Wednesday, June 15, 2016

2831) KPDNKK PERLU PANTAU KUALITI PRODUK JUALAN RANCANGAN TELEVISYEN - ISMAWEB - 14/6/16

NADZIM JOHAN / PPIM

KUALA LUMPUR, Selasa – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) perlu memantau kualiti produk yang dijual menerusi iklan di televisyen swasta kerana barangan berkenaan didakwa tidak berkualiti.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzmi Johan berkata pihaknya telah menerima lebih dari 20 laporan dari pengguna yang tidak berpuas hati berhubung dengan barangan yang dibeli menerusi rancangan jualan secara dalam talian itu sejak tiga bulan lalu.

“Kebanyakan pengadu menyatakan kualiti barang terutamanya peralatan memasak yang diiklankan dalam rancangan itu tidak sama seperti yang diterima.

“Justeru itu, kita meminta agar KPDNKK mengambil tindakan terhadap syarikat televisyen dan pembekal produk ini,” katanya pada sidang berita di sini, hari ini.

Sementara itu, salah seorang pembeli, Sheikh Hussien Sheikh Omar, 72 mendakwa beliau kerugian lebih RM1,000 setelah membeli beberapa produk termasuk mop lantai dan kuali.

“Apa yang ditunjukkan dalam demo rancangan itu tidak sama dengan apa yang diterima dari segi kualiti barang. Demo itu mengelirukan pengguna.

“Apabila kami menghubungi syarikat televisyen itu, kami terpaksa menunggu lama di talian dan putus asa untuk menunggu jawapan dari pihak syarikat,” katanya. – Bernama



Monday, June 13, 2016

2827) TANGAN GHAIB LINDUNGI SINDIKET SELEWENG LPG - UTUSAN MALAYSIA - 13/6/16



Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr Maamor Osman berkata, aktiviti penyelewangan akan terus bermaharajalela sekiranya tiada tindakan tegas untuk membasmi amalan rasuah dan penyalahgunaan kuasa dalam kalangan pihak berkuasa






2826) TANDA HARGA BERAKHIR 9 SEN BERLELUASA - BERITA HARIAN - 13/6/16




2825) MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA YANG DIPERTUA PERKIM Y.A.BHG. TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD - THE EVERLY PUTRAJAYA - 11/6/16






2824) PENGGUNA MENGELUH HARGA MAKANAN MAHAL - SINAR ONLINE - 12/6/16


Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan

SHAH ALAM - Kenaikan harga makanan dan minuman di bazar Ramadan antara aduan paling banyak diterima sepanjang minggu pertama umat Islam berpuasa.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, rata-rata pengguna mengeluh dengan kenaikan harga makanan dan minuman yang didakwa tidak masuk akal dijual di bazar Ramadan.

“Kebanyakan makanan yang dihidangkan bersama ayam, didakwa lebih mahal harganya. Ada sesetengah peniaga dikatakan menaikkan harga sekali ganda berbanding tahun sebelumnya dan ini amat membebankan pengguna.

“Namun kenaikan harga ini mungkin didorong  kenaikan lain-lain kos yang terpaksa ditanggung peniaga,” katanya.

Bagaimanapun, bagi Nadzim, peniaga tidak sepatutnya mengenakan harga terlalu tinggi sewenang-wenangnya demi mengaut keuntungan.

Selain daripada aduan kenaikan harga barang, PPIM turut menerima aduan berkaitan isu kebersihan, di mana peniaga tidak menitik beratkan soal kebersihan dalam penyediaan makanan.

Katanya, isu kenaikan harga dan kebersihan bukanlah isu baharu.

Bagi menangani isu ini, Nadzim menasihatkan pengguna agar lebih bijak dan berjimat dalam berbelanja.

“Beli hanya ikut keperluan dan bukan ikut rasa. Jika harga dikenakan terlalu mahal, tidak perlu beli. Pilihan bagaimana pun ada pada pengguna itu sendiri,” katanya.



2823) KPDNKK DIGESA AMBIL TINDAKAN DRASTIK - UTUSAN ONLINE - 12/6/16


Kerajaan khususnya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) didesak supaya lebih agresif dalam melaksanakan pelan tindakan membanteras ketirisan melibatkan gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi hingga ke akar umbi.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, KPDNKK perlu menanganinya dengan cara sedemikian terutama melibatkan unsur-unsur rasuah dan penyelewengan.

“Pihak kementerian kena buat sesuatu. Penguatkuasaan perlu pada tahap yang paling keras dan tegas kerana kita tidak mahu industri mengambil kesempatan terhadap apa yang tersedia untuk rakyat, jangan ala kadar sahaja.

“Jika dibiarkan perkara ini, bekalan gas bersubsidi akan berkurangan disebabkan ketamakan sesetengah pihak mengaut untung bagai menangguk di air keruh. Akibatnya, rakyat akan mula menyalahkan kerajaan kerana gagal menyediakan ke­perluan bekalan yang sepatutnya di pasaran,” katanya ketika dihubungi.

Jelasnya, perbuatan menyeleweng hak rakyat boleh diibaratkan seperti mengkhi­anati negara sendiri kerana bukan sahaja orang lain yang terkena tempias, tetapi turut menimbulkan kemarahan rakyat.

“Dalam hal ini, sebenarnya perlu satu usahasama antara KPDNKK dan juga pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk turut serta secara bersepadu. PBT perlu mening­katkan pantauan terhadap premis-premis yang menjalankan perniagaan kurang jelas.

“Dari situlah biasanya stor-stor haram ini beroperasi. Mereka mendaftar dengan nama lain, tapi melakukan aktiviti lain. Jika tiada pemantauan dan pemeriksaan berkala, sudah tentu mereka bebas melakukan ke­giatan ‘gelap’ di belakang pihak berkuasa,” katanya.

Dalam pada itu, Nadzim berkata, pihaknya mencadang­kan supaya kerajaan menarik balik subsidi LPG yang dinikmati semua golongan masyarakat di negara ini dan hanya mengehadkan kepada kelompok yang benar-benar layak sahaja.

“Kerajaan sekarang memberikan subsidi kepada semua orang, tak kiralah orang tu kaya atau miskin. Malah tiada kuota ditetapkan kepada individu atau isi rumah untuk membeli seberapa banyak yang mereka mahu.

“Jika subsidi hanya diberikan kepada golongan sasar, kerajaan dapat menjimatkan kos pemberian subsidi dan dalam masa sama mereka yang memerlukan khususnya golongan kurang mampu masih mendapat apa yang sepatutnya mereka terima,” katanya.



Sunday, June 12, 2016

2822) BAZIR MAKANAN KETIKA RAMADAN, TARIK BALIK SIJIL HALAL - PPIM - 12/6/16



Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa supaya JAKIM menarik balik sijil halal restoran dan hotel yang membuang makanan secara berlebihan terutamanya hidangan bufet berbuka puasa yang disediakan sepanjang bulan Ramadan.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata langkah itu bagi mengelakkan amalan pembaziran lebihan makanan setiap tahun, yang disifatkannya sebagai satu kejahilan kepada umat Islam.



PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL