Tuesday, May 8, 2018

4469) STATUS TANAH DIRAGUI WALAUPUN TELAH DIDIAMI SELAMA 70 TAHUN – PPIM – 8/5/18


SEGAMBUT 6 Mei – Terpaksa mempamerkan kad pengenalan bagi membuktikan kewarganegaraan setiap kali dituduh sebagai warga asing yang menetap secara haram di Kampung Pasir Segambut, KualaLumpur.

Lebih mengejutkan, status tanah yang sudah didiami selama 70 tahun oleh sebuah keluarga berketurunan Pakistan ini diragui oleh pihak Jabatan Tanah kerana mangsa dimaklumkan bahawa tanah terbabit masih kekal statusnya sebagai Tanah Simpanan Kawat Elektrik.

“Pada 2001-2002, saya terkejut apabila juru ukur dari Jabatan Tanah & Galian berada di perkarangan rumah saya untuk mengukur tapak rumah saya”


“Mereka memaklumkan bahawa status tanah kediaman saya telah bertukar status kepada LOT dan akan pecah LOT sebab hak milik telah diberikan kepada individu yang langsung tidak pernah menetap di tapak terbabit.” jelas wakil peneroka, Mohammed Akarm Baboo, 58 tahun.




Permohonan tanah juga sudah dikemukakan beberapa kali, pertama pada 18 Mac 1968 oleh arwah ibu mangsa, Hajah Mehraj Bibi dan keduanya pada Ogos 2003 oleh arwah abang mangsa, Mohd Haslam Baboo. Namun kedua-dua permohonan ditolak tanpa sebarang alasan sehingga muncul tuan tanah baru sekitar tahun 2015 dan meminta mangsa mengosongkan tapak kediaman tanah terbabit dengan segera.


Namun apabila permohonan sama yang dibuat oleh jiran mangsa diluluskan dan status pemilikan tanah berjaya.

“Jiran kami, keluarga besar berketurunan India ada juga membuat permohonan hak milik untuk tapak kediaman mereka dan permohonan mereka berjaya tidak seperti permohonan kami sejak 50 tahun lalu”

Akarm Baboo yang merasa teraniaya telah hadir ke Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bagi mencari jalan penyelesaian dan berharap supaya pihak Jabatan Tanah dapat memberikan kerjasama sebaiknya dalam memastikan status sebenar tanah terbabit.

Friday, May 4, 2018

4468) KONTRAKTOR “TUNDUK” DESAKAN PPIM – PPIM – 4/5/18

Negeri Sembilan 29 APR - Setelah hampir lima tahun menanti penyerahan kunci rumah berserta ‘Vacant Possesion’ dan Sijil Perakuan Siap atau Certificate Of Completion & Compliance (CCC) yang seharusnya diterima oleh kesemua pemilik unit Projek Bandar Tasik Senangin (BTS), Negeri Sembilan. 

Kini, kesemua pemilik unit dapat menarik nafas lega setelah kata putus dicapai antara Biro Khidmat Aduan PPIM, Biro Undang-Undang PPIM bersama pihak Kontraktor (Selayang Alunan) dan pihak Pemaju (Lion Group) bagi penyerahan kunci yang telah diadakan pada 29 April lalu dengan kerjasama usaha dan penglibatan Biro Tindakan BTS mengumpulkan seramai 286 pemilik unit hadir dalam sesi penyerahan kunci yang diadakan di Club House Mahkota Hills, Lenggeng.


Pada awalnya, pihak kontraktor hanya mengemukakan alasan yang tidak munasabah dan tidak berasas setiap kali dipersoal oleh pemilik unit.

“Pihak kontraktor tak serahkan bangunan rumah tersebut disebabkan alasan yang tidak munasabah”

“Kecuaian pengurusan pihak kontraktor sendiri memaksa saya menanggung kerugian dan menunggu sehingga terpaksa mendapatkan khidmat bantuan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bagi menuntut hak saya” ulas wakil pemilik unit, Mohd Siddiq Edwind. 


Siddiq terpaksa menanggung kos sewa rumah, bil elektrik, air, cukai pintu dan tanah serta pemotongan bayaran pinjaman perumahan sejak Ogos 2013 lagi telah hadir ke PPIM pada akhir Januari lalu bagi mencari jalan penyelesaian.

“Saya betul-betul berharap PPIM dapat membantu menyelesaikan kemelut yang melanda Bandar Tasik Senangin sejak 2013”


Setelah mengadakan beberapa rundingan bersama Majlis Pembandaran Negeri Sembilan dan campur tangan PPIM sejak November 2017, pihak kontraktor akhirnya ‘menyerah kalah’ dan bersetuju menyerahkan kunci kepada pemilik. 





PPIM mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak pemaju dan pihak kontraktor diatas budi bicara dan kerjasama dalam memastikan masalah ini dapat diselesaikan secara aman dan baik.

4467) 40 ADUAN JENAMA GUNA PERKATAAN AGAMA, BANGSA – HARIAN METRO – 4/5/18



Kuala Lumpur: Pengguna yang menjadi mangsa penipuan produk menggunakan ayat atau perkataan yang menggambarkan imej Islam untuk melariskan jualan perlu tampil membuat laporan supaya tindakan boleh diambil terhadap pengusaha produk berkenaan.
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) berkata pihaknya menerima lebih 40 aduan mengenai produk dan jenama yang menggunakan nama Melayu atau Islam untuk melariskan barangan mereka.
Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, berkata jika tiada laporan dibuat, wujud kebimbangan kegiatan tidak bertanggungjawab itu akan menjadi semakin berleluasa.
Katanya, sebagai seorang pengguna, orang ramai mempunyai hak untuk melaporkan sebarang kegiatan penipuan oleh peniaga yang cuba mengelirukan dan mengambil kesempatan mengaut keuntungan.
“Selain daripada menjadi pengguna yang lebih bijak, masyarakat juga perlu menjadi pengguna yang berani, jika ada terlihat atau berasa ragu-ragu mengenai produk yang menggunakan ayat atau perkataan berbentuk Islam, sila tampil buat aduan.
“Tindakan ini bukan saja dapat membuka mata anggota masyarakat yang lain, malah ia dapat membantu agensi penguatkuasaan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap produk yang terbabit,” katanya.
Artikel Oleh : Harian Metro
40 ADUAN JENAMA GUNA PERKATAAN AGAMA, BANGSA

Thursday, May 3, 2018

4466) NGO SARAN AKTA UNDANG-UNDANG BERKAITAN PUSAT HIBURAN DIKAJI SEMULA – PPIM – 3/5/18

PUTRAJAYA 3 Mei – Akta-akta dan undang-undang yang berkaitan dengan pusat-pusat hiburan perlu dikaji semula bagi memastikan premis-premis berkaitan tidak disalah gunakan untuk kegiatan haram, jenayah dan maksiat.
Menurut Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Nadzim Johan, selepas 40 siri Operasi Banteras Aktiviti Haram (Ops BAH) dijalankan, didapati Akta Hiburan dan Akta Hiburan; Akta Hiburan Wilayah Persekutuan 1992 serta Undang-undang kecil yang berkaitan mempunyai beberapa kelompongan dan kelonggaran yang boleh dimanipulasi oleh pihak-pihak tertentu menjalankan aktiviti tidak sihat.
Jelas Nadzim, kelompongan dan kelonggaran itu juga menyebabkan agensi-agensi penguatkuasa tidak dapat bertindak tegas terhadap pusat-pusat hiburan besar dan ‘dilindungi’ serta menghalang premis-premis berkenaan terus dijadikan pusat kegiatan haram atau jenayah oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab. 

"Ini perlu dilakukan bagi memberikan agensi-agensi penguatkuasa berkaitan kuasa yang benar-benar boleh mengekang premis-premis dijadikan pusat aktiviti haram; tidak sihat dan jenayah oleh golongan tertentu," kata beliau selepas mesyuarat Jawatankuasa Bertindak Ops BAH di Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) di sini pada pagi Khamis.
Mesyuarat Jawatankuasa Bertindak Ops BAH yang dipengerusikan oleh Ketua Penyelaras Op BAH, Azman Mahmod serta disertai oleh pimpinan beberapa NGO Islam.
Antara lain, mesyuarat berkenaan turut membincangkan perancangan-perancangan baharu yang dapat dilakukan bagi memantapkan lagi usaha proaktif menyelesaikan dan mengekang gejala sosial di dalam negara.
Selain PPIM, Jawatankuasa Bertindak Ops BAH tersebut turut dianggotai oleh Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Malaysia (Perkid); Persatuan Mixed Martial Arts Malaysia; Persatuan Perniaga dan Penjaja Bumiputera Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur; Malaysia Coruption Watch dan Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia

Wednesday, May 2, 2018

4465) SEGMEN KOPI PANAS, SELAMAT PAGI MALAYSIA “MUFLIS” – TV1 – 1/5/18

Telah berlangsungnya temubual eksklusif bersama Ketua Aktivis PPIM, Toqqi dalam Segmen Kopi Panas, Selamat Pagi Malaysia @ TV1 bagi membincangkan topik ‘Muflis’.





4464) PPIM TERUS PERKUKUH HUBUNGAN KERJASAMA DENGAN PPZ-MAIWP – PPIM – 2/5/18

KUALA LUMPUR 2 Mei - Hubungan kerja antara Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) terus diperkukuhkan melalui satu majlis makan tengah hari yang diadakan di sini hari ini.

Pengerusi PPZ MAIWP, Datuk Che Mat Che Ali berkata, selain merapatkan hubungan, majlis yang dihadiri oleh pimpinan kanan kedua-kedua pertubuhan  tersebut juga dianjur bagi membincangkan kemajuan kempen Sokong Peniaga Pembayar Zakat (SPPZ) yang dijalan secara kerjasama dengan PPIM.


Tambah Che Mat, turut dibincangkan ialah usahasama lain yang boleh dilakukan bagi memperkasakan ekonomi ummah terutamanya golongan asnaf.

Tambah Che Mat, turut dibincangkan ialah usahasama lain yang boleh dilakukan bagi memperkasakan ekonomi ummah terutamanya golongan asnaf.





"Hubungan akrab PPZ-MAIWP dan PPIM telah lama dijalinkan dan pelbagai usaha sama telah dijalankan. Tahun ini, fokus kami adalah untuk melaksanakan program yang berkait dengan pemerkasaan ekonomi ummah.

"SSPZ merupakan contoh baik yang dan menjadi asas kepada program-program seumpamanya di masa hadapan," jelas Che Mat.





Majlis makan tengahari berkenaan dihadiri oleh Ketua Aktivis PPIM,. Datuk Nadzim Johan; Penasihat Kehormat PPIM, Datuk Hussainy Hashim.

4463) PEMAJU “ASAL SIAP” ANCAM NYAWA PENDUDUK – PPIM – 27/4/18

Perak 27 APR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) melalui Biro Khidmat Aduan PPIM turun padang menyaksikan sendiri keluhan penduduk Taman Desa, Peladang Permai, Bota yang terpaksa bersiap sedia dengan segala kemungkinan yang berlaku pada kediaman dan nyawa mereka gara-gara tanah mendap yang telah merosakkan sebahagian besar rumah disini.



Struktur bahagian rumah yang didiami penduduk sejak tarikh serahan kunci, 17 Oktober 2014 oleh pemaju, IP Bota Corporation Sdn Bhd mula menunjukkan tembok retak, saluran air tersumbat, bumbung condong, rekahan siling, dinding, lantai dan banyak lagi menimbulkan kegusaran apabila keadaan itu bertambah teruk meskipun pihak pemaju telah membaiki beberapa bahagian dengan cara menyimen semula selepas menerima aduan daripada penduduk sejak 2015.


Namun, pemaju hanya sekadar melepaskan batuk di tangga apabila keadaan yang lebih teruk berlaku seperti siling jatuh, rekahan dinding pada saluran elektrik memaksa penduduk membuat aduan bertarikh 9 September 2016 kepada pemaju tetapi tidak diendahkan sehingga kini. Aduan juga telah dilaporkan kepada Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan namun tiada sebarang tindakan diambil bagi menyelesaikan masalah penduduk.

“Harga rumah RM130,000, dah buat aduan tetapi pemaju buat sekejap je. Tengok macam tak nampak sangat mereka ambil berat” antara keluhan penduduk, Sharifah Norain kepada Pegawai Biro Khidmat Aduan PPIM, Raden Fatmah dan beberapa Aktivis semasa lawatan dari rumah ke rumah penduduk disini sebelum meneruskan perjumpaan bersama Majlis Daerah Tengah Perak pada hari yang sama.
“Kita ada buat aduan sebab masa dapat kunci rumah, siling rumah saya jatuh mereka datang baiki tetapi banyak lagi retakan sedia ada yang tiada apa-apa tindakan daripada pemaju, mereka sambil lewa” keluh penduduk, Ibrahim Shafiee yang telah mendiami rumah terbabit dan telah membuat pembayaran sejak 3 tahun yang lalu. 
 “Semua ini akibat struktur tanah mendap dan retakan telah wujud awal kami masuk tetapi pemaju sekadar tampal-tampal ala kadar sahaja” ulasnya lanjut.

Aspek keselamatan penduduk yang seharusnya dititik beratkan oleh pemaju sebelum penyerahan kunci dilihat seolah-olah hanya percaturan semata-mata. Sikap acuh tak acuh pemaju dilihat bakal menimbulkan masalah yang lebih besar jika biarkan masalah ini berlarutan.







PPIM memohon semua pihak membuka mata dan bertanggungjawab dalam menyelesaikan masalah ini sebelum sebarang perkara yang tidak diingini berlaku kepada penduduk.
Nantikan video laporan penuh hanya di TV.PPIM.

Saturday, April 28, 2018

4462) PRESMA BUKA PELUANG KONGSI NILAI JUALAN RM8 BILION – SINAR HARIAN – 27/4/18



KUALA LUMPUR - Program Gerakan Tunai Zakat (GTZ) di bawah kempen Sokong Peniaga Pembayar Zakat (SPPZ) terus mendapat sokongan para peniaga Muslim dan pemain industri khususnya dari sektor makanan.

Terbaharu, kempen anjuran Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) tersebut telah menarik perhatian Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) untuk menjalin satu kerjasama dengan PPIM bagi melaksanakan usaha memperkasakan ekonomi ummah.

Presiden  Presma, Ayoob Khan Muhamad Yakub berkata, kerjasama tersebut bakal membuka peluang ekonomi bernilai jualan RM8 bilion kepada peniaga Muslim yang bergabung di bawah GTZ yang dijanakan oleh lebih 4,000 ahli Presma di seluruh negara.

Ayoob Khan berkata, ini masa yang paling sesuai untuk kerjasama tersebut dijalankan memandangkan keadaan ekonomi semasa yang begitu menekan dan memberi kesan kepada para peniaga.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan industri restoran tidak terjejas dengan keadaan ekonomi semasa kerana perniagaan ini sentiasa mempunyai permintaan tinggi baik dari segi jualan mahupun pembekalan.
"Presma yang mempunyai lebih 4,000 keahlian menjadi platform yang terbaik untuk pembekal muslim di bawah PPIM kerana ahli-ahlinya mempunyai permintaan bekalan yang tinggi dan tekal.

"Hakikat itu bermakna, terdapat potensi ekonomi yang lebih daripada mencukupi untuk direbut oleh para pembekal muslim melalui kerjasama Presma-PPIM ini," jelas beliau selepas mesyuarat kedua-dua pertubuhan tersebut di ibu pejabat Presma Rabu lalu.

Ayoob Khan menambah, selain peluang untuk pembekalan barangan, pihaknya juga telah merancang pelbagai inovasi  perniagaan yang juga boleh disertai oleh para peniaga Muslim di bawah kerjasama yang dijalankan.

Menyentuh perkara sama, Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan pula berkata, melalui kerjasama tersebut, pembekal bahan-bahan mentah dalam kalangan ahli PPIM akan diberikan peluang untuk membekal barangan keperluan di restoran-restoran milik ahli Presma.

Jelas Nadzim, pihaknya pula akan memastikan hanya pembekal yang berkualiti serta berkemampuan sahaja terlibat dalam kerjasama tersebut bagi memastikan kualiti serta ketekalan bekalan barangan yang diperlukan.

"Selain saling membantu memperkasakan ekonomi ummah, kerjasama ini juga dapat memberi keyakinan kepada pengguna terhadap isu halal dalam kalangan pengusaha-pengusaha restoran ini.


"Itu sebabnya pembekal untuk kerjasama ini akan disaring dengan teliti bagi memastikan usaha ini berjaya mencapai sasarannya," kata beliau selepas mesyuarat tersebut.


Artikel Oleh : Sinar Harian

PRESMA BUKA PELUANG KONGSI NILAI JUALAN RM8 BILION

Thursday, April 26, 2018

4461) LAWATAN DAN SUMBANGAN KECEMASAN KEPADA PEGAWAI APM - PPIM - 26/4/18

Telah berlangsungnya lawatan dan Sumbangan Kecemasan kepada Rahmat Syafiee, Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) yang terlibat dengan kemalangan semasa membantu kemalangan lain ketika pulang dari bertugas.





Lawatan ini turut disertai oleh Ketua Pesuruhjaya APM, KPJ Dato’ Azmy, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) APM, TKPJ Roslan dan Presiden Persatuan Orang Kota Bharu (POKB) yang juga merupakan Penasihat PPIM, Dato' Hj. Sheikh Ahmad Dusuki Sheikh Mohamad. @ Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL