Saturday, February 24, 2018

4374) BEG PLASTIK: PASAR RAYA UNTUNG RM120 JUTA SETAHUN – UTUSAN MALAYSIA – 23/2/18




KUALA LUMPUR 22 Feb. – Pasar raya dan kedai runcit seluruh negara termasuk kerajaan PKR Selangor mampu mengaut keuntungan konservatif sebanyak RM120 juta setahun bagi per­belanjaan caj 20 sen beg plastik.
Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr. Jacob George berkata, keuntungan konservatif RM120 juta setahun itu meliputi semua pasar raya di seluruh negara terutama di Selangor yang dilihat mendapat keuntungan sehingga 70 peratus daripada hasil jualan beg plastik dengan caj 20 sen.
“Setiap pengguna akan membeli sekurang-kurangnya tiga beg plastik bernilai 60 sen, kita andaikan 600 hingga 700 pengguna membeli di kedai runcit dan pasar raya setiap hari dan jumlah anggaran keuntungan kasar yang diperoleh sebanyak RM10 juta sebulan.
“Saya difahamkan, kos setiap beg plastik adalah sebanyak 3 sen sahaja, namun seperti Kerajaan PKR Selangor, mereka menyuruh rakyat membayar pada kadar 20 sen. Jumlah itu menunjukkan perbezaan besar iaitu seba­nyak 17 sen. Ini bermakna, kedai runcit dan pasar raya mampu mendapat untung besar jika memperoleh 1,000 pengguna setiap hari,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Selasa lalu, beberapa persatuan pengguna mendesak Kerajaan PKR Selangor menjelaskan ke mana caj 20 sen tersebut disalurkan supaya pelaksanaan kempen beg plastik tersebut lebih telus.
Sebelum ini, Pengerusi Barisan Nasional (BN), Tan Sri Noh Omar dalam kenyataannya berikrar menghapuskan caj 20 sen bagi setiap penggunaan plastik yang dikuatkuasakan Kerajaan PKR Selangor pada 1 Januari tahun lalu itu hingga membebankan pengguna, jika BN berjaya kembali mentadbir Selangor.
Sementara itu, Timbalan Pre­siden Gabu­ngan Persatuan-persa­tuan Peng­guna Malaysia (FOMCA), Mohd. Yusof Abdul Rahman berkata, caj 20 sen beg plastik kononnya bagi mendenda pengguna namun diambil sebagai sumber pendapatan kepada pasar raya tersebut.
“Bayangkan jika ada 1,000 pengguna sehari yang membeli barang, berkemungkinan mereka (pengguna) akan membeli tiga hingga lima beg plastik de­ngan bernilai RM1 mengikut barang keperluan yang dibeli. Jadi, caj 20 sen itu boleh memberi keuntungan setiap hari sekali gus memberi nilai tambah kepada pihak pasar raya itu.
“Jika pihak pasar raya benar-benar mahu menjual plastik beg seeloknya jual beg yang boleh dikitar semula atau beg bahan-bahan boleh urai (biodegradable) bagi memastikan pengguna boleh mengguna pakai beg tersebut apabila membeli-belah kelak,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Pre­siden Gabu­ngan Persatuan-persa­tuan Peng­guna Malaysia (FOMCA), Mohd. Yusof Abdul Rahman berkata, caj 20 sen beg plastik kononnya bagi mendenda pengguna namun diambil sebagai sumber pendapatan kepada pasar raya tersebut.
“Bayangkan jika ada 1,000 pengguna sehari yang membeli barang, berkemungkinan mereka (pengguna) akan membeli tiga hingga lima beg plastik de­ngan bernilai RM1 mengikut barang keperluan yang dibeli. Jadi, caj 20 sen itu boleh memberi keuntungan setiap hari sekali gus memberi nilai tambah kepada pihak pasar raya itu.
“Jika pihak pasar raya benar-benar mahu menjual plastik beg seeloknya jual beg yang boleh dikitar semula atau beg bahan-bahan boleh urai (biodegradable) bagi memastikan pengguna boleh mengguna pakai beg tersebut apabila membeli-belah kelak,” katanya.
Selain itu, bagi Presiden Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, pasar raya menjadikan caj 20 sen beg plastik sebagai sumber pendapatan untuk me­ngaut keuntungan.
“Pasar raya boleh mengaut keuntungan yang berlipat ganda hanya dengan mengenakan caj 20 sen beg plastik dan pengguna tidak mengetahui status caj tersebut digunakan.
“Kita tidak mahu mereka (pasar raya) menjadikan caj 20 sen sebagai sumber pendapatan sekali gus membebankan pengguna. Seeloknya jadikan caj 20 sen tersebut untuk mengadakan program bersama pengguna atau sebaliknya,” katanya.
Artikel Oleh : Utusan Malaysia
BEG PLASTIK: PASAR RAYA UNTUNG RM120 JUTA SETAHUN

Thursday, February 22, 2018

4373) JOM KERAMAT #QURANHOUR 3.0 – SINAR HARIAN – 22/2/18




Keramat #QuranHour 3.0 bakal menawarkan lebih banyak pengisian aktiviti menarik untuk orang ramai sertai di Taman Tasik Datuk Keramat pada 25 Februari ini.
Antara aktiviti disediakan dari jam 8.30 pagi hingga 12 tengah hari itu termasuk berinteraksi dengan al-Quran melalui #QuranHour, solat melalui #SolatExplorace dan Infaq melalui #Pasar Infaq Ummah, serta persembahan As Salam Buskers.
Sesi berinteraksi dengan al-Quran kali ini menampilkan peserta cilik yang dikenali ramai iaitu Tahfiz Muda, Fatimah Az Zahraa Muwafik, 6, yang akan memperdengarkan bacaannya Surah alFatihah dan Surah al-Baqarah ayat 1 hingga 5.
Bacaan ayatsucial-Quran diteruskan oleh Ustaz Ahmad Aiman yang membawakan Surah al-Fajr.
Penasihat Modul Rumah Ngaji, Ustaz Safri Muhammad Zein akan bertadabbur dan bertazakkur surah tersebut untuk difahami mesej yang disampaikan oleh ALLAH dan diamalkan oleh umat Islam.
Keramat#QuranHour 3.0 merupakan aktiviti kali ketiga di bawah program setahun Keramat Lab yang dilancarkan pada 2 Disember 2017. – Ini menyahut kempen My Family #QuranHouryang bertemakan #Saving Families bagi mengukuhkan keluarga melalui berinteraksi dengan al-Quran iaitu baca, faham dan amal.
Program ini dianjurkan Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUI) dengan kerjasama Rumah Ngaji Wilayah Persekutuan, Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), Akademi Sinergi Ikhlas Sdn Bhd, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Wilayah Persekutuan (Aswaja), ACT Consulting & Education Sdn Bhd, Keluarga.
Besar Ummah Ikhlas dan Satri Muda #SavingYoungSouls, Al Ammar Resources Sdn Bhd, dan EL ElleFi-Lani International.
Ketua Pegawai Eksekutif WUI, Marhaini Yusoff berkata, Keramat Lab merupakan gerakan daripada ummah kepada ummah.
“Ini mengambil ibrah kisah Nabi Muhammad SAW yang memberi makan kepada orang miskin dengan tangan Baginda SAW sendiri. Nikmat kegembiraan rohani dicapai melalui amalan infaq.,” katanya.
Bagi golongan kanak-kanak dan remaja boleh merebut hadiah termasuk naskhah al-Quran dengan menyertai acara sukaneka dan#SolatExplorace yang dianjurkan oleh Rumah Ngaji @ Nurhidayah (Akademi Tahfiz Al-Hidayah) dan Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram).
Penggerak Rumah Ngaji @ Nurhidayah, Roslailawati Mohamad berkata #SolatExplore merupakan aktiviti yangjulung kali diadakan bagi pengisian Keramat #QuranHour 3.0.
“#SolatExplorace bertujuan untukmemberi kesedaran kepada golongan muda mengenai kepentingan solatdan seronoknya bersolat. Saya berharap mereka dapat menimba ilmu dan mengamalkan ibadah solat dengan lebih baik.
“Pihak kami turut menyertai Pasar Infaq Ummah dengan menawarkan minuman coklat dan buah-buahan untuk berkongsi rezeki dengan orang ramai,” katanya.
Orang ramai yang berminat untuk menyertai Keramat#QuranHour 3.0, sila bawa al-Quran terjemahan, potluck dan tikar.

Artikel Oleh : Sinar Harian
JOM KERAMAT #QURANHOUR 3.0

Wednesday, February 21, 2018

4372) PERBINCANGAN KETUA AKTIVIS PPIM BERSAMA WAKIL LEMBAGA PENGURUSAN PTPTN – 21/2/18


Perbincangan Ketua Aktivis PPIM, Toqqi, bersama wakil Lembaga Pengurusan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dalam usaha kerjasama untuk mempromosikan PTPTN di saluran media. @ Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)




Tuesday, February 20, 2018

4371) DIALOG MEJA BULAT BERSAMA INDUSTRI HALAL BIL 1 - KOMPLEKS ISLAM PUTRAJAYA - 20/2/18


Putrajaya, 20 Februari 2018 - Bahagian Hab Halal, JAKIM melalui Unit Hubungan Industri, Seksyen Komunikasi Korporat telah mengadakan satu sesi Dialog Meja Bulat Bersama Persatuan Industri Halal untuk kali pertama bagi tahun 2018.


Dialog yang disertai oleh lebih kurang 13 persatuan dalam industri itu turut dihadiri oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Persatuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) dan lain-lainnya.


Dialog yang diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 7, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya itu dipengerusikan oleh YBhg. Dato' Dr. Sirajuddin Suhaimee, Pengarah Bahagian Hab Halal, JAKIM.





Tujuan dialog kali ini menjurus kepada perkongsian dan makluman berkenaan kemaskini dan penambahbaikan dalam Pensijilan Halal Malaysia serta perbincangan berkaitan isu-isu semasa dalam persatuan industri halal di Malaysia.

4370) TEMUBUAL EKSKLUSIF BERSAMA KETUA AKTIVIS PPIM DAN BEKAS PENUNDA KENDERAAN MEMBINCANGKAN TAJUK “TONTO” – TV1 – 20/2/18


Temubual eksklusif bersama Ketua Aktivis PPIM, Toqqi dan Bekas Penunda Kenderaan, Azman Kang Abdullah membincangkan tajuk “Tonto” di Rancangan Selamat Pagi Malaysia @ TV1 dalam segmen Kopi Panas.








4369) CAJ 20 SEN GUNA PLASTIK TIDAK CAPAI MATLAMAT – UTUSAN MALAYSIA – 20/2/18




KUALA LUMPUR 19 Feb. – Pihak bertanggungjawab per­lu mengkaji semula kempen beg plastik dengan pelaksa­naan caj 20 sen oleh Kerajaan PKR Selangor yang dilihat memberi masalah kepada pengguna dan semakin membebankan rak­yat.
Malah, beberapa persatuan pengguna yang dihubungi turut mendesak Kerajaan PKR Selangor menjelaskan ke mana caj 20 sen tersebut disalurkan supaya pelaksanaan kempen beg plastik tersebut lebih telus.
Presiden Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, satu penambahbaikan perlu dilakukan untuk memastikan kempen kesedaran penggunaan beg plastik dapat di­­wujudkan berbanding hanya me­ngenakan caj 20 sen kepada pengguna.
“Saya pasti caj itu hanya meng­untungkan sebelah pihak sahaja dan pelaksanaannya membebankan. Pihak bertanggungjawab perlu mengkaji secara terperinci caj yang dikenakan itu agar tidak membebankan pihak pembeli.
“Pengguna juga tidak menge­tahui caj 20 sen tersebut dibayar atau diderma kepada siapa sehingga menimbulkan tanda tanya kerana mereka tidak diberitahu tentang perkara itu. Jika benar, sediakan alternatif lain untuk memudahkan pengguna membeli-belah tanpa membebankan mereka,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Semalam, Pengerusi Barisan Nasional (BN), Tan Sri Noh Omar dalam kenyataannya berikrar untuk menghapuskan caj 20 sen bagi setiap penggunaan plastik yang dikuatkuasakan Kerajaan PKR Selangor pada 1 Januari tahun lalu itu hingga membebankan pengguna, jika BN berjaya kembali mentadbir Selangor.
Sementara itu, Tim­­balan Pre­si­den Ga­­­bungan Per­sa­tuan-Per­­satuan Peng­guna Malaysia (FOMCA), Mohd. Yusof Abdul Rahman turut menyatakan so­­kongan terhadap peng­hapusan caj 20 sen itu de­ngan mencari alternatif lain untuk mengurangkan penggunaan beg plastik di negara ini.
“Saya menyokong penghapusan caj 20 sen tersebut kerana masalah beg plastik ini tidak akan berkurangan sekiranya mengenakan sebarang caj yang tinggi namun, perlu ada mekanisme yang memberi kesan segera untuk me­ngurangkan penggunaan beg plastik.
“Antara alternatif lain yang boleh dilaksanakan adalah setiap pasar raya boleh menyediakan troli yang mencukupi, beg kertas atau kotak bagi menggantikan beg plastik untuk memudahkan pengguna membawa barangan yang dibeli,” katanya.
Di samping itu, pelaksanaan caj 20 sen bagi penggunaan beg plastik yang dikuatkuasakan oleh kerajaan PKR itu langsung tidak membawa manfaat kepada pengguna sejak mula diperkenal awal tahun lalu.
Dalam pada itu, Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr. Jacob George berkata, dasar caj 20 sen itu dilihat tidak mendatang­kan sebarang kesan terhadap usaha pemuliharaan alam sekitar.
“Dasar yang diperkenalkan itu tidak membantu ke arah usaha pemuliharaan alam sekitar malah ia dilihat semakin membebankan pengguna. Apabila mengenakan caj 20 sen tindakan itu langsung tidak memberi kesan sepenuhnya kepada alam sektar kerana beg plastik tergolong ‘barang sekali pakai’ sehingga memperbanyakkan sampah.

Artikel Oleh : Utusan Malaysia
CAJ 20 SEN GUNA PLASTIK TIDAK CAPAI MATLAMAT

Monday, February 19, 2018

4368) KUNJUNGAN HORMAT KETUA AKTIVIS PPIM, TOQQI KE PEJABAT KETUA PENGARAH LEMBAGA PENDUDUK DAN PEMBANGUNAN KELUARGA NEGARA (LPPKN) - 19/2/18


Sedang berlangsungnya kunjungan hormat Ketua Aktivis PPIM, Toqqi ke Pejabat Ketua Pengarah Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), En.Abdul Shukur Abdullah.
Kunjungan turut disertai oleh beberapa Aktivis PPIM lain. @ Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)











4367) PENJENAYAH PENIPUAN MAKLUMAT PERIBADI LICIK PERDAYA MANGSA TERDESAK – UTUSAN MALAYSIA – 19/2/18




KUALA LUMPUR 18 Feb. –  Fitrah seorang penjenayah, sudah semestinya merancang dengan teliti dan licik sebelum memperdayakan mangsa seperti yang dapat dilihat dengan jelas dalam kes-kes penipuan menggunakan maklumat perbankan orang lain.
Maklumat perbankan tersebut digunakan untuk menutup jejak kewangan (money trail) jenayah yang dilakukan bagi mengaburi bukan sahaja mata pihak berkuasa tetapi juga mangsa bagi mengelakkan diberkas.
Menurut beberapa mangsa penipuan yang ditemubual Utusan Malaysia, penjenayah-penjenayah berkenaan akan menggunakan sekurang-kurangnya lima atau enam akaun bank dan se­ring memberikan pelbagai alasan bagi meyakinkan sasaran jenayah mereka.


Menurut salah seorang mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Abdullah, 54, dia kerugian hampir RM40,000 ketika cuba membuat pinjaman peri­badi dengan sebuah ‘syarikat kewangan’ yang ditemui melalui me­dia sosial kerana terpedaya dengan taktik licik tersebut.

Abdullah berkata, pada peringkat awal, dia diberitahu permohonan pinja­mannya itu telah diluluskan namun penjenayah yang me­ngenalkan diri­nya sebagai Kennedy itu memaklumkan syarikatnya memerlukan wang berjumlah RM8,000 sebagai bayaran pengurusan dan turut memberikan nombor akaun yang perlu digunakan untuk mema­sukkan wang berkenaan.
Kennedy turut menjanjikan pihaknya akan memulangkan wang tersebut bersama ‘pinjaman’ yang telah diluluskan itu.
Bagaimanapun, selepas beberapa hari, penjenayah ber­kenaan sekali lagi menghubu­ngi Abdullah dan menyatakan ‘akauntan’ yang menguruskan pinjaman tersebut meminta Abdullah untuk memasukkan RM5,000 lagi ke dalam satu lagi akaun bank, kali ini untuk ‘urusan guaman’.
“Pada mulanya saya percaya kerana seorang rakan sebelum ini berjaya mendapatkan pinjaman daripada syarikat itu, namun selepas mereka terus meminta lagi wang, saya menjadi musykil dan memaklumkan kepada Kennedy mahu membatalkan permohonan pinjaman tersebut.
“Bila enggan akur, lelaki berbangsa Cina itu mengugut saya dengan mengatakan wang-wang yang telah dibayar sebelum ini adalah satu bentuk rasuah dan boleh menyebabkan saya dan akauntan dipenjarakan melainkan sejumlah wang lagi dibayar kepada syarikat sebagai denda,” jelas beliau.
Abdullah menambah, seba­nyak lima transaksi kewangan telah dilakukan yang mana setiap satu daripadanya menggunakan akaun milik orang yang berlainan.
Kes yang hampir sama juga berlaku kepada Roslina, 41, yang mana dia telah ditipu sebanyak hampir RM6,500 semasa hendak membuat pinjaman dengan ah long.
Menurut beliau, pada mula­nya, ah long itu memberikan alasan dia perlu membayar RM1,000 sebagai wang ‘bayaran peguam’ untuk meluluskan dan melepaskan pinjaman yang dimohon.
“Untuk setiap bayaran yang diminta, saya dikehendaki memasukkan bayaran tersebut ke beberapa akaun milik individu berbeza.
“Melihatkan ah long itu semakin lama semakin banyak meminta bayaran atas alasan untuk memproses pinjaman RM5,000 itu, saya batalkan niat untuk meminjam,” jelas beliau.
Selain Abdullah dan Roslina, terdapat banyak lagi kes yang sama terjadi di negara ini.
Rujukan dengan rekod laporan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menunjukkan terdapat hampir 150 kes penipuan seperti yang dilalui Abdullah dan Roslina berlaku pada 2017 sahaja.

Artikel Oleh : Utusan Malaysia
PENJENAYAH PENIPUAN MAKLUMAT PERIBADI LICIK PERDAYA MANGSA TERDESAK

4366) SINDIKET KAUT UNTUNG GUNA MAKLUMAT AKUAN ORANG LAIN – UTUSAN MALAYSIA – 18/2/18



MAKLUMAT peribadi seperti MyKad, kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM), nombor akaun bank serta nombor pengenalan peribadi (PIN) sama sekali tidak boleh diberikan kepada sesiapa pun selain daripada pihak berkuasa yang berkaitan kerana tindakan itu akan membawa pelbagai implikasi negatif kepada pemiliknya.
Di bawah Fasal 4 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709), data peribadi ditakrifkan sebagai ‘apa-apa juga maklumat berkenaan dengan transaksi komersial yang tersimpan dan dikendalikan secara automatik atau dalam sistem fail’.
Walaupun tidak menjadi satu kesalahan untuk memberi atau mendedahkan maklumat itu kepada pihak lain, setiap individu wajib memastikan tujuan pemprosesan data peribadi oleh pengguna data (individu atau syarikat yang memproses data peribadi).
Berdasarkan laporan-laporan yang diterima oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), dalam kebanyakan kes, didapati mangsa-mangsa yang terlibat kurang memahami natijah daripada tindakan mereka menyerahkan data peribadi tersebut kepada pihak lain.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, mangsa tidak sewajarnya dipersalahkan sepenuhnya dalam hal ini kerana dalang sebenar jenayah ini adalah ah long dan sindiket yang berniat memperdayakan mereka.
Jelas beliau, pihaknya menerima lebih 60 laporan daripada orang ramai yang terpedaya dengan sindiket terbabit dan ah long.
“Daripada laporan yang dibuat, kami dapati maklumat akaun itu sering digunakan dalam penipuan urus niaga dalam talian, jual beli kenderaan, hartanah dan paling popular, pinjaman mudah.
“Keadaan menjadi lebih parah apabila pihak yang ditipu dalam urusan-urusan berkenaan membuat laporan polis kerana disebabkan akaun yang men­­jadi petunjuk utama dalam siasatan polis itu milik mangsa, merekalah yang akan menanggung akibatnya manakala dalang sebenar terlepas,” katanya.
Dari sudut perundangan, beberapa peguam yang ditemui Mingguan Malaysia menyatakan, tidak banyak yang boleh dilakukan oleh mereka yang menjadi mangsa sindiket penipuan berkenaan.
Dalam kebanyakan kes yang diwakili, para peguam berkenaan memberitahu, anak guam mereka kebiasaannya akan dikenakan pertuduhan di bawah Seksyen 402 atau Seksyen 411 Kanun Keseksaan.
Peguam, Heather Marie Anthony berkata, mereka dikenakan pertuduhan di bawah salah satu atau kedua-dua akta berkenaan kerana jejak kewangan yang dikesan oleh pihak polis akan menjurus kepada akaun-akaun yang dibuat atas nama mangsa.
“Perkara ini berlaku kerana semua transaksi dalam peni­puan dilakukan menggunakan akaun mangsa. Mengikut impli­kasi undang-undang, pihak polis akan membuat siasatan berdasarkan jejak transaksi wang tersebut dan maklumat yang diberikan oleh mangsa,” katanya.
Artikel Oleh : Utusan Malaysia
TANGGUNG NATIJAH KERANA KURANG FAHAM UNDANG-UNDANG

Thursday, February 15, 2018

4365) EJEN KEBAS WANG KWSP – HARIAN METRO – 15/2/18


Ejen keluar duit. Itu tawaran satu sindiket yang mengambil kesempatan ke atas pencarum yang ingin mengeluarkan wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ekoran masalah kesihatan.
Dengan mengenakan caj sebanyak 20 hingga 50 peratus, mereka juga dikesan menggunakan dokumen palsu bagi memperdayakan petugas di kaunter untuk urusan pengeluaran.
Dalam kes terbaru, seorang wanita berusia 45 tahun hampir menjadi mangsa seorang lelaki yang mendakwa dirinya boleh membantu mengeluarkan wang caruman.
Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Maimun berkata, perkenalannya dengan lelaki itu diaturkan seorang rakannya di sebuah restoran di Klang beberapa minggu lalu.
Dalam pertemuan itu, lelaki berkenaan menawarkan bantuan untuk berjumpa dengan doktor di Sri Kota, Klang bagi tujuan penyediaan dokumen sebelum dihantar ke KWSP.
“Kami ke hospital dan dia membayar semua perbelanjaan rawatan penyakit buah pinggang berjumlah RM650.
“Saya menghidap penyakit ini lebih setahun lalu dan doktor memaklumkan saya boleh memohon pengeluaran caruman.
“Selepas laporan doktor siap, lelaki itu mendesak saya membayar seba nyak 20 peratus daripada jumlah pengeluaran iaitu kira-kira RM25,000,” katanya ketika membuat aduan kepada sekretariat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), di sini, kelmarin.
Maimun berkata, hampir setiap hari lelaki itu akan menelefonnya meminta bayaran sehingga sanggup memberi ‘diskaun’ 3 peratus daripada jumlah keseluruhan.
Menurutnya, bukan itu saja, lelaki terbabit juga datang ke rumah dan menceroboh masuk serta memaksanya ke KWSP untuk urusan pengeluaran, namun dia enggan.
“Mujur ada suami saya ketika itu. Jika tidak saya pun tidak tahu apa yang akan berlaku,” katanya.
Sementara itu, Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, semakan pihaknya dengan KWSP mendapati wujud sindiket yang memperdayakan orang ramai kononnya mereka adalah ejen dilantik agensi terbabit untuk memudahkan orang ramai membuat pengeluaran.
Bagaimanapun, katanya, ia sebenarnya satu penipuan terancang oleh sindiket yang turut menggunakan dokumen palsu untuk memperdaya pihak berwajib dalam urusan terbabit.
“Kita nasihatkan orang ramai lebih berhati-hati dengan sebarang tawaran seperti itu kerana ia jelas satu taktik licik untuk mengaut untung mudah.
“Ada saluran pengeluaran untuk mereka yang sakit. Boleh terus berhubung dengan KWSP, tak perlu orang tengah pun,” katanya.

Artikel Oleh : Harian Metro
EJEN KEBAS WANG KWSP

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL