Saturday, October 12, 2024

AKTIVITI | WELLNESS CONFERENCE BERSAMA THE KL SKY CLINIC - PPIM - 12/10/2024

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi dijemput merasmikan program Wellness Conference anjuran The KL Sky Clinic di MAHSA Avenue International College, Kuala Lumpur.

Program ini merupakan perkongsian pandangan terkini dalam bidang kesihatan dan kesejahteraan yang disampaikan oleh Dr Roland Victor dan Dr Shashi Kumar.

Thursday, October 10, 2024

AKTIVITI | KUNJUNGAN PPIM KE JABATAN MUZIUM MALAYSIA - PPIM - 10/10/2024

Kunjungan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) ke Jabatan Muzium Malaysia, Jalan Damansara, Kuala Lumpur yang diketuai oleh Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi.

Kunjungan disambut oleh Kurator Bahagian Pameran Dan Pengembangan Jabatan Muzium Malaysia, Puan Juhazniza Musa.

Tuesday, October 8, 2024

AKTIVITI | SESI PENERANGAN PRODUK OLEH MARCAPADA VENTURES SDN BHD - PPIM - 08/10/2024

Sesi penerangan mengenai manfaat dan potensi produk berasaskan halia hitam bersama Tuan Kamalul Yusof dari Marcapada Ventures Sdn. Bhd.

Sesi ini turut memperkenalkan inovasi terkini berasaskan halia hitam, yang dijangka memberi impak positif kepada sektor kesihatan dan industri pemakanan.

Monday, October 7, 2024

DARK SIDE OF 'BUY NOW PAY LATER' SCHEMES - THE SUN - 04/10/2024



Article by: The Sun

DARK SIDE OF 'BUY NOW PAY LATER' SCHEMES

'BUY NOW PAY LATER SCHEMES PUT YOUTH AT RISK OF DEBT' - THE SUN - 04/10/2024

 

PETALING JAYA: Young consumers signing up for “buy now pay later” (BNPL) schemes face the risk of increasing debt as the ease of access and lack of upfront costs make such schemes appealing, said UiTM Academy of SME and Entrepreneurship Development coordinator Dr Mohamad Idham Md Razak. He was commenting on a Tuesday report in which the Credit Counselling and Debt Management Agency said 53,000 individuals under the age of 30 are burdened by nearly RM1.9 billion in debt.

The report quoted Finance Minister II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan as saying 28% of working adults borrow money for essential goods and the growing use of personal loans, credit cards and BNPL schemes among them is concerning.

Mohamad Idham said young adults seem to be making impulsive purchases without understanding the long-term financial consequences.

“Signing up for BNPL services en masse could spur long-term behavioural changes that encourage reckless spending and normalise the population’s debt load. This would lead to financial vulnerability.”

He said BNPL schemes distort financial responsibility by creating the appearance of affordability and encouraging consumers to seek instant gratification at the expense of sound financial planning.

“This would drop savings rates, cause credit defaults, negatively affect consumer credit ratings and constrain future borrowings. The risks are made worse as most BNPL schemes do not require rigorous credit checks, especially for younger people.”

He said financial ignorance is a major driver of debt mismanagement and impairs one’s ability to decide on borrowing and spending as individuals might underestimate the true cost of their debt, leading them to borrow more than they can manage, overspend and accumulate high-interest charges.

“It is undeniable that financial ignorance correlates quite strongly with the popularity of BNPL schemes and other forms of credit as it makes costly items seem affordable since one pays in smaller instalments.

“However, signing up for such credit would lead to overspending. While it could be a useful tool, BNPL schemes should be used carefully with responsible budgeting.”

Mohamad Idham said the rising debt burden of those aged 30 and below could be countered with a strategy that integrates financial education, oversight and tailored support, and includes financial literacy programmes in school curriculum as early as possible.

“This should include money management skills that educate children on the effects of debt and ways to avoid it. When young shoppers feel comfortable using BNPL schemes, they should take more time before signing up and show more discipline.

“Budgeting and deciding to save for future expenses or saving ahead of time would help keep one out of the debt trap.”

Muslim Consumer Association president Datuk Nadzim Johan said many people seek the pleasure of having money despite their unstable finances.

“Even if the credit card limit is low, it could be quickly depleted due to a lack of financial knowledge while its poor dissemination leaves individuals with inadequate guidance,” he said, adding that people often look to the government for solutions to their financial issues but the ultimate responsibility rests with the individual.

He said the government faces various challenges in managing the financial issues of citizens, including the need to balance regulations to protect consumers while encouraging economic growth.

“It is essential for individuals to be proactive, take control of their financial decisions and avoid over-reliance on credit to fund lifestyle choices. BNPL schemes may seem harmless at first but they will cause long-term harm to those who cannot pay on time.”

Article by: theSun

'BUY NOW PAY LATER SCHEMES PUT YOUTH AT RISK OF DEBT'

https://thesun.my/malaysia-news/buy-now-pay-later-schemes-put-youth-at-risk-of-debt-HF13079439

Wednesday, October 2, 2024

AKTIVITI | SERAHAN DRAF RESOLUSI TASK FORCE RAKYAT - PPIM - 01/10/2024

1 Oktober 2024 - Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi bersama Jawatankuasa Panel Task Force Rakyat telah mengadakan pertemuan dengan YM Tunku Razaleigh Hamzah bagi menyerahkan Draf Resolusi Task Force Rakyat.

Draf tersebut merupakan hasil daripada Persidangan Meja Bulat NGO Task Force Rakyat yang berlangsung pada 7 September yang lalu, di mana isu-isu kritikal yang melibatkan kepentingan rakyat dibincangkan dan dirumuskan untuk tindakan selanjutnya.

Saturday, September 21, 2024

PPIM TIDAK PERNAH LINDUNGI GISB - UTUSAN MALAYSIA - 21/09/2024

 

PETALING JAYA: Persatuan Pengguna Islam (PPIM) menafikan dakwaan beberapa pihak yang mengatakan PPIM bersekongkol melindungi ahli kumpulan Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH).

Ketua Aktivis, Datuk Nadzim Johan berkata, persatuan itu hanya bekerjasama dengan entiti perniagaan GISBH atas dasar menyokong usaha syarikat itu meningkatkan produk halal buatan Islam untuk pengguna di Malaysia.

“Bagaimanapun, kerjasama ini bukanlah cerminan PPIM menyokong atau mengetahui mengenai dakwaan berkaitan isu dalam kumpulan ini yang kini sedang tular.

“PPIM tidak melindungi mana-mana pihak yang melanggar undang-undang atau bertentangan dengan ajaran Islam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, terdapat laporan tidak tepat mengenai pendirian PPIM yang cuba mengaitkan badan itu  dengan siasatan yang berlangsung.

“PPIM fokus kepada mempertahankan hak pengguna dan memperjuangkan isu rakyat tanpa prejudis kepada mana-mana pihak lain,” katanya.

Kata Nadzim, PPIM berharap siasatan terperinci dilakukan supaya pihak yang bersalah dihukum manakala mereka yang dianiaya terutamanya kanak-kanak yang dikatakan menjadi mangsa eksploitasi dan jenayah seksual perlu dilindungi serta dibantu untuk masa depan yang lebih baik.

“PPIM menegaskan tidak pernah mengetahui mengenai apa-apa isu dalam kumpulan GISBH yang dikaitkan dengan pelbagai dakwaan termasuk jenayah seksual terhadap kanak-kanak, pemerdagangan manusia, pengubahan wang haram dan lain-lain sehinggalah perkara itu didedahkan baru-baru ini,” tegasnya.

Selepas ini, kata beliau, PPIM berharap tidak ada pihak lain cuba terus memburukkan  keadaan selain berhenti  mengaitkan PPIM dengan GISBH.

“Kami bersedia memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa jika diminta berbuat demikian serta mengalu-alukan siasatan pihak berkuasa terhadap dakwaan pihak tidak bertanggungjawab yang berselindung di sebalik profil tanpa identiti di media sosial,” jelasnya. – UTUSAN

Artikel oleh: Utusan Malaysia

PPIM TIDAK PERNAH LINDUNGI GISB

https://www.utusan.com.my/nasional/2024/09/ppim-tidak-pernah-lindung-gisb/

TAK PERNAH TAHU ISU DALAM GISBH, PPIM NAFI DAKWAAN BERSEKONGKOL - UTUSAN TV - 21/09/2024

 

PERSATUAN Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menafikan sekeras-kerasnya dakwaan kononnya pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu bersekongkol melindungi kumpulan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) dan turut mengamalkan ajaran sesat.

Sehubungan itu, Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan meminta semua pihak tidak memburukkan lagi keadaan dan tidak cuba mengaitkan NGO itu dengan isu yang tidak berkaitan.

Beliau menegaskan, PPIM tidak pernah mengetahui apa-apa isu dalam kumpulan GISBH yang dikaitkan dengan pelbagai dakwaan termasuk jenayah seksual terhadap kanak-kanak, pemerdagangan manusia, pengubahan wang haram dan lain-lain sehingga perkara tersebut didedahkan baru-baru ini.

Menurut Nadzim, banyak perkara yang ditularkan di media sosial adalah tidak tepat dan terdapat juga cubaan mengaitkan PPIM dengan siasatan yang sedang berlangsung.

“PPIM seperti mana banyak pihak lain sebelum ini bekerjasama dengan entiti perniagaan GISBH atas kapasiti menyokong usaha mereka meningkatkan jumlah produk halal buatan umat Islam untuk pengguna di Malaysia.

“Bagaimanapun, kerjasama ini bukanlah cerminan PPIM menyokong atau mengetahui megnenai dakwaan berkaitan isu dalam kumpulan itu yang kini sedang tular.

“PPIM fokus kepada mempertahankan hak pengguna dan memperjuangkan isu rakyat tanpa prejudis kepada mana-mana pihak lain,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Nadzim menegaskan PPIM tidak akan melindungi mana-mana pihak yang melanggar undang-undang kerajaan atau bertentangan dengan ajaran Islam.

“PPIM bersedia memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa jika diminta berbuat demikian serta mengalu-alukan siasatan pihak berkuasa terhadap dakwaan pihak tidak bertanggungjawab yang berselindung di sebalik profil tanpa identiti di media sosial.

“PPIM juga memandang serius budaya buli siber yang semakin melarat dan percaya pihak berkuasa juga sudah tidak dapat mengawalnya,” katanya.

Artikel oleh: Utusan TV

TAK PERNAH TAHU ISU DALAM GISBH, PPIM NAFI DAKWAAN BERSEKONGKOL

https://utusantv.com/2024/09/21/tak-pernah-tahu-isu-dalam-gisbh-ppim-nafi-dakwaan-bersekongkol/

PPIM TAK PERNAH TAHU ISU GISBH SEBELUM IA DIDEDAHKAN - NADZIM - SINAR HARIAN - 21/09/2024

 

SHAH ALAM - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menafikan dakwaan yang menuduh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu bersekongkol melindungi ahli kumpulan GlSB Holdings Sdn Bhd (GISBH) dan turut mengamalkan ajaran sesat.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, sebelum ini sama seperti banyak pihak lain, kerjasama dengan entiti perniagaan berkenaan hanya atas kapasiti menyokong usaha meningkatkan jumlah produk halal buatan umat Islam untuk pengguna di Malaysia.

Tegas beliau, ia bukan cerminan persatuan menyokong atau mengetahui mengenai dakwaan berkaitan isu dalam kumpulan GISBH ketika ini.

“PPIM menegaskan tidak pernah mengetahui mengenai apa-apa isu dalam kumpulan GISBH yang dikaitkan dengan pelbagai dakwaan.

“Termasuk jenayah seksual terhadap kanak-kanak, pemerdagangan manusia, penggubahan wang haram dan lain-lain sehinggalah perkara tersebut didedahkan baru-baru ini,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai beberapa hantaran di media sosial mengaitkan PPIM dengan GISBH yang dalam siasatan polis berhubung beberapa salah laku jenayah susulan operasi Op Global pada 11 September lalu.

Polis menyerbu 20 rumah amal GISBH di Selangor dan Negeri Sembilan dengan menyelamatkan 402 individu termasuk kanak-kanak yang didakwa menjadi mangsa eksploitasi​ dan seksual.

Pihak polis turut membekukan 96 akaun bank berkaitan syarikat tersebut dengan nilai melebihi RM581,000

Seramai 171 individu berusia 17 hingga 64 tahun ditahan bagi membantu siasatan dan setakat 19 September lalu, 19 individu termasuk pengurusan tertinggi, isteri serta beberapa pemimpin GISBH direman tujuh hari.

Ujar Nadzim, PPIM tidak akan melindungi mana-mana pihak yang melanggar undang-undang kerajaan atau bertentangan dengan ajaran Islam.

“PPIM meminta pihak lain jangan memburukkan lagi keadaan dan jangan cuba mengaitkan PPIM dengan isu yang tidak berkaitan.

“PPIM bersedia memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa jika diminta berbuat demikian.

“Kami juga mengalu-alukan siasatan pihak berkuasa terhadap dakwaan pihak tidak bertanggungjawab yang berselindung di sebalik profil tanpa identiti di media sosial,” katanya.

Artikel oleh: Sinar Harian

PPIM TAK PERNAH TAHU IS GISBH SEBELUM IA DIDEDAHKAN - NADZIM

https://www.sinarharian.com.my/article/686776/berita/nasional/ppim-tak-pernah-tahu-isu-gisbh-sebelum-ia-didedahkan---nadzim

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL