Wednesday, August 29, 2012

615) METRO AHAD : Ibu bapa perlu awasi kegiatan anak-anak elak terjebak pertaruhan siber



Headline: Ibu bapa perlu awasi kegiatan anak-anak elak terjebak pertaruhan siber
Publication: MA
Date of publication: Aug 26, 2012
Section heading: Main Section
Page number: 020


KUALA LUMPUR: "Judi Internet biasanya berselindung di sebalik pusat siber. Oleh itu, ibu bapa perlu berhati-hati serta mengawasi pergerakan anak yang meminta kebenaran ke pusat siber," kata Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, mengenai kegiatan judi siber yang semakin berleluasa.

Menurutnya, taktik pusat judi berselindung atas nama pusat siber menyebabkan ramai remaja terjerumus dalam kegiatan judi itu sehingga kerugian mencecah ribuan ringgit.

"Kebanyakan pusat judi siber menawarkan pertaruhan serendah RM1. Jadi remaja terbabit berjudi secara kecil-kecilan antara RM5 hingga RM10.

"Walaupun ada ketikanya mereka menang, kekerapan itu terlalu sedikit dan tanpa sedar, mereka sudah berbelanja ribuan ringgit," katanya.

Nadzim berkata, taktik pusat siber juga sangat licik berikutan tidak membayar wang kemenangan jika nilainya bawah RM100.

Disebabkan itu, katanya, remaja terbabit akan terus mencuba nasib untuk mendapatkan kemenangan melebihi RM100.

"Ini sebahagian taktik digunakan kerana tidak mahu membayar wang kemenangan walaupun menang RM10.

"Mahu tak mahu, mereka terpaksa melabur wang kemenangan yang ditukar kepada percubaan sebanyak 10 kali lagi," katanya.

Sementara itu, Presiden Kelab Putera 1Malaysia (KP1M), Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim turut mengakui menerima aduan daripada ibu bapa mengenai anak mereka bermain judi secara on-line.

Katanya, walaupun kes berkenaan terpencil dan tidak membabitkan nilai besar, ia perlu diberi perhatian.

"Walaupun aduan kita terima membabitkan nilai kecil, kita berharap pemantauan terhadap remaja terbabit diberi perhatian serius.

"Ini kerana kita khuatir ia mendorong mereka mencuba judi dengan taruhan lebih besar. Lebih merisaukan, remaja terbabit mungkin mencuri dan merompak untuk memenuhi kehendak berjudi," katanya.

Tuesday, August 28, 2012

614) HARIAN METRO 25/8/12 : Buat pertimbangan wajar



Headline: Buat pertimbangan wajar
Publication: HM
Date of publication: Aug 25, 2012
Section heading: Main Section
Page number: 035


KUALA LUMPUR: Pengguna bijak berupaya membuat pertimbangan wajar sebelum menggunakan produk untuk cantik menawan.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, berkata masyarakat hari ini perlu dididik mengenal nilai positif supaya tidak mudah terpedaya.

"Kalau produk ditawarkan itu selamat, tidak mengapa...tapi jika dalam bentuk ubatan, berkait kesihatan tubuh seperti produk menguruskan badan dan kanta lekap, ada baiknya ia dipertimbangkan semula," katanya.

613) BERITA HARIAN 26/8/12 : VIP mangsa along


Headline: VIP mangsa along 
Publication: BM
Date of publication: Aug 26, 2012
Section heading: Main Section
Page number: 001
Byline / Author: Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim; Nor Azizah Mokhtar


Kuala Lumpur: Orang kenamaan, ahli politik dan tokoh perniagaan, termasuk bergelar Datuk adalah antara yang hidup sengsara dan diselubungi ketakutan akibat diburu samseng upahan along kerana gagal melunaskan pinjaman masing-masing.

Ada antara mangsa dikatakan berhutang sehingga RM24 juta, tidak termasuk kadar bunga yang berlipat ganda dikenakan ceti haram itu.

Kebanyakannya membuat pinjaman untuk tujuan perniagaan berikutan kesukaran mendapatkan pinjaman atau disenarai hitam oleh bank.

Gagal bayar hutang

Akibat kegagalan membayar balik pinjaman, ada antara mangsa kehilangan harta benda, termasuk rumah, tanah dan kereta yang dicagarkan kepada ceti haram, selain ada yang cuba membunuh diri kerana tidak tahan diburu samseng along.

Ia sebahagian kisah kes peminjam along membabitkan golongan atasan, kebanyakannya ahli perniagaan yang dilaporkan kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

Pegawai Unit Tindakan Khas Ceti Haram PPIM, Saharudin Bakar, mendedahkan pihaknya menerima purata lima aduan sehari, bukan saja membabitkan kegiatan along, bahkan syarikat peminjam wang berlesen.

"Bukan hanya orang susah dan kakitangan kerajaan, malah ahli perniagaan dan mereka berpangkat besar turut menggunakan khidmat ceti haram. Ada mangsa meminjam daripada lima hingga 70 ceti haram, termasuk seorang yang pinjamannya mencecah RM24 juta.

"Mereka menggunakan khidmat along selepas gagal mendapatkan pinjaman daripada bank berikutan syarat terlalu ketat, selain ada antara mereka disenarai hitam," katanya.

Kebanyakan aduan membabitkan mangsa dari Kuala Lumpur, Selangor dan Johor, dengan sebahagian besar berurusan dengan ceti haram paling ganas serta sukar berunding hingga terpaksa meminta bantuan PPIM sebagai orang tengah.

"Tahun lalu saja, sebanyak 4,500 kes dilaporkan kepada kami, dengan kebanyakan pengadu adalah ahli perniagaan, selain mereka yang berpendapatan RM6,000 hingga RM9,000 sebulan.

"Daripada jumlah itu, 60 peratus adalah lelaki dan mereka enggan membuat laporan polis kerana malu.

"Sebahagian besar kes dilaporkan kepada PPIM berjaya diselesaikan, namun ia bergantung kepada komitmen mangsa. Kita tiada masalah dengan along, namun sikap mangsa yang tidak berterus-terang dan memberikan kerjasama menyebabkan timbul kerumitan," katanya.

Bagaimanapun, ada mangsa masih tidak serik apabila kembali meminjam dengan ceti haram secara diam-diam walaupun selepas hutang lama sudah diselesaikan dengan bantuan PPIM.

"Ini masalah besar... jika keadaan ini berterusan, sampai bila pun masalah ini tidak boleh selesai," katanya.


Monday, August 27, 2012

612) PPIM wakili suara pengguna bukan parti politik



KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa pertubuhan badan bukan kerajaan itu lebih condong menyokong kerajaan dalam isu-isu berkaitan pengguna.
 
Sebaliknya, kata ketua aktivisnya, Datuk Nadzzim Johan, PPIM sentiasa menyelesaikan isu-isu  berkaitan pengguna dengan berpegang kepada ciri-ciri berhemah tinggi, kewajaran serta kebijaksanaan seperti terkandung dalam prinsip dan dasar perjuangannya  tanpa dipengaruhi mana-mana parti politik.

"Kalau sesiapa menyatakan PPIM ini menyokong buta apa yang dilakukan oleh kerajaan maka sebenarnya itu amat tidak benar.
 
"Kita lihat hari ini ada pihak-pihak tertentu (terutamanya) pihak pembangkang sendiri kadang-kadang yang menyokong PPIM bila kita menegur kerajaan tetapi sebaik sahaja bila kita bercerita pasal benda yang tidak disukai (parti pembangkang) maka kita (penyokong pembangkang) terus melenting," katanya dalam satu wawancara eksklusif bersama Antarapos di rumahnya di sini, baru-baru ini.
 
Pada sesi wawancara selama sejam itu, Nadzim turut menasihati penyokong Pakatan Rakyat supaya menerima setiap teguran secara positif  dan berfikiran  terbuka serta tidak menuding jari ke PPIM semata-mata.
 
"Kalau kita nak kira, (kita) nak (kena) menegur (semua), kalaulah kita menyokong kerajaan (semata-mata) maknanya kita tidak (akan) menegur (kerajaan) kita menegur dengan cara yang agak cukup lantang dan cukup jelas.
 
"Tetapi kadang-kadang malangnya orang (penyokong Pakatan) yang hendak mendengar itu hanya mendengar apa yang dia hendak dengar (satu pihak) jadi kita rasa itu sangat tidak benar, sangat tidak benar," ujarnya.
 
Diminta mengulas kenyataan PPIM yang seringkali bertentangan dengan NGO yang menyokong penganjuran perhimpunan, Nadzim berkata, pertubuhan itu membantah dan mengutuk sekeras-kerasnya perhimpunan haram kerana ia menyusahkan pengguna.

"Pasal kita (NGO)  tempat menerima aduan, memang ramai ada yang kata suka (perhimpunan) nak buat tetapi ramai juga ada yang tidak suka benda (perhimpunan) itu dilakukan.

"Contohnya kita menerima aduan orang ramai yang kehidupan terganggu disebabkan perhimpunan-perhimpunan (haram) ini.
 
"Kita merasakan kebebasan itu ok tetapi (perlu) ada limitiasinya sehingga ia tidak harus menyusahkan orang lain pasal orang lain pun ada kebebasan dan ada juga hak orang lain jadi ini secara sepintas lalunya ia hanya begitu," katanya lagi.

Sumber : ANTARA POS
http://antarapos.com/v1/index.php?q9nan56SpKPkoObnaNGXpVvZn7WpbZpo#.UDru_5hI818.facebook

611) BERITA : Cari formula sekat kes curi kredit telefon



Headline: Cari formula sekat kes curi kredit telefon
Publication: HM
Date of publication: Aug 27, 2012
Section heading: Main Section
Page number: 002


KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) secepat mungkin mencari formula menyelesaikan penyebaran SMS berbaur lucah dan permainan untuk tujuan menipu pengguna.

Ketua aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, persatuan itu menerima banyak aduan daripada pengguna yang kerugian ribuan ringgit walaupun mereka tidak melanggan perkhidmatan terbabit.

Terbaru, seorang pengguna kerugian hampir RM3,000 walaupun dia tidak melanggan sebarang aplikasi terbabit.

"Saya sendiri ada menerima SMS terbabit dan ini jelas menunjukkan kegiatan ini masih berjalan. Pengguna terpaksa menanggung kerugian selepas kredit mereka dipotong dengan sesuka hati selepas menerima mesej terbabit.

"Bukan sekali malahan mereka menerima mesej itu berulang kali dan tidak tahu bagaimana untuk menghentikannya. SKMM perlu jelaskan kepada pengguna cara untuk mengelak menjadi mangsa," katanya.

Sumber: Harian Metro

610)VIDEO:Man without Hands but faithfully worshiping his Creator

Saturday, August 25, 2012

609) RENUNGAN : Agar engkau menjadi wanita tercantik


"Kecantikanmu bersinar melebihi terangnya mentari, akhlakmu semerbak melebihi harumnya kasturi, tawadhumu indah melebihi cahaya bulan purnama, dan kasih sayangmu membawa ketenangan melebihi curahan hujan.

Peliharalah kecantikanmu dengan keimanan, keridhaan, sifat qanaah, sifat iffah (menjaga diri dan kehormatan) dan busana muslimah.

Ketahuilah, perhiasanmu bukan emas, perak dan berlian.

Tetapi, beberapa rakaat menjelang sahur, rasa dahaga di siang hari saat puasa mencari ridha Allah, sedekah tersembunyi yang tidak diketahui, kecuali oleh Allah, air mata hangat yang membasuh dosa, sujud panjang di atas permaidani penghambaan kepada Allah, serta rasa malu kepada Allah saat muncul kehendak jahat dan bisikan setan.

Kenakan pakaian takwa, tentu engkau menjadi wanita tercantik di dunia, meski pakaian tertambal. Pakailah baju luar yang sopan, tentu engkau menjadi wanita terindah di alam, meski engkau tidak beralas kaki. Jauhi kehidupan wanita-wanita durjana, kafir, penggoda, membuka aurat, dan menjajakan kehormatannya kerana mereka semua adalah bahan bakar neraka Jahannam. Tidak ada yang masuk ke dalamnya kecuali orang yang paling celaka. (Al-Lail:15)

Dr. 'Aidh Al-Qarni : Kiat menjadi Wanita Paling Bahagia di Dunia & Akhirat

608) EMEL PILIHAN-AMALAN AYAT AL-QURAN


AMALAN AYAT-AYAT AL-QURAN

  • Untuk mengelak suami/isteri dan anak-anak bergaduh : Surah Al Baqarah - Ayat 102
  • Anak-anak pandai belajar : Surah Al Anbiyaa'- Ayat 79
  • Anak-anak lembut hati and mengelak panas baran :
  • Surah Al Anbiyaa - Ayat 69 dan Surah Al Hasyr - Ayat 22-24
  • Anak-anak malas sekolah : Surah Toha ayat 1-5
  • Ayat pendinding : Ayat akhir surah At Taubah
  • Bagi anak-anak yg suka keluar malam : Surah Ar Ruum Ayat 31. Baca 33x
  • Untuk jadi pendinding rumah : Surah Al Baqarah dibaca & tiup pada air dan spray keliling rumah

607) Powerful Words by Powerful Person









PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL