Thursday, October 4, 2018

4655) JENAYAH DI DOBI LAYAN DIRI – TV3 – 2/10/18


Program yang memaparkan kegiatan jenayah, aktiviti menyalahi undang-undang dan kecekapan PDRM dalam menanganinya. Saksikan bagaimana pihak berkuasa menangani dan mencegah pelbagai jenayah dan salah laku yang sering terjadi di dalam negara.

Tuesday, October 2, 2018

4654) GAJI HABIS BERJUDI – HARIAN METRO – 2/10/18

Tidak tahan dengan anaknya yang menjadi tahi judi atas talian sejak empat tahun lalu, seorang bapa mengambil keputusan membawanya ke Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) untuk diberikan motivasi dan kaunseling.
Selama tempoh itu jugalah, si bapa tidak mengetahui anaknya yang meminta wang sebanyak RM2,000 setiap bulan sebenarnya menggunakan wang terbabit untuk membayar hutang kalah judi.
Perbuatan itu terbongkar selepas dia mendesak anaknya yang berusia 25 tahun itu menceritakan perkara sebenar kerana hampir setiap bulan gaji yang diterima habis begitu saja.
Dia yang mahu dikenali sebagal Md Aris, 52 berkata, anaknya itu berkelulusan diploma kejuruteraan sebuah institusi pengajian tinggi awam dan mula bekerja sebagai penyelia projek sejak empat tahun lalu.
“Sejak mula bekerja sampailah minggu lepas, setiap bulan saya perlu berikan dia RM2,000 kerana kehabisan wang belanja sedangkan dia dapat saji sebanyak RM2,400 sebulan.
“Dia juga ada meminjam dengan kawan-kawan dan tujuh along yang keseluruhannya berjumlah lebih RM50.000,” katanya ketika ditemui di pejabat PPIM di sini, semalam.

Artikel Oleh : Harian Metro
GAJI HABIS BERJUDI

4653) SELAMAT PAGI MALAYSIA ( MACAU SCAM ) - RTM - 2/10/18






Saturday, September 29, 2018

4652) OPERASI BANTERAS AKTIVITI HARAM (OPS BAH) SIRI KE 47 - 29/9/18

Telah berlangsungnya Operasi Banteras Aktiviti Haram (OPS BAH) siri ke 47 yang dianjurkan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur KWPKL. Turut sama hadir dalam operasi kali ini adalah beberapa agensi kerajaan seperti Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Imegresen dan lain-lain.
Turut serta dalam serbuan ke pusat hiburan, lubuk maksiat dan sarang dadah sekitar Kuala Lumpur ini adalah Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang merupakan antara NGO aktif dalam setiap siri OPS BAH.











Friday, September 28, 2018

4651) PERJUMPAAN SANTAI BERSAMA KETUA AKTIVIS PPIM - PPIM - 28/9/18

Telah berlangsungnya perjumpaan santai bersama Ketua Aktivis PPIM, Toqqi, dan beberapa tetamu Nasi Lemak Kopi O di kediaman toqqi. @ Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)








Sila ambil perhatian bahawa PPIM tidak mengiktiraf mana-mana pihak berdasarkan gambar atau video yang dimuat naik. Ianya adalah sekadar perkongsian aktiviti / program PPIM sahaja. Para pengguna boleh memberi cadangan atau maklumbalas berdasarkan maklumat yang diketahui agar pihak PPIM mendapat pencerahan lanjut. Harap maklum.

4650) KENYATAAN MEDIA PENERANGAN 228/99 - 28/9/18

Kenyataan Media Penerangan. 228/99
15 Muharram 1440 | 25 September 2018

DR. MUJAHID SANGAT TIDAK ADIL

Oleh : Nasrudin bin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
https://m.facebook.com/kpenerangan

1. Parti Islam SeMalaysia (PAS) mengecam sikap Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) yang dilihat sangat tidak adil malah dinilai berniat jahat  terhadap pendakwah perbandingan agama terkenal, Dr Zakir Naik.

2. Tidak mustahil kenyataan Dr. Mujahid yang menghina dan menganggap Dr Zakir Naik mencaci agama lain didorong oleh segelintir pihak yang tidak senang dengan tokoh tersebut sebelum ini.

3. Dr. Mujahid harus malu dan melihat kembali kenyatan yang pernah beliau kemukakan pada tahun 2017 terhadap Dr Zakir Naik. Dr. Mujahid pernah menganggap program Dr Zakir Naik adalah program perbahasan ilmiah.

4. Dr. Mujahid sendiri pernah mencabar penganut Hindu yang tidak setuju dengan tokoh itu perlu lawan berbahas dan tidak menggunakan pelbagai alasan untuk menghalang kemasukannya ke Malaysia.

5. Jika Dr. Mujahid tidak bersetuju dengan kaedah pendebatan yang dianjurkan, maka beliau boleh berbincang dari aspek teknikal. Jangan sentuh sensitiviti melampau sehingga menimbulkan persepsi buruk terhadap Dr Zakir Naik.

6. Sikap apologetik Dr. Mujahid sangat naif sehingga membuat tuduhan melulu. Sikap tidak profesional tersebut telah menggambarkan kuasa yang dimiliki olehnya boleh menekan orang lain.

7. Berbeza dengan cara Dr. Mujahid menangani isu LGBT. Beliau boleh menjemput Nisha Ayub ke pejabat, berunding dan mengadakan sidang akhbar bersama sambil menawarkan pelbagai solusi alternatif kepada golongan ini. Namun, apabila timbul isu Dr Zakir Naik, beliau menyerang secara melulu tanpa berunding dengan tokoh tersebut.

 8. Demikian juga qbeliau boleh buat pertemuan dengan Dr. P. Ramasamy dalam menangani tuduhan penglibatan Dr. P. Ramasamy dengan pertububan pengganas LTTE.

9. Adakah sebenarnya Dr. Mujahid didorong atau berada dibawah kawalan  dan cengkaman pihak tertentu untuk memberi tekanan kepada Dr Zakir Naik?

Islam Memimpin

Sekian.

Thursday, September 27, 2018

4649) GERAKKAN KUASA PENGGUNA ( WAKIL BANK ATAU GANGSTER ) - 8/8/18



Wakil Bank atau Gangster?

Baru-baru ini, viral di media sosial mengenai video Ketua Aktivis PPIM, Toqqi yang mengamuk kepada samseng jalanan. Dua samseng berbangsa India yang dikatakan Ejen Bank cuba menahan sebuah kereta jenis Toyota Avanza di persimpangan lampu isyarat. 

Tindakan mencurigakan memaksa Toqqi turun bersemuka dan hasil soal jawab mendapati kedua mereka tidak memiliki surat dan kad kuasa yang sah. 

Sikap tidak mahu memberi kerjasama yang baik menimbulkan pertelingkahan antara pihak PPIM dan samseng terbabit.

Modus operandi yang digunakan juga menimbulkan tanda tanya PPIM apabila data peribadi pemilik kenderaan diperolehi dengan begitu mudah oleh pihak ketiga. 

Perkara ini harus dihentikan. Sertai kami untuk bersama berjuang demi hak pengguna!

Minggu ini di program bual bicara Gerakkan Kuasa Pengguna membincangkan topik “Wakil Bank atau Gangster?”

Penonton juga akan berpeluang berinteraksi dengan Toqqi & para tetamu jemputan melalui sesi soal jawab yang dibuka pada setiap minggu!
Jangan lupa saksikan program Gerakkan Kuasa Pengguna musim kedua di Astro 502, Unifi TV 631 pada 8 Ogos 2018, jam 9:00 malam.

#PPIM #PPIMPeduli #Share #HakPengguna #DuniaPengguna #GerakkanKuasaPengguna

4648) GERAKKAN KUASA PENGGUNA MUSIM 2 ( LGBT MAKIN MENJADI-JADI ) - 1/8/18




Daripada Ibnu Abbas r.a. bahawa (maksudnya): “Rasulullah melaknat kaum lelaki yang menyerupai atau berlagak seperti wanita dan kaum wanita yang menyerupai atau berlagak seperti lelaki.” (Riwayat al-Bukhari).

Kewujudan golongan Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender semakin mendapat perhatian umum di Malaysia. Ini kerana semakin ramai yang mendedahkan diri dan mengaku bahawa mereka merupakan salah seorang daripada golongan LGBT. Tambahan pula dengan kumpulan aktivis yang secara terang-terangan menyokong dan memperjuangkan hak asasi golongan ini.

Antara isu yang bakal dikupas ialah apakah tindakan pihak berwajib keatas mereka? Apakah kesan aktiviti LGBT berleluasa di negara ini?
Benarkah jika kita menentang dan menghalang penularan 'wabak' LGBT dalam negara, kita dianggap menghalang hak asasi manusia? Dimanakah had perbezaan antara kepentingan agama dan hak asasi manusia?

Minggu ini di program bual bicara Gerakkan Kuasa Pengguna membincangkan topik “LGBT (Lesbian, Gay, Bisexual, Transgender)” bersama Prof Jamaluddin Aziz, Pakar Jantina Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat dan Saudara Harry Zulkfili, Pakar Motivasi Penghijrahan LGBT.

Penonton juga akan berpeluang berinteraksi dengan Ketua Aktivis PPIM & para tetamu jemputan melalui sesi soal jawab yang dibuka pada setiap minggu!

Jangan lupa saksikan program Gerakan Kuasa Pengguna musim kedua di Astro 502, Unifi TV 631 pada 1 Ogos 2018, jam 9:00 malam.

#PPIM #PPIMPeduli #Share #HakPengguna#DuniaPengguna #GerakkanKuasaPengguna

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL