untuk melakukan perkara yang sama.

Pada masa sama, PPIM juga berharap agar menteri dan menteri besar negeri-negeri terbabit mengeluarkan kenyataan-kenyataan bijak yang berdasarkan fakta dan akta dan bukan yang berbentuk bacul dalam kemelut yang berkaitan dengan kedaulatan negara ini, tambahnya.

Ujar beliau, PPIM tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang mencabar kedaulatan Malaysia. – MalaysiaGazette

Artikel oleh: Malaysia Gazette

AMBIL TINDAKAN TEGAS DALAM ISU KIBAR BENDERA ASING SEBELUM HILANG KAWALAN

https://malaysiagazette.com/2024/10/31/ambil-tindakan-tegas-dalam-isu-kibar-bendera-asing-sebelum-hilang-kawalan/ 

KIBAR BENDERA ASING: PPIM GESA SIASATAN TELUS, TINDAKAN TEGAS - ASTRO AWANI - 31/10/2024

 

KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa pihak berkuasa tegas menangani isu kibar bendera asing di tempat awam yang tular baru-baru ini.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan menegaskan, tindakan pantas daripada pihak berkuasa perlu ada sebelum keadaan menjadi sukar dikawal.

“Belum reda isu bendera China dikibarkan di Perak, timbul pula kes baharu lagi bendera asing dikibarkan kali ini di Johor pula,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

“PPIM sentiasa menghormati dan menyokong tugas pihak berkuasa namun, dalam isu ini (kibar bendera asing) kita tidak boleh berkompromi.

"Apa yang kami bimbang adalah tindakan di luar jangkaan oleh orang awam yang mungkin menyebabkan ketegangan dalam negara ini,” ujar beliau.

Pada 24 Oktober lalu, tular di media sosial perarakan di Dataran Menara Condong Teluk Intan yang mempamerkan bendera China.

Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris, memaklumkan penganjur melanggar syarat permit yang diluluskan pada 2 Oktober lalu.

Azizi berkata, siasatan dibuat di bawah Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan 1949 kerana pameran bendera asing di tempat awam.

Pada Selasa, media melaporkan Pesta Kebudayaan Guan Gong Antarabangsa Malaysia di Johor juga disertai delegasi dari China, Vietnam, Thailand, Filipina, Hong Kong, Singapura, dan Indonesia.

Ketua Polis Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat dalam satu kenyataan berkata pihak polis telah membuka kertas siasatan berhubung insiden tular pengibaran bendera China oleh sekumpulan individu dalam satu upacara perarakan agama peringkat antarabangsa di Sentosa, Johor Bahru.

PPIM berkata, penganjur dan peserta wajar disiasat di bawah Akta Hasutan kerana tindakan itu didakwa menghina negara serta menghasut orang lain untuk berbuat serupa.

Artikel oleh: Astro Awani

KIBAR BENDERA ASING: PPIM GESA SIASATAN TELUS, TINDAKAN TEGAS

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kibar-bendera-asing-ppim-gesa-siasatan-telus-tindakan-tegas-494233

ISU KIBAR BENDERA, PPIM GESA SIASATAN TELUS DAN TINDAKAN TEGAS YANG ADIL - KENYATAAN MEDIA PPIM - 31/10/2024

Belum reda isu bendera China dikibarkan di Perak, timbul pula kes baharu lagi bendera asing dikibarkan kali ini di Johor pula.

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa pihak berkuasa bertegas dalam isu kibar bendera negara asing di tempat awam yang tular baru-baru ini.

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi berkata pihaknya amat kesal perkara itu boleh berlaku di negara ini dan meminta tindakan tegas pihak berkuasa menanganinya sebelum perkara ini di luar kawalan.

"PPIM sentiasa menghormati dan menyokong tugas pihak berkuasa namun, dalam isu ini (kibar bendera asing) kita tidak boleh berkompromi.

"Apa yang kami bimbang adalah tindakan di luar jangkaan oleh orang awam yang mungkin menyebabkan ketegangan dalam negara ini" tegasnya.

Pada 24 Oktober lalu, tular di media sosial satu perarakan di Dataran Menara Condong Teluk Intan yang mempamerkan bendera China di tempat awam menimbulkan rasa tidak senang dikalangan rakyat tempatan.

Perarakan berunsurkan keagamaan itu membabitkan kereta berhias telah berlangsung dari jam 8 malam hingga jam 11.30 malam 24 Oktober lepas dan disertai kira-kira 400 penonton.

Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris, berkata penganjur acara itu melanggar syarat permit yang diluluskan pada 2 Oktober lalu.

Azizi berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana mengadakan perarakan tanpa permit polis dan Seksyen 3 (1) Akta Lambang Kebangsaan 1949 kerana mempamerkan lambang kebangsaan negara asing di tempat awam.

Terbaru, media melaporkan Pesta Kebudayaan Guan Gong Antarabangsa Malaysia yang berlangsung di Johor turut disertai delegasi dari China, Vietnam, Thailand, Filipina, Hong Kong, Singapura dan Indonesia.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Keroh, Kerk Chee Yee merupakan salah seorang peserta yang menghadiri perarakan tersebut.

PPIM berpendapat mereka sepatutnya turut disiasat dibawah akta hasutan kerana perbuatan penganjur dan peserta itu bukan sahaja menghina negara namun menghasut orang lain untuk melakukan perkara yang sama.

PPIM juga berharap agar Menteri dan Menteri Besar negeri-negeri terbabit mengeluarkan kenyataan-kenyataan bijak yang berdasarkan fakta dan akta dan bukan yang berbentuk bacul dalam kemelut yang berkaitan dengan kedaulatan Negara ini, tambah Toqqi lagi.

Sebelum ini, polis Perak turut mengesahkan telah membuka kertas siasatan perhimpunan kibar Jalur Gemilang yang disertai lebih 300 individu di Dataran Menara Condong Teluk Intan, kerana tiada notis dihantar penganjur bagi acara itu.

PPIM berkata pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang mencabar kedaulatan Malaysia.

Saturday, October 26, 2024

AKTIVITI | PERASMIAN MAJLIS CONGRADS SMK PUTERI TITIWANGSA - PPIM - 26/10/2024

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi merasmikan Majlis ConGRADs SMK Puteri Titiwangsa di IS Grand Hall, Aeon Mall AU2.

Thursday, October 24, 2024

PPIM GERAK SUKARELAWAN YANG BERKHIDMAT DI SEMUA DUN - SINAR HARIAN - 24/10/2024

 

Artikel oleh: Sinar Harian

PPIM GERAK SUKARELAWAN YANG BERKHIDMAT DI SEMUA DUN

PPIM PERKENAL INISIATIF TASK FORCE RAKYAT UNTUK BELA NASIB RAKYAT - AATV RAKYAT NEWS - 23/10/2024

 

Kuala Lumpur, 23 Oktober – Satu inisiatif baharu dikenali sebagai Task Force Rakyat telah diperkenalkan sebagai platform bagi rakyat untuk memperjuangkan hak dan maruah mereka secara harmoni. Inisiatif ini bertujuan memperkasakan rakyat untuk terlibat secara langsung dalam menangani isu-isu yang dihadapi mereka.

Menurut wakil Task Force, Datuk Nadzim Johan berkata, inisiatif ini diwujudkan kerana kebanyakan rakyat tidak terbela akibat kelemahan dalam sistem atau kurangnya perhatian daripada pihak yang berkenaan.

“Rakyat perlu satu platform untuk mengemukakan masalah mereka dengan mudah. Kadang-kadang, perkara kecil pun tidak mendapat perhatian. Mereka tidak tahu ke mana hendak pergi atau siapa yang harus ditemui,” katanya dalam satu sidang media disini hari ini.

Platform ini juga akan bertindak sebagai penghubung antara rakyat dan kerajaan dengan tujuan menyampaikan cadangan serta aduan secara langsung. “Kita tidak menyalahkan mana-mana pihak. Kita hanya mahu masalah rakyat diselesaikan dengan cepat dan efisien,” tambahnya.

Task Force ini turut meminta kerajaan menyediakan platform rasmi di mana rakyat dapat berkongsi maklumat, memberi cadangan, dan bertindak balas terhadap pelbagai isu yang dihadapi. Mereka juga menekankan kepentingan sokongan daripada media dalam membantu menyebarkan maklumat kepada masyarakat.

Selain itu, Task Force Rakyat akan bekerjasama dengan pelbagai sukarelawan di peringkat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk memperluaskan perkhidmatan mereka. Setiap DUN akan mempunyai wakil yang dilantik untuk membantu menguruskan masalah yang dihadapi rakyat di kawasan tersebut.

“Kerjasama rakyat amat penting kerana apabila suara rakyat disatukan, lebih mudah untuk kita menyelesaikan isu-isu besar. Kita berharap rakyat akan turut serta dan memberikan sokongan kepada inisiatif ini,” ujar wakil Task Force tersebut.

Mereka turut menegaskan bahawa isu-isu kesihatan seperti monkeypox dan pengalaman buruk dengan vaksin COVID-19 adalah antara perkara yang akan diberi perhatian serius oleh Task Force ini. Mereka juga menolak sebarang usaha yang melanggar hak individu dan perlembagaan negara, dengan menyatakan bahawa rakyat berhak bersuara dalam hal-hal yang melibatkan kesejahteraan mereka.

Justeru, diharap Task Force ini akan menjadi platform yang dapat mengubah sistem sedia ada dan memastikan bahawa setiap wakil rakyat melaksanakan tugas mereka dengan bertanggungjawab. Ini adalah satu usaha untuk memastikan nasib rakyat terbela, dan tidak lagi diabaikan oleh pihak-pihak yang berkuasa.

#PPIM #nadzimjohan #toqqi #toqqi_ppim #TaskForce #rakyat #inisiatif #sembangkopiaa #sembangpolitik #DemiRakyat #SembangKopiAA #viral #trendingnewsmalaysia #beritaviral #viral #trendingnewsmalaysia #beritaviral #barisannasional #umnosebuahperjuangan #umnomalaysia #umno #ZahidHamidi #azamrauzan #isusemasa #beritasemasa #aatvnews #aatvmedia #informasiurban

Sumber: AATV Rakyat News

PPIM PERKENAL INISIATIF TASK FORCE RAKYAT UNTUK BELA NASIB RAKYAT

https://www.youtube.com/watch?v=FbObZlDlSzg

PPIM GERAKKAN 'SUKARELAWAN YANG BERKHIDMAT' DI SEMUA DUN - SINAR HARIAN - 23/10/2024

 

KUALA LUMPUR - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) memperkenalkan Sukarelawan Yang Berkhidmat (SYB) di semua Dewan Undangan Negeri (DUN) sebagai perantara antara rakyat dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Ketua aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata, gerakan itu sebahagian daripada usaha bagi menjayakan Task Force Rakyat.

Menurutnya, individu yang dilantik itu akan turun padang untuk mendengar keluhan rakyat yang ingin disampaikan kepada ADUN.

“Alhamdulillah, sekarang kita telah melantik sekurang-kurangnya 100 SYB dan insya-ALLAH, kita akan tambah dari semasa ke semasa.

“Saya jangkakan PPIM akan melantik sekurang-kurangnya 600 SYB untuk menjalankan kerja-kerja berkhidmat untuk rakyat,” katanya ketika ditemui selepas sidang media Resolusi Task Force Rakyat Fasa 1 pada Rabu.

Nadzim

Sidang media tersebut turut dihadiri beberapa wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO), ahli akademik dan golongan profesional.

Pada September lalu, PPIM mengadakan satu Persidangan Meja Bulat Task Force Rakyat melibatkan lebih 200 NGO bagi membincangkan isu-isu rakyat yang kian meruncing.

Menerusi persidangan itu, sebanyak lima kluster diwujudkan antaranya ekonomi, keselamatan, agama, kesihatan dan perlembagaan.

Mengulas mengenai task force, Nadzim berkata, ia merupakan satu inisiatif penglibatan rakyat dalam membela nasib mereka sendiri.

Jelasnya, menerusi perbincangan itu pihak pertubuhan berjaya mengumpulkan isu-isu berkait kesejahteraan rakyat dan negara serta cadangan untuk menangani hal berkenaan.

“Pada ketika ini, nasib rakyat tidak terbela. Ia mungkin berlaku disebabkan oleh masalah sistem atau kelemahan mana-mana pihak.

“Kita wujudkan task force ini bagi tujuan memperkasakan rakyat untuk mereka membela nasib dan maruah diri sendiri,” ujarnya.

Pada masa sama, Nadzim memberitahu bahawa resolusi itu akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA) dan Majlis Raja-Raja Melayu dalam tempoh masa terdekat untuk pertimbangan.

“Kami percaya tindakan segera dan tegas amat diperlukan untuk memastikan kesejahteraan rakyat serta kedaulatan negara terus terpelihara. Dengan kerjasama semua pihak, Malaysia akan terus maju sebagai sebuah negara berdaulat, adil dan makmur.

“Penuh harapan, kami memohon agar resolusi yang dirumuskan dalam persidangan ini dipertimbangkan dengan sebaiknya demi kebaikan rakyat dan negara,” kata Nadzim.

Artikel oleh: Sinar Harian

PPIM GERAKKAN 'SUKARELAWAN YANG BERKHIDMAT' DI SEMUA DUN

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL