Thursday, September 11, 2025

LIVE PODCAST PPIM | ADUAN SALAH LAKU URUSAN BANK - PPIM - 11/09/2025

Live Podcast PPIM bersama Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi dan Mantan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, Dato' Abdul Manap Abd. Wahab.

Berhati-hati dengan tindakan pegawai bank atau pihak berkepentingan yang dengan sengaja menyembunyikan maklumat lelongan harta daripada pemilik asal dan bertindak memindahkan hak milik kepada pihak lain secara salah. Para pengguna diingatkan agar jangan sesekali berdiam diri – laporkan segera sebarang salah laku, kerana pihak yang terbukti bersubahat akan didakwa, disaman, dan dipertanggungjawabkan sepenuhnya di bawah undang-undang.

Monday, September 8, 2025

KERAJAAN, PIHAK INDUSTRI PERLU BERTINDAK - METRO AHAD - 07/09/2025

 

Artikel oleh: Metro Ahad

KERAJAAN, PIHAK INDUSTRI PERLU BERTINDAK

AKTIVITI | KURSUS KILAT AI PPIM - PPIM - 05/09/2025

 

BERTINDAK ATASI BERAS PUTIH TEMPATAN DIBOLOT WARGA ASING - HARIAN METRO - 06/09/2025

 

Kuala Lumpur: Satu tindakan bersama perlu dilaksanakan kerajaan serta pihak industri termasuk peniaga runcit bagi menangani isu dakwaan Beras Putih Tempatan (BPT) dibolot pekerja warga asing di negara ini.

Setiausaha Kerja Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Zharif Johor berkata, kerajaan perlu menetapkan tindakan seperti menggubal akta jelas bagi menafikan penjualan BPT kepada warga asing.

"Pihak industri perlu mengawal rantaian edaran BPT, manakala peruncit perlu memastikan penjualan hanya kepada individu tempatan.

"Secara peribadi, saya merasakan tindakan itu memerlukan usaha yang sangat besar bagi mengawal perkara berkenaan dan ia masih jauh serta mungkin sukar dilaksanakan segera," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sementara itu, Ketua Aktiviti Surplus Sophian Mohd Zain berkata, dakwaan mengejutkan bahawa pekerja asing membolot BPT adalah satu pengkhianatan kepada hak individu tempatan.

"Ketiadaan sistem pengesanan berkesan serta penguatkuasaan yang lemah menyebabkan beras subsidi mudah disembunyi, dicampur dan disalurkan tnpa sempadan.

"Ia kemudian dibeli oleh pekerja warga asing, pendatang haram, pelarian serta penceroboh yang dijual semula oleh pemborong dan menyebabkan kekurangan bekalan BPT di pasaran," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Justeru itu, beliau mencadangkan pembelian BPT disertakan dengan pengesahan kad pengenalan sistem digital yang membezakan individu tempatan dengan warga asing.

"Selain itu, hadkan pembelian kepada isi rumah bukan individu tanpa rekod sah dengan maklumat diperoleh menerusi kewujudan pangkalan data subsidi yang menyenaraikan individu layak membeli barangan keperluan bersubsidi seperti BPT dan lain-lain.

"Pihak penguatkuasaan pula perlu bergabung bukan hanya untuk menahan penjaja warga asing tetapi juga menyiasat pemborong bersubahat dengan kartel menyalurkan stok kepada warga asing.

"Pada masa sama, syarikat yang menggajikan pekerja warga asing perlu mengisytiharkan penyediaan makanan mereka dan bukannya membeli stok subsidi sesuka hati di pasaran," katanya.

Artikel oleh: Harian Metro

BERTINDAK ATASI BERAS PUTIH TEMPATAN DIBOLOT WARGA ASING

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/09/1260937/bertindak-atasi-beras-putih-tempatan-dibolot-warga-asing

Thursday, September 4, 2025

AKTIVITI | MAJLIS PELANCARAN PLATFORM ORPHAN SOCIETY : ENSANY GLOBAL BERHAD - PPIM - 04/09/2025

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi menghadiri ke Majlis Pelancaran Platform Orphan anjuran Ensany Global Berhad di Al Rawsha Restaurant, Kuala Lumpur. 


Wednesday, September 3, 2025

PODCAST ZOOM | KEJADIAN BULI SEMAKIN HARI SEMAKIN PARAH - PPIM - 03/09/2025

Podcast Zoom - Kejadian Buli Semakin Hari Semakin Parah. Seolah Olah Tiada Noktah Yang Mampu Menghentikan

Apa yang dahulunya dianggap sebagai gurauan kecil, kini telah berubah menjadi satu bentuk jenayah sosial yang meragut maruah, mencederakan tubuh, malah mengorbankan nyawa. Apakah masyarakat kita mahu terus menutup mata terhadap kerakusan budaya buli yang kian membarah ini?

Buli bukan lagi isu terpencil di sekolah atau asrama. Ia sudah merebak ke universiti, tempat kerja, malah ruang maya. Remaja dipukul, dihina, dipaksa melakukan perkara menjijikkan, dan semua itu dirakam serta disebarkan. Lebih menyedihkan, wujud pula golongan yang bersorak gembira menonton penderitaan mangsa. Di manakah nilai kemanusiaan kita? Apakah hati sudah mati?

Punca berlakunya buli ialah sikap pentingkan diri, kerakusan kuasa, dan hilangnya adab serta akhlak. Tambahan pula, kecuaian pihak berwajib yang sering memandang ringan isu ini menjadikan pembuli semakin berani. Hukuman yang longgar, tindakan yang lambat, dan budaya “tidak mahu masuk campur” membuatkan mangsa terus menjadi korban.

Buli bukan perkara remeh. Ia membunuh keyakinan, merosakkan masa depan, dan dalam banyak kes, mangsa memilih jalan mati kerana tidak tahan menanggung derita. Bayangkan betapa hancurnya sebuah keluarga apabila anak yang disayangi menjadi mangsa buli yang tidak berkesudahan.

Oleh itu, tindakan tegas wajib dilaksanakan. Pembuli mesti dihukum tanpa kompromi. Pihak sekolah, institusi, dan majikan perlu melaksanakan undang-undang sifar toleransi terhadap perbuatan keji ini. Masyarakat juga mesti berani bersuara, bukan lagi menjadi penonton bisu. Setiap individu harus memainkan peranan, kerana mendiamkan diri bererti bersubahat dengan kezaliman.

Kesimpulannya, kejadian buli semakin parah kerana kelekaan kita sendiri. Jika tidak dibanteras dengan segera, generasi akan datang akan mewarisi budaya ganas yang merosakkan. Cukuplah sudah nyawa terkorban dan jiwa yang hancur. Bangkitlah, bertindaklah, sebelum negara ini tenggelam dalam kegelapan akibat buli yang tidak pernah berkesudahan.

AKTIVITI | MAJLIS SAMBUTAN AMBANG MERDEKA 2025 - PPIM - 30/08/2025

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Nadzim Johan@toqqi hadir memeriahkan Sambutan Ambang Merdeka 2025 di Dataran Wisma Rampai yang dianjurkan bersama oleh Veteran 1 Malaysia, PAWE Parlimen Setiawangsa dan SENIMAN.












TRM DIPINDAH MILIK KEPADA SYARIKAT BUKAN BUMIPUTERA, PPIM GESA SIASATAN - HARIAN METRO - 29/08/2025

 

Kuala Lumpur: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendesak pihak berkuasa menjalankan siasatan berhubung pemindahan tanah rizab Melayu (TRM) kepada syarikat bukan Bumiputera yang didakwa berlaku di negeri Perak.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, pihaknya menerima beberapa aduan mengenai perkara itu yang turut terkandung dalam Laporan Ketua Audit Negara 2019.

Menurutnya, siasatan mendapati tanah milik agensi kerajaan yang terletak di dua kawasan di negeri berkenaan dipindah milik dalam bentuk saham kepada dua syarikat bukan Bumiputera.

Beliau berkata, lebih mengejutkan sebahagian besar tanah itu sudah diberi kebenaran pecah lot untuk tujuan perumahan dan dijual kepada bukan Melayu.

"Penukaran tanah dilakukan melalui pemindahan saham syarikat kerana tanah dimiliki syarikat. Jadi sesiapa saja boleh beli tanah itu termasuk bukan warganegara melalui pertukaran saham syarikat, walaupun ia TRM.

"Perkara ini perlu dilihat oleh SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia) dan polis sama ada berlaku salah laku atau pemalsuan kerana memang jelas tanah tidak boleh dipindah milik kecuali mendapat kebenaran atau kelulusan pihak berkuasa," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyerahkan memorandum kepada wakil Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) di Menara KPJ di sini, hari ini.

Nadzim berkata, PPIM juga sudah membuat laporan polis berhubung perkara itu dan menuntut satu siasatan menyeluruh dijalankan pihak berkuasa bagi mengenal pasti sama ada terdapat penipuan, pemalsuan dokumen serta salah guna kuasa oleh pihak tertentu.

Katanya, menjadi persoalan pihaknya bagaimana TRM boleh dipindah milik kepada bukan Melayu dan siapa yang meluluskan pemindahan itu?

"Kami meminta pihak JSJK untuk menyiasat dengan telus dan jujur supaya hak orang Melayu dipelihara serta tidak digadai kepada bukan Melayu dengan menerima suapan," katanya.

Beliau juga berharap pihak terbabit dibawa ke muka pengadilan tanpa mengira pangkat atau kuasa, sekiranya didapati wujud kelakuan jenayah.

Pada 2023, media pernah menyiarkan laporan mengenai pengurusan tanah rizab Melayu di Perak dikesan kurang cekap sehingga mengakibatkan sekurang-kurangnya 3,214 hektar tanah rizab Melayu dipindah milik kepada bukan Melayu secara tidak sah.

Tindakan itu bertentangan dengan Seksyen 19 Enakmen Rizab Melayu 142 dan tidak mengikut Seksyen 419 Kanun Tanah Negara.

Perkara itu didedahkan Jabatan Audit Negara dalam Laporan Ketua Audit Negara 2019 (Siri 2) Aktiviti Jabatan dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada 28 September 2021.

Artikel oleh: Harian Metro

TRM DIPINDAH MILIK KEPADA SYARIKAT BUKAN BUMIPUTERA, PPIM GESA SIASATAN

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/08/1257989/trm-dipindah-milik-kepada-syarikat-bukan-bumiputera-ppim-gesa-siasatan

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL